Monthly Archives: September 2009

70 peratus bosan usaha cegah rasuah VVIP tidak berhasil: cabaran SPRM

 

gambar duit

Kerjasama Saksi & Cabaran SPRM di Mahkamah

 

30 September 2009

Laporan akhbar utama negara di Berita Harian Online pada 24 September 2009 yang lalu mengenai isu rasuah di negara ini menarik perhatian ERAKITA untuk memberi ulasan mengenainya. Tajuk utama yang digunakan dalam artikel bekenaan ialah 70 peratus bosan usaha cegah rasuah VVIP tidak berhasil.  Akhbar tersebut melaporkan bahawa lebih 70 peratus daripada sekumpulan responden yang disoal selidik berhubung rasuah di negara ini mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah dan bosan dengan penularan gejala itu. Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low dilaporkan berkata bahawa antara rungutan utama di Malaysia ialah mengenai kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang kenamaan dan tokoh politik yang terbabit dalam kes rasuah besar.

Untuk kemudahan anda semua, ERAKITA memetik kenyataan penuh akhbar berkenaan seperti berikut:

“Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu didedahkan sejak kebelakangan ini. “Kes kematian Teoh Beng Hock ketika disoal siasat SPRM menimbulkan pelbagai persoalan berhubung kaedah operasi agensi ini, terutama cara mengendalikan soal siasat serta mengumpul bukti. “Selain itu, pihak berkuasa di sini juga didakwa pilih kasih ketika mengambil tindakan dan tidak bersikap saksama,” katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Rasuah Global 2009 TI yang dikeluarkan di sini, semalam.

Laporan yang menjurus kepada isu rasuah dalam sektor swasta membabitkan maklum balas daripada 46 negara itu adalah penilaian awal kepada Barometer Rasuah Global, merangkumi laporan terperinci untuk setiap negara, yang akan diumumkan November ini. Low berkata, kedudukan Malaysia sekarang di kalangan negara serantau tidak boleh dianggap selesa kerana Indonesia sudah jauh mengatasi dengan 76 peratus rakyatnya berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka membanteras rasuah. Antara sebab utama, katanya, isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ketiadaan tindakan susulan terhadap kes VK Lingam yang membabitkan campur tangan dalam pelantikan hakim dilihat rakyat sebagai pencabulan hubungan antara kerajaan, sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, majoriti yang disoal selidik mahu hubungan sektor korporat, swasta, kerajaan dan ahli politik dipantau berterusan untuk memastikan mereka sentiasa dikawal selia bagi menjamin tiada amalan rasuah. “Tidak kurang juga yang mahu setiap sektor terbabit memperkenalkan dasar antirasuah di jabatan masing-masing selain telus mendedahkan segala bentuk sumbangan, baik dari segi politik, amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR). “Orang yang memberi sumbangan itu sudah tentu mengharapkan balasan, sekali gus menjadikannya satu bentuk rasuah. Sebarang tindakan mencabul kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan atau manfaat peribadi adalah rasuah,” katanya. Jelas beliau, wakil rakyat dan penyokongnya tidak wajar menganggap jawatan yang dipegang sebagai lesen untuk ‘membuat duit’ manakala pihak berkuasa pula tidak boleh berpeluk tubuh jika mahu meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan serius membanteras rasuah.

Laporan akhbar berkenaan semamangnya penting untuk diambil perhatian semua pihak. Ini kerana, laporan berkenaan dibuat oleh sebuah badan yang penting iaitu Transparency International (TI) yang turut membuat kajian di 46 buah negara lain. Laporan sedemikian juga boleh mempengaruhi persepsi negara luar terhadap negara kita, terutama sekali para pelabur yang sentiasa menitikberatkan aspek ketelusan, transperant, keselamatan perniagaan mereka.

Ironinya, negara jiran kita yang suatu ketika dahulu dilaporkan berada pada tahap kritikal indeks rasuahnya, Indonesia, kini dilihat jauh ke hadapan dalam soal pembenterasan gejala rasuah. Bayangkanlah, jika 70 peratus rresponden di Malaysia yang tidak berpuashati dengan usaha kerajaan mencegah rasuah di kalangan VVIP, keadaan di Indonesia adalah sebaliknya. Di sana, 76 peratus responden yang ditemui menyatakan rasa puashati mereka terhadap usaha kerajaan mereka mengatasi gejala rasuah. Hal ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Mengenai isu 70 peratus responden bosan dengan kegagalan kerajaan menangani rasuah di di kalangan VVIP, satu laporan akhbar yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 28 September 2009 telah dikeluarkan. Walaupun laporan berkenaan tidak menyebutkan bahawa ia sebagai respon pihak SPRM terhadap laporan bertarikh 24 September 2009 itu, namun dapatlah difahami bahawa kenyataan akhbar SPRM itu berkemungkinan sebagai memperjelaskan isu ”KEBOSANAN” tersebut.

Dalam kenyataan akhbarnya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed antara lain menyatakan seperti berikut:

  1. Antara faktor yang dikenalpasti sebagai punca utama mengapa kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawa oleh SPRM ke Mahkamah menemui kegagalan di peringkat pendakwaan atau rayuan ialah akibat saksi mengubah keterangan ketika prosiding mahkamah.
  2. Penelitian yang dijalankan mendapati bahawa ada saksi yang cenderung mengatakan bahawa mereka TERLUPA atau DENGAN SENGAJA MENIPU untuk mengelak daripada diasak dengan pelbagai soalan.
  3. Kerjasama saksi dalam kes pendakwaan sangat penting untuk mengukuhkan hujah pendakwaan. Tindakan saksi untuk tidak memberi kerjasama boleh menyebabkan kelancaran prosiding mahkamah terganggu.

Mengenai saksi yang memberi keterangan palsu di Mahkamah, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka. Dalam kes rasuah melibatkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang juga mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff, SPRM telah mengambil tindakan tegas dengan mendakwa saksi kes berkenaan atas sebab menipu atau sengaja mengubah keterangan di Mahkamah.

Sebagai imbasan kembali, antara kes berprofil tinggi yang dibawa oleh SPRM tetapi gagal di mahkamah ialah melibatkan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam. Beliau dilepas dan dibebaskan (discharged and acquited) di Mahkamah Tingggi atas dua tuduhan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham 13 tahun yang lalu. Keadaan serupa berlaku dalam kes Datuk Saidin Thamby, bekas ADUN Paya Jeras. Beliau juga telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Terkini, SPRM sedang berdepan dengan kes melibatkan VVIP di Ipoh, Perak. Dua VVIP yang yang menghadapi dakwaan rasuah itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 53, dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, 57. Perbicaraan terhadap mereka bermula 28 September 2009 lalu.

Dalam Mahkamah, prinsip utama dalam kes pendakwaan ialah beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan. Dalam konteks SPRM, SPRM adalah pihak pendakwa dan beban untuk membuktikan kes mereka di luar keraguan yang menasabah (BEYOND REASONABLE DOUBT) adalah terletak di bahu SPRM. Keterangan saksi-saksi di peringkat siasatan, suatu peringkat awal kes sebelum keputusan untuk mendakwa dilakukan sangat penting kepada pihak pendakwaan. Keterangan saksi-saksi tersebut penting untuk memastikan samada wujud bukti yang kukuh ke atas suspek (Tertuduh) dan apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikemukakan kepada Mahkamah nanti.

Keterangan seimbang saksi di peringkat siasatan dengan keterangan mereka di peringkat pendakwaan di Mahkamah sangat signifikan. Percanggahan keterangan awal dengan keterangan di Mahkamah boleh menggugat kes pendakwaan. Cubalah bayangkan bagaimana kedudukan pendakwaan dari SPRM di Mahkamah apabila saksi pendakwa tiba-tiba mengubah keterangan mereka. Banyangkanlah apa yang berlaku apabila para saksi tiba-tiba memberi keterangan tidak tahu apabila ditanya oleh pendakwaraya dari SPRM semasa Examination in Chief atau pemeriksaan utama lagi sedangkan semasa proses siasatan terdahulu, saksi berkenaan mengatakan tahu?

ERAKITA percaya bahawa inilah antara dilemma yang dihadapi dalam kes SPRM di atas dan keadaan inilah yang seringkali berlaku dalam kes-kes lain. Jika keterangan saksi tidak menyokong kes pendakwaan, maka berlakulah keadaan di mana mahkamah akan memutuskan Tertuduh dilepas dan dibebaskan. Maknanya, di peringkat pendakwaan, jelas bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka. Dengan erti kata lain, Tertuduh tidak perlu lagi dipanggil untuk membela diri. Kes akan hanya berakhir di sini. Lainlah keadaannya kalau keterangan saksi pendakwa kukuh, sentiasa seimbang dan tidak bercanggah antara satu sama lain dari peringkat awal hingga akhir kes pendakwaan.

Jika kukuh, Mahkamah akan memutuskan bahawa Tertuduh dipangggil untuk membela diri. Di sinilah kita berjumpa dengan istilah ada kes PRIMA FACIE ke atas Tertuduh. Istilah ini digunakan Mahkamah apabila Mahkamah berpuashati dengan keterangan saksi-saksi kes pendakwaan. Kes Prima Facie melahirkan implikasi besar ke atas Tertuduh. Ia suatu keadaan di mana Tertuduh sudah boleh disabitkan bersalah oleh Mahkamah berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwa jika Tertuduh tidak membela diri atau tidak memberi sebarang respon terhadap kes pendakwaan setelah dipanggil membela diri.

Tugas utama Tertuduh apabila diperintahkan membela diri ialah berusaha sedaya upaya untk MENIMBULKAN KERAGUAN YANG MENASABAH terhadap kes pendakwaan. Itu saja. Sekiranya keterangan Tertuduh dan saksi-saksinya (jika ada) boleh menimbulkan keraguan yang dianggap menasabah, Mahkamah akan melepaskan tertuduh dari tuduhan. Jika keterangan pembelaan yang dikemukakan Tertuduh tidak menasabah atau tidak masuk akal, baharulah Tertuduh disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Demikianlah serba sedikit gambaran proses pendakwaan di Mahkamah secara umum. Proses pendakwaan yang berlaku di Mahkamah dalam kes jenayah jika difahami akan memudahkan kita membayangkan situasi yang dihadapi pihak SPRM di atas. Dalam Mahkamah, tidak akan ada sesiapa yang dapat menduga apa yang akan dinyatakan oleh saksi-saksi sewaktu memberi keterangan. Keterangan yang tidak diduga boleh saja terjadi. Keterangan mereka sangat penting untuk membolehkan Mahkamah membuat keputusan di penghujung kes.

ERAKITA mengajak anda semua untuk merenung hal ini dengan perasaan tenang dan positif. Semoga sedikit informasi di atas dapat memberi input berguna kepada anda. Apa-apapun, harapan kita sebagai rakyat Malaysia tercinta ini ialah semoga gejala rasuah di negara kita kalaupun tidak  dapat dihapuskan sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapatlah juga dikurangkan dari semasa ke semasa. Sesungguhnya kita memerlukan saksi-saksi yang jujur dalam proses mencari keadilan.

Terlepas dari tuduhan rasuah di dunia tidak bermakna kita boleh terlepas dari pendakwaan di MAHKAMAH AKHIRAT kelak. Ingatlah bahawa proses keadilan di MAHKAMAH AKHIRAT sangat hebat. Jangankan manusia jadi saksi, segala anggota si Tertuduh seperti tangan dan kaki serta lain-lainnya menjadi saksi PALING JUJUR, IKHLAS dan TIADA UNSUR PENGKHIANATAN. Hakimnya pula bukan sebarang Hakim. Hakimnya adalah yang mencipta dunia, langit dan apa-apa yang wujud antara keduanya. Dialah ALLAH SWT.

 

INGATLAH!

TERLEPAS DI MAHKAMAH DUNIA TIDAK BERMAKNA TERLEPAS DI MAHKAMAH AKHIRAT

 

 

KONFLIK RUMAHTANGGA: ada kisah untuk dikongsi

 

senyum kartun hee

  

Lawak dalam Konflik Rumahtangga

 

28 September 2009 

ERAKITA ingin berkongsi dengan anda satu kisah menarik melibatkan perihal rumahtangga. Kisah ini ERAKITA perolehi dari http://www.websabah.net/lawak-jenaka/957-konflik-suami-isteri.html baru-baru ini. ceritanya begini: 

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya mengganggu jiran tetangga.

“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu. “Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.

“Tidak!” jawab Minah. “Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia menghadap ke bawah!”

Saudara, kisah di atas adalah kisah melibatkan konflik rumahtangga. Minah dan Wahid sebagai pasangan suami isteri mempunyai kelebihan tersendiri dalam soal gaduh suami isteri. Kelebihan mereka dari pasangan-pasangan lain ialah mereka MAMPU bertegang urat leher tanpa mengenal siang dan malam. Ironinya, pertengkaran mereka dapat didengar oleh jiran tetangga. Jika sudah suaranya tinggi, jiran siapa yang tidak dengar. Contoh jelas, cerita yang dipaparkan di atas sudah tentu datang dari jiran tetangga Wahid dan Minah sendiri. Jalan ceritanya pula jelas. Maknanya, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut pasangan dapat didengar dengan jelas oleh jiran. Inilah kelebihan jiran mereka yang amat prihatin dengan sikap AMBIL PEDULI dengan karenah Wahid dan Minah. 

Adapun kisah pergaduhan dalam rumahtangga seperti di atas adalah perkara yang seringkali terjadi dalam masyarakat kita. Cuma, bahagian terakhir cerita di atas tidaklah boleh dijadikan sebagai satu cerita yang benar kerana sudah tentu sebagai orang Islam, mayat si mati akan dikebumi menurut cara Islam. Secara logik, takkanlah mayat suaminya ditanam dengan menghadapkan mukanya ke bawah. Ini bertentangan dengan syariat Islam yang mensyariatkan umatnya agar menghadapkan wajah mayat ke arah kiblat. Maknanya tidaklah mayat Islam itu ditanam dengan menghadapkannya ke bawah. 

Bagi ERAKITA, samada kisah di atas benar atau hanyalah cerita rekaan semata-mata, itu bukanlah isu utama. Yang penting di sini adalah betapa kisah di atas mempunyai signifikan tersendiri dalam kehidupan sebuah rumahtangga. Mengulas mengenai jiran yang bertanya kepada Minah dengan soalan “Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?”, ERAKITA melihat bahawa soalan tersebut hanyalah kata-kata sinis atau sindiran kepada si isteri. Mungkin jiran itu agaknya sudah berani menegur sejak kematian suaminya. Maklumlah, sejak arwah suami pergi, tiada lagi REGU  si isteri untuk bertengkar. 

Kalau dulu, mungkin melihat wajah suaminya pun sudah membuatkan jiran takut, apatah lagi dengan kelebihan memiliki ilmu hitam yang dikatakan luar biasa. Siapalah jiran yang tak gerun kalau hidup berjiran dengan pengamal ilmu hitam yang luar biasa. Silap haribulan, macam-macam boleh berlaku. Setelah kematian suaminya, kini Minah hidup sendiri dan keadaan sudah menjadi sunyi. Jiran sudah rasa aman dan tiada lagi rasa takut. Sebab itu, jiran itu sudah berani bertanya kepada Minah dengan soalan di atas. 

Mengenai si Minah pula, jawapan yang diberikannya cukup menarik dan bersahaja apabila ia mengatakan “biarkan saja dia mengorek tanah tu, aku dah tanam dia menghadap ke bawah!”.  Bagi ERAKITA, jawapan itu adalah kata-kata azimat dan senjatanya untuk menamatkan sindiran jirannya itu. Mungkin juga isteri sudah malu atau mahu menutup mulut jirannya agar tidak terus menyindir atau memandang serong kepadanya Namun, bagi ERAKITA, si isteri dalam kes ini memang bijak memberikan jawapan untuk mematikan langkah jirannya dari berterusan memanjangkan cerita. 

Dari aspek lain, tindakan si isteri mengatakan  “biarkan saja dia mengorek tanah tu, aku dah tanam dia menghadap ke bawah!” merupakan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan isteri terhadap arwah suaminya yang sudah pergi. Dalam kes ini, isteri masih lagi dalam tempoh eddah kematian suami. Tempoh berkabunglah katakan. Sepatutnya waktu itu adalah waktu kesedihan dan amat dianjurkan pula dalam Islam untuk mengenang dan memperkatakan segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwah suaminya. Nampak gayanya, isteri masih lagi ada perasaan benci dan marah kepada suaminya. Kata-katanya langsung tidak menggambarkan bahawa ia memaafkan kesilapan dan kesalahan suaminya atau sekurang-kurangnya menghormati suaminya yang telahpun pergi buat selama-lamanya. 

ERAKITA percaya bahawa sekiranya kata-kata seperti itu terkeluar dari mulut seorang isteri yang baru kematian suaminya, itulah tandanya bahawa keadaan rumahtangga mereka begitu kronik semasa si suami masih hidup. Kalau sudah berani bertegang urat depan jiran, apatah lagi jika mereka hanya berdua. ERAKITA percaya bahawa bukan setakat kata-kata dengan suara tinggi sahaja yang keluar, bahkan penampar dan sepak terajang juga hampir pasti menjadi ramuan dan sajian harian mereka berdua sewaktu hidup bersama. 

ERAKITA secara peribadi sering berhadapan dengan “GOLONGAN” seperti ini sepanjang berkarier dalam bidang perundangan lebih 10 tahun. Sekadar berkongsi pengalaman, ketika ERAKITA mengajukan soalan kepada golongan berkenaan iaitu sudah berapa kali isteri dipukul  suami, jawapan yang diberikan cukup mengejutkan. Katanya “Jangankan sepuluh kali atau 20 kali atau 100 kali!. Selama kami kahwin hampir 20 tahun, boleh dikatakan hari-hari saya kena maki, hari-hari penamparnya sampai ke muka saya, hari-hari perkataan seperti BODOH, PALUI, BAHALUL, TIADA OTAK, BABI dan macam-macam lagi kata-kata teruk dilemparkan kepada saya”. Kata-kata makian dan pukulan suami ke atas isteri tidak mengenal masa dan tempat. Bagi anak-anak mereka, hal sedemikian sudah menjadi makanan harian mata dan telinga mereka. Suara tinggi dan keras dari orang tua sudah menjadi nyanyian harian secara percuma tanpa muzik untuk anak-anak mereka. 

Saudara, kisah di atas hanyalah sekelumit dari kisah yang ada dalam rumahtangga masyarakat kita. ERAKITA mengajak anda semua untuk merenungnya dan membandingkan dengan apa yang kita lalui sendiri dalam kehidupan kita. Soalan ERAKITA ialah, pernahkah anda menemui kes seperti di atas? Atau adakah anda pernah atau sedang menjadi watak dalam kisah di atas ketika ini?.

Satu ingatan penting, jika kita ingin supaya isteri kita sentiasa mengenang budi baik kita selepas kematian kita ialah, elakkanlah berbuat jahat kepada pasangan kita. Elakkanlah memaki hamun pasangan kita. Elakkanlah menggunakan tangan dan kaki kita untuk memukul pasangan kita. Elakkanlah dari menggunakan KUASA VETO yang ada pada kita sebagai suami sewenang-wenangnya. 5 kuasa besar DUNIA seperti USA, RUSSIA, CHINA, FRANCE dan BRITIAN juga tidak akan menggunakan KUASA VETO mereka di PBB sewenang-wenangnya tanpa terlebih dahulu menimbang dan mengambilkira pelbagai aspek dan keadaan. Jika tidak, kita akan mengalami kes serupa dengan Wahid dan Minah di atas. 

Antara pengajaran lain yang patut diambil dari kisah di atas antaranya: Tingkatkanlah ilmu pengetahuan agama dan ilmu rumahtangga. Di samping itu, kerjakanlah kewajipan utama seperti solat 5 waktu. ERAKITA mempunyai kepercayaan bahawa pasangan di atas tidak menunaikan kewajipan solat 5 waktu berdasarkan pengalaman ERAKITA sewaktu berhadapan dengan kes-kes seumpamanya selama ini. Kesabaran dan rasa belas kasihan mesti ditanamkan dalam diri pasangan masing-masing. Hormatilah jiran kita. Janganlah disebabkan perbuatan kita, orang lain tidak dapat tidur lena. Ingatlah bahawa adakalanya kematian kita merupakan satu kegembiraan bagi orang lain kerana kepergian kita bermakna suatu rahmat dan keamanan bagi orang lain. Aman di sini maksudnya, aman dari kejahatan tingkah laku kita. 

Dari aspek lain, andaikata Wahid dan Minah mempunyai anak-anak yang tinggal serumah, bagaimanalah agaknya sikap dan tingkah laku anak-anak mereka yang membesar bersama pertengkaran, makian, pukulan dan pelbagai lagi perbuatan negatif ibu bapa mereka? Apakah mereka boleh menjadi anak yang soleh? Apakah anak boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran? Apakah anak-anak itu akan menghormati orang tuanya? Apakah anak-anak itu merasa aman dan tenang di rumah? Apakah anak-anak bangga membawa rakan-rakannya ke rumah mereka dalam keadaan seperti itu? Apakah anak-anak memiliki sifat-sifat luhur? Jawapannya ada dalam fikiran masing-masing.

ERAKITA mengajak anda semua untuk merenung kisah ini. Semoga ia jadi tauladan yang berguna kepada kita dalam pelayaran bahtera RUMAHTANGGA.

  

“HIDUP BERAGAMA MELAHIRKAN RUMAHTANGGA BAHAGIA”

 

 

RAJA SEHARI DI AIDILFITRI (UJI & MOHD SHAHFYEZAN)

 

  

SELAMAT PENGANTIN BARU

 

26hb. September 2009 

Tepat jam 7.50pm, 25hb. September 2009, bertempat di kediaman Cikgu Mohd. Jeffrin Abdulman di Kg. Tanah Merah, Keningau, pasangan bertuah, Muhammad Shahfyezan Abdullah Risit, 27, dan Suzieyanti Mohd Jeffrin, 22, akhirnya sah sebagai suami isteri. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Pasangan diakadnikahkan oleh Imam Hj Hamzah bin Baba, Jurunikah bertauliah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS). Saksi pernikahan pula adalah En Arinin bin Ibon dan En Rosli bin Zaini. 

Muhammad Shahfyezan yang kini bertugas sebagai anggota tentera di Bahagian Bomba dan Penyelamat, Sungai Buluh, Selanggor sejak 5 tahun lalu berasal dari Kg Tuntumulud Keningau. ERAKITA yang sempat menemuramah Muhammad Shahfyezan selepas majlis akad nikah diberitahu bahawa mereka mula berkenalan sejak bulan Disember 2008 di Keningau. Perkenalan tersebut akhirnya membawa kepada pertunangan pasangan ini pada 18hb, Jun 2009. Menurut Muhammad Shahfyezan lagi, beliau sebenarnya masih baru dalam Agama Islam. Sebelum mengenali isterinya, beliau telahpun memeluk Islam atas kerelaannya sendiri di Masjid Sungai Buloh, Selanggor pada 24hb. Oktober 2008, semasa umat Islam masih sibuk merayakan Aidilfitri. 

Menurut beliau lagi, ia mula tertarik dengan Agama Islam apabila mendengar alunan suara azan yang berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 2004. Hasil dorongan rakan-rakan Muslim serta kajian yang dilakukan ke atas agama Islam, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada tahun lepas. Tambahan lagi, terdapat juga ahli keluarga terdekat beliau di Sabah yang telah memeluk Islam sebelum itu. Beliau mengakui bahawa walaupun berat untuk diterima oleh ahli keluarga, namun keputusannya memeluk Agama Islam tidaklah pula mendapat tentangan dari kaum keluarga. Nama beliau dalam agama asal (Kristian) ialah Larry Risit. 

Hari ini, 26hb. September 2009, keluarga pengantin Perempuan mengadakan majlis undangan perkahwinan yang di rumah kediaman mereka di Kg Tanah Merah, Keningau bermula jam 1.00pm. Jemputan pula datang dari pelbagai lapisan masyarakat dari kampung-kampung yang berdekatan. Beberapa orang kenamaan dan pemimpin masyarakat juga turut dijemput ke majlis berkenaan. Jamuan pada hari ini disediakan menggunakan perkhidmatan Katering dari Restoran Azam Fast Food yang mempunyai cawangan perniagaan kedai makan di Wisma MUIS dan Sadong Jaya di Kota Kinabalu, Puncak Azam Resoran di Jalan Penampang Tambunan, Batu 54 (berdekatan Gunung Emas Resort) dan Kantin SMK Tambunan. Untuk tempahan Katering, urusan boleh dibuat melalui talian 0128298372 (Pn. Siti Hafsah), 0126910178 (Pn. Khadijah), 0123055526 (En. Shahrul Anuar) dan 0146555207 (Pn. Suriati). 

Pasangan ini dijangka bertolak ke Sungai Buloh Selanggor pada 7hb. Oktober 2009. ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih diharapkan selain kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga ERAKITA mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pasangan pengantin serta keluarga.

Beberapa gambar sempena Majlis Akad Nikah pasangan ini yang sempat dirakam sayugia dipaparkan di bawah ini untuk tatapan anda semua. 

 

Bapa kandung Suzieyanti, En. Mohd Jeffrin Abdulman sedang membacakan wakalah (perwakilan) untuk akad nikah kepada Imam Hj Hamzah Baba

Bapa kandung Suzieyanti, En. Mohd Jeffrin Abdulman (kiri) sedang membacakan wakalah (perwakilan) untuk akad nikah kepada Imam Hj Hamzah Baba

Saat penuh debaran lagi mendebarkan. Muhd Shahfyezan menggenggam erat tangan Tuan Imam untuk menerima amanah besar sebagai suami. Inilah suasana akad nikah yang bersejarah itu

Saat penuh debaran lagi mendebarkan. Muhd Shahfyezan menggenggam erat tangan Tuan Imam untuk menerima amanah besar sebagai suami. Inilah suasana akad nikah yang bersejarah itu

Suzieyanti dan Muhd Shahfyezan kini sah sebagai suami isteri. Selamat melayari bahtera rumahtangga

Suzieyanti dan Muhd Shahfyezan kini sah sebagai suami isteri. Selamat melayari bahtera rumahtangga

Uji dengan wajah ceria selepas akad nikah. Anda anda kini bergelar isteri. Tahniah

Uji dengan wajah ceria selepas akad nikah. Anda anda kini bergelar isteri. Tahniah

Pengantin di atas pelamin berpakaian hijau. Warna yang cantik dan sesuai untuk pelbagai suasana. Semoga berbahagia dunia & akhirat

Pengantin di atas pelamin berpakaian hijau. Warna yang cantik dan sesuai untuk pelbagai suasana. Semoga berbahagia dunia & akhirat

para tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pengantin

para tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pengantin

Mohd Jeffrin berbaju melayu kuning dan besannya En Risit, bapa kepada pengantin lelaki sedang melakukan renjisan kepada anak tersayang di pelamin. Kini sudah berbesan rupanya Cikgu jeffrin sekarang.

Mohd Jeffrin berbaju melayu kuning dan besannya En Risit, bapa kepada pengantin lelaki sedang melakukan renjisan kepada anak tersayang di pelamin. Kini sudah berbesan rupanya Cikgu jeffrin sekarang.

YB Datuk Rizalman Abdullah, antara orang kenamaan yang hadir. Terimakasih Datuk

YB Datuk Rizalman Abdullah, antara orang kenamaan yang hadir. Terimakasih Datuk

kumpulan marhaban dari Kg Meninimpir Keningau yang turut memeriahkan Majlis

kumpulan marhaban dari Kg Meninipir Keningau yang turut memeriahkan Majlis

Keluarga ERAKITA Uyie & Rina duduk di bawah juga Insyaa Allah bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember 2009 ini.

Keluarga ERAKITA Uyie & Rina duduk di bawah juga Insyaa Allah bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember 2009 ini.

 

 

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU

 

 

SEBULAN PUASA TAK SAKIT: syawal pertama sakit pula!

 

menangis kartun

 

 

BUDAYA SAKIT  DI AIDILFITRI

 

23hb. September 2009

Bagi umat Islam yang berjaya mengharungi cabaran berpuasa sebulan, kehadiran 1 Syawal benar-benar terasa manisnya. Mengapa tidak, kerana ini adalah hari kemenangan. Kemenangan selepas berjuang hebat dalam PERTEMPURAN melawan hawa nafsu memang layak dan patut diraikan. Setelah sebulan tidak menjamah makanan dan minuman di waktu siang, kini tiada lagi larangan itu. Kini PARA PEJUANG diberi kebebasan sepuas-puasnya untuk menikmati segala makanan dan minuman yang ada. Pokoknya, asal sahaja makanan itu halal, jamahlah sepuas-puasnya. 

Dalam keghairahan dan kemariahan menyambut  hari raya, terkadang kita terleka untuk mendisiplinkan diri kita dengan pengambilan makanan dan minuman. Jika semasa berpuasa dahulu, kita langsung tidak rasa GASTRIK atau DUGAL. Namun, baru 1 Syawal, perut sudah terasa lain. Macam-macam pula yang terjadi ke atas perut kita. Apa tidaknya, akibat tidak mengira makanan dan kadarnya, apa saja makanan yang disediakan semuanya direntap. Pendek kata, perut kita tidak lagi mengenal erti rehat makan dan minum. Minuman saja sudah bermacam jenis dan warna. Ada yang bergas, ada yang panas dan ada yang sejuk. Semuanya masuk dalam satu perut dalam masa yang sama. Ungkapan 3 in 1 benar-benar terpakai dan RELEVAN ketika ini. Soal makanan pula jangan cerita. Jika ada 10 jenis makanan yang dihadangkan oleh Tuan Rumah, jika dapat kesemua 10 jenis itu perlu dimasukkan ke dalam satu KANTUNG. Pendek kata, bukan lagi 3 in 1 tetapi 10 in 1. Ini tiada bezanya ungkapan 10 in 1 yang digunakan oleh syarikat-syarikat pengeluar sesetengah produk minuman berpeket yang biasa kita jumpa di restoran atau kedai kopi. 

Akhirnya, berlakulah bermacam ragam kejadian yang tidak diingini. Sementara ramai yang bergembira menikmati hari kemenangan itu, tidak kurang juga yang TERPAKSA melupakan keseronokan tersebut untuk seketika atau juga beberapa hari. Apa tidaknya, baru hari pertama hari raya, sudah ada yang sakit perut, sudah ada yang muntah-muntah, sudah ada yang pening-pening, sudah ada yang gastrik, sudah ada yang naik tekanan darah, sudah ada yang naik kandungan gula dan pelbagai lagi penyakit yang datang tanpa diundang. Kini, keseronokan bertukar kedukaan dan kesedihan. Akhirnya, wad kecemasan di Hospital terdekat menjadi perkumpulan keluarga dan rakan-rakan yang menemani ahli keluarga yang sakit. Ada yang ditahan beberapa jam dan ada juga melebihi sehari di wad hospital. Semuanya gara-gara tidak mengawal makanan dan minuman. Agaknya, perut dan tubuh menjadi sakit kerana KEJUTAN BUDAYA makan yang luar biasa sebaik solat sunat hari raya selesai. 

Suasana ini mungkin pernah terjadi kepada diri anda. Atau, mungkin juga sedang terjadi kepada orang-orang terdekat dengan anda ketika ini. BUDAYA SAKIT DI HARI RAYA ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai BUDAYA yang telah diwarisi dari dahulu hingga kini. Tidak mustahil jika BUDAYA ini tidak dibendung, gejala ini nanti akan terus menerus berlaku tanpa penamatnya. Akhirnya ia akan menepati satu slogan agak popular suatu ketika dulu yang berbunyi DULU, KINI dan SELAMANYA

ERAKITA percaya bahawa semua bersetuju bahawa BUDAYA ini tidak sepatutnya MENCEMARI kemariahan hari kemenangan itu. Jika umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam yang menganjurkan sikap bersederhana atau wasotiyyah dalam tindakan atau perbuatan, kejadian yang tidak diingini itu tidak akan terjadi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan pada kadar terendah. 

Islam menganjurkan umatnya agar mengambil makanan dan minuman pada kadar sederhana. Ungkapan seperti MAKAN KETIKA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG memang biasa kita dengar. Namun, apabila makanan sudah terhidang di hadapan, hanya ungkapan MAKAN KETIKA LAPAR sahaja yang dipatuhi. Ungkapan separuh lagi iaitu BERHENTI SEBELUM KENYANG lazimnya diengkari. Jika boleh, ketika berhadapan dengan makanan yang lazat dan menyelarakan, ungkapan BERHENTI SEBELUM KENYANG itu cepat-cepat diletakkan di belakang. Jangan sampai ia tampak kelihatan. Jangan sampai ia MENGGANGGU kekusyukan kita makan. Akhirnya, bukan sahaja makanan sampai di tenggorokan, malah semua jenis makanan yang ada juga turut dilonggokkan dalam kantung yang sama. 

Tidak hairanlan mengapa pelbagai penyakit yang disebutkan di atas muncul secara tiba-tiba. Bagi ERAKITA, amalan makan bersederhana wajar sekali dibudayakan dalam masyarakat Islam. Ingatlah bahawa Allah telah mengingatkan kita dalam al-Quran agar tidak sengaja mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Jika diperhati, perbuatan makan secara berlebihan dan tidak terkawal itu adalah perbuatan yang akan membinasakan kesihatan tubuh badan kita. Kaedah Fekah juga ada menyebutkan ”DARAR HENDAKLAH DISINGKIRKAN”. Jika perbuatan itu membinasakan kita atau mendatangkan kemudaratan ke atas diri kita, maka perbuatan seumpama itu adalah perbuatan yang terlarang dan mesti dihindarkan. 

Jika kita benar-benar menghayati dan mengkaji segala hukum hakam Islam, kita akan dapati bahawa semua itu akhirnya akan menjurus kepada pencapaian MAQASID AL-SYARIYYAH atau matlamat-matlamat syariah. Matlamat utama syariyyah ada lima iaitu MENJAGA AGAMA, MENJAGA NYAWA, MENJAGA AKAL, MENJAGA HARTA DAN MENJAGA KETURUNAN. Inilah maqasid atau matlamat-matlamat utama syariyyah. Apapun yang diwajibkan, diharamkan, diharuskan, disunatkan atau dimakruhkan dalam Islam semuanya akan kembali kepada pencapaian matlamat atau maqasid di atas. Inilah cantiknya Islam yang tidak akan ditemui dalam agama-agama lain di dunia. 

Atas perkara ini, ERAKITA mengucapkan selamat menikmati hari kemenangan ini dengan sikap bersederhana dan berpada-pada. Makan dan minum biarlah berpada-pada. Berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka biarlah berpada-pada menurut suasana dan kemampuan kita. Jika dapat, biarlah wad-wad mecemasan di hospital semasa perayaan aidil fitri ini bebas dari kesibukan melayan TETAMU AIDIL FITRI yang tidak diundang. Biarlah doktor-doktor yang ON CALL semasa perayaan ini dapat beriystirahat dan sama-sama menikmati kemariahan aidil fitri tanpa ”GANGGUAN” panggilan segera ke hospital semata-mata melayani kehadiran kita sebagai pesakit di sana. Semuanya ini dapat dicapai sekiranya kita memulakan langkah kita sendiri. Langkahnya ialah BERSEDARHANALAH KETIKA MENGAMBIL MAKANAN dan MINUMAN. Insyaa Allah, jika diamalkan, kita akan menikmati hasilnya.

 

MAKAN KETIKA LAPAR

&

BERHENTI SEBELUM KENYANG

 

 

RUMAH TERBUKA & ADAB SEBAGAI TETAMU

 

domemon

 

 

ADAB TETAMU DI RUMAH TERBUKA 

 

21hb. September 2009

Suasana kemeriahan Hari Raya yang kini memasuki hari kedua semakin dirasai. Jika kelmarin, umat Islam menunaikan solat sunat aidil fitri bersama pakaian baru raya yang pelbagai corak dan warnanya, kini hari raya kedua bakal diisi dengan program kunjung-mengunjung dan rumah terbuka. Pendek kata, siapa sahaja tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita akan dilayan samada dikenali atau tidak dikenali. Inilah tradisi hari raya sejak dahulu lagi. Tidak kurang juga yang mengadakan majlis perkahwinan di minggu pertama atau kedua syawal atau kenduri seperti menggunting rambut anak, doa kesyukuran, doa selamat dan lain-lain lagi. 

Dalam keghairahan mengadakan rumah terbuka dan kunjung mengunjung sempena aidil fitri, ERAKITA ingin berkongsi dengan anda semua beberapa adab yang wajar diambil perhatian oleh para tetamu atau pengunjung di rumah terbuka. Maklumlah, namanyapun RUMAH TERBUKA. Menitikberatkan adab sebagai tetamu akan lebih mencantikkan suasana kemariahan aidil fitri di samping memperlihatkan kecantikan Islam itu sendiri di mata masyarakat bukan Islam. Antara adab sebagai tetamu ialah: 

1.         HORMAT KEPADA TUAN RUMAH. Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, elakkan dari terus ke meja hidangan. Sebaiknya, carilah Tuan Rumah terlebih dahulu atau kalau kebetulan tidak ada ketika itu (mungkin sibuk di dapur atau melayan tetamu lain), bersalamlah dengan para tetamu yang berdekatan ketika itu. Sementara menunggu arahan Tuan Rumah, ambillah kesempatan untuk berbual-bual mesra dengan para tetamu yang ada. 

2.         KAWAL SUARA KETIKA BERBUAL. Keseronokan berbual terutama bertemu rakan-rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar bahawa kita mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia juga boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan tersebut berkisar kepada umpatan atau perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati Tuan Rumah atau orang lain. Keseronokan berbual-bual pasal perkembangan politik tanah air adakalanya agak sensetif bila terdapat orang-orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu. Sebaiknya, sebagai tetamu, kita kenalah kawal suara kita dan berbuallah pada perkara-perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sesetiviti. 

3.         ADAB MAKAN. Kesopanan amat penting ketika makan. Elakkan dari berebut-rebut. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran. Ambillah makanan ketika dipelawa Tuan Rumah. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab yang baik. Oleh itu, mengelak dari mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Lebih tidak manis sekiranya masih banyak sisa yang tinggal dalam pinggan kita sedangkan pada awalnya, kita melonggokkan makanan dalam pinggan kita tidak ubahnya seperti GUNUNG KINABALU. Kadang-kadang sampai ada makanan yang terjatuh dari pinggan gara-gara TIADA RUANG dalam pinggan. Pernahkah anda melihat suasana ini? Atau pernahkah anda mengalami peristiwa sebegini? 

Kadang-kadang, tanpa disedari perbuatan atau tingkah laku kita sepanjang majlis berkenaan diperhatikan orang, apath lagi jika kita mempunyai kedudukan tertentu dalam masyarakat. Persepsi orang terhadap diri kita penting sekali untuk diambil perhatian walaupun dalam suasana majlis rumah terbuka. Orang mungkin mempunyai tanggapan bahawa orang yang makan secara sederhana adalah orang yang sederhana sifatnya, tidak tamak, tidak haloba, tidak gelojoh, sabar dan mempunyai disiplin yang tinggi. Jika begitu, bagaimana pula tanggapan orang kalau kita mengambil makanan pada kadar yang banyak dan selepas itu tinggalkan sisa yang masih banyak di pinggan yang sama? 

4.         MEMELIHARA PANDANGAN. Sebagai tetamu, sebaiknya elakkanlah dari memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar juga. Cuma, pandanglah yang perlu sahaja seperti memandang wajah para tetamu baru yang datang dengan pandangan ikhlas bersama senyuman. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik-bisik dengan rakan sebelah kita juga perlu dielakkan. Ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika melibatkan umpatan kepada orang lain. 

5.         HADKAN MASA. Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah Tuan Rumah agak lama. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20-30 minit akihrnya berlangsung sehingga 2-3 jam. Rasanya, tempoh itu TERLALU LAMA untuk majlis seumpama itu. Ia mungkin menumbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada Tuan Rumah. Lebih malang andai ruangan rumah atau kerusi tetamu yang disediakan begitu terhad. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain dari mendapat tempat duduk. Tuan Rumah mungkin akan merasa tidak selesa apabila “TERPAKSA” berulang-ulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru. 

6.         BILANGAN ROMBONGAN YANG SEDERHANA. Membawa ahli keluarga dan rakan-rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan kita yang ramai mungkin akan menjadi satu KESULITAN kepada Tuan Rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis tersebut tidak diberitahu lebih awal kepada Tuan Rumah. Manalah tahu jumlah makanan yang disediakan Cuma ala kadar untuk beberapa kepala sahaja. Lebih parah, jika tetamu lain yang diundang belum tiba. Hal-hal sekecil sebegini wajar diambil perhatian untuk mengelak kesulitan Tuan Rumah. 

Siapalah tahu, disebabkan kehadiran kita yang ramai, Tuan Rumah (suami isteri) boleh bergaduh disebabkan keadaan dah jadi kelam kabut. Sebagai tetamu, manalah kita tahu apa yang berlaku kepada pasangan Tuan Rumah ini di belakang dapur sana. Siapa tahu, isteri Tuan Rumah hanya muncul melayan tetamu setelah beberapa lama, mungkin disebabkan hanya setelah air matanya telah reda dan mukanya merahnya telah hilang gara-gara bergaduh dengan suaminya di belang dapur gara-gara kita sebagai TETAMU ISTIMEWANYA? Siapa tahu? 

Mana lagi nak layan tetamu, mana lagi nak masak baru, mana lagi nak memikirkan apa akan dilakukan untuk menyambut kehadiran tetamu lain yang yang telah diundang yang tidak lama lagi akan tiba, mana lagi nak bersabar dengan kerenah anak-anak tetamu yang ramai dan bagitu ”JAJAL” atau nakal dan tak terkawal. Kadang-kadang anak-anak tetamu sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk rumah, masuk bawah meja, naik atas meja makan, masuk bilik Tuan Rumah yang kebetulan mungkin tak berkunci, masuk dapur, menangis-nangis atau tertumpah air dilantai dan pelbagai lagi karenah semulajadi mereka. Di sinilah peranan kita sebagai tetamu untuk menjaga adab kehadiran kita. 

Siapa tahu, kehadiran kita di majlis tersebut sebenarnya bukannya menggembirakan Tuan Rumah tetapi MEMENINGKAN kepala Tuan Rumah? Siapa Tahu? Di sinilah peri pentingnya kita memberitahu lebih awal kepda Tuan Rumah akan kehadiran kita dan bilangan anggota yang akan dibawa bersama. Namun, prinsip asas ialah, hadkanlah bilangan anggota keluarga atau ahli rombongan yang akan dibawa ke rumah terbuka. Lainlah halnya sekiranya hanya keluarga kita saja yang dijemput pada ketika itu. Bilangan tetamu yang dibawa dalam jumlah yang agak ramai mungkin menjadi lebih baik dan MENGGEMBIRAKAN Tuan Rumah berbanding bilangan sedikit. Siapa Tahu? 

Demikianlah sedikit sebanyak tips-tips mengenai adab dan kaedah-kaedah sebagai Tetamu di majlis RUMAH TERBUKA untuk mana-mana majlis, terutama sekali sepanjang menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI. Semoga panduan ringkas ini memberi menfaat kepada kita semua. Bagi ERAKITA, apa yang penting ialah kehadiran kita di majlis tersebut benar-benar MENGGEMBIRAKAN Tuan Rumah dan bukannya MEMENINGKAN Tuan Rumah.

  

AYUH KITA CERIAKAN RUMAH TERBUKA

 &

 JAGALAH ADAB SEBAGAI TETAMU

 

 

SALAM AIDILFITRI

 

  

salam aidilfitri

 

 

SELAMAT HARI RAYA

 

20 sept 2009 

ERAKITA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua tetamu blog ERAKITA yang beragama Islam. Semoga RAMADHAN yang telah kita lalui membawa erti yang besar dalam kehidupan kita hari ini dan hari-hari yang mendatang. 

Sambutan Aidil Firti pada 20hb. September 2009 menandakan genaplah sebulan kelahiran blog ERAKITA yang sedang anda tetapi ketika ini. ERAKITA mengucapkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran atas kunjungan anda semua ke blog ini. Segala komen atau pandangan yang anda coretkan dalam blog ini amat dihargai. ERAKITA mempunyai misi dan visi tersendiri untuk menjadi wadah kepada penyaluran maklumat terkini dalam pelbagai bidang dengan mengambilkira sensetiviti agama, adat, budaya dan fahaman politik di negara ini. Ketepatan dan kualiti sesuatu maklumat yang akan diterbitkan menjadi keutamaan ERAKITA agar perkongsian maklumat benar-benar dapat dimaksimakan. 

Penggunaan bahasa juga akan dipermudahkan agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati maklumat dan informasi yang bakal dihidangkan. ERAKITA mengakui bahawa sejak mula beropersi pada 19hb. Ogos 2009 lepas, banyak lagi kekurangan yang terdapat dalam blog ini. Usaha sedang dijalankan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi keupayaan serta kemahiran krew ERAKITA agar penambahbaikan dalam persembahan blog ini dapat dipertingkatkan. Sehubungan itu, komen atau pandangan dari anda semua amat dihargai untuk tujuan di atas.   

 

SELAMAT HARI RAYA 

MAAF ZAHIR DAN BATIN

 

 

kad raya 2

 

TIDAK SOLAT JUMAAT & 5 WAKTU BOLEH KENA PENJARA?

 

 tasbih dan ilmu

 

 KESALAHAN JENAYAH SYARIAH TIDAK TUNAIKAN SOLAT

  15 September 2009

 

 

 

Menurut Seksyen 48 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 (EKJS), kegagalan seorang lelaki Muslim menunaikan solat jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie merupakan satu kesalahan jenayah syariah. Begitu juga halnya dengan kegagalan menunaikan Solat 5 waktu samada lelaki mahupun perempuan. Sayugia di bawah ini penulis perturunkan petikan undang-undang berkenaan untuk tatapan bersama.  

 

 

 

OFFENCES 

 

PART IV 

 

(2)      Any Muslim who without uzur syarie intentionally disregards his obligation to perform prayer five times a day, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.    

48.      Failure to perform Friday prayer or prayer five times a day.    

(1)      Any male who has attained puberty and who fails to attend Friday Prayer in the mosque of his kariah for three consecutive occasions without uzur syarie shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. 

Berdasarkan kepada Seksyen 48 EKJS di atas, terdapat 2 jenis kesalahan berkaitan kegagalan menunaikan kewajipan solat iaitu solat jumaat dan solat 5 waktu. Kegagalan menunaikan solat jumaat 3 kali berturut-turut di masjid dalam kariahnya tanpa uzur syarie atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu kesalahan jenayah syariah. Kesalahan ini walau bagaimanapun dikhususkan untuk lelaki yang telah mukallaf sahaja. Dengan erti kata lain, undang-undang ini hanya tertakluk kepada lelaki yang sudah mencapai tahap baligh. Untuk kesalahan tidak mengerjakan solat jumaat di atas, hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah kepada pesalah ialah denda tidak lebih RM1,000 atau Penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. 

Kesalahan kedua pula ialah gagal menunaikan kewajipan solat 5 waktu dengan sengaja. Menurut seksyen 48 (2) EKJS, undang-undang ini bukan hanya terbatas kepada lelaki sahaja. Malah, wanita juga tidak terkecuali. Walau bagaimanapun, undang-undang juga menyediakan panduan iaitu kegagalan menunaikan solat 5 waktu ini mestilah pula dilakukan tanpa ada uzur syarie atau sebab-sebab yang dibenarkan oleh Syarak. 

Ini bermakna, bagi mana-mana orang Islam yang mempunyai keuzuran yang dibenarkan oleh Syarak, seperti kedatangan haid atau nifas bagi wanita, undang-undang ini tidaklah pula terpakai kerana hukum syarak secara terang dan nyata tidak mewajibkan golongan ini mengerjakan solat ketika itu. Menurut seksyen 48 (2) EKJS di atas, sekiranya tertuduh disabitkan salah, Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman ke atasnya dengan denda tidak lebih RM1,000 atau Penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. 

Setakat yang penulis ketahui, belum pernah lagi mana-mana orang Islam di Negeri Sabah yang pernah disabitkan bersalah kerana gagal menunaikan solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur Syarie mahupun gagal menunaikan solat 5 waktu. Sekiranya ada yang disabitkan atas kesalahan tersebut dan dihukum samada denda atau penjara, penulis tidaklah terkejut jika nanti ada kata-kata sinis atau protes dari mana-mana pihak berkenaan atas hukuman Mahkamah sebagaimana kes minum arak di Pahang melibatkan Kartika Sari Dewi. 

Alasan seperti melanggar hak peribadi individu atau kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama tidak mustahil untuk digunakan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin juga akan ada kata-kata seperti “soal saya solat atau tidak, itu hak saya. Soal dosa atau pahala itu saya tanggung sendiri. Yang penting saya tidak kacau orang lain, tidak ganggu orang lain, tidak ambil hak orang lain. Soal masuk syurga atau neraka juga itu saya punya pasal!”. 

Tidaklah mustahil kata-kata seperti ini keluar dari orang-orang yang tidak bersetuju atau menentang kewujudan peraturan tersebut. Tambahan pula, jawapan seperti di atas bukan sesuatu yang asing bagi kita mendengarnya dari orang-orang Islam kalangan kita sendiri apabila ditegur atau diajak untuk menunaikan solat. Jawapan spontan yang “CANGGIH” itu tidak mengira datang dari siapa. Ia boleh saja datang dari orang-orang terdekat kita sendiri. Ia boleh saja datang dari orang yang berpendidikan setinggi-tingginya atau langsung tiada pendidikan. Memang diakui, jawapan sebegini tidak memerlukan seseorang itu berpendidikan atau berpelajaran tinggi.Ia adalah jawapan yang universal dan “BOLEH”dipakai oleh siapa saja yang merasakan bahawa ianya senjata ampuh untuk mematikan teguran atau ajakan dari Muslim yang prihatin mengenai kewajipan solat. 

Sebagai saudara seagama, ERAKITA ingin berkongsi kata-kata ini. Solat adalah tiang agama. Solat adalah perkara pertama akan ditanya pada hari Akhirat kelak. Solat merupakan satu-satunya syariat yang diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dari Allah SWT dalam peristiwa bersejarah dan gemilang iaitu Isra’ dan Mi’raj. Al-Quran juga merakamkan bagaimana solat ini dapat mencegah seseorang dari melakukan kejahatan dan kemungkaran. Solat juga adalah satu-satunya ibadat yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali walau dalam apa keadaan bagi lelaki yang telah mukallaf sehingga ke saat rohnya berpisah dari jasad. 

Dengan sebab itu, Allah memberikan kelonggaran sebagai bentuk kemudahan atau rukhsah kepada umat Islam untuk menunaikannya dalam pelbagai cara menurut keadaan dan suasana seseorang. Ketiadaan air bukan halangan meninggalkannya apabila Islam membenarkan seseorang Muslim bertayamum. 4 rakaat menjadi dua dan 2 waktu yang berbeza dapat pula gabungkan dan dikerjakan dalam satu masa samada diawalkan atau diakhirkan ketika seseorang Muslim menghadapi masyaqqah atau kesulitan seperti bermusafir atau dalam perjalanan yang jauh. 

Allah pula telah menekankan kewajipan solat berulang-ulang kali menerusinya kalam-Nya dalam al-Quran. Bukan setakat itu, solat juga menjadi pra syarat bagi seorang Islam untuk menjadi orang yang bertaqwa. Dan, mencapai tahap taqwa amat penting kerana ia adalah wasilah untuk mengecapi kejayaan dan nikmat di akhirat. Galilah ilmu dalam al-Quran dan kita akan dapati betapa banyaknya ayat-ayat suci di sana yang menegaskan bahawa orang-orang yang bertaqwa itu telah dijanjikan dengan nikmat syurga. Syurga yang kenikmatannya tidak pernah terlihat oleh mata kasar, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia. 

Pokok pangkalnya ialah solat. Tanpa mengerjakan solat, mustahil orang itu menjadi orang bertaqwa kerana solat itu sendiri telah diiystiharkan sebagai tiang kepada agama Islam. Bagaimana mungkin orang itu mendakwa dirinya baik sedangkan ia tidak mengerjakan solat? Bukankah apabila ia tidak mengerjakan solat, ia sebenarnya sedang melangar perintah dari Allah? Bukankah melanggar perintah Allah itu namanya tidak patuh, tidak ikut arahan, degil, sombong dan bongkak di hadapan Allah setelah Allah memberikan segala nikmat kepadanya? Apakah ia tidak patut berterimakasih kepada Allah setelah Allah mengurniakan banyak nikmat kepadanya? 

Tidakkah ia sedar bahawa matanya yang celik itu nikmat anugerah Allah? Tidakkah ia sedar bahawa telinga yang mendengar itu pemberian Allah? Tidakkah ia sedar bahawa kakinya yang dapat melangkah pemberian Allah? Tidakkah ia sedar bahawa mulutnya yang pandai bersuara nikmat Allah? Tidakkah wajahnya yang indah dan cantik itu nikmat dari Allah? Dan tidakkah ia sedar bahawa hayatnya yang masih ada sedang orang lain sudah tiada adalah nikmat Allah? Tidakkah ia sedar nikmat ini semua datang dari Allah? 

Kalaulah ia sedar ini semua, pastilah ia dengan sendirinya akan akur bahawa ia wajib berterimakasih kepada Allah. Tetapi, mengapa bila Allah suruh solat untuk 5 kali sehari sahaja yang hanya mengambil beberapa minit sahaja, ia sudah engkar? Tidakkah apabila ia engkar perintah Allah ini, ia sebenar-benarnya berada dalam kesombongan, tidak bersyukur, tidak pandai menghargai pemberian dari Allah SWT? Kalau beginilah kedudukannya, apakah tepat jawapannya apabila ia mengatakan bahawa walaupun tidak solat, ia tetap orang baik kerana tidak menyusahkan orang lain, tidak ambil hak orang lain, tetap menunaikan kewajipan seperti menyediakan tempat tinggal dan nafkah kepada keluarganya dan pelbagai lagi kebaikan yang dilakukannya? 

Saudara, walau apapun alasan yang diberikan untuk untuk mempertikaikan undang-undang yang ada, pokoknya, undang-undang tetap undang-undang! Peraturan tetap peraturan! Sebaik suatu undang-undang bertulis diwartakan oleh pemerintah, semua orang adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Prinsip asas dalam undang-undang ialah “ignorance of law is no excuse”. Atau dengan kata lain, ketiadaan pengetahuan tentang kewujudan suatu undang-undang itu tidak ada pengecualiannya. Apabila undang-undang diluluskan dan diwartakan, sewajarnya undang-undang itu juga dihebahkan kepada masyarakat agar masyarakat mengetahuinya. Masyarakat yang celik undang-undang adalah masyarakat yang hidup dengan peraturan dan disiplin yang tinggi. 

ERAKITA mengharapkan agar tulisan ini dapat menggerakkan peningkatan pengetahuan masyarakat mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di tanah air kita khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan Islam.

  

SOLAT MENJANA INSAN GEMILANG DUNIA & AKHIRAT

  

PERLUKAH KEBENARAN KAHWIN DARI MAHKAMAH SYARIAH?

 

bunga rose

 

KEBENARAN KAHWIN MELALUI MAHKAMAH SYARIAH

Berkahwin hari ini bukan seperti mana berkahwin masa dulu-dulu. Berkahwin hari ini memerlukan kita mendapat kebenaran berkahwin dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di negeri masing-masing. Kebenaran berkahwin perlu dibuat di mana pasangan tersebut bermastautin. Di Jabatan Agama pula, pasangan kena merujuk hal tersebut di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR). Kebenaran berkahwin hanya boleh diberikan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar NCR. Inilah peraturan yang sedang berkuatkuasa menurut Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia. 

Walaupun begitu, bukan semua kebenaran berkahwin itu perlu diperolehi dari Pendaftar NCR di Jabatan Agama Islam Negeri. Sayugia bahawa antara beberapa keadaan yang mewajibkan pasangan untuk mendapatkan kebenaran dari HAKIM SYARIE di Mahkamah Syariah ialah: 

a.         Perkahwinan melibatkan pasangan lelaki  yang berumur 18 tahun ke bawah dan 16 tahun ke bawah bagi pasangan perempuan. Kebenaran berkahwin ini lazimnya dipanggil sebagai kebenaran berkahwin bawah umur (KBU). Dalam kes seumpama ini, permohonan di Mahkamah Syariah akan dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga kepada pasangan bawah umur tersebut. Rujukan boleh dibuat kepada seksyen 18 Enakmen Undang_undang Keluarga Islam Negeri Sabah (EUUKINS 2004). 

b.         Perkahwinan melibatkan pasangan perempuan yang berstatus JANDA BERHIAS. Maksudnya, perempuan itu mendakwa bahawa ia telahpun bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya. Dengan kata lain, sepanjang perkahwinan dengan suami terdahulu, ia tidak pernah disetubuhi. Rujuk seksyen 18 EUUKINS 2004. 

c.         Permohonan berkahwin menggunakan WALI HAKIM. Ringkasnya, antara keadaan-keadaan yang memerlukan suatu kebenaran berwali hakim dari Mahkamah Syariah ialah: Rujuk Seksyen 18 EUUKINS 2004. 

  • Semua peringkat wali menurut urutan tidak ada.
  • Apabila wali berada dalam ihram.
  • Apabila wali ditahan dalam penjara.
  • Apabila wali berada jauh sejauh 2 marhalah atau lebih dari tempat pernikahan pihak perempuan.
  • Apabila wali enggan menikahkan pasangan perempuan. (Wali Udul).
  • Wali berkahwin dengan pengantin perempuan.
  • Wali belum baligh.
  • Perempuan yang hendak bernikah adalah anak tak sah taraf.
  • Perempuan yang tidak diketahui asal usulnya.  

Sebagai kemudahan kepada orang awam, Affidavit Sokongan Permohonan yang perlu diisi oleh pemohon di Mahkamah Syariah ada menyenaraikan keadaan-keadaan yang digunakan oleh pemohon untuk dijadikan alasan menggunakan kebenaran berwali hakim. Pemohon hanya memilih mana-mana keadaan yang bersesuaian dengan keadaan dirinya ketika itu. 

d.         Permohonan berkahwin untuk BERPOLIGAMI. Berpoligami dalam konteks ini ialah untuk perkahwinan lebih dari seorang isteri samada 2 atau 3 atau 4. Menurut undang-undang yang sedia ada, notis panggilan kepada isteri yang sedia ada, bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat, wali kepada bakal isteri baru dan juga mana-mana individu yang dikira dapat membantu Mahkamah memberikan keterangan lanjut mengenai keupayaan dan kelayakan pihak suami untuk berpoligami hendaklah dikeluarkan kepada mereka. 

Maknanya, dalam kes poligami, bukan sahaja isteri yang sedia ada akan dipanggil, tetapi juga bakal isteri dan wali kepada bakal isteri serta mana-mana individu berkaitan juga akan dipanggil ke Mahkamah semasa permohonan didengar. Dengan erti kata lain, suami tidak boleh membuat permohonan tersebut secara sembunyi-sembunyi. Semua pihak yang dipanggil ke Mahkamah di atas akan diminta memberi respon atau jawapan mereka terhadap permohonan poligami si suami. 

Dalam situasi ini, si isteri yang sedia ada berpeluang untuk bersemuka dari dekat di Mahkamah bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat dan wali bakal isteri. Ketika itulah nanti Mahkamah akan membuat penilaian dan pertimbangan samada si suami itu mempunyai kelayakan untuk menambah isteri atau sebaliknya. Rujukan boleh dibuat kepada Seksyen 23 EUUKINS 2004. Perlu diingat bahawa adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang kepada pasangan yang berpologami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah. 

Menurut seksyen 124 EUUKINS 2004, pesalah bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Janganlah disebabkan gara-gara nak menambah tiang rumah, suami terpaksa merengkok dalam penjara kerana tidak ikut undang-undang. 

Berbalik kepada kebenaran bertulis dari Hakim Syarie, jika pasangan yang hendak berkahwin itu tergolong dalam mana-mana kumpulan di atas, beliau adalah tertakluk undang-undang untuk mematuhinya. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara atau prosedur dan dokumen-dokumen yang diperlukan Mahkamah, sebaiknya pasangan tersebut merujuk terus ke Kaunter Mahkamah Syariah untuk mendapatkan maklumat tersebut. 

Hari ini tidak ada jalan pintas untuk berkahwin kerana semuanya diikat oleh undang-undang. Undang-undang itu pula bukanlah menyusahkan masyarakat tetapi sebenarnya mempunyai matlamat untuk melindungi kepentingan setiap pasangan yang berkahwin. 

Selain tidak dapat didaftarkan perkahwinan tersebut, pasangan tersebut terdedah kepada pendakwaan atas kesalahan melanggar undang-undang kerana tidak memohon kebenaran untuk berkahwin terlebih dahulu. Ingatlah bahawa KAHWIN LARI ke sempadan Thailand mungkin mudah dilakukan tetapi berhadapan dengan proses undang-undang selepas itu bukan semudah yang disangka. 

Tindakan menyembunyikan perkahwinan bukan penyelesaian. Perkahwinan adalah untuk dihebahkan atau diiklankan kepada masyarakat sesuai dengan pesanan Nabi s.a.w. Perlu beringat, kahwin hari ini secara sembunyi, tetapi esok hari pasti akan diketahui orang juga. Jika bukan semasa semasa hidup, ia akan diketahui selepas kematian kita. 

Berapa ramai orang KECIL atau BESAR yang ”KEDAPATAN” telah berkahwin secara sembunyi hanya selepas kematiannya gara-gara waris-waris simati berebut atau menuntut hak harta pusaka? Oleh itu wajarlah kita mengikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah untuk mengelak perkara tidak diingini pada masa hadapan. 

ERAKITA mengucapkan selamat menempuh alam rumahtangga. Patuhilah peraturan dan undang-undang yang ada agar perkahwinan kita  berjalan aman dari kesulitan tak dingini. Apa yang penting dalam perkahwinan pada akhirnya ialah kebahagiaan, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. 

 

“BERKAHWINLAH MENURUT PERATURAN YANG ADA” 

 

 

SAUDARA BARU ATAU SAUDARA KITA?

 

bunga canggih

 

SELAMAT DATANG SAUDARA KITA

 

10 September 2009

Tulisan penulis ini pernah disiarkan dalam blog http://pustakaalghazali.wordpress.com pada 7hb. Ogos 2009 berikutan respon penulis kepada sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 5hb. Ogos 2009. Artikel itu bertajuk Saudara Kita-Istilah Lebih Sesuai. Atas keizinan pustakaalghazali, penulis berbesar hati untuk menyiarkan semula tulisan ini untuk tatapan anda semua di blog ini. Beberapa penambahan dibuat pada bahagian-bahagian berkaitan dalam tulisan ini agar ia lebih terkini.

Penggunaan istilah “Saudara Kita” sebagai rujukan kepada “Saudara baru” memang kena pada tempatnya. Istilah ini lebih bersifat universal, mempunyai nilai-nilai sejagat dan berunsur sikap menerima seadanya golongan ini ke dalam kelompok kita tanpa sebarang syarat atau prasangka. Sekali mereka melafazkan kalimah suci (Syahadatain), mereka adalah saudara kita, saudara seagama kita. Istilah “Saudara Kita” dapat menyingkirkan rasa skeptikal mereka terhadap status mereka sebagai orang baru dalam agama ini.

Panggilan “Saudara Kita” membuatkan mereka yakin bahawa mereka benar-benar diterima dan berada dalam kelompok umat Islam tanpa mengira samada mereka itu orang lama atau baru. Panggilan “Saudara Kita” juga dapat melenyapkan rasa rendah diri serta serba kekurangan di kalangan mereka yang baru memeluk Islam. Penulis difahamkan bahawa pendekatan institusi agama di Malaysia ketika ini ialah menekankan penggunaan istilah “Saudara Kita” berbanding “Saudara baru”.

Untuk tujuan perundangan, pemakaian istilah “Muallaf” tidak dapat dielakkan. Perkataan Muallaf telah dikanunkan melalui Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (EMUIS), 2004. Dalam Bahagian VI di bawah tajuk Memeluk Agama Islam, bermula Seksyen 69-79, golongan Saudara Kita ini disebut sebagai Muallaf. Sukacita dinyatakan di bawah ini Seksyen berkaitan yang menjelaskan tafsiran Muallaf dan tanggungjawap mereka:

Seksyen 70 EKMUIS 2004 berbunyi: Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi orang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 69 adalah dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut Muallaf.

Seksyen 71 EKMUIS 2004 berbunyi: Dari saat pemelukannya, seorang Muallaf menjadi tertakluk kepada tugas-tugas dan kewajipab-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam.

Seksyen 72 EKMUIS 2004 berbunyi: Majlis (MUIS) hendaklah melantik seorang Pendaftar Muallaf untuk menyengarakan suatu daftar Muallaf dalam bentuk yang ditetapkan untuk pendaftaran Muallaf.

Berbalik kepada istilah Muallaf, ternyata bahawa 3 seksyen yang disebutkan di atas sudah cukup untuk menyatakan bahawa penggunaan istilah Muallaf kepada mereka yang memeluk agama Islam adalah muktamad untuk tujuan perundangan. Tujuan perundangan ini bermaksud bahawa mereka ini mempunyai tugas dan kewajipan yang sama dengan umat Islam yang sedia ada di Negeri ini. Maknanya, mereka dilindungi undang-undang dan tertakluk kepada undang-undang untuk apa jua tindakan atau perbuatan mereka.

Dari segi hukum dan undang-undang, mereka berhak mendapat hak mereka seperti zakat dan lain-lain lagi menurut Syarak dan undang-undang. Andai mereka melanggar undang-undang seperti berkhalwat, meminum arak, berzina dan sebagainya, mereka juga boleh dikenakan tindakan perundangan seperti didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) Negeri Sabah, 1995. Tidak ada bezanya dengan umat Islam lain yang lahir dalam Islam atau telah lama memeluk Islam.

Berhubung istilah Saudara Kita, penulis melihat bahawa penggunaan istilah ini dalam konteks zaman kini adalah lebih sesuai untuk golongan ini. Tambahan lagi, ia sesuai dengan maksud seksyen 71 di atas yang memperuntukkan bahawa kewajiban dan tanggungjawap mereka sebaik menjadi orang Islam adalah sama saja dengan orang-orang Islam yang telah sedia ada.

Untuk melanjutkan lagi cerita mengenai istilah Saudara Kita, mari kita bermain dengan soalan berikut. Mana yang lebih anda sukai untuk dipanggil apabila kawan anda memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya dalam satu majlis? Contohnya begini:

“Perkenalkan, ini Ahli baru Kita”

“Perkenalkan, ini Ahli Kita”

“Perkenalkan, ini Orang Baru Kita”

“Perkenalkan, ini Orang Kita”

Sekiranya penulis di minta untuk memilih mana satu panggilan di atas yang disukai, secara peribadi, penulis lebih menyukai pangilan seperti “Ahli Kita” dan “Orang Kita”. Ini kerana, panggilan-panggilan seumpama itu lebih ringan dan mesra. Orang seni kita yang unik seperti Ampal (Abu Bakar Ella) juga tanpa was-was telah menggunakan tajuk lagu dan filemnya dengan ”Orang Kita”.

Penyanyi tanah air terkenal seperti Saleem (IKLIM) juga memilih untuk mendendangkan lagu “Ganu Kite”. Malahan bagi kebanyakan orang Sabah juga menggunakan kata “KITA” apabila bercakap dengan seseorang secara terhormat dan sopan. Ungkapan “KITA” biasanya digunakan sebagai kata ganti nama orang kedua yang belum dikenali atau baru dikenali.

Contoh ayat yang biasa kita dengar ialah “kita dari mana?” atau “nama kita siapa?” atau “kita cari siapa?” atau jika di restoran, ayat seperti “kita mau makan apa?”. Ucapan-ucapan seperti ini dianggap sebagai ungkapan-ungkapan yang manis dan dikira berbudi bahasa.

Istilah “Orang Kita” atau “Saudara Kita” ini kelihatan lebih universal, bersifat kekitaan dan harmoni tanpa melihat perbezaan dari segi rupa, pangkat, kedudukan, warna kulit dan bangsa. Begitulah juga halnya dengan penggunaan istilah ”Saudara Kita” yang memiliki ciri-ciri di atas berbanding istilah “Saudara Baru”.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin berkongsi maklumat bahawa dalam konteks Negeri Sabah, program pemantapan ilmu kepada Saudara Kita sedang berjalan lancar di bawah program TERATAK FITRAH di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).  Program kelas hujung minggu yang bermula di Kota Kinabalu ini kini diadakan di beberapa tempat di seluruh Sabah. Untuk memantapkan lagi perjalanan program tersebut, satu organisasi yang lebih bersepadu telah diwujudkan dengan penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA (SAHABAT). 

Fungsi utama SAHABAT ialah mencari DANA untuk survival Pusat Bimbingan Teratak Fitrah, Rumah Kebajikan Likas dan menggerakkan Khidmat Sosial (amal jariah) serta memenuhi objektif penubuhan SAHABAT. Pusat ini mendapat dokongan yang padu dari JHEAINS, JAKIM, Pusat Zakat Sabah-PZS (MUIS), CONCERN (Majlis Gabungan NGO Islam Sabah), NGO, pendakwah bebas dan lain-lain. SAHABAT boleh dihubungi di teratakfitrah@yahoo.com dan keterangan lanjut mengenainya boleh diperolehi dalam blognya di alamat http://www.teratakfitrah.blogspot.com

Berkaitan Saudara Kita dan gerakan dakwah Islamiah di Sabah, sayugia penulis menyenaraikan beberapa blog yang menarik dan padat dengan informasi mengenai gerakan dakwah dan hal-hal yang berkaitan dengan Saudara Kita di Sabah. Antara blog yang berkaitan boleh dilawati di alamat http://nazri-suaramualaf.blogspot.com, http://abunuha.wordpress.com,  http://www.jjamarchon.blogspot.com, http://pustakaalghazali.wordpress.com, http://www.sabah.org.my/amalsabah, http://siswazabah.blogspot.com, http://psskb.blogspot.com  dan beberapa lagi yang lain yang tidak dapat disebutkan di sini. 

Ini belum lagi diambil kira peranan- peranan organisasi Islam yang besar seperti USIA, JHEAINS, MUIS, JAKIM, YADIM dan YAPEIM cawangan Sabah yang begitu besar peranannya dalam menyemarakkan gerakan dakwah Islamiah termasuk golongan Saudara Kita di Negeri di Bawah Bayu ini. 

Penulis mengambil kesempatan di sini untuk mengundang anda semua untuk mengunjungi blog-blog di atas dan beberapa blog berkaitan lain yang mungkin tidak tersenarai di sini. Maklumat-maklumat terkini mengenai perkembangan dakwah Islamiah di Sabah boleh diperolehi dalam blog-blog tersebut selain mendapatkan maklumat utama dari organisasi besar seperti JHEAINS dan lain-lain yang disebutkan di atas. Semoga maklumat ini memberi manfaat yang banyak kepada anda semua.  

 

SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARA KITA

dan

SELAMAT MENZIARAHI BLOG-BLOG DI ATAS

 

NILAI KEJUJURAN DALAM RUMAHTANGGA

 

Bunga indah melambangkan keutuhan dan kebahagiaan rumahtangga

 

JUJUR: KISAH UNTUK RENUNGAN

JUJUR adalah aset yang paling mahal dalam rumahtangga. Sekali bohong, pasangan akan menaruh syak atau curiga kepada pasangannya. Tanpa memberi tafsiran dan penerangan kepada konsep kejujuran, penulis terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua dengan satu cerita ringkas yang penulis perolehi melalui kiriman SMS 2 tahun lepas. Cerita ini ringkas sahaja tetapi mempunyai signifikan tersendiri dalam konteks pemantapan rumahtangga. Ceritanya begini:

Satu hari, seorang Tuan (Majikan) marah-marah pada pembantu rumahnya.  Katanya, ”sudah aku kata, jangan beritahu Puan (isteri Majikan) pukul berapa aku pulang malam tadi! Kenapa kau cakap juga?” Jawap si Pembantu Rumah, ”maaf Tuan, saya langsung tidak sebut waktunya. Saya cuma cakap, waktu Tuan pulang, saya sedang ambil air sembahnyang untuk solat subuh. Maaf Tuan, waktu itu saya benar-benar tidak sempat tengok jam” Jawab si Pembantu. 

Saudara, kisah ini nampak ringkas. Namun, kewarasan kita membuatkan kita berfikir sejenak dan boleh menyebabkan kita tersenyum kalaupun bukan ketawa terbahak-bahak. Apa tidaknya, si pembantu rumah kelihatannya terlalu jujur dan taat pada tuannya. Namun kejujuran dan ketaatannya itu juga hampir pasti memudaratkan dan membahayakan kedudukan rumahtangga tuannya. 

Rupa-rupanya, kejujuran pembantu benar-benar membawa padah kepada majikannya. Mengapa tidak begitu? Pembantu itu tidak sedar bahawa ungkapan jujurnya kepada tuannya yang berbunyi ”saya cuma cakap, ketika Tuan pulang, saya sedang ambil air sembahnyang untuk solat subuh” itulah bahagian kenyataannya yang sebenar-benarnya membuatkan isterinya iaitu Puan, mengetahui dengan lebih jelas bahawa suaminya keluar malam dan balik sehingga jam 5.00 pagi. 

Bagi si isteri, ia akan berfikir dan bertanya pada dirinya sendiri “takkanlah kenduri sampai jam 5.00 pagi!”, ”takkanlah minum di warung sampai 5.00 pagi”, “takkanlah ziarah kawan sampai jam 5.00 pagi”, “takkanlah main futsal sampai jam 5.00 pagi”, “takkanlah main golf sampai jam 5.00 pagi!” atau “takkanlah pergi ceramah sampai jam 5.00 pagi!”. Hah!, macam-macam benda dalam fikiran si isteri waktu itu. Semua persoalan yang bermain dalam fikiran isteri di atas menghasilkan jawapan yang satu. 

Jawapannya adalah jawapan NEGATIF. Ia negatif kerana fikiran isteri kini dimomokkan dengan andaian-andaian yang kuat seperti “jangan-jangan, suami ke pub atau kelab malam”, “jangan-jangan suami ke kedai billiard”, “jangan-jangan suami main judi”, “jangan-jangan suami ke hotel bersama perempuan simpanan”, “jangan-jangan suami bermain kayu tiga”, “jangan-jangan suami ada CAWANGAN BARU” dan pelbagai lagi andaian yang sama waktu dengannya. 

Bukankah apabila pembantu rumah mengatakan kepada isteri tuannya bahawa tuannya pulang ketika pembantu sedang ambil air sembahyang untuk solat subuh, itu tandanya sudah sampai waktunya solat subuh. Solat subuh lazimnya telah masuk sekitar jam 5.00 pagi. Satu lagi alasan yang menguatkan keyakinan kita bahawa suami pulang jam 5.00 pagi ialah, sebagai pembantu rumah, sudah jadi tugas dan adatnya, ia kena bangun awal, kalau boleh lebih awal daripada majikan untuk menyediakan keperluan keluarga seperti sarapan pagi, mengosok baju dan lain-lain tugas di dapur. 

Cerita ini lebih kurang samanya dengan kisah dalam Nujum Pak Belalang, filem dan arahan P Ramlee. Dalam filem itu si Belalang begitu jujur dengan mengatakan lebih kurang begini: “Bapa saya kata, kalau mereka cari bapa, katakan saja, bapa tiada di rumah”. 

Berbalik kepada kisah Tuan dan Pembantu Rumah tadi, andai kata kisah ini benar-benar berlaku lebih kurang seminggu atau 2 minggu lepas, kita boleh membuat andaian atau jangkaan akan apa yang sudahpun berlaku kepada rumahtangga MAJIKAN tadi. Tidak mustahil, gempa bumi rumahtangga sudah berlaku. Tidak mustahil, tsunami rumahtangga sudah berlaku. Tidak mustahil, isteri sudah keluar lari dari rumah. 

Tidak mustahil, suami sudah melafazkan cerai ke atas isterinya. Tidak mustahil, isteri sudah jumpa peguam syarie untuk menuntut cerai. Tidak mustahil, isteri sudah ada di balai polis melaporkan kecederaan atas pukulan suami. Tidak mustahil, isteri masih lagi menjalankan rawatan di hospital akibat kecederaan dipukul suami. Tidak mustahil, hand set si suami telahpun dipecahkan oleh isteri. 

Tidak mustahil isteri sudah di rumah orang tuanya. Tidak mustahil suami sudah tidak makan nasi beberapa hari kerana isteri sudah lari dari rumah. Tidak mustahil, suami sudah tidak datang kerja beberapa hari tanpa sebab. Tidak mustahil, suami sedang direman dalam tahanan polis gara-gara memukul isteri. Tidak mustahil.. ah, cukuplah untuk memberikan pelbagai mustahil di sini kerana semuanya tidak mustahil untuk terjadi. 

Saudara, ini semua secara ringkasnya, kita boleh katakan sebagai konflik rumahtangga. Ya, inilah dia konflik rumahtangga. Puncanya, suami tidak berlaku jujur. Puncanya, suami mengkhianati kepercayaan isterinya. Satu pengajaran penting, berlaku jujurlah pada pasangan kita. Sekali kepercayaan pasangan dikhianati, terimalah akibatnya. Akibatnya cukup berat sepertimana yang disebutkan di atas. 

Ingatlah! Kejujuran itu benar-benar  tinggi nilainya dalam rumahtangga kita. Ingatlah! Kejujuran sesungguhnya telah banyak menyelamatkan nyawa rumahtangga manusia. Ingatlah dan Percayalah!

 

 SAUDARA, BERLAKU JUJURLAH DALAM RUMAHTANGGA!

 

 kerana

 

“KEJUJURAN MENJANA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA”

 

WOW! CANTIKNYA PANORAMA DARI JEJANTAS KLCC

 

Melawat Menara berkembar Pertronas KLCC

Menara Berkembar Petronas yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur merupakan tarikan pelancung yang datang berkunjung ke KL baik dari luar negara mahupun dari dalam negara sendiri. Sempena cuti sekolah yang bermula 24hb. Ogos 2009 lalu, keluarga ERAKITA berkesempatan melawat KL.

Antara distinasi utama yang dilawati ialah Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). KLCC sememangnya sinonim dengan kecanggihan dan keunikan Menara Kembar Petronas yang begitu gah dan canggih. Bangunan 88 tingkat ini adalah menara berkembar tertinggi di dunia ketika ini. Ketinggiannya mencecah 452 meter dari paras bumi. 

Di kawasan KLCC, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antara tempat menarik yang ”WAJIB” dilawati ketika melawat di sekitar bangunan KLCC ialah Jejantas Menara Berkembar Petronas yang menghubungkan antara kedua-dua menara. Kedudukan jejantas itu berada di Tingkat 41. Berada pada ketinggian 41 tingkat membolehkan pengunjung melihat betapa indah dan mempersonanya pemandangan di sekeliling Menara Berkembar itu. Antara mercu tanda yang dapat dilihat dari arah utara ialah Istana Budaya, Kampung Baru dan Masjid Wilayah. 

Dari sebelah timur pula kelihatan Batu Caves, Lebuhraya Bertingkat Ampang dan Bangunan Tabung Haji. Dari arah barat pula, kelihatan Lebuhraya Utara-Selatan, Bangunan Parlimen dan Menara KL. Dari sebelah selatan pula kelihatan Lapangan Terbang Sungai Besi, Banjaran Titiwangsa dan Kompleks Sukan Bukit Jalil. Berada di Jejantas pada ketinggian 41 tingkat benar-benar mengujakan hati.

Kepuasan, kekaguman dan kegembiraan jelas terpancar di wajah para pengunjung di jejantas tersebut yang rata-ratanya datang dari luar negara. Melihat pemandangan bangunan KLCC pada waktu malam tidak seharusnya disia-siakan. Tidak keterlaluan untuk disebutkan di sini bahawa pemandangan indah bangunan ini pada waktu malam cukup kuat untuk  ”MEMUKAU” mata yang melihatnya. 

Untuk sampai ke Jejantas, para pengunjung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan di ground floor. Menariknya, tiket yang diberikan adalah percuma. Kaunter yang dibuka seawal jam 8.00am itu memulakan perkhidmatan membawa pengunjung ke Jejantas pada jam 9.00am. Perkhidmatan berakhir pada jam 5.00pm. Petugas yang disediakan oleh pihak pengurusan KLCC begitu mesra melayan para pengunjung. 

Dalam tempoh 10 minit sahaja masa yang diperuntukkan kepada para pengunjung untuk berada di Jejantas tersebut, ERAKITA sempat berkenalan dan berbual-bual dengan petugas yang mengiringi pengunjung ke Jejantas tersebut. Salah seorang petugas yang begitu mesra melayani pengunjung ialah En. Nor Hafiz b. Zulkuple. Menariknya, salah seorang petugas di sana yang baru sahaja 6 bulan bertugas dengan tugasan yang serupa adalah anak jati dari  Kunak, Sabah. Namanya En. Mohd Nur Prima. 

Seperkara yang ingin dikongsi ialah masa mendapatkan tiket. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin menikmati pemandangan dari Jejantas tersebut agar datang ke kaunter tiket seawal jam 8.30am agar mendapat peluang menaiki Jejantas lebih awal sekitar jam 9.00am. Pengalaman ERAKITA harus dijadikan tauladan. ERAKITA mendapat tiket sekitar jam 9.50am dan hanya diberi peluang menaiki Jejantas pada jam 2.45pm. Tiket pula adalah terhad dan pemberian tiket adalah berdasarkan first come first served. Waktu lawatan pula bermula dari jam 9.00am hingga 7.00pm setiap hari kecuali hari isnin. 

Ketika mendapatkan tiket, keluarga ERAKITA ”TERPAKSA” berbaris panjang bersama-sama pengunjung yang ramai. Menurut En. Nor Hafiz yang ditemubual, kedua-dua bangunan berkembar itu dapat menampung seramai 11,000 orang pekerja dalam satu-satu masa. Bangunan yang dimiliki Syarikat Carigali Minyak terkemuka, PETRONAS itu menempatkan pejabat-pejabat dari pelbagai syarikat gergasi terkenal termasuk PETRONAS sendiri. Antara syarikat penyiaran yang menempatkan pejabat mereka di bangunan tersebut ialah Al-Jazeera, sebuah stesyen penyiaran terkenal dari Tanah Arab. 

Selain Jejantas Menara Berkembar, tempat-tempat lain di sekitar bangunan tersebut yang wajar dikunjungi ialah AKUARIA dan PETROSAINS. AKUARIA mempamerkan pelbagai jenis spesis ikan yang terdapat di laut yang begitu cantik. Kanak-kanak dan orang yang sudah berumur tidak bermasalah untuk membuat lawatan di AKUARIA. Di Petrosains pula, masa yang diperuntukkan untuk melawat pameran  ialah lebih kurang 2 jam. 

Pelbagai ilmu baru yang dapat diperolehi apabila kita mengunjungi Petrosains. ERAKITA percaya bahawa anak-anak boleh mengenali apa itu sains dan peranannya dalam kehidupan manusia dan alam ini bila mengunjungi tempat ini. Masa selama 30 minit untuk berkunjung di Petrosains pada pendapat ERAKITA tidak akan cukup. 

Jika kita ingin menerapkan rasa minat dan cinta anak-anak kita kepada ilmu sains, wajarlah kita peruntukkan dalam 1 jam 30 minit atau lebih di sana. Antara pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan ialah sewaktu menaiki “PESAWAT” yang membawa kita melawat pelantar minyak yang berpuluh-puluh batu jaraknya dari tanah besar. 

Bagi ERAKITA, biarlah kita dan anak-anak kita menikmati pelbagai jenis ilmu dan mencuba sendiri experimen tertentu untuk menambahkan pengetahuan dan minat kita pada sains. Kedua-dua kunjungan ke AKUARIA dan PETROSAINS walaubagaimanapun memerlukan pengunjung membayar tiket kemasukan pada kadar yang berpatutan. Jika ada kesempatan, ERAKITA akan menyiarkan beberapa perkara menarik pada kedua-dua tempat ini pada masa hadapan untuk perkongsian maklumat. 

ERAKITA percaya bahawa mengunjungi Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara yang diwarnai pelbagai tempat menarik dan menawan untuk dilawati bukanlah suatu perkara yang sukar dan membebankan. Dengan tawaran tiket bermula RM0.00 hingga ke atas yang disediakan Syarikat Penerbangan terkemuka, AirAsia melalui ONLINE, tidak ada sebab mengapa anak-anak jati dari seberang seperti Sabah dan Sarawak tidak dapat menjejakkan kaki kita ke KL. Kerajinan membuka laman AirAsia di alamat http://www.airasia.com menjadi kunci utama untuk menikmati tambang murah itu. 

Kos perjalanan dari Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) ke Pusat Bandaraya KL juga tidak membebankan. Syarikat Pengangkutan seperti Sky Bus dan lain-lain yang menyediakan deretan bas yang sedia menunggu di luar pintu ketibaan LCCT hanya mengenakan tambang sebanyak RM9.00 seorang berbanding mengambil perkhidmatan teksi yang tambangnya mencecah RM70.00 hingga RM90.00. 

Sekiranya ada kelapangan, ambillah peluang untuk membawa keluarga melawat tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di ibu negara. Bagi anak-anak yang baru mengenal pelbagai ilmu baru di sekolah, melihat tempat penting dengan kepala mata sendiri jauh lebih berkesan untuk mengembangkan minda dan minat mereka kepada suatu perkara berbanding hanya melihatnya dalam gambar atau di kaca TV. 

Dari sudut lain, mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Bangunan Kembar KLCC mampu menanamkan rasa kekaguman kita kepada kehebatan dan keagungan Allah. Mengapa tidak? Kerana Allah mencipta manusia yang dapat menggunakan akal dan anggota tubuh badannya membangunkan sebuah bangunan yang hebat dan canggih seumpama bangunan KLCC. 

Apabila melihat segala keunikan dan kepelbagaian benda-benda di alam ini, janganlah lupa kepada kalimah suci Allah dalam al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah tidak menciptakan setiap kejadian itu dengan sia-sia. Sebaik sedar akan hal itu, sudah sepantasnya kita sebagai makhluk Allah mengucapkan puji-pujian kepada Allah dengan ucapan ”Maha Suci Engkau ya Allah, kami mohoh agar Engkau menjauhkan kami dari azab api neraka”.

 

Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini membawa makna tersendiri yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

  

 

Senarai bangunan tertinggi di dunia. KL TOWER dengan ketinggian 452 meter masih berada di rangking no. 1 sebagai menara kembar tertinggi dunia. Sumber dipetik dari http://blog.miragestudio7.com/wp-content/uploads2/2007/07/worlds_tallest_building_burj_dubai_klcc_tower_skyscrapper.gif

Senarai bangunan tertinggi di dunia. KL TOWER dengan ketinggian 452 meter masih berada di rangking no. 1 sebagai menara kembar tertinggi dunia. Sumber dipetik dari http://blog.miragestudio7.com/wp-content/uploads2/2007/07/worlds_tallest_building_burj_dubai_klcc_tower_skyscrapper.gif

Sebahagian pemandangan cantik KL. Kelihatan bangunan Menara Berkembar Petronas berdiri megah di kelilingi bangunan canggih yg lain. Gambar dipetik dari http://www.flickr.com/photos/95572727@N00/281088455

Maha Suci Allah yang mencipta ini semua. Inilah sebahagian pemandangan cantik KL yang diambil dari KL Tower. Kelihatan bangunan Menara Berkembar Petronas berdiri megah dikelilingi bangunan canggih yg lain. Gambar dipetik dari http://www.flickr.com/photos/95572727@N00/281088455

Inilah Jejantas KLCC menghubungkan kedua "Bangunan Jagung" itu. ia berada pada ketinggian tingkat 41. Gambar dipetik dari http://www.flickr.com/photos/74519410@N00/787624871

Inilah Jejantas KLCC menghubungkan kedua "Bangunan Jagung" itu. ia berada pada ketinggian tingkat 41. Gambar dipetik dari http://www.flickr.com/photos/74519410@N00/787624871

Penulis bersama dengan Petugas Jejantas En. Nor Hafiz b. Zulkuple. Lihatlah wajah anak-anak yang baru mengenal erti alam bersama wajah-wahaj keceriaan

Penulis bersama Petugas Jejantas En. Nor Hafiz b. Zulkuple. Lihatlah wajah anak-anak yang baru mengenal erti alam bersama wajah-wajah keceriaan. Dari kiri Md Raqib, Ahmad Adib, Nurul Ayuni, Penulis, nur Syakirah, Nor Hafiz & Sakinah

Lihatlah gelagat anak-anak yang begitu seronok melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dari tingkat 41 Menara KLCC. Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan mereka ketika itu?

Lihatlah gelagat anak-anak yang begitu seronok melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dari tingkat 41 Menara KLCC. Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan mereka ketika itu

Ahmad Adib Ahadin, berusia 9 tahun, pelajar Tahun 3 SK Kipaku Tambunan dan SUIS Tambunan, Sabah begitu serius menggunakan alat canggih di Menara KLCC untuk melihat keindahan sekeliling KLCC. Pendidikan efektif hari ini bukan setakat melihat, mereka juga perlu menyentuh dan merasa

Ahmad Adib Ahadin, berusia 9 tahun, pelajar Tahun 3 SK Kipaku Tambunan dan SUIS Tambunan, Sabah begitu serius menggunakan alat canggih di Menara KLCC untuk melihat keindahan sekeliling KLCC. Pendidikan efektif hari ini bukan setakat melihat, mereka juga perlu menyentuh dan merasa

Gelagat comel Nur Syakirah Ahadin, pelajar Pra-Sekolah SK Kipaku Tambunan di tingkat 41 Menara KLCC. Keseronokan meneroka bangunan KLCC tidak menghalangnya dari bersama buku istimewa yang baru dibelinya di pameran buku. Buku itu bertajuk "Hello Anak-Anak Ayah!". Sejuuk hati Ayah NAK...

Gelagat comel Nur Syakirah Ahadin, pelajar Pra-Sekolah SK Kipaku Tambunan di tingkat 41 Menara KLCC. Keseronokan meneroka bangunan KLCC tidak menghalangnya dari bersama buku istimewa yang baru dibelinya di pameran buku. Buku itu bertajuk "Hello Anak-Anak Ayah!". Sejuuk hati Ayah NAK...

Kelihatan pelancung dari luar negara turut menikmati pemandangan indah dari Jejantas KLCC

Kelihatan pelancung dari luar negara turut menikmati pemandangan indah dari Jejantas KLCC

Berbaris untuk mendapatkan tiket percuma ke Jejantas Menara Berkembar. Siapa dulu dia dapat.

Berbaris untuk mendapatkan tiket percuma ke Jejantas Menara Berkembar. Siapa dulu dia dapat.

Ahmad Adib Ahadin membelakangi Bangunan Menara KLCC yang indah. Seronok bercuti di KL?

Ahmad Adib Ahadin membelakangi Bangunan Menara KLCC yang indah. Seronok bercuti di KL?

Sebahagian pemandangan indah dari Jejantas KLCC. Indahnya alam ciptaan Allah. Tiap sesuatu itu pula tidak diciptakan-NYA dengan sia-sia

Sebahagian pemandangan indah dari Jejantas KLCC. Indahnya alam ciptaan Allah. Tiap sesuatu itu pula tidak diciptakan-NYA dengan sia-sia

Anggota keluarga ERAKITA bergambar dengan petugas Jejantas. Sebagai orang lama KL, Along dari kiri, menjadi JURUPANDU kami ke Jejantas

Anggota keluarga ERAKITA bergambar dengan petugas Jejantas. Sebagai orang lama KL, Along dari kiri, menjadi JURUPANDU kami ke Jejantas

 

ERAKITA MENGUCAPKAN SELAMAT BERKUNJUNG KE KLCC

KARTIKA SARI & 6 SEBATAN

 

Kartika Sari ketika di Mahkamah Syariah Pahang
Kartika Sari ketika di Mahkamah Syariah Pahang. Gambar dipetik dari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/21/courts/4358277&sec=courts
Kekecewaan jelas terserlah di wajah bapa Kartika (Tengah) dan Kartika (bertudung) yang dikerumuni wartawan setelah hukuman sebat ditangguhkan. Gambar dipertik dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Kekecewaan jelas terserlah di wajah bapa Kartika (Tengah) dan Kartika (bertudung) yang dikerumuni wartawan setelah hukuman sebat ditangguhkan. Gambar dipetik dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

 

KARTIKA & 6 SEBATAN: BAGAIMANA KITA MELIHATNYA?

Hukuman dengan 6 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Pahang pada 20 Julai 2009 ke atas seorang Model Sambilan tempatan bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, telah mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat. Kartika disabitkan bersalah setelah mengaku salah atas perbuatan meminum minuman keras atau arak. Mahkamah antara lainnya telah menjatuhkan hukuman dengan 6 kali sebatan ke atas Kartika. 

Apa yang menarik perhatian dalam kes ini ialah bukannya mengenai jenis kesalahan yang dilakukan Kartika. Yang menarik perhatian ialah bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika. Pelbagai reaksi dan komentar telah diberikan. Ada yang menyokong dan ada yang mengkritik. Lebih menarik ialah, bilamana reaksi kurang senang mengenai hukuman itu turut datang dari pihak yang mempunyai kuasa eksekutif dan autoriti membuat undang-undang. 

Perlu diingat bahawa undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah adalah undang-undang yang dibuat oleh badan legislatif. Badan legislatif adalah badan perundangan yang dianggotai oleh individu-individu yang dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya yang diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun. Dengan kata lain, mereka adalah individu yang bergelar Wakil Rakyat atau Yang Berhormat (YB). 

Apabila mencapai 2/3 majoriti di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, suatu undang-undang dapat diluluskan tanpa sebarang masalah. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen dinamakan AKTA. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dinamakan ENAKMEN atau ORDINAN. Undang-undang tersebut perlu diusulkan dan dibahaskan terlebih dahulu di Dewan sebelum ianya diluluskan menjadi undang-undang bertulis. 

Sebagai undang-undang tertinggi dalam negara, Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bidangkuasa membuat undang-undang kepada Parlimen dan Negeri. Menurut Jadual 9 Perlembagaan, terdapat 2 senarai yang menyatakan perkara-perkara yang jatuh di bawah bidangkuasa masing-masing. Senarai 1 adalah perkara-perkara yang jatuh di bawah bidangkuasa persekutuan. Ia dinamakan Senarai Persekutuan. Manakala Senarai II pula ialah perkara-perkara yang jatuh di bawah bidangkuasa negeri-negeri sahaja. Ia dinamakan Senarai Negeri. 

Jika dilihat Senarai Negeri, jelas bahawa perkara berkaitan AGAMA terletak di bawah bidangkuasa Negeri. Ini bermakna bahawa, hanya Dewan Undangan Negeri sesebuah negeri sahaja yang boleh membuat undang-undang berkaitan perkara agama yang disenaraikan itu kecuali Wilayah Persekutuan. Berbalik kepada kes Kartika di Pahang, undang-undang yang dirujuk oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Pahang ketika membuat tangkapan dan siasatan ke atas Kartika adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh DUN Pahang.

Pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Syarie Negeri juga berdasarkan undang-undang yang diluluskan DUN Pahang. Ketika menjatuhkan hukuman, undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Syariah adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh DUN Pahang. Pendeknya, semua proses perundangan yang digunakan adalah berdasarkan kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh DUN Pahang. 

Walaupun begitu, agak menghairankan juga bila melihat reaksi pelbagai pihak yang kelihatannya mempertikaikan hukuman sedemikian rupa. Ketika undang-undang dibuat dan diluluskan yang memperuntukkan bahawa seorang Islam yang disabitkan bersalah atas kesalahan meminum arak boleh dikenakan hukuman tidak lebih 6 kali sebatan, tidak ada pula kedengaran suara-suara lantang atau sinis yang mempertikaikannya. Namun, bila dilaksanakan, kedengaranlah suara-suara yang tidak begitu sedap didengar. 

Bahkan, ada suara dari badan Peguam berkaitan yang terang-terangan mencadangkan untuk memansuhkan sahaja hukuman berbentuk sebatan untuk mana-mana kesalahan. Kita tidak hairan apabila orang-orang bukan Islam memberikan pendapat tidak menyokong atau mempertikaikannya kerana mereka diperkira tidak faham akan konsep hukuman dalam Islam. Namun kita hairan apabila suara-suara mempertikaikan hukuman itu datang dari orang Islam sendiri. 

Bagi penulis, sepatutnya umat Islam berasa bangga dan menyokong penuh bentuk hukuman tersebut. Walaupun kadarnya tidak menepati kadar yang ditetapkan oleh Syarak seperti 40 hingga 80 sebatan bagi kesalahan minum arak, namun kadar 6 sebatan itu sudah dikira memadai pada peringkat awal untuk memberi peluang kepada semua pihak melihat dan menghayati bagaimana kaedah perlaksanaannya. 

Inilah masanya untuk membuka mata semua pihak bagaimana cantiknya suatu hukuman itu dijalankan menurut hukum Islam. Perlu diingat bahawa dalam Islam, hukuman bukan bermatlamat untuk mendera atau menyeksa pesalah. Hukuman dalam Islam bertujuan mendidik pesalah dan masyarakat. Jika dihayati, bentuk pelaksanaan hukuman sebat dalam Islam jauh lebih ringan berbanding hukuman sebat yang dilaksanakan berdasarkan undang-undang Sivil. 

Jika ada kesempatan, lihatlah sendiri bagaimana hukuman sebatan sebenar menurut undang-undang Sivil yang dilaksanakan di Penjara dalam tayangan rakaman oleh Jabatan Penjara semasa pameran-pemeran yang mereka kendalikan. Cukup mengerikan sekali dan jelas kelihatan bagaimana kulit boleh terkopak di bahagian punggung walau dengan sekali sebatan. Bayangkanlah jika pesalah dikenakan 10 sebatan atau 20 sebatan. 

Hayunan tangan dan alat sebat oleh Tukang Sebat memang kuat. Bagi pesalah Islam, kedengaran dengan jelas laungan atau suara keras “ALLAHU AKHBAR!” menandakan betapa seksa, perit dan sakitnya terkena sebatan itu. Sasaran sebatan pula dikenakan di kawasan yang sama iaitu di bahagian punggung. Tidak mustahil jika ada yang menonton rakaman tersebut, mereka akan menutup mata sahaja daripada melihat sebatan seterusnya dan mendengar raungan kesakitan dari pesalah. Tidak mustahil jika selera makan boleh hilang tak kala terbayang akan kehebatan hukuman tersebut. Inilah bentuk hukuman sebat yang dilaksanakan menurut undang-undang Sivil kita. 

Mungkin juga masyarakat kita begitu gerun dan seram bila melihat atau terbayang bagaimana hukuman sebat dijalankan ke atas P. Ramlee dan pasangan heroinnya dalam filem Semerah Padi atas kesalahan ”TERLANJUR” melakukan pekara terlarang dalam agama Islam. Bentuk hukuman sebat dalam filem itu bukanlah sepertimana sebat yang ditetapkan dalam Islam. 

Sayugia, di bawah ini dinyatakan bagaimana proses pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah yang disabitkan di Mahkamah Syariah Negeri Sabah ketika ini sebagaimana tertera dalam Seksyen 125 dan 126 Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Sabah) 2004  (EPJS) seperti berikut: 

SEKSYEN 125.   Sentence of whipping (Hukuman Sebat) 

(1)     The provisions of this section and section 126 shall be applicable when the accused is sentenced to whipping. 

(2)     The whipping rod, excluding its holder, shall be of the same type and make either from rattan or small branch of a tree without segment or joint and its length not more than 1.22 meters and its thickness not more than 1.25 centimetres. 

(3)     The following provisions shall be followed when executing the sentence of whipping, that is – 

(a)     before execution of the sentence, the offender shall be examined by a Government Medical Officer to certify that the offender is in a fit state of health to undergo the sentence; 

(b)     if the offender is pregnant, the execution shall be postponed until the end of two months after delivery or miscarriage, as the case may be, 

(c)     the sentence shall be executed before a Government Medical Officer in such place as the Court may direct or in a place fixed by the State Government for the purpose; 

(d)     the person appointed to execute the sentence shall be an “adil and mature person; 

(e)     the person shall use the whipping rod with average force without lifting his hand over his head so that the offender’s skin is not cut; 

(f)      after inflicting a stroke, he shall lift the rod upward and not pull it; 

(g)     whipping may be inflicted on all parts of the body except the face, head, stomach, chest or private parts; 

(h)     the offender shall wear clothes according to Islamic Law; 

(i)      if the offender is male the whipping shall be inflicted in a standing position, and if a female, in a sitting position; 

(j)      if during the execution of the whipping the Government Medical Officer certifies that the offender can no longer receive the strokes, the whipping shall be postponed until the Medical Officer certifies that the offender is fit to undergo the balance of the sentence. 

(4)     In the case where the offender is sentenced to whipping only, then he shall be dealt with as if he is sentenced to imprisonment until the sentence is executed. 

(5)     If the Government Medical Officer certifies that the offender, due to old age, illness or any other reason is unable to undergo the whipping sentence wholly or partly, the case shall be referred to the Court which may order the execution of the sentence in a manner as it thinks reasonable. 

Explanation – Old age means the age of fifty years and above.

 SEKSYEN 126.   Time of executing such sentence of whipping (Waktu melaksanakan hukuman Sebat)

 (1)     When the accused is sentenced to whipping in addition to imprisonment, the whipping shall not be inflicted if an appeal is made and until the sentence is confirmed by the appropriate appeal Court. 

(2)     The whipping shall be inflicted as soon as practicable and in case of an appeal, as soon as practicable after the receipt of the order of the appropriate appeal Court confirming the sentence. 

Berdasarkan kepada kedua-dua seksyen 125 dan 126 di atas, jelas sekali bahawa pelaksanakan hukuman sebat yang dikeluarkan Mahkamah Syariah cukup cantik dan tidaklah bersifat mendera atau menyeksa. Ukuran alat sebatan dari jenis rotan atau kayu kecil yang panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak lebih 1.25 sentimeter sudah cukup menggambarkan bagaimana kesederhanaan hukuman dalam Islam. 

Tidak cukup dengan ukuran sederhana, Tukang Sebat juga mestilah bersifat adil (salah satu syaratnya, ia mestilah seorang Islam) dan ketika menyebat,  sebatan hendaklah dilakukan dengan kadar kekuatan sederhana. Tangan si Penyebat pula tidak boleh melebihi paras kepalanya ketika menyebat untuk mengelak dari sebarang luka di kulit pesalah. Pesalah pula hendaklah dalam keadaan berpakaian menurut hukum syarak. 

Menarik sekali untuk dikongsi di sini bahawa hukuman sebat yang diperuntukkan undang-undang tidak pula menyatakan bahawa hanya lelaki sahaja yang boleh disebat. Perhatikanlah betul-betul peruntukan dalam Seksyen 125 (i) EPJS 2004 yang memperuntukkan bahawa ketika sebatan dilaksanakan, PESALAH LELAKI HENDAKLAH DALAM KEADAAN BERDIRI MANAKALA PESALAH PEREMPUAN HENDAKLAH DALAM KEADAAN DUDUK.

Berkenaan hukuman sebat ke atas pesalah wanita, Seksyen 80 (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995 memperuntukkan bahawa mana-mana perempuan yang disabitkan atas kesalahan melakukan persetubuhan haram dengan mana-mana lelaki boleh dihukum denda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau sebatan tidak lebih 6 kali atau kombinasi dari mana-mana hukuman tersebut. 

Undang-undang bertulis ini meranapkan sama sekali tangapan negatif sebahagian masyarakat Islam sendiri yang jelas mempertikaikan mengapa seorang wanita harus dikenakan hukuman sebat. Sewajarnya dalam hal ini, orang berkenaan patut mempertikaikan WAKIL-WAKIL RAKYAT atau YB yang mereka pilih sendiri dalam pilihanraya dahulu. Mereka harus mempersoalkan mengapa mereka (YB) meluluskan undang-undang sedemikian rupa. Mahkamah Syariah dan agensi-agensi pelaksana undang-undang seperti Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie tidak wajar sama sekali dipertikai atau dilontarkan dengan pelbagai kata-kata yang tidak enak didengar. 

Yang peliknya, ketika Kartika beria-ia benar dan bersemangat sekali untuk menjalani hukuman sebat itu, terdapat pula golongan-golongan tertentu atas nama pelbagai jenama seperti NGO dan lain-lain mempertikaikan hukuman itu. Ada yang mempertikaikannya dengan alasan bahawa hukuman sebat keterlaluan untuk dikenakan ke atas wanita. Ada juga suara yang mengatakan bahawa hukuman tersebut boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara moderate. 

Dalam tempoh singkat selepas hukuman dijatuhkan, kebanyakan berita di dada-dada akhbar perdana menyiarkan pelbagai reaksi dari pelbagai golongan. Paling lantang sudah tentulah dari kalangan pejuang-pejuang atau aktivis wanita. Penulis melihat bahawa para aktivis wanita akhir-akhir ini begitu lantang memperjuangkan hak kesamarataan dan keistimewaan taraf antara lelaki dan wanita. Namun, pada masa yang sama, apabila timbul isu menyamakan hukuman sebat antara lelaki dan wanita, timbul pula reaksi spontan dan hangat dari golongan ini yang cuba membezakan pelaksanaan hukuman tersebut ke atas wanita. 

Ketelusan dan keikhlasan hati Kartika menerima hukuman tersebut yang dikira PERTAMA KALI seumpamanya dilaksanakan di Malaysia wajar dipuji. Penulis menyebut pertama kali walaupun Kartika adalah orang kelima yang dijatuhkan hukuman sebat di Mahkamah Syariah Pahang kerana kesemua 4 pesalah sebelum ini telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan atas hukuman tersebut. Kesemua pesalah tersebut masih belum ditentukan kedudukan mereka kerana kes mereka masih dalam proses rayuan. 

Kartika adalah satu-satunya pesalah yang tidak membuat rayuan terhadap hukuman sebat tersebut. Jika hukuman tersebut dilaksanakan, bermakna bahawa Kartikalah orang pertama dan secara kebetulan pula menjadi wanita pertama yang bakal menjalani hukuman sebat di Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 Ogos 2009 di muka surat 3 sebelum ini pernah menyiarkan bahawa sebelum Kartika, Mahkamah Syariah Pahang juga pernah menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang lagi wanita yang mana kesnya masih lagi dalam proses rayuan. 

Sekiranya rayuan wanita tersebut ditolak Mahkamah Rayuan, tidak mustahil kes tersebut juga akan mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari masyarakat yang BEGITU PRIHATIN dengan isu HUKUMAN SEBAT KE ATAS WANITA

Tidak mustahil bahawa pada zaman ini, setelah lebih 1400 tahun kisah Maiz dan Ghaimidiyyah yang datang sendiri mengaku melakukan kesalahan hudud seperti zina dan bersungguh-sungguh pula meminta agar dihukum rejam sampai mati (bukan sebat) di hadapan Rasulullah, akan muncul pula insan-insan Maiz dan Ghamidiyyah Zaman Moden yang bersedia untuk dihukum atas dasar keinsafan dan ketaqwaan kepada Allah. 

Dalam konteks Negeri Sabah, kesalahan meminum minuman keras atau arak tidaklah pula memperuntukkan hukuman sebat sepertimana yang berlaku di Pahang. Seksyen 57 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995 hanya memperuntukkan bahawa pesalah yang disabitkan atas kesalahan meminum minuman memabukkan boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM3000 atau Penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Jenis kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sebatan oleh Mahkamah Syariah di Negeri Sabah ketika ini hanya 2 sahaja. Kesalahan itu ialah persetubuhan di luar tabie (Seksyen 76) dan persetubuhan haram (Seksyen 80) di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995.

  

ERAKITA menjemput anda semua merenung perkara ini dengan hati tenang dan terbuka.

 

“SYARIAH ASAS KEADILAN”

 

MASA ITU EMAS: MATI ITU DEKAT

 

MASA ITU EMAS: BERAWAS DENGAN KEMATIAN

Gunakanlah MASA sebaik-baik. Sekali ia pergi, ia pasti tak akan kembali lagi. Alangkah ruginya kita andai ia pergi begitu saja tanpa digunakan. Malanglah bagi kita jika diberi umur panjang tapi amal soleh miskin. Bertapa untungnya kita jika umur panjang dan banyak pula amal soleh. Hari demi hari kita melihat orang-orang yang kita kenal baik dekat atau jauh pergi meninggalkan kita. Mereka hilang dari pandangan.

Bagaimanalah agaknya keadaan mereka ketika ini di alam baru sana? Apakah tempat mereka indah? Apakah tempat mereka tenang? Apakah tempat mereka nyaman? Apakah tempat mereka luas? Apakah tempat mereka penuh nikmat? ATAU.. apakah keadaan mereka ketika ini sesuatu yang amat kita geruni?

Kita pula bagaimana agaknya? Yang pastinya umur kita bukannya makin panjang tapi sebenarnya makin pendek. Allah telah tetapkan umur kita sejak azali lagi. Samada umur kita 10 tahun atau 20 tahun atau 30 tahun atau 40 tahun atau 80 tahun, semuanya sudah ditetapkan Allah. Tiada siapa tahu berapa sebenarnya umur kita di dunia. Hanya Allah yang mengatahuinya.

Maknanya, kita semakin hampir ke distinasi kita. Kita semakin hampir ke garisan penamat. Yang pasti, kita akan mati bila-bila masa. Kematian bila-bila masa benar-benar meletakkan kita dalam keadaan terlalu bahaya andai belum ada persediaan. Tidak syak lagi bahawa kematianlah yang paling hampir dengan kita pada setiap saat.

Jika kita sedar bahawa kematian itu perkara paling hampir sekali dalam hidup kita, ayuh kita bina prinsip hidup beribadat. Prinsipnya “Bila beribadat, anggaplah ibadat itu ibadat terakhir dalam hidup kita”. Memulakan ibadat menggunakan prinsip ini amat berkesan. Ibadat kita lebih berkualiti, khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Inilah antara hikmah mengapa Nabi s.a.w mengingatkan para Sahabatnya bahawa orang yang paling bijak itu ialah orang selalu ingat akan kematian. Bila ia selalu ingat akan kematian, ia akan rasa bahawa ia perlu buat suatu amal itu dengan sungguh-sungguh. Ingat akan kematian menyedarkan kita bahawa masa itu seperti emas.

Sayugia, mari kita tingkatkan amal ibadat kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Anggaplah bahawa Ramadhan ini adalah Ramdhan terakhir sekali pernah kita kecapi dalam hidup ini. Semoga Allah meletakkan kita dalam golongan orang-orang bertaqwa bersama-sama orang-orang awal terdahulu yang terbukti unggul dan berkualiti.

 

“INGAT MATI HIDUP BERKUALITI”