Monthly Archives: Jun 2017

SALAM AIDILFITRI 1438H

Sempena hadirnya Syawal 1438H, erakita mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung erakita. Semoga ramadhan yang baru berlalu benar-benar dapat dirasakan kehilangannya, dapat dinikmati kehangatan indahnya dan dirindui pertemuan dengannya. Inshaa Allah, erakita akan terus menyajikan informasi dan ilmu berguna untuk dikongsi bersama. Semoga Allah menerima ilmu tersebut sebagai ilmu yang bermanfaat semasa hayat masih di kandung badan dan selepas kematian. Erakita juga akan terus sedaya upaya memberikan jawapan dan maklum balas terhadap soalan-soalan berkaitan perundangan Islam yang semakin bertambah. Setinggi kemaafan dipohonkan kepada para pengunjung yang tidak dapat erakita berikan jawapan kepada pertanyaan dalam masa yang terdekat. Terimakasih atas kunjungan dan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Advertisements