Monthly Archives: Mei 2011

MACAM-MACAM ADA

MACAM-MACAM ADA

5 Mei 2011

Dalam dunia ini macam-macam boleh berlaku. Pendek kata, macam-macam ada. ERAKITA tertarik untuk memaparkan laporan akhbar nasional negara Berita Harian bertarikh 5 Mei 2011. Berita tersebut melaporkan bagaimana pasangan lain yang tidak ada kena mengena dengan aduan asal mengenai kes khalwat telah keluar dari rumah penginapan mereka setelah mendengar ketukan kuat Pegawai Penguatkuasa Agama di Kelantan.

Menurut laporan, ia berlaku secara kebetulan. Sama sekali tidak dijangka. Lain dicari lain yang ditangkap. Ikuti kisahnya di bawah ini untuk renungan bersama.

Pasangan khalwat tak sengaja serah diri

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pasangankhalwattaksengajaserahdiri/Article

TANAH MERAH: Lain yang hendak diberkas, lain pula yang menyerah diri! Begitulah yang berlaku apabila serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk memberkas isteri curang, tapi pasangan lain yang berada di rumah berhampiran pula keluar menyerah diri.

Begitulah yang berlaku apabila serbuan dilakukan di sebuah rumah teres di Taman Pondok Hidayat, Kampung Chawah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, untuk menahan seorang wanita yang didakwa membawa masuk lelaki ketika suaminya tiada di rumah.

Bagaimanapun, ketukan kuat oleh sepasukan penguat kuasa agama diketuai Roslee Ismail bersama tujuh anggota mengejutkan pasangan yang sedang berkhalwat di rumah berhampiran dan keluar menyerah diri.

JHEAIK yang tidak menduga kejadian itu terus menahan pasangan berkenaan selepas didapati mereka bukan muhrim dan penguat kuasa mendapati rumah sasaran mereka iaitu isteri yang dikatakan curang, tidak berpenghuni.

Mengikut sumber, JHEAIK menerima maklumat berhubung perbuatan curang seorang wanita yang disyaki sering membawa pulang lelaki ke rumah sebaik suaminya melakukan urus niaga di luar Kelantan.

Sebaik tiba, mereka mendapati suasana di sekitar rumah suspek utama, sunyi dan gelap menyebabkan Roslee terpaksa mengetuk pintu selama 10 minit sambil memperkenalkan dirinya sebagai anggota penguat kuasa agama.

Ketika Roslee memberitahu untuk menghubungi pihak polis jika masih enggan bekerjasama, pasangan yang berada selang dua pintu daripada rumah itu keluar menyerah diri.

Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan itu.

NAK SEMAK SAMAN KERETA ANDA?

NAK SEMAK SAMAN KERETA ANDA?

3 Mei 2011

Adakah anda tahu kereta yang anda sedang gunakan ada saman atau tidak? Ataupun mana-mana kereta keluarga anda, sahabat anda atau kereta yang terdaftar atas nama anda? Mudah saja kalau nak tahu. Anda boleh gunakan kaedah di bawah ini. Ia diperolehi dari Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di alamat http://www.rmp.gov.my.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

i.   Melalui SMS 15888

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
<NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

ii.    Melalui Internet

Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

> MyEG Services – www.myeg.com.my
> RILEK e-Services – www.rilek.com.my

* Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

iii.    Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

> Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
> Kaunter JPJ yang terpilih
> Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.

Semoga informasi ini dapat membantu anda.