MURID 7 TAHUN MAUT DIBELASAH GURU?

MURID 7 TAHUN MAUT DIBELASAH GURU?

 

4 April 2011

Gempar! Terkejut! Terkilan! Sukar diterima! Inilah agaknya perkataan yang dapat diungkapkan setelah melihat laporan akhbar Berita Harian hari ini. Tajuk “Murif Agama Dibelasah Guru Meninggal” benar-benar mengejutkan. Murid yang malang itu terlalu muda untuk menerima “Hukuman Ganas” dari seorang guru. Umurnya baharu sahaja 7 tahun. Seorang anak yatim yang baru sahaja merasa dunia baru dalam persekolahan. Mungkin kemiskinan dan serba kekurangan dalam hidup yang menyebabkan ia tinggal di asrama. Sungguh kesihan! Hanya setelah masuk bulan ke-4 ia menyirup alam persekolahan, ia kehilangan nyawa akibat akibat pukulan dan belasah dari seorang manusia yang kehilangan rasa kemanusiaan dan kawarasannya.

Erakita tidak ingin mengulas panjang kerana kes ini masih dalam siasatan Polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika susupek didakwa di Mahkamah dan disabitkan salah, suspek boleh dijatuhkan hukuman mati. Terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan kerana kes masih disiasat. Setelah selesai siasatan, boleh jadi banyak fakta baru akan ditemui. Kita serahkan saja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka. Apapun, Erakita sukacita untuk memetik kenyataan akhbar berkenaan bertarikh 4 April 2011 mengenai tragedi di atas. Semoga ada manfaatnya buat kita yang punya hati dan perasaan.

KANGAR: Murid Tahun Satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang koma sejak tiga hari lalu selepas dibelasah gurunya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam.

Mangsa yang juga anak yatim, menghembuskan nafas terakhir jam 8.30 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung akibat kejadian terbabit yang berlaku di bilik asrama sekolah agama itu, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata murid berkenaan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik HSB dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian terbabit, apatah lagi ia membabitkan kematian.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan sambung bagi tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Difahamkan, punca kejadian mangsa dibelasah dengan teruk kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas.
Akhbar semalam melaporkan Saiful Syazani yang juga anak yatim dibelasah dengan kejam oleh gurunya dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan ‘naik minyak’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama mangsa mengalami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek juga dikatakan sempat bersolat hajat selepas dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan mangsa.

Guru terbabit yang juga warden asrama sekolah itu menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman, berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan pihak polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek yang juga guru sekolah ini tamat nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Sopfidee berkata, jenazah mangsa yang juga anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, Jahiyah Che Amat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduk, di sini, selepas solat Maghrib, semalam.

Beliau berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika mengulas kejadian itu berkata, pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran berguna buat kita semua. Bagi Erakita, kes seperti ini tidak harus menjadikan persepsi kita kepada guru-guru menjadi negatif. Kes ini adalah kes terpencil dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. “Terlalu Ramai” guru-guru yang cukup hebat dan begitu cemerlang prestasi mereka dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan berilmu. Kepada guru-guru, teruskan perjuangan untuk mendidik dengan gigih, tulus, ikhlas dan sabar. Kerana andalah, kami berada di tempat kami hari ini.

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 4 April 2011, in RENUNGAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. assalamualaikum..
    saya sangat terharu dengan kejadian yg berlaku keatas adik yg malang tersebut.nampak dan jelas sekali jika sikap amarah sudah naik atas kepala maka apapun tindakan kita sudah tidak betul malah boleh mengorbankan nyawa orang lain.Nampak jelas tidak perlu bersuluh lagi walau siapa kita apa bila hilangnya rasa kesabaran dalam jiwa semua tindakan kita tidak memberi manfaat kepada orang lain malah memudaratkan orang lain.

    dan yang lebih malang kejadian ini berlaku disebuah intitusi agama dan tentunya perkara sebegini akan menyebabkan wajah agama (islam) akan turut tercalar malah luka berdarah..kesal dengan sikap yang sedemikian..

  2. Saya sangat sedih membaca berita ini..kenapalah tergamak menghukum anak sekecil ini dengan begitu kejam?saya juga seorang guru..pernah kami ada kes pelajar yg disyaki mencuri wang lebih banyak, tapi kami langsung tak sentuh pelajar tersebut..sekadar soal siasat hinggan bukti dijumpai..utk menjadi seorang guru, kesabaran amatlah penting….kalau tak boleh sabar, jangan jadi guru…jangan hancurkan masa depan anak bangsa…jangan hancurkan hati ibu bapa mereka..

    • Erakita merasa terharu atas apa yang MamaHarith kongsikan di atas. Erakita percaya bahawa kes seperti ini adalah ke terpencil. Cara menangani kes di atas harus dilakukan secara bijaksana dengan membuang segala amarah dan hawa nafsu tanpa terkawal. Guru adalah idola. Guru adalah pendidik. Guru adalah penyuluh. Guru adalah sinar. Guru adalah pembimbing. Guru adalah insan mulia. Guru adalah harapan. Guru adalah pautan. Guru adalah pemberi. Guru adalah contoh. Guru adalah mulia. Guru adalah ikutan. Guru mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat. Semoga ketinggian martabat guru dapat dipertahankan. Teruskan semangat untuk mencurahkan ilmu! Terimakasih Cikgu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: