Monthly Archives: Mei 2016

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

KOTA KINABALU | Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 telah diadakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) pada 27hb Mei 2016 di Bangunan Tabung Haji, Sembulan, Kota Kinabalu. Seramai 15 pegawai dan kakitangan Jabatan menerima sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.

Antara penerima anugerah bagi perkhidmatan cemerlang adalah Yang Arif Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sandakan dan Puan Nooryasmeensharini binti Abas, Pegawai Sulh Tawau. Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah persaraan wajib 3 kakitangan iaitu En. Abdul Razak bin Iskandar, En. Karim bin Limin dan En. Sarmin bin Hussin.

Majlis seumpama ini adalah acara tahunan yang diadakan olejh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Anugerah disampaikan oleh Yang Amat Arif, Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Turut hadir adalah Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan jabatan.

Berikut adalah senerai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKSNS bagi tahun 2015:

1. Yang Arif Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman
2. Nooryasmenshrini binti Abas
3. Khairul Syarazeq bin Razali
4. Mohd Razif bin Osmanuddin
5. Normaliah binti Muhammadiah
6. Fatmawati binti Jaya
7. Annisa Malur Abdullah
8. Sarmiah Abdullah
9. Fahmi bin Mat Alli @ Ramli
10. Meriam Mohd
11. Aliuddin bin Ismail @ Mail
12. Jaafar bin Ramle
13. Abdul Rahim bin Sualeh
14. Sarmin bin Hussin
15. Rano bin Muhammad

Antara suasana majlis yang sempat dirakamkan:

IMG-20160527-WA0061

IMG-20160527-WA0071

IMG-20160527-WA0058

IMG-20160527-WA0063

20160527_203923

20160527_210246

20160527_214957

 

IMG-20160527-WA0059

 

IMG-20160527-WA0064

IMG-20160527-WA0060

20160527_220716

 

PENYEDIAAN SOP HUKUMAN SEBATAN SYARIAH DI KHALAYAK RAMAI

Tawau I Bagi memantapkan proses perlaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai, Mahkamah Syariah Tawau atas kerjasama Jabatan Hal ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Hospital Daerah Tawau, Jabatan Penjara Tawau, Persatuan Peguam Muslim Sabah (AMAL), Persatuan Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA) telah mengadakan mesyuarat bersama untuk mengujudkan satu Standard Operating Procedure (SOP) hukuman sebatan syariah pada 20 Mei 2016 bersamaan 13 Sya’ban 1437H. Usaha untuk mengujudkan SOP berkenaan dilaksanakan memandangkan belum ada SOP khusus ketika ini di mana mana-mana negeri di Malaysia untuk dijadikan panduan.

Mesyuarat berkenaan diadakan di bilik mesyuarat Mahkamah Syariah Tawau. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau itu dihadiri oleh seramai 11 orang yang terdiri dari Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tawau, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Tawau. JHEAINS diwakili oleh Pendakwa Syarie, Tawau, Tuan Mik Razali bin Jinin. Hospital Daerah Tawau diwakili oleh Pengarah Hospital berkenaan, DR. Norlimah binti Arsad. Penjara Daerah Tawau pula diwakili 2 anggotanya yang diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara, Tuan Bakrin bin Hj. Patola. AMAL dan SALWA pula masing-masing diwakili oleh Tuan Mohd Amin bin Hj. Tenreng dan Puan Siti Hafsah binti Hj. Adenan.

Dalam mesyuarat berkenaan, satu deraf SOP telah dibentangkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Kassim bin Sauji. SOP berkenaan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Ogos 2016 selepas mesyuarat kali kedua yang akan diadakan pada bulan berkenaan. Dengan adanya SOP tersebut, proses perlaksanaan hukuman sebatan syariah di hadapan umum akan lebih kemas dan teratur. Semenjak kejayaan melaksanakan 2 hukuman sebatan syariah di Tawau pada tahun 2014 dan 2015, terdapat beberapa lagi pesalah wanita yang sedang menunggu hukuman sebatan tersebut.

Perlaksanaan sebatan ke atas wanita sebelum ini telah ditangguhkan kerana pesalah berkenaan sedang mengandung. Perlaksanaan sebatan dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Hukuman sebatan setakat ini  semuanya dijalankan di dewan terbuka Mahkamah Tinggi Syariah Tawau yang disaksikan di hadapan awam. Kerjasama baik dari NGO dari kalangan pengamal undang-undang Islam, Hospital dan Jabatan Penjara dengan pihak mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman tersebut di hadapan umum sesungguhnya melicinkan lagi usaha ke arah memartabatkan perundangan Islam di negara ini.

20160520_111934

IMG-20160520-WA0015

20160520_100452

LAFAZ IKRAR PEGUAM SYARIE SABAH

20160518_101616

Kota Kinabalu | Sempena majlis penyerahan Surat Perlantikan dan Sijil Kebenaran Beramal Peguam Syarie Sabah pada 18 Mei 2016 yang lalu, satu acara lafaz ikrar Peguam Syarie telah diadakan. Ikrar oleh 19 Peguam Syarie yang baru dilantik itu dilafazkan di hadapan Yang Amat Arif, Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Sabah dan para hadirin. Lafaz ikrar yang diketuai oleh Muhd Izzul bin Basri itu berbunyi berikut:

“Bahawasanya kami sebagai Peguam Syarie Negeri Sabah bersyukur dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang telah melantik kami sebagai Peguam Syarie demi membantu Mahkamah Syariah dan awam untuk menegakkan keadilan dan mencari keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Kami sedar perlantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab ke atas kami. Justeru, kami berjanji akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas kerana Allah. Kami juga berjanji menjaga dan memelihara etika, imej dan kerjaya kami sebagai Peguam Syarie”.

Ikrar berkenaan dilihat satu batu asas kepada Peguam Syarie di Negeri di Bawah Bayu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Islam demi memartabatkan perundangan Islam di Sabah.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL GUAMAN SYARIE SABAH

Kota Kinabalu | Buat pertama kalinya dalam sejarah kehakiman Islam di Sabah apabila Majlis Penyerahan Surat Perlantikan dan Kebenaran Beramal Peguam Syarie Siri 01/2016 diadakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) pada 18 Mei 2016 bersamaan 11 Syaaban 1437H. Majlis tersebut disempurnakan oleh YAA Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah di Bilik Madani, Tingkat 2, Wisma MUIS.

Seramai 19 orang Peguam Syarie diterima masuk untuk beramal di Mahkamah Syariah Sabah yang terdiri dari 6 lelaki dan 13 wanita. Dengan perlantikan baru ini, bilangan Peguam Syarie di Sabah ketika ini dianggarkan mencecah sekitar 80 orang.

Dalam amanatnya, YAA Ketua Hakim Syarie menekankan betapa pentingnya peguam syarie melaksanakan tugas mereka dengan penuh amanah dan didikasi. Majlis seumpama ini adalah satu usaha ke arah memartabatkan institusi guaman syarie di Sabah.

Turut ditekankan adalah peranan peguam syarie sebagai sebahagian dari institusi mahkamah syariah bagi membantu para hakim untuk mengendali dan memutuskan sesuatu kes dengan penuh didikasi dan adil. Peguam syarie juga sentiasa dialu-alukan untuk memberi pandangan dan idea ke arah penambahbaikan perjalanan urusan kehakiman di negeri ini. Etika dan tingkah laku perlu dipelihara dalam rangka meningkatkan imej dan martabat kehakiman Islam.

YAA Ketua Hakim Syarie juga menyarankan agar Persatuan Peguam Muslim di Sabah memainkan peranan untuk menaikkan imej profesyen guaman syarie. Antaranya, berkongsi ilmu dan pengalaman khususnya dari peguam-peguam senior kepada peguam-peguam junior. Para Peguam juga perlu memantapkan penghujahan yang disokong dengan otoriti berdasarkan sumber utama iaitu al Quran dan Hadis. Demikian juga dengan otoriti berdasarkan kitab-kitab muktabar dan kes-kes yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum terbitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Majlis tersebut disaksikan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabah. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan Mahkamah Syariah Sabah yang terdiri dari Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Sabah, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Sabah.

Antara peguam kanan yang hadir adalah Datuk Adnan bin Puteh, Presiden Persatuan Peguam Muslim Sabah (AMAL) dan Puan Noor Azah binti Abdul Rahman, Presiden Persatuan Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA). Majlis berkenaan tambah berseri dengan kehadiran ahli keluarga peguam-peguam yang menerima sijil guaman bagi meraikan majlis tersebut.

Majlis berkenaan turut diselitkan dengan lafaz ikrar Peguam Syarie yang diketuai oleh Muhd Izzul bin Basri.

Berikut adalah senarai penerima perlantikan Peguam Syarie:

1. Muhd Izzul bin Basri
2. Norhafiz bin Jude
3. Mohammad Izzul Islam bin Kemley
4. Mohd Syah Jeyhan bin Ab Muin
5. Mohd Kasri bin Kamis
6. Mohd Arif bin Hairal
7. Norazrieamah binti Jakariah
8. Wan Haryati binti Ismail
9. Aisah binti Ahmad
10. Shierma binti Simen
11. Noor Ayu binti Mohd Nazeer
12. Erna Suzieana binti Awang Matusin
13. Nurshaillah binti Rizzana binti Amarisner
14. Norizah  binti Awang
15. Norkiah binti Abas
16. Dayang Athena Tasya binti Abdul Aziz
17. Farazwin binti Haxdy
18. Puteri Attia binti Borhan
19. Asnida binti Alias

Terdahulu, peguam-peguam syarie yang diterima masuk sebagai peguam syarie di Sabah ini telah melalui proses temuduga yang dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah pada awal tahun 2016. Majlis penyerahan sijil guaman ini dilihat mampu menaikkan semangat dan komitmen para peguam syarie di negeri ini untuk memberikan perkhidmatan terbaik ke arah memartabatkan institusi perundangan Islam.

Beberapa gambar sekitar majlis yang sempat dirakamkan.

20160518_103325

IMG-20160518-WA0024

20160518_111215

IMG-20160518-WA0026

20160518_095140

20160518_102803

IMG-20160518-WA0032