Kita Akan Kembali Kepada-Nya

 

Kita Akan Kembali Kepada-Nya

 

22 Disember 2010

Di dunia, Segala-galanya hanya pinjaman. Sifatnya sementara. Satu saat, pinjaman harus dikembalikan kepada yang Empunya. Sahabat kita yang baik telah kembali kepada Pemilik Segala-Segalanya. Tinggallah kita bersama baki saat yang semakin sedikit. Hakikat alam harus diterima bahawa garis penamat kehidupan telah lama tersedia.

Ayuh, kita tuju garisan penamat itu dengan penuh keberanian bersama bekal yang cukup. Bekalan bukan sembarang bekalan. Ia bukan harta, bukan pangkat, bukan pingat, bukan kuasa, bukan pengaruh. Ia bekalan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia bekalan kerohanian yang amat unik, suci dan murni. Sungguh tidak ternilai harganya. Bekalan sejati terhasil dari hati yang bersih, jujur, ikhlas disertai kesedaran dan keyakinan yang tinggi bahawa Pemilik Segala-Galanya sentiasa melihat gerak geri kita di mana jua kita berada.

Selamat kembali kepada Pemilik Sebenar wahai Sabahatku yang baik. Kami yang masih hidup, pada satu saat yang ditentukan, pasti akan menyusul saudara. Semoga Saudara di alam sana diterangi cahaya indah, diluaskan tempat semadi, dinyamankan udara dan dimudahkan untuk menjawab soalan-soalan wajib dari Malaikat Mungkar dan Nangkir.

Yaa Rabb! mudahkan urusan Saudaraku di alam sana, mudahlah yaa Rabb, Mudahkan yaa Rabb. Hanya kepada Mu tempat kami kembalikan segala urusan.

Ameen yaa Rabb!

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 22 Disember 2010, in AGAMA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen