PENGESAHAN CERAI LUAR MAHKAMAH

23 Disember 2013

Berdasarkan kepada pertanyaan para pengunjung ke blog erakita, didapati bahawa pertanyaan berkenaan lafaz cerai suami yang dibuat di luar mahkamah berada dalam rangking tertinggi. Banyak sekali persoalan yang ditimbulkan. Pertanyaan tersebut menggambarkan betapa masih ramai yang tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pasangan suami atau isteri setelah sang suami melafazkan cerai atau talaq di luar mahkamah.

Persoalan terus terjadi jika pasangan tersebut meneruskan kehidupan seperti biasa, seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Bagaimanapun, keraguan pada diri pasangan mengenai status mereka sebagai suami isteri akan menjadi semakin terserlah apabila mereka mendapat pelbagai maklumat mengenai kedudukan lafaz talaq dari pelbagai sumber seperti ceramah di radio, tv, akhbar atau internate seperti youtube.

Bagi erakita, nasihat terbaik yang boleh diberikan ialah bersegeralah bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut samada sabit gugur talaq atau sebaliknya. Usah tunggu lama-lama kerana hal tersebut boleh mengganggu fikiran pasangan. Ragu-ragu untuk tinggal bersama setelah lafaz cerai berlaku apatah lagi untuk melakukan hubungan kelamin tidak dapat dinafikan boleh mengganggu fikiran dan ketenangan hati.

Lebih parah lagi apabila suami tidak mahu bertanggungjawap atas apa yang dilafazkannya. Ada keadaan di mana suami membiarkan saja isu ini tanpa bertindak untuk mendapatkan pengesahan di mahkamah. Ada yang melepaskan tanggungjawap dengan membiarkan isteri terpaksa berseorangan menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah pengesahan cerai yang berlaku di luar mahkamah. Lebih menyedihkan apabila suami tidak mahu hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan. Persoalan-persoalan inilah antara isu yang sering ditimbulkan dalam banyak-banyak persoalan pengunjung dalam blog ini. Erakita bagaimanapun telah dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan respon menurut kemampuan erakita.

Erakita berterimakasih atas pertanyaan-pertanyaan tersebut. Semoga jawapan yang erakita berikan itu bermanfaat bagi meringankan kekusutan fikiran pihak yang terlibat. Semoga ada manfaatnya.

Wallahu a’lam.

Terimakasih dan wassalam

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 23 Disember 2013, in AGAMA, KELUARGA, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Salam.

    Terimakasih dan terbaik untuk ABU NUHA CORNER kerana terus menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat bermanfaat.

  1. Pingback: PENGESAHAN CERAI LUAR MAHKAMAH | ABU NUHA CORNER

Tinggalkan komen