erakita

  
 
Ketinggian ilmu mampu meneroka rahsia alam yang luas
Ketinggian ilmu mampu meneroka rahsia alam

 

 ERAKITA 

ERAKITA adalah singkatan kepada dua perkataan iaitu ”ERA” dan ”KITA”. ERA bermaksud zaman atau masa. Sehubungan itu, zaman ini adalah zaman lambakan maklumat. Ia ada di mana-mana. Namun, hanya kewarasan, kesabaran dan iman kepada Allah sahaja yang menjadi benteng untuk menapis segala maklumat yang ada. 

ERAKITA mempersembahkan kepada anda maklumat semasa dan terkini untuk dikongsi bersama. Perkongsian maklumat pelbagai bidang yang bermanfaat menjadi keutamaan erakita. Semakin banyak maklumat diperolehi, semakin berilmu individu itu. Semakin berilmu maka semakin cerdik dan pintarlah individu itu. Akhirnya, ia menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan berkualiti. Mentadbir dunia hari ini memerlukan penguasaan pelbagai ilmu. 

ERAKITA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Semoga anda semua mendapat manfaat. ERAKITA mengalu-alukan sebarang saranan atau idea-idea dari anda semua untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang ada di blog ini. Idea, saranan dan nasihat yang anda berikan itu hanya Allah sahajalah yang dapat memberi balasan setimpal.

 

SELAMAT MENIKMATI MAKLUMAT

  1. pustakaalghazali

    Salam ya akhi,,,tahniah dengan blog anta ni., cuba anta banyakkan pautan dengan kengkawan yang ada supaya tautan ilmu berkembang ,,,thanks

    • salam…..Saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada ERAKITA kerana mempamerkan kisah kami di masa persandingan kami…terutama En.Ahadin bin Arinin yg kini berkerja di pej.JAINES. Saya skg ini sedang menunggu kelahiran anak sulung kami hehehe….yg di jangka bln ogos ini…insyallah…

      • Walaykum salam wbt.

        ERAKITA mengucapkan selamat melayari bahtera hidup rumahtangga. Semoga kelahiran anak pertama akan menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga. Paling penting, semakin dianugera rezeki, semakin kita dekat kepada Allah.

        Terimakasih Muhd Shahfyezan

  2. W’salam.

    Terimakasih atas ucapan tahniah. Bagi pihak ERAKITA, ana mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih atas dorongan anta mengusahakan blog ini dari peringkat awal. Semoga Allah saja yang dapat membalas jasa baik anta tu dan moga ia jadi amal jariah. Masih banyak kekurangan yang ada dan insyaa Allah, ana akan usahakan penambahbaikan dari masa ke semasa. Terima kasih atas saranan anta yang amat baik itu. Mari kita sama-sama semarakkan ilmu dan maklumat di alam ini.

    Thanks a lot.

  3. Assalaamualaikum wtb… tahniah dgn kewujudan blog Yg.Arif. Semoga dengan adanya wasilah komunikasi maya ini kita semua dapat berkongsi sesuatu yg bermanfaat dgn lebih luas. Pelbagai bentuk pengisian blog oleh para akhi sgt di alu-alukan mengikut kefahaman, kepakaran dan kecenderungan masing-masing. Pendekatan pelbagai seperti ini lbh memaksimakan akses dan capaian ilmu di anatara kita semua. Saya mengharapkan lebih ramai sahabat kita yang merebut peluang berblog dgn tujuan perkongsian maklumat, info dan isu2 yang penting; juga yg melibatkan hal-hal semasa yg bersifat ‘lokal’ dan sepele tetapi penting untuk kita semua tahu dan mengerti bagaimana menghadapinya…

    GO DAKWAH! Teruskan….

    • Wa’alaykum salaam wbt.

      Terimakasih atas ucapan tahniah atas kewujudan blog ini. Insyaa Allah, ERAKITA akan cuba mempersembahkan sebaik mungkin setakat mana termampu. Banyak lagi yang perlu dipelajari dari antum semua yang sudah agak “veteran” dalam dunia cyber. Mari kita sama-sama semarakkan lagi percambahan minda dan pertambahan ilmu yang tidak terbatas ini. Semoga usaha kita semua mendapat redha Allah AWT.

      Terimakasih.

  4. Asalamualikum..salam ramadhan..lazimnya itulah azimat kita umat Islam.Alhamdulilah bertemu kita dalam arena blog web. Saya dapat alamat dari Ustaz Salleh hudin Rusinin. Erakita .. apa khabar.Tahniah indah laman ini. Kalau sudi kenali blog tak sepertinya ini..mohon maaf kiranya ada yang tak elok dipandang. Sekali lagi maaf di hulur. Salam..semoga kita dirahmati olehNya walau di mana jua.Ada tak dapat berita di kampung..doakan dia( suirin) agar cepat sembuh. From http://www.ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com…search di google ya.

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Terimakasih kerana mengunjungi teratak ERAKITA ni. Tidak sangka pula kita yang hanya bersebelahan rumah di Desa Penagatan Ulu Keningau dapat pula bertemu di sini. Ini semua takdir Allah. Oh ya..lama tak balik kampung. Saya masih lagi di UIA Gombak ketika ini. Apa cerita dengan saudara kita Cikgu Suirin tu? Dia sakitkah? Semoga Allah menyembuhkan beliau dari sakitnya. Raya nanti insyaa Allah kita akan ziarah dia. Terimakasih juga kerana sudi memberikan alamat blog Cikgu Zali tu. Nanti kita layarinya. Salam Ramadhan.

      Terimakasih

  5. Salam Ramadhan …tahniah Erakita. Blog tuan sangat bagus dan penuh informasi. Sudi kiranya melawat blog saya pula. Salam.

  6. Salam Ramadhan..

    Terimakasih atas ucapan tahniah tu. Saya juga ucapkan tahniah atas blog anta yang kemas dan informatif tu. Sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk mengembangkan bakat dan ilmu kita ke serata alam.

    Salam.

    Terimakasih.

  7. Asalamualikum..semoga sihat hari ini.Kampung kita biasa saja, macam dulu-dulu jga. 4hb09.2009 di surau di P.Ulu kami adakan sembahyang sunat hajat untuk calon UPSR ambil exam next week. Khabarnya dia akan di ambil sampel tisu kat leher dekat telinga, nak patikan adakah betul TB kulit. Ada saya tanya ipar dia Rizal..Rizal cakap jan dulu pi lawat, biar panas dia turun dulu. Sayapun agak keliru.Apa yg dapat dibuat ialah saya doa moga dia cepat sembuh.
    Sya mohon maaf kerana menyemakkan ruang tinggakan jawapan ini, ada sana, ada situ saya berbual.Sya nak cari ruang chat erakita tapi macam tak ada.So..maaf banyak-banyak banyak.try tulis etuza saja dan cari di google.Alamat yang saya bagi macam not found lah..salam.

  8. Asalamualikum..di harap pagi ini ceria dan sihat menjalani ibadah puasa. Kami sihat, juga ibubapa di kampung sihat. Di kesempatan in i family etuza ,emgucapkan selamat menyambut syawal dan raya. Maaf jika selama berjiran dan kini ada kesalahan tanpa sedar. Maklumlah kita manusia yang lemah. Raya tahun ini tak balik kampg ka?

  9. As…kum?
    etuza nama ini mengingatkan aku dengan kawanku masa di mpks dahulu,wah bukan alang-alang lagi kau sekarang aah.sebenarnya kawan ku ini dah lama sampai di bulan dan telah banyak meneroka ke arah kemajuan yang cemerlang.aku pula baru nak mencuba melangkah ke arah ini. etuza, tahniah dengan usaha ini semoga paparan ini akan berkembang dengan maklumat yang terkini.kesempatan ini juga kami sekeluarga Kaminor mengucapkan selamat Hari Raya mohon maaf seandainya pernah terkata salah,hati tersalah duga,layan tak mesra dan segala yang tak sedar harap di maafkan.

    • Walaykumsalam wbt.

      Terimakasih atas kunjungan saudara Kamil S dalam blog ini. Semoga saudara mendapat manfaat dari artikel-artikel yang dipapar oleh ERAKITA.

      Wassalam.

  10. Assalamualaikum…
    Saya adalah pelawat baru dalam blog ini, sepintas lalu saya membelek blog ini ternyata banyak memberi manfaat kepada pengunjung dan yang penting sekali saya lihat blog ini menjadi wadah penyampai perkara-perkara berkaitan dakwah islam. Terlebih dahulu saya menceritakan bagaimana saya menemui blog ini, yang nyata saya kurang celik IT tetapi beberapa hari yang lepas, saya diajak oleh kawan untuk minum di kedai minum berhampiran bangunan tempat saya berkerja, disitu secara tak sengaja saya telah berjumpa dengan kawan sekampung yang dah lama saya tak jumpa, boleh saya katakan beliau adalah saudara seagama lantas dengan mesra beliau menanya kabar saya dan keluarga, saya jawab baik dan kami sempat berbual-bual seketika. Beliau sebenarnya sudah memperolehi tempahan roti yang dipesannya sebentar tadi dan ingin mengundur diri kerana katanya orang rumah sedang menunggunya. Beliau berdiri dan sebelum berlalu pergi, sambil tersenyum beliau sempat memperkenalkan blog ini kepada saya, “kalau ada kesempatan saudara boleh melawat blog erakita, saudara boleh berkongsi pengetahuan dan pandangan saudara untuk kebaikan kita bersama” katanya sambil menunjuk perkataan URL erakita yang tercetak di baju beliau. Saya menjawab terima kasih banyak dan beliau pun berlalu pergi. Sekali lagi saya mengucapkan terimakasih atas perkongsian ini dan terima kasih banyak juga kepada blog ini yang mana memberi banyak sumber pengetahuan kepada semua pengunjung dan saya mengucapkan teruskan perjuangan kerana perjuangan tidak akan terhenti selagi nyawa dikandung badan.
    sekian.
    Wassalam..

    • Waalaykum salam wbt,

      Saudara Jackxon,

      Tidak ada kata-kata yang mampu ERAKITA nyatakan melainkan rasa terharu dan berterimakasih atas kesudian saudara jackxon berkunjung ke rumah ERAKITA. Ada ketikanya, pertemuan tak dirancang walaupun begitu singkat lebih berharga dari bertemu setiap hari andai pertemuan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Itulah yang dikatakan PERTEMUAN BERKUALITI. Insyaallah, dari masa ke semasa ERAKITA akan menerbitkan artikel-artikel bermanfaat untuk dikongsi bersama.

      Terimakasih sekali.

  11. dzulkifli ahmad

    Tahniah! saya ucapkan dengan isu-isu menarik yang saudara ketengahkan, sembang santai berteraskan ilmu dgn bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat(mudah2an).

    • Terimakasih banyak-banyak atas ucapan tahniah yang Abang Long (Saudara Dzulkifli Ahmad) di atas. Inshaa Allah, ERAKITA akan meningkatkan mutu dan kualiti pengisian infomasi dalam laman erakita. Erakita juga akan sedaya upaya meningkatkan kesantaian bahasanya. Ada ketikanya, agak mencabar juga untuk menggunakan bahasa santai terutama membicarakan soal perundangan. Namun, kita akan berikan yang terbaik menurut keupayaan erakita.

      Selamat berkunjung.

  12. Salam.

    Sekarang sudah tiba bulan mei, bagi sebahagian masyarakat di Sabah, mereka menanti kedatangan bulan mei dengan penuh gembira kerana bulan mei adalah bulan sambutan pesta menuai. Untuk makluman, suku kaum kadazandusun merupakan suku kaum yang menyambut perayaan ini bagi merayakan hasil tuaian padi setiap tahun. Perayaan ini bukan sahaja disambut di peringkat komuniti keluarga, kempung atau daerah, malah ianya diiktiraf serta disambut di peringkat negeri dan tarikh 30 & 31 mei setiap tahun diistyharkan cuti umum sempena menyambut perayaan ini di negeri Sabah. Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian besar kaum kadazandusun telah memeluk agama islam, justeru itu bagi yang beragama islam, semoga perayaan ini diisi dengan program yang bermanafaat selaras dengan kehendak islam. Adalah menjadi harapan agar Erakita dapat mengketengahkan idea-idea baru yang boleh digunapakai dalam program perayaan ini di masa akan datang untuk difikirkan bersama oleh masyarakat kadazandusun beragama islam di Sabah.
    Wasalam

    • Pandangan yang diutarakan oleh saudara jackxon di atas menarik perhatian ERAKITA. Tidak pula terfikir sampai ke arah itu. Namun, ia amat baik dan memang wajar diketengahkan. Pengisian yang bersesuaian untuk umat Islam khususnya suku kaum Dusun/Kadazan yang sememangnya sinonim dengan Bulan Mei (Pesta Menuai)wajar diwujudkan. Majoriti suku ini asalnya bukan Islam suatu ketika dahulu. Sudah tentu, perayaan Tadau Keaamatan dah sebati dan yang tidak dapat disangkal lagi, amalan “ARAMAI ITI” dah sebati dari dahulu. Bukan senang untuk ditinggalkan walau dah beberapa lama memeluk Islam. Namun, ia alhamdulillah, semakin lama semakin mampu ditinggalkan kerana kesedaran dan penghayatan agama Islam semakin meningkat.

      Semoga kita sama-sama dapat memikirkan apakah pengisian yang boleh diwujudkan bagi umat Islam khususnya suku Dusun Kadazan sempena PEsta Menuai ini. Terimakasih dan inshaa Allah, akan difikirkan dan diusahakan.

      Terimakasih atas cadangan yang baik tu.

      Wassalam.

  13. assalamualaikum.. saya tertarik untuk melihat blog ini setelah membaca address bolg erakita pada tshirt encik semasa sedang membelek buku di Harris tadi.. terasa terpanggil pula untuk berkunjung ke sini.. apa pun, blog yang sangat bermanfaat.. 🙂

    • Walaikumussalam wbt.

      Terimakasih atas kunjungan Puan ke blog erakita. Semoga kunjungan tersebut membawa manfaat yang bernilai. Doakan semoga erakita akan terus memberikan sumbangan terbaik untuk semua.

      Terimakasih dan wassalam

  14. nurshaillah r. amarisner

    assalam,..
    saya student UM,..saya ingin bertanya tentang prosedur menjadi peguam syarie di Sabah,..termasuk (interview/ujian bertulis/chambering/byrn fee/renew) ..apakah terdapat undang-undang yang saya boleh rujuk selain drpd enakmen mahkamah syariah sabah?

    • Walaikumussalam wbt.

      Ketika ini, belum ada Kaedah Peguam Syarie sebagai rujukan penerimaan seorang peguam syarie yang beramal di Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Permohonan bertulis untuk menjadi peguam syarie boleh dibuat terus kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Bagaimanapun, pemohon berkenaan mestilah dari kalangan mereka yang berkelulusan sarjana muda syariah. Peguam Muslim yang sedia beramal di Negeri Sabah juga perlu memohon secara bertulis kepada Ketua Hakim Syarie. Tempoh chambering dengan mana-mana firma guaman yang mempunyai peguam syarie yang sedang beramal di Mahkamah Syariah adalah sekurang-kurang 9 bulan.

      Bagi pelajar jurusan syariah yang baru saja tamat pengajian, mereka boleh juga melakukan chambering dengan mana-mana firma guaman Muslim. Bagaimanapun, kelulusan beramal sebagai peguam syarie lazimnya dikeluarkan setelah tamat tempoh berkenaan dan transkrip penuh pengajian telah diperolehi.

      Mengenai interview, hal tersebut adalah atas budibicara Ketua Hakim Syarie. Tidak ada sebarang bayaran atau fee yang dikenakan ketika ini memandangkan belum ada kaedah fee yang diwarta bagi Mahkamah Syariah di Sabah setakat ini.

      Wallahu a’lam

  15. assalamualaikum..

    saya hanya ingin bertanya.. apakah peranan jheains dalam menangani masalah penceraian..?
    boleh bantu saya kah dengan mendapat jawapan ini…

    • Walaikumussalam wbt.

      Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (jheains) mempunyai satu Bahagian khusus dalam Jabatan berkenaan yang dinamakan Bahagian Pentadbiran Syariah. Di sinilah pejabat Ketua Pendaftar Perkahwina beroperasi. Bahagian berkenaan berfungis secara langsung bagi mengendalikan program berkaitan perkahwinan seperti kursus perkahwinan bagi pasangan yang bakal bernikah. Permohonan bagi mendapatkan kebenaran berkahwin juga perlu dibuat di sini.

      Bagi mereka yang bermasalah dalam rumahtangga, terdapat unit khas di sini yang dinamakan unit kaunseling. Di sinilah pasangan yang bermasalah boleh meminta khidmat nasihat perundangan dan kaunseling. Bagaimanapun, unit berkenaan tidak pula mempunyai kuasa atau tanggungjawap untuk memberi kebenaran pasangan berkenaan untuk bercerai. Perceraian hanya boleh dilakukan di Mahkamah Syariah.

      Pegawai agama di bahagian Pentadbiran Syariah ini juga lazimnya dilantik oleh Mahkamah untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendamai kepada pasangan suami isteri yang terlibat dalam tuntutan perceraian di mahkamah syariah. Ini berlaku apabila salah seorang pasangan berkenaan tidak bersetuju untuk bercerai setelah dinasihatkan berbuat demikian di Mahkamah. Pegawai agama berkenaan akan membuat pertemuan dengan pasangan berkenaan untuk mencari jalan damai dan penyelesaian samada kembali bertaut sebagai suami isteri atau bercerai secara baik. Satu laporan bertulis akan disediakan bagi melaporkan perkembangan pasangan berkenaan termasuk syor jika ada kepada mahkamah.

      Inilah antara perananBahagian ini dalam konteks menangani perceraian orang-orang Islam. Wallahu a’lam. Semoga ada manfaatnya.

  16. faridah kassim

    Saya a da masalah penceraian dgn suami yg x pernah bgi nafkah spjg perkahwinan…sjk tahun 2010 saya d halau keluar dari rumah sehelai sepinggang dgn 2 ank…failkn cerai tpi mahkamah x bnrksn cerai…suami hilang terus hingga hari ini
    Tolkng beri pendapat ape harus saya buat

    • Salam.

      Dalam seksyen 53 Enakmen undang-undang keluarga Islam di setiap negeri, terdapat satu ruang yang begitu banyak untuk isteri atau suamiu untuk keluar dari kemelut rumahtangga yang mungkin begitu sukar diselesaikan jika terpaksa menunggu suami melafazkan cerai. Dalam situasi Puan, Salah satu alasan untuk mendapatkan perintah pembubaran perkahwinan secaar fasakh adalah berlakunya kegagalan suami atau cuai dengan sengaja dalam memberikan nafkah belanja kepada isteri. erakita nasihatkan membuat tuntutan fasakh. Jika terbukti bahawa suami gagal memberikan nafkah 3 bulan berturut-turut atau lebih, maka mahkamah boleh mensabitkan tuntutan fasakh. fasakh adalah satu bentuk pembubaran perkahwinan yang mana suami tidak lagi boleh rujuk nikah dengan isteri walau isteri masih dalam tempoh eddah. Fasakh tidak akan mengurangkan bilangan talaq sebagaimana talaq biasa.

      Jika merasakan sukar membuat tuntutan di mahkamah secara sendiri, erakita nasihatkan Puan untuk mendapatkan khidmat peguam syarie samada dari kalangan peguam swasta ataupun dari Jabatan Bantuan Guaman. Semoga ada manfaatnya pandangan ini. Wallahu a’lam

  17. Salam.. sya nak mntak pendpat dri ERAKITA apa ke hukum contohnya sya dha berkahwin 4tahun lalu dn mmpunyai 2orng chya mata tpi blum mndftr prkhwinn di PPR apa ke mahkamah syariah mnghukum kmi??

  18. Walaikumussalam wbt.

    Mahu tak mahu, Puan perlu mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam Negeri. Bawalah bersama pasangan Puan untuk hadir di Jabatan Agama Islam secepat mungkin. Lazimnya dalam situasi Puan sekarang, Puan dan pasangan Puan akan diminta untuk mendapatkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Jika demikian keadaannya, maka Puan perlu ke Mahkamah Syariah bersama pasangan Puan untuk memohon bagi mendapatkan pengesahan nikah tersebut.

    Setelah siasatan dibuat, Mahkamah akan membuat keputusan samada nikah tersebut sah atau tidak. Jika sah, nikah itu akan diperintahkan untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pernikahan tertakluk kepada undang-undang. Jika pernikahan tersebut dibuat tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pernikahan, maka puan dan pasangan Puan akan terlebih dahulu didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan bernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Perkahwinan. Selepas itu, baharulah nikah tersebut didaftarkan di jabatan Agama dan sijil nikah akan dikeluarkan kepada pasangan tersebut.

    Sebaliknya, jika nikah itu didapati tidak sah, Mahkamah akan faraq atau bubarkan nikah itu serta merta. Kedua pasangan lazimnya dinasihatkan oleh Mahkamah untuk nikah semula sekiranya pasangan itu masih lagi nak meneruskan untuk menjadi pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama pula, Mahkamah lazimnya akan memutuskan pula status nasab anak-anak yang lahir dari pernikahan tersebut. Penentuan nasab itu akan menentukan samada anak-anak itu sah taraf dan nasabnya kepada pasangan lelaki Puan atau atau tidak. Penentuan nasab itu penting untuk menentukan samada anak-anak itu dapat dibin atau dibintikan kepada pasangan lelaki (bapa) atau suami kepada pasangan wanita.

    Akhir sekali, bertindaklah segera. Ingatlah bahawa anak-anak Puan berhak untuk mendapat persekolahan, rawatan dan lain-lain kemudahan kerajaan. Anak-anak juga berhak untuk berbin atau berbintikan kepada bapa mereka (bukan Abdullah) sebagaimana tercatat dalam surat lahir anak-anak oleh JPN sekiranya benar anak-anak ini adalah sah nasab kepada suami Puan.

    Semoga pandangan ini dapat menjernikahkan kekusutan Puan. Wallahu a’lam.

  19. salam….boleh nak tanya soalan, macam manakah saya boleh tahu tentang statistik perceraian di mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu pada tahun 2014?

  20. Assalamualaikum., syukur ditemukan dengan blog ini. saya cuma ingin bertanya pendapat dengan pihak yg lebih arif dengan perundangan perkahwinan serta hak suami isteri.
    perkara yang paling betul untuk saya lakukan adalah membuat pertanyaan terus di bahagian/jabatan yg berkaitan tetapi dek kerana kekangan masa sy tidak dpt melakukannya dan cuba meluangkan masa untuk bertanya d ruangan ini. saya berharap agar soalan saya mendapat respon dari pihak tuan.

    SITUASI:

    Saya telah berkahwin secara sah dengan suami saya pada tahun 2014 dan telah dikurniakan seorang anak kerana telah terlanjur dengan suami saya.
    saya tahu dan faham saya telah melakukan maksiat dan dosa besar tetapi saya telah bertaubat dan suami saya pula ingin bertanggungjawab pada masa itu.

    SUAMI:
    Suami sy merupakan seorang duda yang mempunyai sepasang anak yg berumur 6tahun dan 2tahun. Suami sy telah bercerai dgn bekas isterinya pada tahun 2013 dalam keadaan bekas isterinya yg mengandung 7/8bulan. Pada waktu itu sy telah pun mengenali suami sy dan suami sy selalu merungut bahawa bekas isterinya asyik menuntut untuk dilepaskan. silap sy kerana sy baru mngenali suami sy pada waktu itu dan terpengaruh dgn tangisan dan aduan suami sy. sy fikirkan dia benar2 didera mentalitinya. sehingga pada satu malam dea melafazkan taklik melalui SMS kepada bekas isterinya tetapi sy hanya mengetahui hal itu pada keesokkan harinya. Isteri nya pada ketika itu menghantar SMS yg berbaur penghinaan kepada sy dan sy dengan rela hati berundur tetapi suami tetap dgn pendiriannya untuk meneruskan penceraian. Dua hari selepas proses cerai selesai d mahkamah, suami sy telah dtg kerumah sy dalam keadaan mabuk dan tidur dirumah sy tetapi kami tidak melakukan apa2 dan suami saya pada ketika itu hanya tidur kerana mabuk. cukup sy nyatakan disini suami saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang islam. Pada pukul 12 malam, sy telah diserang oleh bekas isterinya dan ibu bapa suami saya tanpa usul periksa. sy dituduh merampas suami orang dan dipukul tanpa disoal siasat terlebih dahulu. Namun atas bantuan kluarga sy, kes ini dibawa sehingga ke kes polis.

    KELUARGA SUAMI:
    Sy faham jika saya memang dibenci dan ditolak sama sekali dalam keluarga tersebut. namum semua tuduhan yg tidak berasas seharusnya dibawa ketengah terlebih dahulu.

    Ogos, 2014:
    Sy tahu sy telah melakukan maksiat sehingga terlanjur menyebabkan suami terpaksa bertanggungjwab. Tetapi apabila dtanya dalam keadaan waras, dia menyetujui tanpa sebarang tolakan. Apabila keluarga bertanya samada dia akan kembali kepada bekas isteri dia sungguh2 meyakinkan bahawa dia akan jadi suami yg terbaik dan tidak ingin mengulangi kesilapan yg lalu.

    Oktober 2015.
    Sy dalam keadaan sarat tinggal dengan suami di labuan di rumah yang disewa oleh suami sy. Sy menjalankan tugas sy sebagai isteri dengan sebaik mungkin dan suami sy bekerja untuk menyara saya, dia akan pulang pada jam 5 dan terus melawat anak2 nya drumah ibu bapanya kerana jandanya yang juga bekerja menghantar anak mereka di rumah org tua suami sy.
    Namun manusia yg tidak taat pada tuhan tidak mungkin taat pada janji. suami sy kembali pulg kepada jandanya kerana sering berjumpa dan berhbung dgn jandanya. sy yg sgt naif pada waktu itu hanya merelakan dan cuba berbaik sngka bahawa mereka hanya berurusan atas dasa anak seperti yg suami sy nyatakan. Tetapi hubungan menjadi-jadi sehingga sy terabai dan suami mgakui ingin kembali kepada keluarga dan jandanya dengan alasan hidup susah dengan sy. kami bergaduh hampir setiap hari. Suami berjanji untuk menceraikan saya selepas sy melahirkan anak.
    Setiap hari pulg ke rumah jam 10 keatas dan ada kalanya tidak balik.
    sy juga d arahkan pulang ke rumah ibubapa sy.
    Jika sebelum ini suami akan membawa sy pada hujung minggu untuk membeli keperluan dapur tetapi tidak lagi kerana setiap hujung minggu dia akan memberi alasan bahawa dea kerja dan pada sebelah petang melawat anak2nya dirumah org tuanya.
    Suami sy mula dengan perangai lama nya, mabuk dan adakalanya kami bergaduh sehingga tahap menggunakan kekerasan.
    Dia mngungkit makan minum sy yang dtanggung selama ini kerana sy tidak mempunyai pekerjaan pada waktu itu.
    Kerana tidak tahan dengan pergaduhan setiap hari, sy menghubungi kluarga sy dan kluarga sy telah membawa sy pulang dan sy selamat melahirkan anak sy pada Februari 2015, walaupun tidak layak dibintikan dengan nama suami sy.
    Dalam keadaan sarat mengandung lalu, sy telah menghadiri beberapa intertview dan mendapat pekerjaan pada April 2015,
    Suami sy memujuk untuk sy balik ke pangkuannya tetapi sy menolak kerana selama sy dalam pantang pun kluarga suami sy dan bekas isterinya sering mncari pluang untuk menyerang sy. Walaupun sy rela bermadu asalkan suami sy tidak mengabaikan anak kami tetapi jandanya tetap memaksa untuk kami bercerai.
    Sy hanya akan pulang ke rumah suami sy apabila suami sy meminta sy untuk bermalam dirumahnya sekitar 2/3 kali seminggu selebihnya dia akan bermalam dirumah orang tuanya dengan alasan menjaga hati keluarga dan jandanya.

    SITUASI 2;
    Keaadaan ini berlanjutan hingga kini, sy sebenarnya sanggup jika sekiranya perpisahan adalah jalan terbaik utk kami berdua, namun suami kerap menangguh.
    nafkah sy juga terabai dengan alasan sy yg kluar dari rumah suami, sedangkan pada masa itu suami sendiri mengizinkan untuk sy pulang ke rumah ibubapa sy. Sy mungkin tidak akan kluar jika tiada cacat cela d hati dan badan sy dlm keadaan sy sarat mengndung pada ketika itu.

    Jan 2016:
    Kes ini berlarutan sehingga sy sekali lagi diserang oleh kluarga suami sy.
    Mereka menuduh dan menyerang fizikal sy. (Kes telah dibwa ke pihak berkuasa)
    Sy dan suami juga telah bersetuju utk berpisah selepas kes kami di balai polis selesai.
    Tetapi atas alasan surat nikah sy masih belum selesai di JHEINS menyebabkan kes perceraian kami belum dpt diuruskan.

    SITUASI SAYA SENDIRI:
    Sy sedang mengandungkan anak kedua kami.
    Anak pertama sy kini berusia 1tahun dibawah jagaan sy.
    Kos sara anak sy ditanggung sepenuhnya oleh sy semenjak kelahirannya.
    Suami hanya akan memberi duit belanja susu dan pampers jika sy terdesak kesempitan duit.
    nafkah makan minum sy telah lama diabaikan kerana suami menuduh sy nusyuz.
    sy tidak faham situasi nusyuz ini untuk diri sy sndri.
    sedangkan bila sy merelakan untuk pulang ke pangkuan suami, dia memberi bnyak alasan tentang kluarganya.
    Sy tinggal mnumpang drumah kakak sy sepanjang bekerja di syarikat lama, kini sy telah bekerja d daerah lain kerana faktor keselamatan diri sy sendiri.

    SOALAN:
    Bagaimana cara untuk sy mendapat khidmat nasihat atau apa tindakan susulan yg perlu sy lakukan ? sy berada dalam dilemma dan tidak yakin dengan setiap keputusan yg sy lakukan.
    Dengan pihak mana sy perlu berurusan sekiranya sy perlu menuntut fasakh ?
    Layakkah untuk sy menuntut hak dan nafkah untuk bayi didalam kandungan ini kerana sy tahu sy tidak mampu untuk menyaranya jika dia telah lahir nnt.
    Adalah sukar membuat tuntutan di mahkamah secara sendiri ?
    dan perlukah sy mengeluarkan belanja yg banyak untuk mendapatkan bantuan peguam syarie ?
    terlalu banyak yg telah sy kongsikan, maaf seandainya terdapat kesilapan.
    sy sendiri bingung apa yg perlu sy ajukan pada pihak tuan.
    Sila hubungi sy untuk pertanyaan yg lebih lanjut. 0135585153

  21. nurleyla98@gmail.com

    jika isteri sudah memfailkan permohonan cerai dimahkamah syariah…..dan selepas itu si suami melafazkan cerai kepada isterinya dihadapan bapa si isteri di luar mahkamah atas desakan bertalu2 oleh isteri…persoalan nya…adakah si suami telah melakukan jenayah syariah dan mesti menjalani denda rm1000++ dan penjara 6 bulan tersebut

  22. Maklumkan kepada Mahkamah Hakim semasa peermohonan perceraian itu didengar nanti. Ikuti arahan Mahkamah. Jika Mahkamah arahkan suami atau isteri failkan permohonan pengesahan percerai luar mahkamah, maka pihak pihak tersebut perlulah failkan permohonan itu. Lazimnya permohonan perceraian itu akan ditangguhkan sementara bagi menunggu keputusan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah itu.

    Sekiranya ternyata lafaz cerai luar mahkamah suami disabitkan sah dannguhurntalaq, maka hal tersebut tetap menjadi satu kesalahan jenayah syariah. Jika disabitkan, hukuman adalah denda tak lebih RM600 atau penjara tak lebih 6 bulan atau kedua dua sekali.

    Wallahu a’lam

  23. MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLLAH BIN HAJIMIN

    Assalamualaikum WBT

    Tuan, saya merupakan pelajar dari UKM Bangi. Kini saya sedang menulis mengenai perkembangan Islam Sabah dalam beberapa aspek termasuk Perundangan Islam Sabah. Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya saya boleh berhubung terus dengan tuan mengikut kelapangan tuan sama ada secara jarak jauh (telefon dan emel) mahupun dekat iaitu secara bersemuka bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan.

    Saya berharap tuan boleh memberikan maklum balas positif dan bagaimanakah cara untuk saya berhubung dengan tuan. Wassalam.

    • Walaikumussalam wbt.

      Mohon maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan dari saudara. Atas kekangan masa, erakita tidak dapat memberikan jawapan dalam masa yang singkat. Untuk lebih lanjut, saudara Mohd Nur Hidayat boleh terus emel ke alamat erakita1970@gmail.com.

      Terima kasih atas kunjungan ini. Semoga bermanfaat.

  24. Assallamualaikum. Saya ingin mengetahui mengetahui Akta Gangguan Orang Ketiga dalam sistem undang2 Syariah. Mohon respon

  25. Walaikumussalam wbt.

    Terima kasih atas pertanyaan di atas. Mengenai gangguan orang ketiga terhadap rumahtangga suatu pasangan dalam Islam, terdapat peruntukan undang-undang yang mengawal perbuatan ini. Ia merupakan satu kesalahan jenayah syariah. Terdapat sekurang-kurangnya 3 seksyen bermula dari seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang menyebut secara jelas mengenai gangguan orang ketiga dalam rumahtangga. Erakita perturunkan peruntukan tersebut untuk panduang bersama seperti berikut:

    Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.

    Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

    Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

    Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

    Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

    Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    Peruntukan undang-undang yang serupa juga terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih Amy Anissah.

Tinggalkan komen