3 TERAS NEGARA RAHMAH

 

FB_IMG_1562655832635.jpg

Tiga teras utama dijadikan dijadikan sebagai asas kepada gagasan besar pentadbiran Islam dalam era Malaysia baharu adalah Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan  Model Malaysia.

Menurut YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dalam laman facebook beliau, falsafah dan matlamat pentadbiran kerajaan hari ini adalah berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Tiga (3) teras utama telah diletakkan sebagai asas kepada gagasan besar pentadbiran Islam dalam era Malaysia baharu adalah Rahmatan Lil ‘Alamin (sebagai manifestasi kepada ajaran Islam yang sebenar), Maqasid Syariah (sebagai asas atau guiding principles) dan Model Malaysia (sebagai kerangka atau produk tadbir urus pelbagai bidang) yang bersifat inklusif dan progresif dan boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa.

Dalam konteks Rahmatan Lil ‘Alamin, aspek yang menjadi fokus adalah insaniah, nilai peradaban, keadilan dan kepelbagaian. Dalam konteks Maqasid Syariah pula, aspek yang ditumpukan adalah dharuriyah, hajiyah, tahsiniyah, lima (5) prinsip (kulliyah al-khams), maslahah dan mafsadah dan siyasah syar’iyyah. Bagi Model Malaysia pula, perkara yang menjadi fokus adalah tadbir urus, perundangan dan hukum, ekonomi dan kewangan Islam, sosio dan budaya dan pendidikan.

Bagi warga perundangan Islam, tiga teras tersebut dilihat peluang terbaik bagi menyerlahkan keindahan dan kesyumulan undang-undang Islam di negara ini. Menurut Yang Amat Arif Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah yang juga merupakan Ketua Hakim Syarie,  Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), pewujudan Mahkamah Khas Hadanah dan Nafkah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan beroperasi menjelang bulan Ogos 2019 adalah selari dengan tiga teras yang dibawa oleh Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menurutnya lagi, tiga teras tersebut menitikberatkan kepentingan ummah terutama kebajikan wanita dan kanak-kanak.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya dalam sesi temubual oleh wartawan dari Straits Times Singapore di Pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya pada 8 Julai 2019. (Sumber dari Unit Komunikasi korporat JKSM dalam Laman Facebook Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – JKSM pada 8 Julai 2019)

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 9 Julai 2019, in AGAMA, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SABAH, JABATAN PEGUAM NEGARA, JKSM, KELUARGA, MAHKAMAH, peguam syarie, PERSATUAN GUAMAN SYARIAH MALAYSIA, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Ramlan Zailani

    Tidak cukup inclusive…Pembangunan yang lestari/ Sustainable development issues should be one of the core..mention explicitly.

    Perlu ditangani isu semasa sekarang…toxic waste, plastic wastes, global warming, climate change, kepusan flora dan fauna, pencemaran air, hutan dsb…Barulah Rahmat kpd seluruh alam

    Bukan sahaja kita perlu Rahmah kpd manusia…Rahmah kepada semua makhluk hidupan di darat dan lautan hutan, sumber alam, alam sekitar, hutan, gunung-ganang dsb.

  2. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Moga semoga negara Malaysia aman terpelihara

Tinggalkan komen