KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA HAKIM SYARIE MALAYSIA

PUTRAJAYA – Satu kunjungan hormat telah dibuat kepada Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang juga Ketua Hakim Syarie Malaysia oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah pada 12 Febuari 2018. Rombongan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah itu turut disertai Ketua Pendaftar, Hakim Syarie dan pegawai kanan Jabatan. Kunjungan dibuat dalam rangka meraikan perlantikan Yang Amat Arif Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim sebagai Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang baru.

Beliau yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih dari 30 tahun pernah menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Selangor, Hakim Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan, Pengarah kanan (kehakiman) JKSM, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM. Perlantikan  beliau sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Malaysia 1 September 2017 bagi menggantikan Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim bin Lembut yang tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 31 Ogos 2017.

Rombongan disambut oleh YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Malaysia bersama pegawai-pegawai kanan JKSM di Pejabat beliau di Aras 7, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, Presint3, Putrajaya Malaysia. Kunjungan ini merupakan salah satu usaha bagi memperkukuh dan mengeratkan lagi silaturahim  dan kerjasama antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam usaha memperkemaskan pengurusan pentadbiran kehakiman Islam di Malaysia.

sdrcofsdrcof

 

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 17 Februari 2018, in AGAMA, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KUNJUNGAN HORMAT, KUNJUNGAN MAHABBAH, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAHKAMAH SYARIAH LAHAD DATU, MAJLIS, peguam syarie, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen