MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE SABAH 2017

KOTA KINABALU – Satu majlis penyerahan tauliah kepada peguam syarie Sabah yang baru telah diadakan pada 14 Julai 2017 bersamaan 20 Syawal 1438H. Majlis yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Sabah. Seramai 16 orang peguam syarie baru terdiri dari 6 lelaki dan 10 wanita telah diterima sebagai peguam syarie untuk beramal di Mahkamah Syariah di Sabah. Turut hadir adalah Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, pegawai-pegawai kanan Mahkamah Syariah, Presiden Peguam-Peguam Muslim Sabah (AMAL) Datuk Adnan bin Hj Puteh, Presiden Persatuan Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA) Puan Noor Azah bin Abdul Rahman, Peguam kanan dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, peguam-peguam kanan syarie dan ahli keluarga peguam-peguam syarie yang baru diterima.

Berikut adalah senarai peguam syarie yang menerima surat kebenaran beramal di Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada majlis tersebut:

  1. Haris bin Alimudin
  2. Mohd Asrif bin Abd Samat
  3. Muhammad Razeef bin Hamzah
  4. Syed Faiz bin S Muhammad Hady
  5. Mohd Hasraff bin Eddani
  6. Mohd Shabran Syahmi bin Takhta
  7. Norafizah binti Alleh
  8. Noratirah binti Leksing Salleh
  9. Nor Azia Nadia binti Abdul Soud
  10. Nur fatihah binti Ismail
  11. Nur Hayati binti Rasmin
  12. Nurizzati binti Ahmad
  13. Sherfidah binti Mohd Jimin
  14. Rosita binti Romy Kasidi
  15. Shaminah binti Nawar
  16. Dayana binti Chacho

Majlis tersebut juga menyaksikan acara melafaz ikrar peguam syarie dari kesemua peguam baru yang menerima surat kebenaran beramal berkenaan. Ahli keluarga yang hadir turut mengambil peluang bergambar bersama para peguam dan pegawai kehakiman syariah di penghujung majlis.

cofcof

Majlis yang serupa telah diadakan buat pertama kali pada pada 18 Mei 2016 membabitkan 19 penerima surat kebenaran beramal sebagai peguam syarie. Semoga para peguam syarie yang baru diterima beramal ini dapat melaksanakan tanggungjawap dengan penuh disiplin dan didikasi bagi memartabatkan perundangan Islam di Malaysia.

cofcof

cof

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 21 September 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen