KEM BESTARI AKADEMIK DAN SAHSIAH (kemBAS) di SUI Tambunan

 

KEM BESTARI AKADEMIK DAN SAHSIAH (kemBAS) di SUI Tambunan BERJAYA

 

24 Ogos 2010 

22 Ogos 2010 menjadi satu lagi tarikh bersejarah bagi Sekolah Ugama Islam (SUI) Tambunan apabila berjaya mengadakan Kem Bestari Akademik dan Sahsiah (kemBAS). Program motivasi tersebut adalah anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Keningau dengan pihak SUI Tambunan. 

Program yang mula diadakan sejak tahun 2009 itu terdiri dari 3 siri dalam setahun. Ia diadakan pada hujung minggu. Program kali ini adalah program terakhir setelah tamatnya 3 siri. Menariknya, ramai ibubapa yang hadir pada majlis penutupan tersebut. Majlis penutupan disempurnakan oleh mantan Pensyarah IPG Keningau, Ustaz Hafiz bin Othman. Beliau merupakan perintis kepada program berkenaan semasa bertugas di IPG Keningau. 

KemBAS merupakan program tahunan AJK Masjid IPG Keningau di SUI Tambunan. Sekaligus menjadikan SUI Tambunan sebagai anak angkat kepada IPG Keningau. Pengarah program pula adalah Saudara Asdar bin Siri, yang juga merupakan Pelatih IPG Keningau. Lebih kurang 20 fasilitator terlibat yang kebanyakannya terdiri dari para pelatih IPG Keningau. 

Para peserta program adalah para pelajar Tahun 6 yang bersekolah di SUI Tambunan yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir iaitu UPSR dan Sijil Rendah Ugama (SRU). 

Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelatih IPG agar lebih meyedari keperluan anak-anak murid dalam sesi pengajaran sebenar pada masa hadapan. Selain itu, para peserta juga ditekankan dengan kepentingan ilmu dan bagaimana menghargai ilmu. Para peserta turut diberi suntikan semangat dan keazaman tinggi untuk mendapat keputusan terbaik dalam kedua-dua peperiksaan akhir nanti. 

Sepanjang program, para peserta diberikan motivasi untuk menjadi insan terbaik berbekalkan iman, taqwa, ilmu dan akhlak yang mulia. Menariknya, pengisian kerohanian seperti bagaimana mengenal diri, ibubapa dan keluarga turut diterapkan dalam program ini. Ibubapa yang hadir turut dilibatkan dalam program kerohanian. Mereka dikumpulkan bersama anak tersayang mereka sambil memegang erat tangan dan saling berpelukan sebagai tanda ikatan kasih sayang yang tulus dan ikhlas. Slot ini menyaksikan bagaimana ibubapa dan anak-anak turut sama-sama menitiskan air mata atas dasar keinsafan, kesedaran dan kasih sayang antara anak dan ibubapa. 

Tahniah sekali lagi kepada para Pelatih dari IPG Keningau yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan program tersebut. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Guru Besar Hajah Siti Zubaidah Abdul Rahim atas keperihatinan terhadap kebajikan anak-anak muridnya. Kejayaan program turut dibantu oleh tenaga-tenaga hebat dari Ustaz Hatta, Ustaz Idris dan lain-lain lagi guru-guru yang bertugas di beberapa sekolah sekitar Daerah Tambunan.   

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 24 Ogos 2010, in AGAMA, KELUARGA, MOTIVASI, SEKOLAH. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Asalam ..
    Lama tak buat komen di blog Era Kita ni. Nampak gambar2 sendu..bertangisan agaknya tiba masa berpisah tu.
    Inilah warna-warna kehidupan manusia. Namun dalam n3 ini ada terselit ilmu akhirat yang maha tinggi. Tahniah SUI & IPGM Keningau. Tahniah semua. Selamat berpuasa.

    Jemputlah ke rumah masa raya ya..

    • Wa ‘alaykum salam wbt.

      Terimakasih atas kunjungan ETUZA ke rumah erakita. Kita harapkan kebaikan atas segala usaha yang dilakukan oleh insan-insan yang berkorban masa dan tenaga mereka bagi memanusiakan manusia. Apabila manusia memahami siapa diri mereka, manusia akan tunduk dan patuh kepada Yang Memiliki segala-gala. Siapa lagi kalau bukan Allah s.w.t.

      Inshaa Allah. raya nanti jom kita kunjung mengunjung. Cuma nak juga rasa resepi special ETUZA nanti.

      Wassalam

  2. Nur Miera Syamira

    sayang sy x pegi kat majlis penutupan kemBAS tu..x smpat berpeluang berjumpa dngn kak fesi kumpulan 6(kak Fira)..rindu..skarang kak fira dah berangkat pulang ke kg halamannya d Mersing,Johor…Selamat Hari Raya!!!

Tinggalkan komen