SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH TAWAU KALI KE-2 (ARB)

Tawau – Masyarakat sekitar Daerah Tawau terus menikmati peluang menimba ilmu pengetahuan mengenai pengurusan harta khususnya di kalangan orang Islam. Percambahan ilmu itu dizahirkan melalui Seminar Perundangan Syariah Tawau Bil. 2 yang telah diadakan di Dewan Terbuka Mahkamah Syariah Tawau pada 06 Oktober 2017. Seminar yang dihadiri lebih kurang 70 orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Tawau adalah anjuran bersama Amanah Raya Berhad (ARB) Cawangan Sabah dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (Mahkamah Syariah Tawau). Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan.

Pembentangan adalah berkisar kepada peranan ARB di Sabah dan juga peranannya dalam konteks pengurusan harta pusaka di Malaysia. Seminar yang bermula seawal jam 7.45 pagi dan berakhir jam 11.45 pagi itu disampaikan oleh Tuan Usman bin Haji Hamid, Pengurus Kanan ARB Sabah. Antara yang hadir adalah Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah , Hakim dari Mahkamah Awam, Pegawai-Pegawai Agama dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Tawau, Pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Peguam-Peguam Sivil dan Syariah dan pelbagai lagi lapisan masyarakat di sekitar Daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Menariknya, ARB turut membuka kaunter yang menawarkan diskaun istimewa kepada para peserta dan pengunjung yang membuat dokumen wasiat sempena seminar tersebut.

IMG-20171005-WA0047

dig

IMG-20171006-WA0026

digcof

IMG-20171006-WA0029

sdrcof

IMG-20171006-WA0054

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 10 Oktober 2017, in AGAMA, HARTA PUSAKA ISLAM, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAJLIS, SEMINAR, UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen