KUNJUNGAN MAHABBAH KE MAHKAMAH SYARIAH LAHAD DATU

LAHAD DATU – Mahkamah Syariah Lahad Datu menerima kunjungan mahabbah dari Mahkamah Syariah Tawau pada 9 Febuari 2018 (Jumaat). Rombongan yang diketuai Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau itu turut disertai Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan pegawai-pegawai kanan Mahkamah Syariah Tawau. Peguam-peguam syarie dan sivil juga turut bersama-sama sebagaimana kunjungan-kunjungan di tempat lain sebelum ini. Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Lahad Datu, Tuan Mohd Haslan bin Hassan menerima kunjungan tersebut bersama-sama pegawai kanan dan kakitangan mahkamah berkenaan.

Di samping merapatkan ukhuwwah, pelbagai aspek pengurusan kes bagi kedua-dua mahkamah turut dibincangkan. Pengujudan klinik guaman syarie bagi daerah ini turut dibincangkan. Perkhidmatan klinik guaman syarie secara percuma yang diadakan setiap jumaat di bangunan Mahkamah Syariah telahpun dilaksanakan di Tawau sejak tahun 2014 lagi. Sebuah bilik khas disediakan dalam bangunan Mahkamah Syariah Tawau untuk membolehkan operasi khidmat klinik guaman tersebut dapat dilaksanakan. Lahad Datu adalah sebuah daerah besar dan bilangan penduduk Islam juga ramai. Kebanyakan kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Tawau datang dari daerah ini. Jarak perjalanan darat antara Tawau dan Lahad Datu adalah 150 kilometer dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 20 minit menggunakan kenderaan.

IMG-20180209-WA0033

IMG-20180209-WA0026

IMG-20180209-WA0027

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 12 Februari 2018, in AGAMA, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KUNJUNGAN MAHABBAH, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAHKAMAH SYARIAH LAHAD DATU, MAHKAMAH SYARIAH SEMPORNA, mahkamah syariah tawau, MAJLIS, peguam syarie, PELBAGAI, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen