GARA-GARA FACEBOOK, BINI MINTA CERAI

GARA-GARA FACEBOOK, BINI MINTA CERAI

20 MEI 20

Macam-macam boleh jadi dalam dunia hari ini. Kalau dulu, semua orang nak hand phone. Kini budak kecilpun ada hand phone. Kadang-kadang lebih pandai menggunakannya dari kebanyakan orang dewasa. Namun, keadaan ini sudah tidak menghairankan.

Kini, timbul lagi FACEBOOK. Ia benar-benar satu fenomena luar biasa di muka bumi. Siapa yang belum buka akaun facebook, ia boleh jadi dilihat pelik, ketinggalan atau dianggap tak up to date! Facebook berjaya menemukan kenalan dan rakan-rakan lama.

Facebook bahkan berjaya “mencuri” banyak masa manusia. Manusia sanggup duduk berjam-jam depan komputer untuk melayari internate, khususnya membuka facebook.

Sementara banyak kebaikan dan kelebihannya dalam urusan manusia, kelemahan dan kekurangnya tetap ada, bahkan kadang-kadang keburukannya lebih besar dari manfaat. Cuba bayangkan kalau facebook kini dikatakan antara penyumbang utama kepada perceraian antara suami isteri di seluruh dunia.

Kadang-kadang puncanya kecil saja tapi akhirnya membawa bencana besar kepada rumahtangga. Bayangkan satu laporan akhbar menyebutkan bahawa isteri sanggup menfailkan permohonan cerai di mahkamah gara-gara tak berpuas hati suami tak mengubah status kelaminnya dalam facebook. Isteri dikatakan berang apabila suami tidak meletakkan status “berkahwin” dalam facebooknya. Suami pula mendakwa terlupa mengemaskininya kerana sibuk dengan urusan hariannya.

Tidak dinafikan hal yang serupa sering terjadi dalam kes-kes perceraian di mahkamah syariah di Malaysia. ERAKITA juga berpengalaman berhadapan kes perceraian membabitkan penggunaan facebook. Ada kes di mana suami tertekan dan menjadi marah kerana isteri terlalu banyak menggunakan masa dengan facebook berbanding melayan suaminya.

Agaknya, inilah realiti dunia hari ini. Entah apa lagi fenomena luarbiasa yang bakal muncul pada dekad-dekad akan datang!

ERAKITA sempat memetik satu laporan mengenai perceraian gara-gara facebook dari ahkbar Harian Metro bertarikh 19 Mei 2012. Untuk tatapan anda, ERAKITA memaparkan laporan tersebut sebagaimana berikut.

Minta cerai kerana status dalam Facebook

http://www.hmetro.com.my/articles/MintaceraikeranastatusdalamFacebook/Article

AURANGABAD: Seorang wanita India menuntut cerai selepas suaminya enggan mengubah statusnya kepada berkahwin dalam laman sosial Facebook.

Wanita berusia 28 tahun itu memfailkan tuntutannya itu di mahkamah keluarga dengan berkata, dia tidak lagi mempercayai suaminya selepas dia gagal mengumumkan perkahwinan mereka dalam laman web itu.

Perkahwinan pasangan Telugu yang diatur oleh keluarga itu berlangsung dua bulan lalu dan kes itu difailkan di mahkamah di Aurangabad, tempat wanita itu menetap.

Menurut akhbar Deccan Chronicle, suaminya memberitahu mahkamah, dia terlupa untuk mengemaskinikan statusnya tetapi hakim memberi kedua-dua pihak masa enam bulan untuk menjalani kaunseling. Bercakap kepada akhbar yang berpejabat di India itu, peguam, Subash berkata: “Saya mengetahui mengenai kes itu daripada majistret di Aurangabad. Si suami yang berasal dari Hyderabad memberitahu hakim bahawa dia terlalu sibuk dengan keluarganya dan perniagaan perabotnya selepas berkahwin sehingga tidak ada masa untuk membuka Facebook atau menukar statusnya.

“Kini dia bersedia berbuat demikian malah sanggup menutup akaunnya. Bagaimanapun, wanita itu tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan itu dan berkata, suaminya mungkin berlaku curang di belakangnya.

Walaupun tidak banyak kes perceraian membabitkan pertukaran status hubungan, Facebook semakin kerap digunakan sebagai sumber bukti dalam kes perceraian, menurut peguam.

Laman sosial itu disebut sebagai alasan untuk sepertiga daripada kes perceraian tahun lalu dengan tingkah laku buruk menjadi faktor, kata syarikat guaman, Divorce-Online.

Menurutnya, terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus dalam jumlah tuntutan cerai bersabit tingkah laku mengandungi perkataan ‘Facebook’ sepanjang dua tahun lalu.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Pengguna menggunakan facebook untuk menghubungi bekas kekasih. Walaupun mulanya berniat baik, tetapi akhirnya akan mencetuskan masalah. Sekiranya ada orang yang mahu menjalinkan hubungan sulit atau main kayu tiga dengan jantina bertentangan, ia tempat paling baik.” – DM

Sama-sama kita merenung dan mengambil iktibar dari laporan akhbar berkenaan.

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 20 Mei 2012, in KELUARGA, RENUNGAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. asalamualaikum..inilah bahana antara dunia masa kini, sedang dalam rumah pun jika tak positif dengan internet akan berlaku masalah. Mintalah kita di rahmatiNya, jauh dari kelalaian time onair. Sebaik2 tunaikan solat wajib.baru nak online..

    • ERAKITA berterimakasih atas pandangan ETUZA yang simple tapi signifikan di atas. Semoga menjadi ingatan bersama.

  2. boleh kah minta doa pelembut hati anak2 ni Tuan haji…bantulah jika ada kelapangan masa ya..syukran

    • Doa pelembut hati boleh juga didapati dalam al-Quran. Salah satunya adalah mengamalkan ayat terawal dalam Surah Toha ayat 1-5. Menurut sejarahnya, hati Saidina Umar yang begitu keras menentang dan memusuhi Islam menjadi lembut dan lunak setelah mendengar ayat-ayat ini dibacakan oleh adiknya yang lebih dulu memeluk Islam.

      Bagaimanapun, Membaca doa dalam keadaan tenang, khyusuk dan benar-benar memahami kandungan doa adalah sebaik-baik cara dan kaedahnya. Penghayatan akan lebih terasa dan pengharapan betapa Allah yang maha mendengar akan mengabulkan doa kita dapat dinikmati. Bacalah dalam bahasa melayu atau bahasa pertuturan sendiri andai itu yang dapat meresapkan rasa penghayatan dalam doa.

      Teruskan berdoa. Jangan berputus asa anda belum nampak hasilnya. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Ada kalanya perkara yang dipinta itu ditangguhkan perlaksanaanya oleh Allah ke satu masa tertentu kerana melihat kepada kebaikan dan kelebihan yang tidak dapat dijangkau oleh Manusia. Wallahu a’lam

Tinggalkan komen