Satu hari satu ilmu

 

Satu hari satu ilmu

 

27 September 2010 

Allah mencipta manusia. Allah jadikan manusia secantik-cantik makhluk. Allah kurniakan pula dengan akal untuk menjadikan manusia itu bijak, pintar, menggunakan akal fikiran untuk melakukan perkara-perkara yang terbaik dan diredhai Allah. Dengan akal, manusia dapat menimba dan menambah ilmu. Dalam al-Quran, Allah melontarkan satu pertanyaan yang mudah untuk dijawab manusia. Soalan itu berbunyi ”Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”. Sudah tentu jawabannya tidak sama. 

Orang yang tahu sudah tentu tidak sama dengan orang yang tidak tahu. Orang yang pandai tidak sama dengan orang yang tak pandai. Orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tak berilmu. Memang jauh bezanya. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa betapa tingginya darjat orang yang berilmu berbanding dengan orang yang tidak berilmu di sisi manusia, lebih-lebih lagi Allah s.w.t. 

Tidak keterlaluan jika perbandingan keduanya umpama antara bulan dan bintang, antara langit dan bumi, antara lautan dan tasik dan berbagai lagi perumpamaan yang sama waktu dengannya. Jika hal ini dapat difahami dan dihayati, mengapa kita tidak mahu menambahkan ilmu? Mengapa hanya diam dan sudah berpuashati dengan sedikit ilmu yang ada? 

Atas sebab itu, mari kita ubah sikap dan keadaan diri kita. Jadikan diri kita pencinta ilmu. Jadikan diri kita pemburu ilmu. Jadikan diri kita orang yang berilmu. Bermula saat ini, mari kita TAMBAHKAN ILMU DI DADA WALAU SEKADAR SATU ILMU dalam sehari. Dalam sebulan, ada 30 hari. Bermakna, dalam sebulan, kita sudah ada 30 ilmu baru. Dalam setahun kita sudah ada sekurang-kurangnya 365 ilmu di dada. 

Jadikan kedai buku sebagai tempat kunjungan yang wajib apabila ke pekan atau bandar. Apabila keluar rumah, jadikan buku sebagai teman istimewa dalam perjalanan selain handphone. Jadikan buku sebagai teman setia untuk bercerita, ketawa dan muhasabah diri sewaktu menunggu isteri, anak-anak atau kawan yang akan menaiki kereta kita. Sementara menunggu isteri ke pasar misalnya, jadikan buku sebagai rakan paling akrab dan setia dalam kereta. Memang seronok! Sekurang-kurangnya suami tidak akan terkata kepada isteri ”eh! lambat juga!”. Sebaliknya kata-kata seperti ”eh! cepat juga bebelanja” boleh jadi terkeluar dari mulut suami. Suami terasa masa menunggu menjadi singkat kerana ia telah tenggelam dalam keseronokan dan kenikmatan meneroka alam ilmu dalam buku itu. Memang hebat! 

Alangkah beruntungnya kalau hidup ini diakhiri dalam keadaan kita masih lagi mecari dan memburu ilmu. Sekurang-kurangnya kita menepati prinsip agama Islam yang menyeru umatnya mencari dan meneroka ilmu sejak dari buaian sehinggalah ke akhir hayat. Ayuh! Mulakan langkah dari sekarang. Jadikan diri kita PEMBURU ILMU.

 satu hari satu ilmu

 

 

 

 

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 27 September 2010, in AGAMA, MOTIVASI, PETUA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalaamu’alaikum wtb…

    Alhamdulillah. Memang benar bagai dikata. Bukan mendabik dada, kerana sudah menapaki dunia baca tulis. Cuma mau berkongsi pada semua, bahawa memang ‘membaca’ (semua yg bermanfaat) – dimana & dimasa serta apa pun keadaan mmg sangat besar fadhilat atau keistimewanya.

    Ikut pengalaman – ‘membaca’ tak kira bacaan pada yang tertulis (buku dgn apa jua jenis/disiplin/ teknologi) atau ‘membaca’ yg terpapar d depan mata (kauniyyah / maknawiyah)… semuanya baik dan subhaanallah menambah wawasan hidup untuk kita.

    Membaca d selang waktu bukan saja menambah ilmu, bahkan telah menjadikan masa terisi dengan suatu yg berharga. Setiap kali berpergian – mungkin ke sekolah, balik kampung atau rehlah – membaca boleh saja dilakukan. Bawalah buku sebuah dua buah bersama. memang tidak mesti kita akan dapat membaca semua. kekadang sehelai dua sudah cukup memberi sesuatu makna kerana ia pasti ilmu. Walau tidak sempat membaca, sekurang-kurang dengan adanya buku yg dibawa sentiasa, ia memberi erti kita telah membina hubungan ilmu dlm hidup kita.

    Cuma, kita jangan sangka dengan buku itu saja baru kita mula membaca. Kerana, alam luas & segala yang berlaku disekitar kita pun adalah ilmu yang memerlukan pembacaan yang tersendiri. Kita boleh menilai, menyikapi dan menanggap sesuatu erti pada setiap yang terbentang di depan atau sekitar kita – sampai akhirnya kekadang sambil memandu kereta pun kita sebenarnya sudah mampu merumus ‘erti’ pada sesuatu yang kita terlintas pandang…

    IQRA’ – itu membaca, mengkaji, merumus, memberi erti, memaknai sesuatu, research ], taakulan, buah fikir, renungan, muhasabah dll yg sesuai…

    Terima kasih entri ini.

    Mari terus membaca!

    • wa’alaykum salam wbt,

      ERAKITA ucapkan terimakasih atas lontaran ilmu yang Abu Miftah nyatakan di atas. Memang benar dan tepat sekali. Ilmu ada di mana-mana. Tak terbatas dengan pemnbacaan buku semata-mata. Semoga paparan di atas dan komentar dari saudara Abu Miftah dapat menyegarkan minda kita untuk terus mencintai ilmu. Jom! teruskan pengembaraan untuk menimba ilmu.

      Terimakasih

  2. assalamualaikum..terima kasih kpd ust kerna membenarkan sya membongkar segala apa yg terkandung di dalam Blogs yg amat bermanfaat ini.Banyak ilmu yg sya dapat mudah2han mnjdi panduan dalam kehidupan sementara ini.Dalam tajuk satu hari satu ilmu,yg ust utarakan alhamdulillah ianya memberi satu pandangan baru bagi saya tentang perbezaan yg amat ketara bagi orng yg berilmu dan orang yg tidak berilmu,orang yg banyak membaca dan orang tidak mahu membaca.Mudah2an ini sebagai permulaan bagi sya utk terus menggunakan masa yg diberi Allah swt melihat dan membaca segala ciptaannya.. Bukannya tidak ada masa tp masa ada dimana-mana..

  3. Wa’laykum salam wbt.

    Alhamdulillah. Abu Darda yang dihormati, sesungguhnya usaha saudara untuk meneroka ilmu yang terbentang luas di hadapan amat murni. Semoga dimudahkan dan diberkati Allah SWT. Teruskan pengembaraan ilmu itu kerana ia mampu menenggelamkan kita dalam lautan nikmat yang tak terungkap dengan kata-kata.

Tinggalkan komen