KUNJUNGAN MAHABBAH KE JHEAINS TAWAU

TAWAU – Persefahaman dan muafakat yang terjalin erat antara Mahkamah Syariah Tawau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jheains) Daerah Tawau sejak dahulu terus kukuh. Kedua-dua institusi ini dalam kebanyakan program seperti seminar dan majlis-majlis seperti hari raya dan pelbagai lagi kegiatan saling bergerak seiringan dan bekerjasama dalam menjayakan program-program berkenaan. Pada 5 Febuari 2018 (Isnin) jam 2.30 petang, Mahkamah Syariah Tawau bersama-sama dengan para Peguam Sivil dan Syarie dari Tawau telah membuat kunjungan mahabbah ke Pejabat Jheains yang terletak di Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara Tawau. Rombongan telah diraikan dengan penuh mesra dan mahabbah dari Pegawai Tadbir Agama (PTA) Tawau, Tuan Haji Abdul Imam Bashirun.

Pelbagai isu dan perkara telah dibincang oleh kedua-dua pihak. Beberapa perkara berhubung dengan perkahwinan seperti pengesahan nikah, nasab, wali hakim, perceraian, pendaftaran nikah serta pendakwaan syariah telah dibincang dan banyak muafakat telah dicapai. Semoga hubungan dan kerjasama erat ini terus berkekalan demi kemaslahatan masyarakat Islam khususnya di Daerah Tawau yang lebih dikenali sebagai Bumi Peladang.

IMG-20180206-WA0014

cof

IMG-20180206-WA0011

IMG-20180206-WA0012

IMG-20180206-WA0015

cof

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 10 Februari 2018, in AGAMA, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KELUARGA, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAJLIS, UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen