LAWATAN KETUA PENDAFTAR KE SEMPORNA & TAWAU

TAWAU – Mahkamah Syariah Semporna dan Tawau masing-masing menerima lawatan daripada Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) yang baru, Puan Surayah binti Ramlee pada 05 Oktober 2017 bagi Semporna dan 06 Oktober 2017 bagi Tawau. Dalam lawatan ke Mahkamah Syariah Semporna, Puan Surayah diiringi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau, Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau sebaik dilantik menjadi Ketua Pendaftar JKSNS pada bulan Ogos 2017.

burstcof

 

Pada keesokan harinya, Puan Surayah yang turut hadir sebagai peserta dalam Seminar Perundangan Syariah di Tawau seterusnya melakukan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Tawau. Lawatan Ketua Pendaftar berkenaan di kedua-dua Mahkamah di Semporna dan Tawau amat signifikan dalam rangka melihat keperluan Mahkamah di samping mengeratkan ikatan ukhuwwah antara pegawai dan kakitangan Mahkamah.

sdrsdrbty

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 10 Oktober 2017, in JKSM, MAHKAMAH, Mahkamah Syariah, MAJLIS, SEMINAR, UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen