JIKA SUDAH TERLAFAZ CERAI, CEPAT-CEPATLAH KE MAHKAMAH

JIKA SUDAH TERLAFAZ CERAI, CEPAT-CEPATLAH KE MAHKAMAH

3 Febuari 2015

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adik ipar saya telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya di hadapan kedua pakcik dan makcik si isteri. Tetapi dalam masa kurang sebulan, adik ipar saya dan isterinya telah kembali semula dan bersekedudukan bersama. Di sini, saya ingin tahu:

(1) Adakah mereka harus memfailkan penceraian mereka di pejabat agama?
(2) Haruskah mereka melalui proses penceraian sebelum mereka rujuk semula?
(3) Apa hukum jika sudah melafazkan cerai tanpa memfailkan dan bersekedudukan??

Sila balas pertanyaan saya kerana saya ingin tahu. Terima kasih

Jawapan

Walaikumussalam wbt. Dalam keadaan di atas, apabila ternyata si adik ipar telah melafazkan cerai ke atas isterinya, tindakan segera yang perlu dilakukan adalah menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di Mahkamah Syariah di mana pasangan tersebut bermastautin atau tinggal. Terus sahaja ke Mahkamah Syariah. Elakkan dari menangguh-nangguh perkara ini. Penangguhan yang berterusan akan hanya menambahkan rasa resah, bimbang dan tidak senang pada hati bukan saja pada pasangan ini malah pada keluarga kedua pihak yang terlibat.

Lafaz tersebut perlu diteliti oleh Mahkamah samada ianya telah menggugurkan talaq atau tidak. Ini kerana, lafaz talaq itu sendiri ada yang disebut sebagai lafaz soreh atau lafaz yang terang, nyata yang mana seseorang yang melafazkannya dalam keadaan biasa akan menggugurkan talaq. Ia tak memerlukan niat menceraikannya. Contohnya “aku ceraikan kau” atau “aku talaqkan kau” atau “kau tertalaq”.

Ada lagi lafaz yang dikategorikan sebagai lafaz kinayah yang memerlukan niat menceraikan baharulah lafaz tersebut dikira sebagai sabit perceraian atau gugur talaq. Contohnya suami mengatakan kepada isterinya “kau kembalilah kepada ibubapa engkau dan jangan lagi kau balik ke sini”. Dalam hal ini, sekiranya suami berniat menceraikan isteri saat melafazkan kata-kata itu, maka ia dikira menggugurkan talaq. Sebaliknya, jika suami sekadar menakutkan atau memberi amaran kepada isteri, maka tidaklah gugur talaq.

Justeru, dalam situasi yang dihadapi oleh adik ipar tersebut, sebaiknya bersegeralah ke Mahkamah Syariah dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah. Jika benar telah bercerai, mahkamah akan menentukan pula berapa bilangan atau jumlah talaq yang gugur. Hanya mahkamah syariah saja yang boleh memutuskan perkara ini menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di negeri-negeri. Seksyen 56 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam jelas menyebutkan bahawa Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk hanya boleh mendaftarkan suatu perceraian itu apabila telah berpuashati bahawa Mahkamah Syariah telah membuat pengesahan mengenai perceraian itu.

Soal mereka telah rujuk, kembali atau bersekedudukan semula sebagai suami isteri, hal tersebut tidak harus berlaku begitu saja tanpa mendapat kepastian mengenai kedudukan status mereka semada sudah bercerai atau tidak. Jika mereka benar-benar nak bersatu semula, ikutilah undang-undang yang ada. Undang-undang itu bukanlah menyusahkan tetapi ia adalah memudahkan urusan manusia. Ia mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Segerakan dan jangan bertangguh lagi.

Tindakan menyegerakan untuk membuat laporan (permohonan) ke mahkamah mengenai lafaz cerai yang dilakukan di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah adalah kehendak undang-undang. Seksyen 57 Enakmen Undang_undang Keluarga Islam menegaskan bahawa laporan (permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Syariah dalam tempoh 7 hari dari lafaz cerai tersebut berlaku. Ini bermakna, bila mana lafaz cerai sudah dibuat oleh suami, maka pasangan tersebut mestilah melaporkan hal tersebut dalam tempoh 7 hari dari tarikh lafaz.

Dalam perkara sepenting ini, Arahan Amalan sudah dikeluarkan kepada seluruh Mahkamah Syariah di negeri-negeri bahawa keutamaan untuk mendengar terus permohonan yang ada persetujuan bagi kes pengesahan lafaz cerai perlu diberi termasuk mendengar pada hari yang sama kes berkenaan jika ada ruang mahkamah berbuat demikian. Erakita berpendapat bahawa penjelasan dari artikel dalam ruangan ini serta jawapan di atas memadai sebagai jawapan kepada soalan yang ketiga.

Demikianlah jawapan erakita dalam situasi di atas. Semoga ada manfaatnya. Jangan tunggu lagi. Bersegeralah ke Mahkamah Syariah dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah tersebut. Mohonlah kepada Pendaftar Mahkamah supaya kes berkenaan dapat disegerakan pendegarannya atas sebab nak rujuk.

Wallahu a’lam.

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 3 Februari 2015, in AGAMA, KELUARGA, UNDANG-UNDANG and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 96 Komen.

  1. , assalamualaikum .. Saya ingin bertanyaa , bagaimana pulak kes di mana isteri memaksa suaminya menceraikannya (isteri) dengan talak 3 .. Suami dan isteri itu dalam keadaan yang sangat marah , isteri membaling barang , suami memaki dan melihat telefon .. Kemudian , isterinya masih membebel minta di ceraikan talak 3 lalu suaminya berkata sambil melihat telefon ” talak 3, ya talak 3 , jangan paksa aku , talak 3″ adakah itu sudah sah bercerai ? Mohon pencerahan dgn kadar segera .. Kejadian baru td berlaku .. Tgh runsing melihat keadaan family .. Tidak mahu ada penceraian .. Tolong saya ..

    • Walaikumussalam wbt.

      erakita turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa keluarga tersebut. Barangkali kejadian tersebut berlaku di hadapan anak-anak. Tidak ada anak yang sanggup melihat keadaan tersebut berlaku dalam keluarganya apatah lagi melibatkan hal perceraian yang tentunya membawa kepada perpecahan dalam institusi keluarga.

      Setelah melihat dan menghalusi keadaan di atas, erakita nasihatkan agar pada kadar segera, pasangan suami isteri itu menfailkan permohonan mendapatkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Tidak wajar sama sekali keadaan ini didiamkan begitu saja. Sesiapapun yang berada dalam sitausi ini akan merasa runsing dan pelbagai tekanan fikiran boleh berlaku. Jika dapat, bertindaklah pada hari jika dapat. Lebih cepat difailkan, lebih cepatlah pemohon berkenaan mendapat tarikh terawal kes berkenaan didengar oleh hakim. Sertakan sekali satu surat permintaan agar kes berkenaan didengar pada kadar segera.

      Berdasarkan lafaz tersebut, mahkamah tentunya akan meneliti secara halus mengenai bentuk lafaz tersebut. Mahkamah akan menentukan samada lafaz tersebut termasuk dalam kategori lafaz soreh (terang) atau lainnya. Jika soreh, maka niat menceraikan sudah tidak diperlukan lagi. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa jika soreh sekalipun sesuatu lafaz, apatah lagi melibatkan talaq 3, mahkamah akan melihat pula bagaimana keadaan suami ketika melafazkan kata-kata tersebut.

      Mahkamah lazimnya melihat keadaan sebelum lafaz, semasa lafaz dan selepas lafaz. Perkara ini diperhalusi dan diteliti sebelum keputusan. Ini kerana, jika terdapat unsur paksaan atau keadaan yang menghilangkan kewarasan akal si suami sehingga mendorong terlefaz kata-kata talaq itu, maka mahkamah akan membuat keputusan yang berbeza dengan talaq yang dilafaz dalam keadaan biasa. Dalam hal ini, berilah kerjasama sepenuhnya kepada mahkamah apabila ditanya keadaan sebenarnya. Tak perlu ada keterangan yang bohong. Ia hanya satu kerugian kepada pasangan berkenaan kerana sekalipun mendapat keputusan yang berpihak kepadanya, namun jauh di sudut hati, perasaan dan fikirannya tidak akan tenang dengan apa yang ada. Ini adalah melibatkan hukum syarak yang ada kesan dosa dan pahala.

      Jika tak mampu untuk berfikir dan bertindak secara biasa pada saat seperti ini, ada baiknya mendapatkan khidmat guaman syarie. Biarlah kita bebas untuk menjelaskan keadaan kepada peguam berkenaan. Atas kebijaksanaan peguam berkenaanlah nanti untuk membuat permohonan yang berkaitan di samping mengemukakan apa-apa dokumen atau keterangan dari pihak-pihak kepada mahkamah apabila diperlukan nanti.

      Banyak berdoa kepada Allah agar masalah ini dapat diselesaikan dengan aman. Inshaa Allah, masih ada ruang sebenarnya untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini di mahkamah. Keputusan adalah bergantung penuh kepada keterangan pasangan itu nanti.

      Wallau a’lam.

  2. abdul halim bin ali

    Assalamualaikum w.b.t
    Saya ingin bertanya saya telah melafazkan cerai pada 18/07/2015 terhadap isteri saya dengan talak 1 Tanpa kebenaran mahkamah.saya tahu saya akan dikenakan denda tapi saya telah pun berjumpa keluarga isteri saya untuk rujuk semula tetapi isteri saya enggan sebab dia beritahu isteri saya dia bahagia dengan lelaki tersebut.saya menceraikan isteri saya atas sebab dia berlaku curang terhadap saya.adakah boleh saya tuntut isteri saya sebagai nusyuz?

  3. abdul halim bin ali

    Assalamualaikum w.b.t
    Saya ingin bertanya saya telah melafazkan cerai pada 18/07/2015 terhadap isteri saya dengan talak 1 dalam keadaan tegang sebab isteri saya mendesak saya untuk menceraikan dia.saya telahpun melafazkan cerai Tanpa kebenaran mahkamah.saya tahu saya akan dikenakan denda tapi saya telah pun berjumpa keluarga isteri saya untuk rujuk semula tetapi isteri saya enggan sebab dia beritahu isteri saya dia bahagia dengan lelaki tersebut.saya menceraikan isteri saya atas sebab dia berlaku curang terhadap saya.adakah boleh saya tuntut isteri saya sebagai nusyuz?

  4. abdul halim bin ali

    Assalamualaikum w.b.t
    Saya memohon maaf pada soalan saya sebelum ini ada kesalahan ayat..
    Saya ingin bertanya saya telah melafazkan cerai pada 18/07/2015 terhadap isteri saya dengan talak 1 dalam keadaan tegang sebab isteri saya mendesak saya untuk menceraikan dia.saya telahpun melafazkan cerai Tanpa kebenaran mahkamah.saya tahu saya akan dikenakan denda tapi saya telah pun berjumpa keluarga isteri saya untuk rujuk semula tetapi isteri saya enggan sebab isteri saya beritahu saya dia bahagia dengan lelaki tersebut.saya menceraikan isteri saya atas sebab dia berlaku curang terhadap saya.adakah boleh saya tuntut isteri saya sebagai nusyuz?

    • Walaikumussalam wbt.

      Samada saudara Abdul Halim telah benar-benar sah bercerai dengan isteri, hanya Mahkamah Syariah saja yang diberi kuasa menentukannya. Hanya kita benar-benar pasti bahawa talaq talah berlaku ke atas isteri, baharulah isu nak rujuk dengan isteri timbul. Jika isteri enggan untuk dirujuk, maka hal tersebut boleh kemukakan kepada mahkamah bagi pengesahan rujuk itu sendiri, samada telah sah berlaku atau tidak.

      Mengenai nusyuz, lazimnya tuntutan pensabitan nusyuz ke atas isteri di Mahkamah Syariah dibuat oleh suami. Ia dilakukan ketika mana pasangan suami isteri masih lagi suami isteri. Tujuan utama pensabitan nusyuz ini adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah agar isteri kembali taat kepada suami. Di samping itu, nusyuz isteri juga merupakan satu pembelaan yang baik bagi suami untuk tidak memberikan nafkah atau belanja kepada si isteri.

      Justeru, pada pandangan erakita, saudara Abdul halim perlu memikirkan semula apakah matlamat atau tujuan utama saudara nak menuntut pensabitan nusyuz terhadap isteri. Jika saudara menghadapi kerumitan dan perlukan nasihat lanjut mengenai tindakan selanjutnya, erakita nasihatkan agar saudara dapatkan khidmat guaman syarie.

      Semoga pandangan ini bermanfaat. Wallahu a’lam

  5. Assalamualaikum , saya ingin bertanyakan isu berkenaan hal saya dan suami. Adakah saya di jatuhkan talak tiga atau tidak? Untuk pengetahuan ustaz saya adalah isteri kedua kepada suami dan tiba-tiba isteri pertama tidak redha suami berkahwin dua. Dengan paksaan kami bertiga bersemuka untuk menyelesaikan masalah di antara kami. Tiba-tiba semasa kami bersemuka dan berdiscuss, isteri pertama dengan paksaan mengugut suami untuk menceraikan saya dengan menyatakan tidak akan benarkan anak-anak berjumpa dengan suami dan isteri pertama akan membuang suami dari keluarga sekiranya tidak menceraikan saya dengan talak tiga sekali gus. Bukan itu sahaja, emak suami dengan memberi ugutan kepada suami juga akan membuang suami dari keluarga dan akan memastikan suami keluar dan tidak berjumpa dengan ahli keluarga dan tidak menghalalkan semua keadaan. Atas hormati pemintaan emak suami sendiri ini kerana syurga suami kepada emak. Walaupun tanpa kerelaan suami dengan paksaan dan desakan isteri pertama yang berada di hadapan suami dan dengan berat suami melafazkan talak tiga sekali gus keatas saya selepas di ugut emak sendiri dan isteri pertama. Sebelom suami melafazkan talak tiga, saya hanya berdiam dan mendengar suami melafazkan sahaja. Saya redha dengan ketentuan ilahi dan terima qada’ dan qada yang menimpa saya. Dengan berat suami melafazkan talak tiga dengan sekali lafaz. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz sama ada saya di jatuhkan talak tiga walaupun suami tidak ingin melafazkan sebarang talak keatas saya walaupun talak tiga sama sekali tetapi ini adalah ugutan yang di terima dari emak yang melahirkan suami dan isteri pertama. Beberapa hari kemudian, suami menelefon saya dan meyatakan yang beliau tidak sama sekali ingin melafazkan talak tiga ke atas saya mahu pun menceraikan saya kerana atas desakan dan ugutan org sekeliling. Saya paham masalah yang di hadapi suami dan memberitahu saya redha dengan apa yang berlaku. Tetapi suami tetap bertegas tidak mahu melepaskan saya dan dia di paksa waktu itu dan inginkan saya kembali. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz adakah talak yang di jatuh kan ke atas saya adalah sah talak tiga? walaupun suami di ugut? saya ingin kepastian kerana saya tau suami tidak maksudkan sama sekali

    • Walaikumussalam wbt.

      Sungguh menyedihkan apa yang terjadi kepada Puan Hani. Dalam keadaan seperti ini, bersegeralah Puan dan suami Puan untuk menfailkan Pengesahan Lafaz cerai luar mahkamah di Mahkamah Syariah. Nyatakan kedudukan sebenar bagaimana lafaz tersebut terkeluar dari mulut suami. Si suami pula mestilah hadir di Mahkamah apabila dipanggil memberi keterangan. Ini kerana, mahkamah akan mendapatkan keterangan terperinci khususnya dari suami mengenai lafaz tersebut. Jika unsur “paksaan” menceraikan isteri dibangkitkan, mahkamah perlu keterangan tersebut dari suami khususnya keadaan sebenar suami ketika melafazkan kata-kata talaq itu. Dalam Islam, terdapat syarat-syarat khusus yang telah ditetapkan untuk menentukan samada sesuatu keadaan itu benar-benar dikatakan sebagai “terpaksa”. Bagaimanapun, tidaklah erakita dapat nyatakannya dalam ruangan ini kerana ia memerlukan ruang yang panjang untuk menjelaskannya.

      Untuk kes Puan, erakita nasihatkan agar dapatkanlah khidmat peguam syarie bagi mewakili Puan atau suami Puan. Biarlah peguam membangkitkan isu paksaan di hadapan mahkamah dengan mengemukakan segala otoriti (dalil) dan hujah yang berkaitan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan. Banyakkan istighfar kepada Allah dan mohonlah kekuatan dari Allah bagi menghadapi ini semua. Hanya kepada Allah kita serahkan segala urusan.

      Wallahu a’lam

  6. Siti Hajar Abdullah

    Assalamualaikum..
    Saya ingin membuat pertanyaan mengenai talaq yg telah jatuh.Pada bulan Mei 2015 yg lalu suami telah meletakkan satu takliq ke atas diri saya…pd pendapt dan fikiran sy takliq itu tidak jatuh..tp setelah rujuk kepada ustaz di pejabat agama..takliq itu sah jatuh talak satu dan kami telah rujuk kembali.selang sebulan kami bertengkar lg dan kali ini suami mmg melafazkan cerai dgn terang…’aku ceraikan kau dgn talak 2′..jadi disini saya ingin membuat pertanyaan…berapakh bilangan talak yg telah jatuh ?

    • Walaiukumussalam wbt.

      Berdasarkan kepada kenyataan Puan di atas, belum dapat dipastikan samada gugur atau tidak talaq ke atas isteri apabila suami melafazkan lafaz taliq tersebut. Sepatutnya Puan dan suami pergi ke Mahkamah Syariah. Failkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan lafaz tersebut samada gugur talaq atau tidak. Hanya mahkamah yang ada kuasa memutuskan gugur atau tidak talaq tersebut berdasarkan undang-undang yang ada ketika ini. Pejabat Agama Islam atau Pejabat Mufti juga tidak diberi kuasa untuk memutuskannya oleh undang-undang. Justeru, belum ada kepastian samada talaq yang puan katakan tadi benar-benar sudah gugur atau tidak. Rujuk juga tidak ada makna dan tak memberi kesan apa-apa kalau sekiranya tiada berlaku talaq.

      Mengenai lafaz talaq 2 sebagaimana yang Puan nyatakan di atas, sekali lagi erakita nasihatkan agar bersegeralah ke Mahkamah Syariah. Dapatkan pengesahan samada lafaz tersebut telah menggugurkan talaq atau tidak. Beritahulah keadaan sebenar sebelum, semasa dan selepas lafaz tersebut dibuat. Ingati tarikh dan masa kejadian. Nyatakan dengan jelas bentuk lafaz yang dibuat oleh suami.

      Semoga dengan tindakan tersebut, Puan dan Suami puan mendapat keputusan yang jelas tanpa ragu. Dalam keadaan sekarang, tanpa keputusan dari mahkamah, Puan dan suami Puan terdedah kepada keadaan ragu-ragu, tidak tenang sehinggalah ada keputusan yang jelas dari Mahkamah. Justeru, bersegeralah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keputusan mengenai lafaz tersebut. Wallahu a’lam

  7. noor asiah binti baharuddin

    assalamualaikum wbt..

    Sy ingin membuat pertanyaan..suami sy apabila dalam keadaan marah dia akan cakap seperti ayat-ayat dibawah:-
    1. kalau awak nak sy(suami) boleh lepaskan
    2. sy(suami) boleh hantar rumah mak ayah awak kalau itu yang awak nak
    3. sepatutnya sy(suami) dah lepaskn awk lepas anak kami meninggal pd 2thn yg lalu.

    Saya keliru, boleh jelaskan situasi sy bagaimana.adakah talak tu jatuh.?

    Terima kasih.

    • Walaikumussalam wbt.

      Berdasarkan kepada ketiga-tiga lafaz tersebut, ia tidak termasuk dalam mana-mana kategori talaq samada soreh, kinayah atau berbentuk ta’liq. Kesemuanya dimulakan dengan perkataan “kalau” dan “sepatutnya”. Lainlah jika sekiranya suami mengatakan “aku ceraikan kau” atau “kau tertalaq”.

      Erakita nasihatkan agar pasangan ini menambahkan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Banyak zikir dan istighfar. Selalulah bersedekah. Hadirilah majlis ilmu yang dapat meningkatkan pengetahuan khususnya ilmu agama dan keimanan kepada Allah. Semua usaha ini dapat menyejukkan rumahtangga. Keberkatan lebih mudah dijemput dalam sebuah rumahtangga yang sentiasa dekat kepada Allah. Rumahtangga yang berkat adalah rumahtangga yang ada bahagia, ada keriangan, kemanisan, terjaga tutur katanya dan saling menunaikan kewajipan kepada Allah, termasuklah kewajiban dalam berumahtangga.

      Wallahu a’lam

  8. Assalamualaikum…saya ingin bertanya. Saya dan suami tidak ada pertengkaran tapi sebaliknya ada salah faham kecil yg mnimbulkan isu penceraian. Saya brtanya suami saya adakah dia mahu ceraikan saya dan dia kata klo ikutkan sekarang ya tpi saya msih beri kmu peluang sbb saya sedar kmu bgtu sygkn saya…saya ingin bertanya sudah jatuh talakkah keatas saya?

    • Walaikumussalam wbt.

      Mengenai lafaz tersebut, jelas bahawa berlaku soal dan jawap antara suami dan isteri melibatkan isu perceraian. Dari apa yang berlaku di atas, dapat difahami bahawa jawapan suami hanyalah bersifat perancangan. Di sana juga suam menyatakan ya. Namun, suami juga menyebut perkataan “tapi”. Perkataan tapi itu menyebabkan lafaz suami cerai itu tidak jelas. Tidak ada tanda yang menunjukkan ia lafaz yang soreh atau terang. Suami secara jelas mengatakan bahawa ia masih memberi peluang kepada isteri peluang atas dasar kasih sayang. Justeru, erakita melihat lafaz tersebut tidak termasuk dalam kategori kinayah ataupun soreh.

      Namun, sekiranya lafaz tersebut atau ada lafaz-lafaz lain yang seumpamanya atau barangkali menjurus kepada perceraian dan ia menimbulkan rasa was-was, ragu-ragu dan tidak tenang kepada pasangan ini, ada baiknya memohon pengesahan lafaz tersebut di mahkamah syariah. Itu yang lebih aula dari membiarkan hati dan perasaan tak tenang. Ini kerana, hanya mahkamah syariah saja yang diberi kuasa untuk memutuskan lafaz tersebut benar-benar jatuh atau tidak. Wallahu a’lam

  9. assalammualaikum..

    pada 29 nov 2015 pukul 2:06am suami sy telah wassp pada sy
    “aku cerai hang gantung x bertali”

    pada 29 nov 2015 pukul 11:24am suami sy telah wassp pada sy
    “nanti bila dh lps pegi mahkamah lepas la segalanya

    pada 29 nov 2015 pukul 11:47am suami sy telah wassp pada sy
    “kan kite dh cera”
    “talak dh jatuh”

    apakah jatuh talak??

    normally manusia ni.. masa tgh sakit hati.. tgh redha die akn sebut.. tp bila dh 2 or 3 jam kemuadian die tkt dgn ape yg die lafazkn.. so jdlah sesuatu yg propa dlm mahkamah.. x mengaku jatuhkn talak dan sebagainye..

    • Walaikumussalam wbt.

      Lafaz seumpama di atas memerlukan satu siasatan dan penelitian lanjut dan mendalam oleh mahkamah. Terdapat beberapa lafaz berkaitan hal perceraian dalam perkara di atas. Erakita nasihatkan agar Puan dan suami memohon pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah secepat mungkin. Beritahulah keadaan sebenar. Tarikh dan masa kejadian. Beritahu bentuk lafaz, keadaan sebelum, semasa dan selepas lafaz tersebut dibuat oleh suami.

      Itu tindakan yang paling baik. jangan biarkan lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa tak sedap hati, tak tenang perasaan, was-was dan kerja tak tentu. Hilangkan was-was itu dengan bersegera mendapatkan pengesahan dari mahkamah syariah. Semoga penjelasan ini dapat memberi manfaat kepada Puan dan suami Puan. Jika tak yakin untuk membawa kes ini, dapatkan khidmat peguam syarie bagi mewakili Puan dan suami Puan.

      Wallu a’lam

  10. Assalammualaikum.. saya ingin dapatkan pencerahan.. saya dan suami telah bertengkar keadaan agak tegang sehingga saya telah mendesak suami untuk ke mahkamah untk dilepaskan.. suami saya ingin bertangguh jadi saya telah mengarang surat seperti berikut bagi pihak suami kerana suami kurang arif berbahasa inggeris(suami bukan warganegara) surat itu berbunyi i am si folan bin si folan passport # would like to divorce my wife si folan binti si folan with malaysia ic# dan kemudian disertai dengan tandatangan suami. Adakah talaq ini sah?saya telah membuka fail di mahkamah syariah dan menunggu tarikh perbicaraan. Ayah saya call suami untuk bertanya dan suami menjelaskan dia faham kandungan surat dan mempunyai niat untuk ceraikan saya. Dlm menunggu tarikh perbicaraan suami telah call saya dan melafazkan rujuk melalui telefon dan saya bersetuju tetapi tiada saksi. Suami berada di jakarta dan tidak mungkin lagi pulang ke malaysia untuk menghadiri perbicaaraan atau untuk merujuk di depan pendaftar rujuk. Suami saya bertanya bolehkah rujuk di adakan tanpa kehadiran dia di malaysia di mana dia akab menghantarkan surat untuk menyatakan dia sudah merujuk saya?dia juga ingin menghantar rakaman video melalui whatsapp sebagai bahan bukti. Adakah ini dibenarkan?bantulah saya..terima kasih

    • Walaikumussalam wbt.

      Kes permohonan pengesahan lafaz cerai sudah difailkan dan didaftarkan di Mahkamah Syariah. Itu tindakan yang tepat. Dalam keadaan sekarang, dapatkan satu tarikh bagi pendengaran kes berkenaan di mana suami Puan dapat hadir di Mahkamah. Kehadiran suami di mahkamah dalam kes ini amat penting. Keterangan dari suami diperlukan oleh mahkamah khususnya bagi mengetahui bagaimanakah niat si suami ketika menandatangani surat yang Puan sediakan itu. Keterangan atau pengakuan suami itu perlu dizahirkan di hadapan hakim.

      Lafaz cerai melalui tulisan memerlukan mahkamah untuk mengetahui apakah niat si suami ketika surat itu ditulis atau dibuat oleh suami. Memandangkan isteri yang menyediakannya, maka niat ketika suami menandatangan surat itu perlu dizahirkan kepada mahkamah.

      Mengenai rujuk nikah, belumlah dapat dipastikan kedudukannya samada sah atau tidak. Ini kerana, belum lagi dapat dipastikan samada telah benar-benar berlaku perceraian antara puan dengan suami puan. Hal tersebut dapat diketahui hanya setelah adanya keputusan dari Mahkamah mengenai kedudukan cerai antara Puan dan suami Puan.

      Mengenai kesukaran suami puan hadir di Mahkamah, erakita berpendapat bahawa ia bukan satu alasan yang kukuh. Jika benar suami puan masih sayangkan puan, ia mesti berusaha untuk hadir di mahkamah bagi menyelesaikan urusan rumahtangga. Beliau harus tunjukkan bahawa beliau serius dalam menyatukan semula ikatan rumahtangga puan dan suami puan. Orang kata “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Apa yang perlu dilakukan ialah dapatkan tarikh-tarikh di mana suami boleh berada di Malaysia. Maklumkan tarikh-tarikh tersebut kepada Mahkamah. Mohon agar mahkamah tetapkan pendengaran bagi kes tersebut pada tarikh tersebut agar kes berkenaan tidaklah ditangguh berulang kali. Dikuatiri, jika banyak penangguhan tanpa sebab menasabah, kes itu akan dibuang oleh mahkamah. Yang rugi tentunya puan berdua.

      Demikianlah nasihat erakita. Bertindaklah dengan penuh tertib, tepat dan berkesan. Inshaa Allah, kes puan akan dapat diselesaikan segera dan puan akan mendapat keputusan sewajarnya. Wallahu a’lam

  11. Assalammualaikum..sy nak bertanya sy dah melepaskan cerai talak satu pada isteri kerana dipaksa.dan sy tahu pengesahan perlu dibuat dimahkamah untuk tentukan..tetapi tiba2 sy dan isteri sy nak rujuk semula.kalau sy dan isteri tak hadir di hari tarikh pengesahan yg diberi oleh mahkamah kerana kami dah rujuk secara bersedudukan melakukan hubungan suami isteri dengan niat rujuk.atau kami perlu pergi dahulu ke mahkamah?sekira nye kami tidak hadir apa yg akan jadi pada kami??boleh tolong jawab soalan ini.

    • Walaikumussalam wbt.

      Dalam hal ini, apabila kes telah difailkan di mahkamah, hadirlah pada tarikh yang ditetapkan. Oleh kerana perkara ini melibatkan lafaz cerai, perlulah diketahui samada perceraian benar-benar telah berlaku atau tidak. Jika berlaku, berapa talaq yang gugur. Kena bersegera dalam hal ini. Terlebih aula apabila masih ada tempoh eddah bagi tujuan rujuk jika benar-benar berlaku perceraian itu.

      Justeru, elakkan dari berdiam diri. Hadirlah ke Mahkamah apabila dipanggil. Jelaskan keadaan yang sebenarnya. Jika benar telah gugur talaq, hadirlah ke Jabatan Agama untuk daftarkan rujuk yang dilakukan sebelum itu. Semoga penjelasan ini ada manfaatnya. Wallahu a’lam

  12. Salam sya ingin bertnya.. sy dgn suami bertengkar
    Dan c suami memutuskan Dan brkata genap ank kita 2thun
    Sya cerai kan kau talak satu..
    Saya nak jawapan

  13. Walaikumussalam wbt.

    Dengan lafaz tersebut, erakita nasihatkan agar bersegeralah Puan dan suami Puan untuk memohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah tersebut. Lafaz tersebut perlu diteliti dari segala aspek. Contohnya, apa kejadian sebelum lafaz, ketika lafaz dan selepas lafaz tersebut. Lafaz tersebut akan diteliti secara keseluruhan. Hanya Mahkamah sahaja yang boleh menentukan samada lafaz tersebut termasuk dalam kategori soreh (terang) atau tidak. Kelihatannya, ia lafaz ta;liq. Bagaimanapun, samada ia lafaz yang soreh atau lafaz yang bermaksud si suami akan menceraikan isteri apabila anak Puan genap umur 2 tahun. Hal seperti ini perlu diputuskan terlebih dahulu. Ia akan menentukan samada lafaz itu lafaz soreh, ta;liq atau lafaz yang baru sahaja di peringkat perancangan. Ia mempunyai implikasi masing-masing dari segi jatuh atau tidak talaq itu.

    Justeru, erakita sekali lagi nasihatkan Puan dan suami Puan ke Mahkamah untuk mendapatkan pengesahan mengenainya. Wallahu a’lam

  14. Perjanjian perpisahan
    Perjanjian perpisahan antara_____[suami]dengan ______[isteri].kami telah berkahwin pada 11/08/13 yang lalu,namun atas sebab sebab tertentu kami sepakat untuk menamatkan perkawinan kami secara baik.penceraian ini merupakan penceraian kali ke 2,yang pertama pada_____.
    Kami telah mencapai beberapa persetujuan demi kemudahan semua pihak :
    1-suami dan isteri mensnggung hutang2 dibuat bersama
    2-suami akn melangsaikan hutang2 terhadap isteri
    3-etc

    suami

    ______
    (Ic)

    Isteri
    ______
    [ic]

    Surat diatas telah di copy dr sumber lain oleh isteri
    Dan meminta suami untuk menandatangani surat tersebut untuk berpisah(cerai)
    Adakah jatuh talak pada surat yang ditandatangi oleh suami dgn niat untuk bercerai sedangkan semua detail seperti nama isteri dan suami tidak di isi terlebih dahulu didalam surat tersebut

    • Walaikumussalam wbt.

      erakita nasihatkan agar pasangan ini menfailkan pengesahan cerai luar mahkamah. Biarlah mahkamah buat siasatan mengenai perkara ini. Antara isu yang boleh dibangkitkan ialah samada tulisan tersebut boleh menggugurkan talaq ke atas isteri jika disertai dengan niat cerai dari suami.

      Keputusan mahkamah akan lebih menenangkan fikiran pasangan ini berbanding hanya membiarkan sahaja keadaan tanpa apa-apa kepastian.

      Wallahu a’lam

  15. Sms
    Isteri -sy nak cerai
    Awak boleh cari rumah lain
    Rumah ni ponrumah sewa jer
    Saya akan sambung bayar
    Make it fast
    Saya xnak terikat dgn awak
    Suami – ok no problem is tat wat u want
    Isteri -thanks
    Suami-u r welcome

    Adakah jatuh talak pd sms yang berbunyi begitu maksud suami “no problem is tat wat u want” adalah berserta dgn niat Bercerai. Tetapi si isteri tidak mengetahui bahawa si suami bermaksud melepaskan cerai.dan si suami masih lagi menjalankan tangungjawab membawa makanan pulang untuk si isteri.tetapi pada masa sekarang apabila ditnya si suami die menjawab die memang berniat bercerai pada sms itu.adakah telah jatuh talak

    • Walaikumussalam wbt.

      Ini adalah termasuk kategori lafaz cerai dalam bentuk tulisan (SMS). Dalam hal ini, hanya mahkamah yang boleh membuat keputusan samada telah gugur talaq ke atas isteri dengan teks SMS si suami tersebut yang dibuat bagi menjawap teks SMS isteri. Justeru, failkanlah permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Jelaskan kepada mahkamah bentuk lafaz (teks) tersebut dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Kehadiran suami amat penting kerana suami perlu menyatakan apakah niatnya ketika menulis teks SMS tersebut kepada isteri sekiranya diminta oleh Mahkamah untuk berbuat demikian.

      Wallahu a’lam

  16. Sms
    Isteri -sy nak cerai
    Awak boleh cari rumah lain
    Rumah ni ponrumah sewa jer
    Saya akan sambung bayar
    Make it fast
    Saya xnak terikat dgn awak
    Suami – ok no problem is tat wat u want
    Isteri -thanks
    Suami-u r welcome
    Isteri – start 1/2 can move
    suami- ok

    Tetapi selepas 1/2 si suami masih tidak keluar pada rumah.si isteri beranggapan hubugan itu masih lagi suami isteri.adakah jatuh talak pd sms yang berbunyi begitu maksud suami “no problem is tat wat u want” adalah berserta dgn niat Bercerai. Tetapi si isteri tidak mengetahui bahawa si suami bermaksud melepaskan cerai.dan si suami masih lagi menjalankan tangungjawab membawa makanan pulang untuk si isteri.tetapi pada masa sekarang apabila ditnya si suami die menjawab die memang berniat bercerai pada sms itu.adakah telah jatuh talak

  17. Assalamualaikum ustaz .
    Saya ingin bertanya , suami saya telah melafazkan cerai terhadap saya pada tarikh 27/3/2015 . Sehingga sekarang 26/5/2016 kami berdua belum membuat sebarang pengesahan lafaz lagi di pejabat agama . Saya nak tau ustaz , apakah sebarang kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya saya pergi membuat pengesahan sekarang yang disebabkan kelewatan melebihi 2 bulan ni ustaz ? Adakah akan lagi merumitkan proses pengesahan itu ?

    • Walaikumussalam wbt.

      Dari segi undang-undang, pasangan berkenaan wajib melaporkan hal perceraian itu di Mahkamah Syariah. Laporan itu adalah meliputi tindakan pasangan tersebut menfailkan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah. Adalah merupakan satu kesalahan jenayah syariah jika tiada laporan dibuat dalam tempoh 7 hari selepas lafaz tersebut dibuat suami. Suamilah yang sepatutnya bertindak cepat kerana dialah yang melafazkannya. Erakita sebelum ini ada membuat artikel khusus dalam blog ini mengenai kewajipan pasangan melaporkan kepada mahkamah (failkan permohonan pengesahan cerai luar mahkamah) dalam tempoh 7 hari selepas lafaz tersebut dibuat suami.

      Lihat lebih lanjut artikel tersebut dalam link ini

      LAPOR DALAM TEMPOH 7 HARI LAFAZ CERAI LUAR MAHKAMAH

      Dalam situasi Puan, ianya memanglah sudah terlewat. Bagaimanapun,Puan masih perlu failkan juga permohonan pengesahan lafaz itu di Mahkamah Syariah. Biarlah mahkamah putuskan samada telah berlaku talaq atau tidak. Jangan bertangguh lagi.

      Wallahu a’lam

  18. Assalamualaikum…saya ingin pencerahan..lafaz ‘i lepaskan u’ adakah jatuh talak?dan saya tidak menfailkan di mahkamah..lafaz pade 16/12/2015… dalam tempoh dr tarikh itu hingga harini saya masih bersama suami..adekah kami masih sah suami isteri.?mengikut kiraan jika failkan dimahkamah sudah habis waktu iddah…ape yang saye patot lakukan…dan apekah tindakan mahkamah jika baru sekarang kami failkn kes kami?

    • Walaikumussalam wbt.

      Tindakan pertama adalah failkan permohonan pengesahan perceraian luar mahkamah. Berdasarkan kata-kata suami “I lepas U”, mohonlah kepada mahkamah samada telah gugur talaq atau tidak. lazimnya di M, mahkamah akan minta suami menyatakan apakah maksud beliau menggunakan perkataan “lepaskan”. Ia bersifat kinayah kerana ia mempunyai maksud lain selain daripada talaq itu sendiri. Justeru, niat suami ketika melafazkan talaq itu adalah amat perlu dizahirkan kepada mahkamah.

      Sekiranya niatnya memang menceraikan isteri, maka jelaslah ia menggugurkan talaq 1 ke atas isteri. Jika tidak ada niat ceraikan isteri, maka tiadalah gugur.

      Mengenai persoalan samada telah berlaku rujuk atau tidak, hal tersebut hanya dapat diketahui jika ada keputusan mahkamah. Jika mahkamah putuskan bahawa memang telah berlaku cerai, maka baharulah timbul persoalan kedua iaitu samada telah berlaku rujuk suami kepada isteri.

      Memanglah sudah lewat tindakan pasangan ini untuk melaporkan perihal perceraian tersebut kepada mahkamah. Jika benar wujud perceraian, maka kelewatan melaporkan kepada mahkamah lafaz cerai itu merupakan satu kesalahan jenayah syariah di bawah sekyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004.

      Mengenai tindakan melaporkan perceraian kepada Mahkamah sebaik lafaz cerai dibuat suami, erakita ada membuat tulisan mengenainya sebelum ini. Sila ikuti tulisan tersebut dalam link ini.

      LAPOR DALAM TEMPOH 7 HARI LAFAZ CERAI LUAR MAHKAMAH

      erakita nasihatkan agar pasangan ini menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu secepat mungkin bagi mengelak keresahan dan kegusaran fikiran yang berpanjangan. Ingatlah. Jangan sampai pada akhirnya pasangan ini didapati bersekedudukan secara tidak sah di sisi hukum syarak dan undang-undang.

      Wallahu a’lam

  19. Assalamualaikum sy nak tya ap hukum sy desak suami sy dgn ugutan nk rosak kan dri sndri suami terpakse lafaz sbb takut betul2 jadi ,adakah dh jatuh talak.mohon jawapan

    • Walaikumussalam wbt.

      Persoalan jatuh atau tak jatuh talaq tu hanya mahkamah syariah yang berbidangkuasa memutuskannya berdasarkan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di seluruh negeri di Malaysia. Sebaiknya, Puan atau suami Puan bersegera untuk membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut. Beritahu apa sebenarnya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas lafaz tersebut keluar dari mulut suami. Mahkamah akan menghalusi setiap keadaan-keadaan ini. Memang ada keadaan yang mana lafaz talaq itu tidak gugur. Contohnya ketika suami dalam keadaan terpaksa. Bagaimanapun, maksud “keadaan terpaksa” itu perlu diperhalusi di Mahkamah nanti. Ada beberapa keadaan di mana suatu keadaan itu dikatakan terpaksa. Justeru, beritahu apa kejadian sebenar kepada Mahkamah sejujur-jujurnya. Semoga urusan Puan dipermudahkan Allah. Wallahu a”lam

  20. Assalamualaikum .. sya nak tnye .. ada kah jatuh nya talak jika suami lafaz “aku ceraikan kau” dlm keadaan marah dalam pada masa yang sama dicabar oleh seorang isteri .. adakah hubungan suami isteri itu masih sah dan adakah talak tu telah gugur ? Mohon jawapan ..

    • Walaikumussalam wbt.

      Hanya mahkamah syariah yang dapat menentukan samada telah gugur atau tidak talaq ke atas isteri berdasarkan lafaz tersebut. Dalam keadaan suami marah, mahkamah akan menentukan samada tahap kemarahan itu telah mencapai ighlaaq (tertutup) fikiran, tidak waras, dalam keadaan yang menjadikan suami tak sedar apa yang sedang berlaku atau ia lafazkan. Maklumkan kepada Mahkamah situasi ini dan biarlah mahkamah tentukan. Tak semestinya dah jatuh. Apa yang penting, maklumkan kepada mahkamah apa sebenarnya yang terjadi sebelum, semasa dan selepas lafaz tersebut. Wallahu a”lam

  21. Assalamualaikum ustaz..Saya mohon pencerahan..,Saya telah bertengkar dengan isteri saya pada tarikh 29.07.2016..saya dalam keadaan marah berkata”kau(isteri)baliklh pergi ke rumah orang tua mu”..dan ini kali ke-2 saya cakap kepada usteri saya..Adakah ini dah gugur talak yg ke-2..?saya inginkan kepatian dan jawapan dari pihak yang mengetahui hal berkenaan talak ini..

  22. Walaikumussalam wbt. Mengenai kejadian di atas, erakita nasihatkan agar saudara atau isteri saudara membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut di Mahkamah Syariah secepat mungkin. Biarlah mahkamah putuskan. Nyatakan keadaan saudara ketika itu dengan menyatakan bagaimana tahap kemarahan saudara ketika itu. Begitu juga, nyatakan apakah niat atau maksud sebenar saudara bila melafazkan kata-kata “kau(isteri)baliklh pergi ke rumah orang tua mu”. Samada saudara maksudkan menceraikan isteri atau itu hanya kemarahan semata-mata tanpa ada niat menceraikan isteri. Untuk makluman, bentuk lafaz tersebut adalah lafaz kinayah. lafaz kinayah perlu memastikan niat si suami ketika lafaz itu dibuat. Ketika lafaz dibuat dengan niat menceraikan isteri, maka gugur talaq ke atas isteri. Jika tidak niat cerai, tiadalah gugur. Bagaimanapun, terserah kepada Mahkamah untuk menentukan kerana sekali lagi ditegaskan bahawa keadaan suami ketika melafazkan kata-kata itu juga perlu diambil kira oleh Mahkamah. Ia amat subjektif. Pendek cerita, segeralah datang dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah syariah terdekat. Wallahu a”lam.

  23. Assalamualaikum..saya ingin bertanya..saya telah melafazkan aku ceraikan kau kpda istri sy yg sedang mengandung 7bulan..apakah hukum nya dan apakah tindakan selanjutnya sbb sy melfazkan dlm waktu marah.

    • Walaikumussalam wbt.

      Lafaz “aku ceriakan kau” adalah lafaz yang soreh atau terang. Samada ada niat atau tiada niat si suami untuk menceraikan isteri ketika lafaz tersebut dibuat, ianya tetap sama iaitu gugur talaq ke atas isteri.

      BAGAIMANAPUN, gugur atau tidak talaq itu pula tertakluk kepada keadaan diri si suami ketika melafazkannya. Jika terdapat unsur paksaan yang diiktiraf oleh hukum syarak ke atas suami, maka tiadalah gugur. Begitu juga umpamanya sekiranya lafaz itu terkeluar dari mulut suami dalam keadaan suami mengigau atau mabuk akibat termakan atau terminum ubat bagi tujuan perubatan (tidak disengejakan).

      Jika suami marah sehingga hilang ingatannya atau kewarasannya, hal ini juga boleh dipertimbangkan oleh pihak mahkamah dalam keputusannya. Mahkamah akan membuat siasatan lanjut ke atas pasangan ini khususnya kepada si suami mengenai keadaan dirinya pada ketika lafaz itu dibuat. Justeru, erakita nasihatkan agar pasangan ini menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah.

      Mengenai kedudukan isteri yang sedang mengandung 7 bulan ketika lafaz itu dibuat, sekiranya diputuskan bahawa telah berlaku talaq antara si suami dan si isteri, maka eddah si isteri itu aakan berakhir sebaik anak dalam kandungan dilahirkan.

      Wallahu a’lam

  24. Assalam…br2 ini sy dan isteri bertengkar.akibat dr pertengkaran tersebut isteri mminta sy mnceraikn dia.sy diamkan diri jer.sy cube utk kluar dr umah tibe2 isteri mengugut sy dengn berkate spt ini “ko kluar umah ak bunuh ank ko pstu ak bnuh diri”.sy tnye pd isteri ape yg ko nk sbenrnye,dia mntk sy ceraikn dia..sy tnye ko x mnyesal ke”.dia ckp x..dngn lafaz bismillah sy lafazkn aku ceraikn ko”.dia tnye dengn talak brpe,sy jwp talak satu.dia x berpuas ati lalu mmnte sy ceraikn dia dngn talak 3.sy pon lafazkn “ak ceraikn ko dngn talak 3 setelh didesak bnyk kali..skrg istri sdh mnyesal dan insaf tdk mau derhake lg..soaln sy ialah adekh lafaz sy yg pertame atau yg kdua yg mmbolehkn sah jtuh talak?sy bingung…

    • Walaikumussalam wbt.

      Kejadian yang berlaku dalam rumahtangga saudara Shahrul itu amat menyedihkan. Berdasarkan kepada sinario tersebut, erakita melihat bahawa lafaz yang dibuat dengan kata-kata “aku ceraikan kau” dan “aku ceraikan kau dengan talaq 3” adalah lafaz-lafaz yang soreh yakni terang. Lafaz ini tidak perlukan niat suami samada nak ceraikan si isteri ketika melafazkan kata-kata itu atau tidak. Mengikut lafaz tersebut, dalam keadaan biasa, jelaslah gugur talaq 3 ke atas isteri melainkan lafaz itu dibuat atas paksaan yang diterima dan diiktiraf oleh hukum syarak atau dalam keadaan tak sedar.

      Erakita nasihatikan agar saudara atau isteri saudara failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah. Nyatakan dengan jelas kepada Mahkamah bentuk-bentuk lafaz itu. Nyatakan secara jujur kepada mahkamah apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas lafaz tersebut dibuat oleh suami. Biarlah mahkamah putuskan samada gugur atau tidak talaq dengan lafaz-lafaz tersebut.

      Dalam hal-hal seperti ini, penyesalan tidak gunanya lagi. Jika benar jatuh talaq, kita kena terima hakikat bahawa perkahwinan telahpun terbubar. Untuk menenangkan hati, banyakkan taubat, istighfar kepada Allah, mohon petunjuk, kekuatan dan kesabaran serta keimanan dari Allah. Banyakkan zikir dan baca al Quran untuk menenangkan hati. inshaa Allah, Allah akan tolong hamba-Hambanya yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah.

      Wallahu a’lam

      • MOHD FIRDAUS BIN ABASA

        Salam,pada 30 sep,sya bergaduh dgn isteri sya ckap ‘Klau kamu nk juga sya kuar dan Klau dia pn berkehendak kuar untuk saya hntar k kerumah mak sya jatuh tlak..dn dia pn snggup kluar..jatuh tolak tk..soalan sya bleh kna byar denda tk..dn dia blh tuntut edah tk..dan ap sya perlu buat..sya baru blik pnjara dn sya pla dpt thu dia ad menduakan sya…sya ad buat slah dn dia pn ad..sama2 brsalah sya Klau bleh berbaik sja

  25. Assalamu’alaikum wbt
    Saya ada sikit kekeliruan saya seorang isteri yg sedang hamil 8 bulan dimana malam semalam saya ada bergaduh dengan suami. Kami bertengkar sehingga saya (isteri) menyuruh suami menceraikan saya. Suami menyuruh saya ikut dia masuk ke dalam kereta dan saya berkeras hati tidak mahu mengikutinya. Saya kata ceraikan saya. Dan suami menyatakan kalau kamu tak ikut saya kita cerai dan saya terus berkeras hati berlalu pergi dan suami pun pergi meninggalkan saya. Tetapi dia menunggu saya didalam kereta sampai saya datang. Satu jam kemudian saya datang semula ke keretanya bersama adik dan ibu saya. Tapi saya tidak masuk ke dalam keretanya. Adakah sudah jatuh talak terhadap saya? Bagaimana situasi saya sekarang? Malam itu suami dan saya telah berbincang dan suami rujuk dan memohon maaf kepada saya. Adakah saya harus ke mahkamah syariah utk memfailkan penceraian? Itu dikira jatuh talak 1 ke? Mohon pencerahan. Terima kasih

    • Walaikumussalam wbt.

      Sebaiknya datanglah ke mahkamah syariah dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Nampaknya, bentuk lafaz si suami itu adalah ta’liq. Bagaimanapun, ada baiknya buat permohonan pengesahan lafaz tersebut di mahkamah bagi menghilangkan keragu-raguan. Jawablah dengan jujur kejadian sebenar kepada hakim agar mahkamah dapat meneliti dan menghalusi situasi puan dan suami puan itu. Tidaklah dapat erakita memberi pandangan samada gugur atau tidak talaq dengan lafaz si suami itu. Serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Jangan biarkan fikiran asyik terganggu atau terfikir kepada peristiwa itu sehingga was-was terus menghantui hidup puan dan suami puan. Dapatkan keputusan mahkamah. Lagipun, jika ditakdirkan berlaku cerai, hanya 1 talaq saja yang dikira berdasarkan lafaz tersebut. Namun, hal ini adalah subjektif kerana ia tertakluk kepada keputusan mahkamah nanti.

      Wallahu a’lam

  26. As”kum..
    sy nk tanye..
    sy & suami sy pernah bertengkar besar pd awal bln lalu..
    sy suruh dy cerai kn sy..tp dy x melafaz kn pun pd sy..
    mlm tu kami suda berbaik semula…
    esok pagi nya sy buka hp dy..& baca wsp y dy bg pd kawan nya..
    dy mengadu nasib y dy cakap pd kawan dy..”aku da bercerai la…..”
    bila sy tanye..dy ckp tu bkn niat dy…
    skrg ni sy keliru..adakah tu lafaz cerai yg sah @ bukan..
    sy terase yg talak tu da jatuh..jd kami rujuk mcm biase tanpa pergi ke mahkamah…
    bole x tuan?puan bantu sy…?

    • Walaikumussalam wbt.

      Menurut hukum syarak, lafaz talaq dengan menggunakan tulisan hanya akan gugur dengan adanya niat menceraikan isteri ketika tulisan itu dibuat oleh suami. Jika tidak ada niat langsung, maka tiadalah gugur. Ia memerlukan kejujuran si suami. Namun, andai keragu-raguan itu masih lagi timbul, erakita nasihatkan agar puan dan suami puan menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah. Dapatkan keputusan dari mahkamah agar keraguan dapat dihilangkan.

      Wallahu a’lam

  27. Saya nak tanya macam mana saya nak rujuk semula dengan isteri saya masa belum habis idah… Saya nak penjelasan dan prosedur

    • Walaikumussalam wbt.

      Rujuk kepada isteri yang diceraikan hanya boleh dilakukan selagi isteri tersebut belum habis tempoh eddahnya. Selain itu, rujuk yang boleh digunakan hanyalah bagi perceraian dengan 1 talaq atau 2 talaq. Sekiranya isteri diceraikan talaq 3, maka tiadalah rujuk lagi.

      Nak rujuk, datanglah berjumpa dengan pegawai pendaftar nikah cerai dan rujuk di jabatan hal ehwal agama Islam di mana saudara bermastautin. Segera lakukan agar rujuk tersebut dapat didaftarkan dan dapatlah pula dikeluarkan sijil atau perakuan rujuk.

      Semoga ada manfaatnya nasihat itu.
      Wallahu a’lam.

  28. Musfirah binti mustapha

    Askum,
    Sy ingin bertanya..
    Suami telah melafazkan cerai talak 1 didalam aplikasi whatapp ke pada sy.adakah talak telah jtuh?dan sy nk tau prosider cerai luar mahkamah mcm mana sb sy sekarang berada di luar negara.sedangkan suami di malaysia.adakah sy perlu blik untuk ke pjbt agama?sb sy tidak boleh pulang ke malaysia,kerana terikat dengan kerja di sni.

    • Walaikumussalam wbt.

      Lafaz talaq dalam bentuk tulisan samada melalui surat, emel, facebook, whatapps dan lain yang seumpama dengannya hanya boleh gugur dengan adanya niat menceriakan isteri di pihak suami ketika si suami menulis lafaz tersebut menurut hukum syarak. Jika tanpa niat menceraikan, maka tidaklah gugur talaq.

      Erakita nasihatkan agar biarlah si suami yang failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah. Kes tersebut masih boleh diteruskan walau tanpa kehadiran si isteri atas sebab sukar hadir kerana jarak jauh di luar negara dan kekangan undang-undang dan lain-lain sebab yang menasabah. Keterangan dan pengakuan daripada si suami mengenai lafaz tersebut adalah penting.

      Mahkamah ada prosedurnya yang tersendiri untuk membuat penyampaian saman atau notis kepada pihak yang satu lagi iaitu isteri seperti pengiriman secara AR Register, tampalan di tempat atau premis terakhir isteri tinggal atau iklan di surat khabar tempatan atau nasional. Dalam situasi puan, berikan alamat yang jelas agar penyampaian secara AR Register dapat dilaksanakan. Apabila puan menerima saman itu, jawaplah segera dan kirimkan jawapan itu kepada mahkamah yang mengeluarkan saman itu agar mahkamah dapat makluman bahawa puan sudah terima saman itu dan dapat pula diteliti respon puan terhadap kes berkenaan.

      Puan boleh meminta kebenaran kepada mahkamah agar membuat affidavit atau akuan bersumpah bagi menyatakan respon puan dan fakta kes berkenaan lafaz tersebut di hadapan pegawai konsulat atau kedutaan Malaysia di luar negara atau di hadapan mana-mana pihak yang diterima oleh Mahkamah.

      Inshaa Allah, kes berkenaan akan dapat diteruskan pendengaran dan keputusan walaupun puan tidak kembali ke tanah air untuk hadir di mahkamah bagi kes berkenaan.

      Wallahu a’lam

  29. Assalamualaikum. .
    Saya nak bertanya…
    Saya dan suami saya selalu bergaduh… banyak yang tidak kena dalam perkahwinan kami… saya juga sering bertengkar mulut sehingga suami pernah memukul saya dengan teruknya, sejak itu saya memang sudah tawar hati tapi teruskan juga disebabkan anak yang baru seminggu usianya..

    Sehinggalah si suami akur yang saya sudah tidak boleh meneruskan perkahwinan ini.. si suami ada bertakliq akan menceraikan saya selepas satu bulan setengah..
    Hampir dua bulan kami tidak sebumbung dan saya menuntut janji itu..
    Alih-alih si suami berkata dia telah menarik balik kata-katanya..

    Soalan pertama saya ,
    Adakah jatuh talak itu ?

    Selepas kejadian itu saya mengambil keputusan untuk membiarkan selama 4bulan (biarkan gugur talak kerana suami tidak memberi nafkah) ntok pengetahuan saya tinggal dirumah ibu saya sepanjang berkahwin..

    Dalam tempoh itu , suami ada menelefon dan menetapkan sekali lagi..
    Si suami menetapkan

    ‘Sayang tinggal dahulu dengan abang selama 3 hari, selepas itu abang akan ceraikan sayang dengan talak..

    Soalan kedua..
    Adakah jatuh jugak talak ?

    Saya cuma nak pengesahan berapa kali talaq jatuh ..
    Mohon jawab ye sebab buntu sangat2

    • Walaikumussalam wbt.

      Terima kasih atas soalan di atas. Erakita nasihatkan agar puan dan suami puan menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Segeralah bertindak. Jangan diam tanpa melakukan apa-apa. Kebuntuan, was-was dan kerisauan tentunya akan terus-menerus membelanggu fikiran puan dan suami.

      Apa yang penting, nyatakan dengan jelas lafaz-lafaz berbentuk cerai yang suami pernah lafazkan itu. Mahkamah tentunya akan menentukan apakah lafaz tersebut menggugurkan talaq atau sebaliknya. Mahkamah juga akan menentukan berapa bilangan talaq yang gugur sekiranya sabit talaq. Yang penting sekali, jangan berlengah. Bersegeralah ke mahkamah dan buat permohonan. Puan perlu ingat bahawa hanya mahkamah syariah yang berbidang kuasa untuk menentukan samada lafaz itu menggugurkan talaq atau tidak menurut undang-undang yang berkuat kuasa di setiap negeri ketika ini.

      Wallahu a’lam.

  30. Isteri teraniaya

    Assalamualaikum..

    Mohon pencerahan dari yg lebih arif

    Saya isteri kedua dan berkahwin di sempadan Thailand..masih belum mendaftar di Malaysia..namun harini ad pergaduhan sehingga suami memberikn mesej seperti ini.. “aku dh x ske ko dh”, ” kte dh xd ape2 hal”, “aku dh xnk ko langsung”, ” ko dh xd langsung dlm ht aku dh”,” aku benci ko sgt2″, “g mampus la ko”,”blah la ko”,” aku takkan ceraikan ko tp aku takkn sentuh ko smpai bila2″,” dh xblh duduk serumah ngn ko”

    Kemusykilan saya,
    1) adakah dengan kata2 ini tlh jatuh talak kpd sy sekiranya dilakukn dlm keadaan mrh yg tak terkawal
    2) adakah perkahwinan kami ini layak di ajukn Ke mahkamah bg status lafaz cerai ini
    3) bolehkah saya mendakwa suami atas hinaan dia pd ibu bapa sy sdgkn ibu bapa sy tidak tahu suami tu menantunya
    Saya mohon sgt sgt pencerahan ini..rungsing memikirkn status diri..

    • Walaikumussalam wbt.

      1. Soal jatuh atau tidak talaq berdasarkan lafaz-lafaz tersebut, hanya mahkamah syariah sahaja yang dapat menentukannya menurut undang-undang ketika ini.

      2. Dalam keadaan nikah puan dan suami belum didaftarkan dengan Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Islam, puan atau suami tidak boleh menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai d i Mahkamah. Nikah puan tersebut perlu disah dan didaftarkan terlebih dahulu. Tiada pilihan lain.

      Justeru, jangan biarkan keadaan ini terus berlalu tanpa berbuat apa-apa. Pastinya, tiada hak apa-apa di mahkamah yang boleh dituntut selagi nikah tersebut belum disah dan didaftar.

      Soal suami menghina mertuanya, bersabar saja. Serahkan urusan ni kepada Allah. Doakan agar suami bertaubat dan mendapat hidayah dari Allah.

      Bersegeralah ke pejabat pendaftar perkahwinan. Berterus teranglah mengenai status perkahwinan puan. Ikuti segala nasihat perundangan. Setelah nikah didaftarkan, baharulah puan dapatkan apa saja hak syarie sebagai isteri dan untuk anak terhadap suami di mahkamah.

      Wallahu a’lam

    • Walaikumussalam wbt.

      Mengenai 3 soalan di atas, erakita nak rangkumkan dalam satu jawapan sahaja. Tidak ada jalan lain yang boleh lakukan melainkan puan dan suami puan mendaftarkan terlebih dahulu pernikahan di selatan Thailand tersebut di Jabatan Agama Islam negeri. Ia perlu dimulakan dengan permohonan bagi pengesahan perkahwinan di mahkamah syariah.

      Sekiranya sah, mahkamah akan perintahkan pernikahan itu didaftar di jabatan agama Islam dan satu sijil nikah akan dikeluarkan. Namun, puan dan pasangan puan tidak akan terlepas dari dakwaan atas kesalahan jenayah syariah kerana berkahwin tanpa kebenaran daripada pendaftar perkahwinan. Hanya selepas nikah tersebut disah dan didaftarkan, baharulah puan atau suami puan boleh menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamahs syariah. Gugur talaq atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah.

      Namun, sekiranya nikah puan itu diputuskan tidak sah, maka pernikahan itu akan difaraq iaitu dibubarkan oleh mahkamah. Jika difaraq atau dibubarkan, maka pernikahan itu tidak perlu didaftar lagi. Kedua pihak akan diperintahkan untuk berpisah dan tidak perlu lagi failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Ini kerana, jika tidak sah, puan dan pasangan puan tidak ada hubunngan apa-apa sebagai suami isteri. Justeru, tidak timbul soal nak bercerai atau mohon pengesahan lafaz cerai tersebut.

      Kesimpulannya, puan dan suami puan mesti mendapatkan pengesahan perkahwinan tersebut terlebih dahulu daripada mahkamah sebagaimana yang erakita jelaskan di atas. Ia akan menentukan samada puan perlu mendapatkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah disebabkan lafaz cerai suami itu atau tidak perlu lagi.

      Pendek kata, status perkahwinan puan itu mesti ditentukan dahulu sebelum perkara-perkara lain seperti perceraian, hak jagaan anak dan lain-lain yang berkaitan ditimbulkan di mahkamah.

      Wallahu a’lam

  31. assalamualaikum
    msalah sy blom lg lfskn talak
    cma istri sy mndesak tp sy xnk jg
    tp kmi da xshaluan lg dan msing da ada psagan bru
    apakah yg ptt sy lakukn dan adah kmi akn d knakn denda

    • Walaikumussalam wbt.

      Kedua pihak masih lagi suami isteri yang sah. Hak dan tanggungjawap masih wajib dilaksanakan antara suami dan isteri. Jika masalah rumahtangga sudah timbul sebagaimana yang saudara nyatakan di atas, erakita nasihatkan agar dapatkan nasihat kaunseling dari pegawai kaunseling keluarga di Jabatan Agama Islam negeri. Dekatkan diri kepada Allah. Mohon petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang melanda dalam rumahtangga ini. Banyakkan zikir dan bacaan al Quran. Jangan tinggalkan solat 5 waktu. Sebagai suami, solatlah berjamaah di masjid. Banyakkan doa dan merintihlah mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah. Ubahlah cara kita bergaul dan berkomunikasi dengan isteri.

      Jika segala usaha memperbaiki rumahtangga tidak berhasil, maka tidak ada salahnya untuk memohon kebenaran daripada mahkamah syariah untuk menceraikan isteri. Jangan sama sekali lafazkan talaq ke atas isteri di laur mahkamah. Selagi belum dibenarkan oleh mahkamah, jangan lafaz. Jika lafaz juga dan disabitkan gugur talaq, maka suami boleh didakwa atas kesalahan jenayah kerana menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah.

      Wallahu a’lam

  32. Rosnidah ab Rahim

    Assalammualaikum, saya ingin bertanya mengenai masalah sya. Pada waktu malam kami telah bertengkar dan saya memaksa suami saya melafazkan cerai tetapi suami sya enggan tetapi suami sya telah menghantar whatapps seperti begini…”ok skrg im giving u the power, if ure out from this house this morning, maka jatuh talak 1 ke atas u…so its your call…terpulang nak macam mana? i takkan lafaz, biar u tentukan…so i memberi kuasa penuh pada u. u can used this whatapps sebagai jatuh talak kat mahkamah sekiranya u keluar dari rumah pagi ini.. sekian from your husband” tetapi selepas 3jam mendapat msg ini, kami suami isteri telah berbaik semula kemudian kami keluar berdua… adakah talak itu sudah jatuh? Saya keliru… terima kasih

    • Walaikumussalam wbt.

      Tenyata kebanyakan kejadian yang ditanyakan oleh para tetamu erakita, kebanyakan lafaz cerai yang dibuat oleh suami melalui lisan atau tulisan adalah datang dari permintaan atau desakan keras daripada sang isteri. Isteri desak suaminya menceraikannya saat itu. Tidak kurang kes di mana isteri malah mendesak agar suami menceraikannya dengan talaq 3 sekaligus. Hal ini terbit dari kemarahan yang meluap-luap antara isteri dan suami. lazimnya sang isteri tidak dapat mengawal perasaan. Namun, selepas 2 atau 3 jam, pasangan itu reda, tenang dan kemudiannya berbaik-baik semula. Keduanya mengingat semula lafaz-lafaz talaq yang diucapkan suami. Ternyata ia menyedihkan, merisaukan dan menjadikan fikiran pasangan itu jadi buntu. Inilah yang biasa terjadi dalam rumahtangga. Syaitan menguasi diri ketika marah memuncak sehingga istana yang dibina sekian lama pula hendak diruntuhkan. Ini angkara syaitan untuk merosakkan hidup manusia khususnya di kalangan orang-orang Islam.

      Dalam situasi puan di atas, sayugia erakita nasihatkan agar segerlah dapatkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah dari mahkamah syariah di mana puan bermastautin atau tinggal. datang lah bersama suami bila dipanggil di mahkamah dan berikan keterangan secara jujur. Belumlah atau kepastian samada berlaku talaq atau tidak dalam situasi puan di atas. Justeru, sekali lagi erakita nasihatkan agar bersegeralah memohon pengesahan mengenai lafaz tersebut daripada mahkamah syariah.

      Wallahu a’lam

  33. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Pasangan suami isteri ada berlaku pergaduhan kecil hingga si isteri menyebut “kita bawa haluan masing-masing” Selepas itu suami membalas. “kalau nak bergaduh sangat, baik tak yah teruskan, kita stop je sampai di sini”. Lafaz yang diberikan lafaz yang tidak jelas. Apakah jatuh talak dengan kata-kata suami tersebut?

    Apakah status pernikahan mereka. terima kasih,

    • Walaikumussalam wbt.

      Erakita nasihatkan puas dan suami puan mohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah. Usah bertangguh. Segerakan tindakan agar fikiran yang gundah gulana dapatlah dipadamkan. Biarlah mahkamah putuskan. Jelaskan apa yang sebnarnya berlaku. Inshaa Allah. lagi cepat urusan ini dirujukkan kepada mahkamah, maka lagi cepatlah segala kebuntuan akan dapat dileraikan. Soal gugur atau tidak cerai itu tidaklah dapat erakita beri jawapannya. Ia memerlukan penjelasan yang terperinci di hadapan hakim nanti.

      Wallahu a’lam

  34. Assalamualaikum…
    Br2 ini suami ada mlafazkan “dlm sejam klau x sampai rumah, talak 1” sy terangkn…tmpt sy smsa dia lafaz mmg x kan sempat sampi dlm ms sejam… smpi di rumah mmg lbh dr sejam..

    Smpi ke hari ni..suami msih sprti biasa…sprti tiada apa2 yg berlaku..cuma kami tidak berinteraksi.

    Adakah jatuh talak? Tp sy rs mmg sdh jatuh talak..

    Sekiranya suami rujuk semula..adakah perlu didaftarkn ke mahkamah syariah? Atau hanya cukup dgn lafaz rujuk beserta saksi? Dan smsa lafaz, sy dlm keadaan suci (tidak dtg haid lbh dr sebulan) dan masih tidak pasti smada sy mgandung atau tidak.

    Mohon penerangan yg jelas dr pihak tuan/puan…

    Isteri buntu

    • Walaikumussalam wbt.

      lafaz si suami itu adalah berbentuk lafaz ta’liq. Dalam keadaan biasa, jika perkara yang disebut atau digantungkan itu dilanggar, maka talaq akan jatuh. Bilangan talaq pula hanyalah 1 sahaja. Bagaimanapun, hanya mahkamah syariah yang berbidang kuasa memutuskannya di sisi undang-undang. Justeru, walaupun kejadian itu sudah berlalu sekian lama, tidak mengapa. Dapatkanlah pengesahan lafaz cerai luar mahkamah terhadap lafaz tersebut. Jika sabit gugur, nyatakan kedudukan diri puan ketika lafaz itu berlaku samada puan dalam keadaan haid, atau mengandung atau suci tanpa hubungan kelamin atau suci yang ada hubungan kelamin, Keterangan puan akan membantu mahkamah dapat menentukan tempoh eddah puan.

      Jika telah ada rujuk dilakukan dalam tempoh eddah itu, maklumkan kepada pendaftar perkahwinan di jabatan agama Islam agar ianya dapatlah didaftarkan dalam daftar rujuk. Justeru, bertindaklah segera dan usah berlengah bagi mengelak fikiran runsing dan tertekan.

      Wallahu a’lam

  35. Assalam..sy nak tanya sy brgaduh dgn suami krana sy tduh bukan2 pda suami dan sy bersangka buruk pada suami masa tu sy dalam nifas,,masa kami gaduh suami ada dkat tempat kerja dan sy ada dirumah..shingga suami balik kerja dalam keadaan penat dan emosi marah pada sy sebab hanya saya brsangka buruk dan tuduh pada dia..dan dia terlafaz talak 3 pada saya selepas dia terlafaz tu dia terkejut dengan apa yg dia terlafaz..sekarang kami dah berbaik dan mahu rujuk adakah boleh rujuk?boleh beri jawapan

    • Walaikumussalam wbt.

      Apa yang menimpa puan adalah menyedihkan. Ini angkara ikut hawa nafsu ammarah. Ini juga adalah atas gangguan dan pengaruh syaitan untuk memusnahkan rumahtangga orang Islam. Ia dapat dielakkan dengan iman dan taqwa yang mantap kepada Allah.

      Mengenai lafaz suami itu, tidaklah pula puana nyatakan dengan jelas bagaimana bentuk lafaz talaq suami puan itu. Walau sudah berlalu sekian lama, namun erakita tetap nasihatkan agar puan dan suami puan mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah syariah. Nyatakan juga bahawa keadaan suami tidak menentu di mana ia begitu penat dan tertekan yang menyebabkan lafaz tersebut terkeluar dari mulut suami secara tiba-tiba. Mahkamah akan buat pertimbangan sehalus-halusnya terhadap pelbagai aspek sebelum memutuskan samada gugur atau tidak suatu lafaz talaq. Salah satu keadaan yang tidak menggugurkan talaq ialah apabila lafaz tersebut dibuat tanpa disedari atau dalam keadaan suami tidak waras atau dalam keadaan terpaksa.

      Semoga nasihat ini bermanfaat untuk puan dan suami puan. Jika perlu, dapatkan khidmat peguam syarie bagi mewakili puan dan suami puan.

      Wallahu a’lam

  36. Assalam.ustaz sy ingin bertya ,suami bekata kpd istri pertama nya aku memang nak ceraikan dia,aku memang nak lepas kan dia.dia ckp mcm tu krn sedang bergaduh dgn istri kedua nya,jatuh tak talak ustaz pd istri kedua nya itu walaupun bkn di hadapan istri ke dua nya

    • Walaikumussalam wbt.

      Berdasarkan kepada lafaz suami “aku memang nak ceraikan dia”, lafaz tersebut tidaklah termasuk dalam kategori soreh atau terang menurut pandangan erakita. perkataan ‘NAK’ itu menunjukkan hasrat atau perancangan untuk bercerai. Ia memerlukan tindakan lanjut pada masa hadapan. Soalnya adakah selepas itu suami benar-benar melafazkan secara soreh seperti “aku ceraikan dia” atau “aku talaqkan dia dengan talaq 1” dan seumpamanya? Jika tidak ada, maka tidak ada talaq yang gugur dan kekallah suami isteri ini hidup seperti biasa.

      Ini hanyalah pandangan erakita. Apa yang terbaik adalah datang ke mahkamah syariah dan mohonlah pengesahan lafaz cerai luar mahkamah dari mahkamah syariah. Keputusan mahkamah akan lebih melapangkan fikiran kerana ia datang dari mahkamah syariah yang sememangnya diberi kuasa menentukan samada sabit atau tidak suatu perceraian itu menurut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

      Wallahu a’lam.

  37. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya, Sebelum in saya dan suami pernah berbalah. dan suami saya telah bersumpah untuk tidak melakukan penipuan lagi dibelakang saya. dan dia juga berkata jika dia menipu saya lagi maka jatuh talak pada saya. 6bln yang lalu suami saya telah melakukan penipuan terhadap saya. dan saya hanya menyedarinya beberapa bulan kebelakangan ini. Jadi adakah talak itu telah sah jatuhnya pada saya dan dari mana tempoh iddah itu bermula?

    • Walaikumussalam wbt.

      Dalam kes Puan, lafaz yang dilakukan oleh suami adalah berbentuk ta’liq. Ada sesuatu yang digantungkan. Jika terkena perkara yang digantungkan itu, maka gugurlah talaq itu. Bagaimanapun, ini hanyalah keadaan secara umum yang memerlukan penelitian lanjut. Dalam situasi Puan, erakita nasihatkan agar Puan atau suami Puan menfailkan tuntutan ta’liq di Mahkamah Syariah. Jelaskan kepada Mahkamah bagaimana bentuk lafaz tersebut dan apakah bentuk perkara yang digantungkan oleh suami melalui perkataannya itu. Mahkamah akan teliti terlebih dahulu kedudukan bentuk lafaz samada ta’liq atau terdapatnya lafaz soreh (terang) atau kinayah. Nyatakan secara jujurnya kepada Mahkamah apa sebenarnya yang terjadi. Inshaa Allah, Puan akan lebih merasa aman dan tenang dengan adanya keputusan daripada pihak berotoriti (mahkamah) berbanding jika Puan mendiamkan diri sahaja dan asyik memikirkan kesan kepada lafaz tersebut yang tentunya akan sentiasa menimbulkan perasaan ragu dan was-was Puan terhadap kedudukan perkahwinan Puan samada benar telah berlaku perceraian atau belum.

      Semoga nasihat ini bermanfaat untuk Puan.
      Wallahu a’lam

      • Terima Kasih Ustaz,

        Saya telah pun memfailkan lafaz taq’liq ini di mahkamah. Alhamdulillah keputusan juga telah diterima.

        dari hasil penerangan dari kami berdua, hakim mengatakan lafaz taq’liq yg dibuat oleh suami sy tidak sempurna jadi kami masih pasangan suami isteri yang sah.

  38. Assalamualaikum. Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan suami melalui whatsapp. Dalam dialognya melalui whatsapp suami ada cakap :
    1)”Kalau sayang tak suka abang lepaskan sayang”
    2)Aku lepaskan ko la

    Kemudian, saya bersemuka dengan suami untuk kepastian,suami pun cakap “aku tak cakap cerai, aku cakap lepaskan, kalau kau nak aku lepaskan. Kau nak ke?” sedangkan pada ketika itu saya tidak memintanya.

    Adakah jatuh talak atau cerai jika perkataan ini disebut pada ketika suami tengah marah dan serabut?

    • Walaikumussalam wbt.

      Lafaz tersebut di atas adalah melalui tulisan. Menurut hukum syarak, lafaz cerai melalui tulisan memerlukan niat menceraikan oleh sang suami ketika menulis surat itu. Jika ada niat menceraikan isterinya, maka gugurlah talaq. Jika tidak ada niat menceraikan isteri maka tiadalah gugur talaq.

      Dalam kes di atas, suami tidak menggunakan perkataan cerai tetapi ia menggunakan “lepas”. Sekali lagi perkataan lepas itu bersifat kinayah. Ia membawa lebih dari satu makna atau maksud. Lepas boleh jadi cerai dan boleh jadi lerai atau pisah. Jadi, berdasarkan kepada sinario di atas, erakita berpendapat bahawa talaq tidaklah berlaku antara puan dan suami puan. Ini kerana pertamanya suami puan sendiri telah terang-terangan tidak mengaku ada niat menceraikan puan. Tambahan pula, ia hanya menggunakan perkataan “lepas” yang membawa pelbagai maksud selain cerai itu sendiri.

      Wallahu a’lam.

  39. shafiqah afifah

    Assalammuailaikum ustaz..pada tahun 2011 saya telah bertengkar dengan suami saya tanpa saksi.secara tidak sengaja suami saya telah melafazkan cerai talak satu kepada saya tanpa saksi.tapi keesokkan nya kami telah berbaik semula.sekarang sudah hampir 6tahun,kami masih bersama.malah kami sudah mempunyai anak selepas talak tersebut.kami juga tidak pernah melaporkan talak tersebut di pejabat agama..namu setiap hari saya merasa sangsi akan status perkahwinan kami.dala masa yg sama juga saya merasa takut untuk bercerita masalah ni kepada pejabat agama yang berdekatan.

    • Walaikumussalam wbt.

      Kejadian mengenai suami lafaz cerai ke atas puan telahpun berlalu 6 tahun lampau. Puan tidak pergi ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan samada gugur atau tidak lafaz talaq suami ke atas puan. Namun, puan dan suami puan telah berbaik semula sehari selepas lafaz itu. Tidaklah pula diketahui bagaimana bentuk atau bunyi lafaz talaq suami puan tersebut untuk diteliti. Walau 6 tahun berlalu, hati puan tetap tidak tenteram. Asyik teringat peristiwa itu dan dengan itu timbul pula was-was, ragu-ragu atau syak wasyangka terhadap status puan sebagai isteri kepada suami puan.

      Dalam hal ini, biarpun kejadian itu sudah lama berlaku, erakita nasihatkan agar puan dan suami puan mendapatkan pengesahan mengenainya di mahkamah syariah. Berterus teranglah kepada mahkamah. Jika disabitkan jatuh talaq, puan dan suami puan perlu nyatakan bahawa sehari selepas itu puan dan suami telah kembali semula atau rujuk semula sebagai suami isteri.

      Bagaimanapun, sekiranya tidak sabit talaq, maka tidak ada kerugian apa-apa di pihak puan dan suami puan untuk mendapatkan keputusan daripada mahkamah. Yang penting sekali adalah ketenteraman hati, ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa. Ini yang mahal dalam kehidupan kita. Justeru, buanglah yang ragu, was-was dan tak tenang itu dengan bersegera mendapatkan keputusan atau pengesahan daripada mahkamah syariah terhadap lafaz talaq si suami itu. Rasulullah s.a.w juga ada berpesan agar kita meninggalkan apa-apa yang meragu-ragukan kepada perkara yang tidak meragu-ragukan. Ini semua jalan untuk mendapatkan kebahagian hidup.

      Wallahu a’lam

  40. Asslm..ustaz nak tanya camna keadaan apabila ucapkan aku cerai engkau dalam keadaan marah.suami jenis cemburu dia akan cakap macam2 yang boleh hilang kesabaran..dia akan ungkit kisah lampau dan sebelum2 ini ada menyebut tentang cerai.kami berbaik semula . kejadian berlaku lagi jika saya pergi atas urusan rasmi/kerja minggu depan akan jatuh talak.buntu

    • Walaikumussalam wbt.

      Pperkahwinan itu membawa kepada kedamaian, ketenangan dan tenteraman diri sebagaimana disebutkan dalam al Quran. Orang bernikah bukan hanya untuk mendapat anak atau untuk menundukkan hawa nafsu tetapi lebih dari itu adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup, ketenangan jiwa. Hidup yang bahagia itu disulami sikap hormat menghormati, belas kasihan dan bantu membantu antara suami dan isteri. Suami adalah ibarat pakaian bagi isteri dan demikianlah, isteri adalah ibarat pakaian bagi sang suami. Apa yang erakita faham dari situasi rumahtangga puan, ternyata kedamaian itu tidak terzahir. Sikap cemburu melampau dan mengeluarkan pelbagai kata-kata yang suami yang boleh menghilangkan kesabaran isteri sering terjadi. Lebih memedihkan, suami sering ungkit kisah atau kejadian lampau yang barang tentu tidak wajar lagi diungkit atau diperkatakan. Barang kali ia suatu yang amat sensatif lagi mengaibkan maruah dan harga diri si isteri.

      Dalam hal seperti itu, pertengkaran berlaku. Pergaduhan kecil dan besar boleh berlaku. Suami kemudiannya mengeluarkan kata-kara cerai. Namun, selepas suami dan si isteri berbaik semula. Ia berulang-ulang. Entah sampai bila ada penamatnya. Dalam hal seperti ini, boleh jadi suami sudah sering kali berulang-ulang kali mengeluarkan kata-kata cerai kepada isteri. Jika benar hal ini berlaku, erakita nasihatkan agar puan dan suami puan datang memohon pengesahan lafaz cerai dari mahkamah syariah. jangan diam seribu bahasa. Ini persoalan hukum syarak yang akan menentukan samada puan masih boleh hidup sebagai suami isteri dengan pasangan puan. Berterus teranglah kepada mahkamah apa sebenarnya yang terjadi. Nyatakan ungkapan-ungkapa cerai oleh suami itu kepada mahkamah supaya dapatlah ditimbang dan diteliti sehalus-halusnya oleh mahkamah.

      Inshaa Allah, keputusan mahkamah itu akan menghilangkan rasa ragu-ragu dan was-was puan dan suami puan mengenai status rumahtangga puan. Terima sahajalah dengan penuh sabar dan redha apa saja keputusan mahkamah nanti. Banyakkan ibadah dan tingkatkan taqwa kepada Allah.

      Wallahu a’lam

  41. Assalamualaikum..jika suami dlm keadaan marah dan berucap kita cerai je..kemudian suami lafaz kalau sy tidak hormat suami sy sbg seorang suami akan jatuh talak satu keatas sy..dan suami berkata dlm masa seminggu bermula ketika ini abg(suami)bg tempoh kalau tidak boleh hormat sbg suami maka jatuh talak satu..jadi adakah jatuh talak or abaikan saja lafaz yg dibuat jika isteri taat dengan suami

    • Walaikumussalam wbt.

      Nampaknya terdapat beberapa bentuk lafaz suami puan yang mempunyai kaitan dengan cerai. Erakita tidak dapat memberikan pandangan samada jatuh atau tidak talaq berdasarkan kepada situasi-situasi tersebut. Ia memerlukan penjelasan lanjut kepada mahkamah.

      Erakita nasihatkan agar puan dan suami puan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah. Perlu bertindak cepat. Jangan berlengah kerana ini melibatkan status puan sebagai isteri. Dikuatiri sudah jatuh talaq dengan kata-kata yang diucapkan suami puan itu. Ketika memberi keteragan di mahkamah, bercekap benarlah, Terus terang dan jangan sembunyikan perkara yang ditanya oleh mahkamah. Ini kerana, mahkamah akan buat keputusan berdasarkan kepada pelbagai aspek.

      Semoga ada manfaatnya pandangan ini.

      Wallahu a’lam

  42. Assalamualaikum,mohon pencerahan sy telah bercerai tahun lalu dgn talak 1.tetapi setelah jatuh talak dn keluar sahaja dr mahkamah suami merujuk sy dgn perkataan’saya merujuk kmu kembali bersama saya’dan setelah itu suami menyuruh sy utk ikut apa yg dia perkataan bertujuan Supaya sy menerima rujuknya dn sy menurut shja apa yg keluar dr mulutnya.dn pd hr yg sama kami berhubungan suami isteri spt biasa.

    • Walaikumussalam wbt.

      Bersyukurlah kepada Allah kerana puan dan suami telah bersatu kembali sebagai suami isteri. Itulah yang terbaik apatah lagi bagi pasangan yang mempunyai anak. Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawap puan dan suami untuk mendaftarkan rujuk itu di hadapan Pendaftar pernikahan perceraian dan rujuk di Jabatan Agama Islam Negeri.

      Jangan berlengah. Pastikan puan dan suami puan daftarkan rujuk itu. Inshaa Allah, sijil atau perakuan rujuk akan dikeluarkan oleh pendaftar perkahwinan itu.

      Wallahu a’lam

  43. Assalamualaikum

    jatuh ke tdk talak?kerana saya ingin mengucapkan kepada isteri saya ” sudah 1 bulan 1 hari kita menikah” tetapi saya tersilap bagitau “sudah 1 minggu 1 hari kita menikah? adakah itu kinayah?

  44. Assalamualaikum..saya ingin bertanya..saya dan suami telah bercerai pada bulan 3 tahun ni dan telah pun failkan kes cerai..dan kami di arahkan untuk ambil surat perintah sebulan selepas itu..tapi saya dengan suami rujuk semula selepas saya dua kali suci dengan rujuk melalui percakpaan dalam telefon..sehingga sekarang kami belum pergi ke mahkamah untuk mengambil surat perintah untuk kes cerai itu dan belum memfailkan kes rujuk semula..adakah hubungan saya dan suami yang sekarang ini sah atau pun tidak?sebab saya pernah bertanya pada suami saya soal ini dan dia memberitahu saya dia suda menelefon pejabat agama dan dia diberitahu kami sah suami isteri walaupun rujuk luar..mohon pencerahan.terima kasih.

  45. Assallamualaikum ..
    Saya nak tanya jatuh talak atau tidak ..

    Suami saya keluar rumah berjumpa kawan, kemudian berlaku pertengkaran saya dan suami . Saya (isteri) mengugut suami sekiranya suami balik lewat saya mahu keluar dari rumah .. dan suami tidak membenarkan saya keluar rumah . Dan terlafaz la ” kalau kau keluar rumah aku ceraikan kau ” selepas dari bertengkar . Suami balik rumah dan kami berbaik semula .. persoalannya jika saya keluar rumah esok harinya untuk berniaga , jatuh atau tidak talak itu .. dan sekiranya suami tak terniat dan memberi izin untuk keluar rumah , bagaimana pula hukumnya ?? Mohon pencerahan ustaz ..

  46. Asslamualaikum

    Kisah saya complicated.Dimasa kami bergaduh saya bgtau suami untuk duduk asing iaitu pindah keluar dr rumah.suami ad berkata jika saya kluar dr rmah maka antara kita tak ad apa2 lagi.saya memang kluar tpi untuk menenangkan diri sendirian.menjelang mlm saya balik dn berbaik semula.adkah jatuh talak disebabkan saya keluar tadi.n

  47. Nur farah nini binti mohd afandi

    Assalammualaikum , saya nak tAnya kalau x failkan kes ni ke mahkamah boleh ke ? Dan contoh harini cerai besok rujuk boleh ke ?

  48. sya nak bertanyakan.. jika suami kata isteri kalau kluar rumah tanpa memberitahu suami.. dia bukan lagi isteri kepada suami.. dan jika si isteri terlupa bg tahu.. walhal suami dh tahu kemana si isteri nak pergi. kerana si isteri sudah pon beritahu sbelom nya yg dia akn pergi ambil adik kerja.. adakah jatuh talak ???? mohon pencerahan…

  49. Assalammualaikum.. Saya nak bertanya.. Pada harini saya telah dimarahi suami kerana duitnye tercicir entah kemana.. Lalu dia tensyen dia marah saya.. Dalam wasap.. Tapi dia ade tersebut.. *aku ceraikan kau lah..* tapi dalam keadaan marah dan tensyen.. Pastu mood dia ok…dia mcm xsedar apa yg dia sebut tu.. Saya nak tahu adakah jatuh talak cerai?? Dia xcakap cerai talak bape.. Dia cume cakap cerai… Hmmm ustaz tolong bagi penerangan kepada saya..
    Date : 16/03/2019
    Time : 9:00 am

  50. Assalamualaikum…
    Ustaz…
    Sya ingin bertanya,
    Bila suami berniat utk menceraikan isteri
    Tapi dengan melafazkan
    “KITA BAWA HALUAN MASING2
    KAU HIDUP KAU dan AKU HIDUP AKU…”
    Adakah lafasan suami tu boleh
    Menjatuhkan talak pada si isteri?
    Kerna si suami tidak sampai hati utk
    Melafazkan “AKU CERAIKAN KAU…”
    Wlu pun si SUAMI sudah tiada rasa syg
    Dan hanya kasihankan si isteri…
    Si suami berkongsi ceritanya dgn seorg
    Rakan dan bertanya pada rakan nya,
    “AKU BERNIAT NAK CERAIKAN DIA,
    SBB SGT2 BERASA HATI DGN DIA
    YG TAK RETI JAGA BAHASA PADA AKU,
    SUKA MENJERIT DAN BCKP IKUT DAN,
    TAK JAGA MKN PAKAI AKU HGGA AKU RASA MUAK.
    DALAM HATI DAH TAKDA RASA SYG @ CINTA,
    YG ADA HANYA RASA KESIAN KAN DIA,
    KEMUDIAN AKU MENGATAKAN >AKU SEBUT NAMA DIA
    DAN LAFAZKAN KITA IKUT HALUAN MASING2 KAU HIDUP KAU AKU HIDUP AKU!< KEMUDIAN AKU PACK BAJU
    DAN TERUS KELUAR RUMAH TAK BALIK 2mlm… Rasa2 jatuh tak talak
    Pada isteri aku?"
    Sya yg terdengar perbualan mereka,
    Sbb itu sya bertanya…
    Kerna sya mengenali mereka…
    Mohon penjelasan ya Ustaz…
    Terima kasih🙂

  51. Assalam.ustaz.kmi telah bergaduh dan suami telah menceraikn saya .10 ari lepas itu kami ke makhamah failkan penceraian tersebut.adakah betul suami isi borang untuk mengetahui status lafaz cerai atau borang untuk ceraikan saya?suami tak bagi saya balik kerana dia kata hendak rujuk saya.haruskah saya failkan penceraian atau failkan rujuk saya.kerana saya terus ke makhamah isi borang bukan ke pejabat agama dulu

    • Walaikumussalam wbt.

      Sebagaimana erakita jelaskan dalam artikel di atas, tindakan pertama yang perlu dilakukan apabila suami sudah terlafaz cerai adalah datang ke mahkamah syariah dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Jika Mahkamah sahkan perceraian tersebut, maka rujuk nikah boleh dilakukan sepanjang tempoh eddah isteri masih lagi berjalan.

      Jika nak rujuk nikah, maka hadirlah ke Jabatan Agama Islam negeri di mana Puan bermastautin atau tinggal bersama. Beritahu hasrat untuk rujuk. Suami perlu hadir bersama. Jika telah bulat hati untuk rujuk nikah, maka suami akan lafaz rujuk tersebut. Selepas itu, rujuk akan didaftarkan. Sijil Rujuk pula akan dikeluarkan selepas itu.

  52. Saya keliru sebenarnya .saya takut suami sengaja hendak mudahkn kerjanya untuk ceraikan saya.dalam hati ingin pulang kerana saya tak yakin dgn suami untuk merujuk saya kembali

    • Sekiranya mahkamah syariah telah mengesahkan perceraian puan, maka puan perlu menjalani eddah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz cerai tersebut sekiranya puan tidak hamil ataupun perceraian berlaku dalam keadaan puan suci dari haid tanpa ada hubungan kelamin antara suami isteri dalam tempoh suci tersebut.

      Menurut hukum syarak, tempat tinggal puan perlu disediakan oleh suami puan, Lazimnya isteri yang diceraikan itu tinggal di rumah kelamin tersebut sehingggalah berahirnya tempoh eddahnya. Dalam tempoh eddah itulah pasangan suami isteri tersebut boleh berfikir semula samada nak rujuk semula atau tidak.

      Bagaimanapun, sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti wujudnya mudarat besar sekiranya puan tinggal tersebut di rumah kelamin itu, maka adalah dinasihatkan puan carilah tempat yang lebih selamat. Antaranya, tinggal di rumah kediaman ibubapa puan.

      Rujuk itu adalah hak suami. Jika tidak ada rujuk dari suami, maka kekalkan pasangan tersebut sebagai pasangan yang sudah bercerai. Jika benar suami puan hendak rujuk, maka sepatutnya suami membuat rujuk ketika eddah puan masih belum berakhir. Untuk memudahkan urusan rujuk, ada baiknya puan lantik wakil terdekat dari keluarga untuk berjumpa dan berbincang dengan suami. Hasil perbincangan dari hati ke hati akan membuahkan hasil yang baik.

      Semoga jawapan ini bermanfaat.

  53. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya.suami saya telah melafazkan cerai talak satu kepada saya pd tahun 2008 dirumah sewa kami.Tetapi dalam masa kurang sebulan, bekas suami mengajak saya dan kembali semula dan bersekedudukan bersama dgn rela hati sya.dan pada tahun 2012 baru kami naik mhkamah dan menceritakan semula yg saya diceraikan pd tahun 2008 dan pd thun 2012 kami sah bercerai..di mahkamah sya tidak bercerita pon pasal kami sudah rujuk semula …pada tahun 2008 sya mempunyai seorg anak dan masa sya bersama dgn bekas suami sya ada dua org ank sehingga tahun 2012.. Di sini, saya ingin tahu:

    (1) Adakah anak sya selepas tahun 2008 itu anak tidak sah taraf?adakah saya bole tuntut nafkah utk mereka?
    (2) Adakah kami harus memfailkan penceraian kami di pejabat agama?
    (3) Haruskah kami melalui proses penceraian sebelum kami rujuk semula?
    (4) Apa hukum jika sudah melafazkan cerai tanpa memfailkan dan bersekedudukan??

    Sila balas pertanyaan saya kerana saya ingin tahu. Terima kasih

Tinggalkan komen