Monthly Archives: Mac 2019

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke MUIS

Buat julung kalinya Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia melakukan kunjungan ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma MUIS Kota Kinabalu. Keberangkatan YDPA ke MUIS pada 8 Mac 2019 bersamaan 1 Rejab 1440H adalah bagi bertemu dengan pegawai dan kakitangan MUIS dan agensi-agensi Islam seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Pejabat Kemuftian dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Turut menyambut ketibaan YDPA adalah YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Afdal, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Hj Aidi Mokhtar serta beberapa anggota kabinet Negeri Sabah. YDPA seterusnya turut bersama masyarakat Islam di Kota Kinabalu menunaikan solat jumaat di Masjid Negeri Sabah.

Kunjungan YDPA tersebut amat bermakna khususnya bagi umat Islam di Sabah sesuai dengan kedudukan YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri Sabah. Kunjungan ke Sabah ini juga amat istimewa kerana Sabah menjadi negeri pertama dilawati Baginda selepas ditabalkan sebagai YDPA pada awal tahun 2019.

bsh

flashsgl

qrf