Monthly Archives: Jun 2011

ADA HARAPAN!

ADA HARAPAN

15 Jun 2011

Ada harapan! Inilah perkataan yang terdetik dalam fikiran ERAKITA sebaik habis membaca laporan menarik yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini, 15 Jun 2011. ERAKITA percaya manusia sebijak dan secerdik Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britian tidak mustahil akan mememeluk Agama Islam satu hari nanti. Sejarah telah mencatatkan bagaimana ramainya cendiakiawan dan ilmuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran dari negara-negara Barat memeluk Islam setelah mengkaji dan mendapati akan kehebatan dan keagungan Al Quran. Semakin mengkaji secara mendalam, semakin itulah mereka menemui jalan buntu untuk melihat sebarang kecacatan dan kelemahan Al Quran. Malah, mereka mendapati bahawa segala yang disebutkan dalam Al Quran adalah menakjubkan. Ia selaras dengan segala apa yang terjadi dalam alam ini.

Justeru, ERAKITA berkongsi harapan bahawa Tony Blair berpotensi untuk memeluk Islam satu masa nanti. Dengan kata lain, “ADA HARAPAN!”. Untuk lebih lanjut, ERAKITA petk semula laporan akhbar berkenaan untuk tatapan anda.

Blair akui kehebatan al-Quran

2011/06/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blairakuikehebatanal-Quran/Article

Tony Blair

Tony Blair

Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman.

//

“Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. – Agensi

ANDA INGIN MENDERMA?

ANDA INGIN MENDERMA?

15 Jun 2011

Menderma merupakan satu amalan mulia. Di samping dapat membantu orang yang lemah, si penderma juga dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam dirinya. Labih jauh dari itu, amalan ini mendatangkan pahala yang amat besar di sisi Allah.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 261, Allah secara terang lagi bersuluh menyatakan bahawa orang yang mendermakan hartanya dijalan Allah dijanjikan pahala berlipat-lipat kali ganda. Ia diumpamakan sebagai sebiji benih, lalu tumbuh menjadi pohon yang mempunyai 7 tangkai. Setiap tangkai pula mempunyai menghasilkan 100 biji. Maknyanya, dari satu biji kini menjadi 700 biji. Namun bukan setakat itu saja. Bahkan, Allah menegaskan lagi bahawa Allah menambahkan lagi ganjaran pahala itu tanpa menentukan berapa banyak dan luasnya kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Subhaanallah! Maha Suci Allah yang Maha Agung lagi Maha Kaya! Allah pemilik alam dan segala-gala apa yang ada di dalamnya. Hal ini bukan sesuatu yang berat bagi Allah. Dengan hanya menghendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia atas kehendak Allah s.w.t.

Justeru, sementara hayat masih ada, sementara kesempatan masih ada, manusia harus mengambil kesempatan untuk membuat sebanyak mungkin amal kebajikan di dunia. Mendermakan walau sekelumit dari harta benda kita boleh jadi penghalang kepada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Bagi sesiapa yang ada hasrat dan keinginan untuk menderma, saudara-saudara boleh menderma kepada institusi atau organisasi yang membantu memelihara dan menyara anak-anak yatim. Untuk lebih lanjut, anda boleh melawat ke laman web senarai rumah-rumah anak yatim di Malaysia di alamat  http://rumahanakyatim.com.

Selamat Menderma untuk akhirat!