Monthly Archives: Ogos 2016

MUZAKARAH HAKIM SYARIE NEGERI GUNASAMA KE 26

KOTA KINABALU – Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Gunasama (Zon Sabah) Kali Ke 26 telah diadakan di Kota Kinabalu pada 15 hingga 16 Ogos 2016. Muzakarah yang dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia yang juga merupakan Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Yang Amat Arif Tan Sri Dr. Hj Ibrahim bin Lembut, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri Perkhidmatan Gunasama, Pengarah-Pengarah Kanan JKSM serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sabah diadakan di Hotel Klagan, Kota Kinabalu.

Sempena muzakarah kali ini,  Ketua Hakim Syarie Malaysia bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja dengan kerjasama Unit Integriti, JKSM ke Mahkamah Syariah Kudat dan Kota Belud pada 15 Ogos 2016. Lawatan tersebut antara lainnya diadakan bagi melihat dari dekat prasarana Mahkamah-Mahkamah Syariah di samping dapat bertemu secara langsung dengan pegawai dan kakitangan di daerah-daerah berkenaan. Usaha bagi meningkatkan integriti di kalangan pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah turut ditekankan dalam lawatan berkenaan dalam rangka melonjakkan imej institusi kehakiman Islam di mata masyarakat.

IMG-20160815-WA0018

IMG-20160815-WA0003

IMG-20160815-WA0011

IMG-20160815-WA0014

IMG-20160815-WA0015

IMG-20160815-WA0024

IMG-20160815-WA0023

IMG-20160815-WA0021

IMG-20160816-WA0005

 

LITERASI UNDANG-UNDANG DI KENINGAU

KENINGAU – Program DIALOG KASIH SAYANG (DKS) yang digerakkan di bawah Jawatankuasa Undang-Undang, Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah diadakan di Institut Perguruan Kampus Keningau, Sabah pada 27 Julai 2016.  Program yang julung kalinya diadakan  di Keningau itu adalah anjuran bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Khas Wanita (JHEWA) dengan kerjasama Institut Perguruan Kampus Keningau (IPG) sempena sambutan Hari Wanita 2016.

Seramai 350 peserta yang hadir bagi mengikuti program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang tersebut. Peserta terdiri dari pensyarah, kakitangan dan siswa pendidik IPGK. Turut hadir adalah Pengetua, Guru Kaunseling, Guru Disiplin dari 11 buah sekolah sekitar Daerah Keningau.  Beberapa Pegawai Kanan dari Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej Vokasional, Institut Pengajian Dakwah Islam Sabah (IPDAS) dan juga Ketua Kampung dari Daerah Keningau juga hadir dalam program tersebut.

Dalam ucapan aluan-aluan dalam Buku Cenderahati, Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah binti Miki mengucapkan terimakasih atas kepercayaan kepada IPG Kampus Keningau untuk bekerjasama dengan pihak MPWS bagi menjayakan program literasi undang-undang berbentuk seminar separuh hari. Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, MPWS, Tuan Sakaria Samela, yang juga merupakan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai undang-undang keluarga syariah, sivil dan adat, termasuk undang-undang kesalahan jenayah sivil dan syariah serta hal ehwal pendaftaran kelahiran dan kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Format program berkenaan ada sedikit perubahan berbanding program-program yang dianjurkan sebelum ini di daerah-daerah lain. Program kali ini telah dimulakan dengan ceramah khas perundangan oleh Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tawau Sabah dengan tajuk “Perlembagaan Persekutuan: Hak dan Tanggungjawab”. Program seterusnya diteruskan dengan sesi dialog dengan peserta yang menampilkan beberapa pegawai kerajaan dan pengamal undang-undang di Sabah sebagai penalis.

Sesi dialog tersebut dikendalikan oleh Puan Sairah Haji Yahya, Pegawai Mediasi, Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG) cawangan Sabah. Para penalis pula terdiri dari ASP Puan Gloria ak Vincent Balang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kepayan, Sabah, Tuan Mohd Saufurazee Hussin, Pendaftar Tanah di Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Puan Anne Nur Ain Charles Abdullah dari Unit UTK, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabalu dan Puan Noor Azah Abdul Rahman, Presiden Persatuan Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA).

Program separuh hari itu dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sairin Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, merangkap ADUN N34, Liawan Keningau. Dalam ucapannya, Datuk Haji Sairin Karno menyokong usaha seperti ini dalam rangka mencelikkan masyarakat pedalaman tentang undang-undang syariah, sivil dan adat negeri.

Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai persoalan dikemukakan oleh peserta. Program seumpama ini dilihat mampu memberi informasi berguna kepada masyarakat di negeri ini dalam hal ehwal perundangan khususnya undang-undang kekeluargaan dan jenayah dalam konteks syariah, sivil dan adat. Persoalan yang dibangkitkan peserta menggambarkan betapa masyarakat begitu kehausan ilmu berhubung perundangan. Apa yang boleh disimpulkan ialah, program ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Program literasi undang-undang berkenaan telah diteruskan pada keesokan harinya di Dewan Masyarakat Daerah Tambunan.

IMG-20160727-WA0027

20160727_125928

IMG-20160731-WA0005

IMG-20160727-WA0015

20160727_112734

IMG-20160727-WA0022IMG-20160727-WA0025