PENDAFTARAN KES JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH

Perlembagaan Persekutuan melalui Senarai 2, Jadual ke 9 telah memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan kes melibatkan perlanggaran undang-undang Islam oleh orang-orang Islam setakat mana yang diberikan oleh undang-undang. Dalam konteks Mahkamah Syariah, satu undang-undang khas telah dikanunkan di setiap negeri di Malaysia untuk digunakan dalam rangka melaksana dan menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta atau Enakmen Tatacara Jenayah Syariah. Undang-undang ini mengandungi tatacara atau prosedur bagaimana undang-undang berkaitan jenayah syariah dilaksana atau dikuatkuasakan oleh agensi berkaitan seperti Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah.

Bagi memudahkan pemahaman mengenai tatacara atau prosedur pendaftaran kes jenayah di Mahkamah Syariah, erakita dengan sukacita menerbitkan satu artikel berbentuk PDF dalam ruangan ini. Artikel yang ditulis oleh Ahadin bin Arinen yang merupakan pengamal undang-undang Islam di Mahkamah Syariah ini membincangkan secara detail dan padat bagaimana tatacara sesuatu kes jenayah meliputi kes tangkapan tanpa waran, tangkapan dengan waran, saman dan waran geledah didaftarkan di Mahkamah Syariah. Artikel yang mengambil kira peruntukan khusus dari Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Sabah dan Dokumen Prosedur Kualiti MS ISO 9001-2008 di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah ini diharap dapat memberi input dan sumbangan kepada pengamal undang-undang bukan sahaja di Negeri di Bawah Bayu, tetapi juga di negeri-negeri lain dalam rangka memperkemas dan memperkasa bentuk penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang jenayah di negara ini.

Untuk melihat dan mengambil artikel tersebut, sila KLIK PENDAFTARAN KES JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 19 Ogos 2015, in AGAMA, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalamualaikum.. saya telah berkahwin di selatan thailand tanpa memohon keizinan majlis agama negeri pada jan. 2011, cubaan pertama mendaftar perkahwinan di malaysia pada mei 2011 gagal kerana mendaftar di negeri lain (lain negeri lain prosedur) hakim minta lantik peguam (tidak mampu), cubaan kedua jun 2011 di negeri asal pasangan (pasangan dari negeri yg sama), sebutan kes pada 2013 gagal atas alasan kesalahan isi borang (perlu buat permohonan semula dan tunggu 2 tahun lagi jika mahu) saya tidak daftar, cubaan ketiga pada julai 2015.. perbicaraan pengesahan perkahwinan selesai okt. 2016, perkahwinan saya di sahkan.. skrg tunggu tarikh perbicaraan makhamah syariah untuk proses denda.. namun agak terkejut apabila surat yg diterima ditulis ” notis penetapan tarikh kes jenayah”.. soalan saya, adakah kes saya diketegorikan satu kesalahan jenayah syariah? Saya menjadi penjawat awam pada 2013, adakah saya akan diambil tindakan tatatertib.. mohon pencerahan

Tinggalkan komen