FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UMS DITUBUHKAN

(Photo: Kredit kepada Jabatan Pendaftar UMS)

KOTA KINABALU – Penubuhan Fakulti Pengajian Islam (FIS) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu lagi mercu perkembangan Islam di Negeri Sabah. Berita tentang kelulusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penubuhan entiti akademik FIS ini dapat dilihat melalui hantaran dari laman rasmi facebook Jabatan Pendaftar UMS bertarikh 27 Mei 2021. Penubuhan FIS ini berkuat kuasa pada 10 Mei 2021.

Kampus UMS sememangnya cantik dan indah. Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas dan membiru. Terdapat beberapa pulau yang berhampiran. Lokasinya cukup strategik kerana terletak di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu. Bandaraya ini pula memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa kedua terbesar dan tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kondisi ini sesungguhnya membuka ruang dan peluang kepada warga nusantara khususnya dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan negara jiran seperti Brunei, Philipina, Indonesia dan Singapura untuk melanjutkan Pengajian Islam di sini.

SELAMAT DATANG KE UMS.

TAHNIAH UMS

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 28 Jun 2021, in AGAMA, BUKU, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SABAH, JKSM, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, Mahkamah Syariah, MOTIVASI, PELAJAR UNIVERSITI, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), PUSAT PENGAJIAN TINGGI, RENUNGAN, UCAPAN, UMS, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen