Category Archives: FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
YAA TUAN HJ. AB RAHMAN THOBRONI B MOHD MANSOR KETUA HAKIM SYARIE NEGERI PERAK YANG BARU
PERAK – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak mendapat Ketua Hakim Syarie yang baru dengan perlantikan YAA Tuan Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor berkuatkuasa 1 Ogos 2021. Syabas dan tahniah kepada YAA atas perlantikan ini. Semoga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak terus maju dan cemerlang dalam konteks perkembangan perundangan dan kehakiman Islam di Malaysia.
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UMS DITUBUHKAN
(Photo: Kredit kepada Jabatan Pendaftar UMS)
KOTA KINABALU – Penubuhan Fakulti Pengajian Islam (FIS) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu lagi mercu perkembangan Islam di Negeri Sabah. Berita tentang kelulusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penubuhan entiti akademik FIS ini dapat dilihat melalui hantaran dari laman rasmi facebook Jabatan Pendaftar UMS bertarikh 27 Mei 2021. Penubuhan FIS ini berkuat kuasa pada 10 Mei 2021.
Kampus UMS sememangnya cantik dan indah. Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas dan membiru. Terdapat beberapa pulau yang berhampiran. Lokasinya cukup strategik kerana terletak di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu. Bandaraya ini pula memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa kedua terbesar dan tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kondisi ini sesungguhnya membuka ruang dan peluang kepada warga nusantara khususnya dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan negara jiran seperti Brunei, Philipina, Indonesia dan Singapura untuk melanjutkan Pengajian Islam di sini.
SELAMAT DATANG KE UMS.
TAHNIAH UMS