Derita dan Nikmat: satu Ujian

 

Derita dan Nikmat: satu Ujian

4 Oktober 2010

Allah uji kita!

Kita sedang diuji!

Manusia diuji Allah dengan berbagai-bagai bentuk. Kadang-kadang manusia tak sedar ia sedang diuji. Ada yang diuji dengan kekayaan dan kemiskinan. Diuji dengan kelapangan dan kesibukan. Diuji dengan kesukaan dan tangisan. Juga diuji dengan kesihatan dan kesakitan.

Cuba kita renung manusia di sekeliling kita. Berapa ramai manusia yang berjaya melepas ujian Allah disebabkan kemiskinan, kesibukan dan kesakitan. Tapi betapa ramainya manusia yang tidak melepas ujian disebabkan kelapangan, kekayaan dan kesihatan. Ujian berupa keseronokan, kelapangan, kekayaan dan kesihatan rupanya jauh lebih bahaya berbanding kesedihan, kesibukan, kemiskinan dan kesakitan. Ramai yang kecundang di pertengahan dan penghujung jalan bila diuji dengan kenikmatan. Manusia lalai dan lupa Allah bila ia kaya, lapang dan sihat.

Berbanding orang yang ditimpa ujian getir seperti sibuk, miskin dan sakit. Mereka mudah ingat Allah. Mudah menghargai nikmat dan nilai lapang, kaya dan sihat. Ketika susah, mereka mudah kenal siapa diri mereka. Mereka mudah menginsafi kelemahan dan kekurangan diri. Mereka mudah menyebut kalimah-kalimah suci. Mereka mudah berserah dan memanjat keampunan Ilahi.

Mereka mudah terbayang apakah persiapan dan bekalan untuk menghadap Allah andai ditakdirkan mati pada bila-bila masa. Mereka mudah ingat kematian, ingat amalan dan perbuatan dulu-dulu, kesilapan lampau, dosa dulu-dulu. Mereka mudah ingat saudara-saudara dan sahabat handai. Mereka mudah insaf bahawa harta pada ketika itu tidak lagi membawa erti yang besar. Mereka mudah sedar bahawa semahal-mahal harta ialah amal soleh di sisi Allah.

Di sinilah agaknya hikmah Allah menurunkan pelbagai ujian kepada manusia. Ia menguji kerana ada sebab. Boleh jadi, Allah sayang dan suka melihat kita bersusah payah lalu rajin pula ingat Allah. Rajin pula istighfar. Rajin muhasabah diri. Rajin menghargai segala nikmat Allah di sekeliling kita.

Justeru, mari kita sentiasa muhasabah diri. Di mana kedudukan kita. Apakah kita merasa bahawa kita sebenarnya sentiasa berada dalam zon ujian Allah? Sedarlah bahawa kita sentiasa berada dalam ujian Allah setiap waktu, baik dalam keadaan suusah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan kaya atau miskin, dalam keadaan duka atau gembira. Ingat, hidup penuh dengan ujian. Ujian akan berakhir bila-bila masa. Ujian akan sampai ke penamatnya takkala maut datang menjemput nyawa.

Berbahagialah manusia yang berjaya melepasi ujian Allah. Ujian di dunia akan menentukan kedudukan kita di alam kubur. Bahagia atau derita. Ujian dunia akan menentukan kedudukan kita di akhirat. Samada bahagia atau derita. Berbahagialah manusia yang sedar bahawa ia sentiasa dalam medan ujian Allah. Berbahagialah manusia yang yang berjaya melepas ujian ini. Berbahagia. Berbahagia.

 Kita sedang diuji!

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 4 Oktober 2010, in AGAMA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. salam…ujian tu adalah tarbiyah dari Allah. Tanda kasih sayang Allah pd hambaNya yang beriman dengan Qada’ dan Qadar Allah tidak kira baik ataupun buruk. Em, pic kt atas tu kt mana ya? Kelantan ke?

  2. Alhamdulillah,kita semuanya diuji oleh Allah swt..Dunia adalah medan ujian Allah kpd manusia.Bagi manusia yg sedar(beriman)ujian adalah satu hiburan baginya,diuji dgn kesusahan,kesulitan,mahupun kesenangan dia bergembira dia merasakan inilah peluang yg baik baginya kerana dia tahu barangsiapa yg bersabar dgn pelbagai bentuk ujian Allah maka Allah akan menjanjikannya kejayaan baginya baik di dunia atau Akhirat.ingatlah bahawa segala bentuk ujian Allah itu juga adalah asas yg utama bagi menentukan seseorang itu beriman ataupun tidak.Oleh kerana itu orang yg apabila diuji tetapi tidak sabar dengan ujian tersebut itu tandanya orang tersebut tidak beriman.Ramai orang tahu dan percaya bahawa ujian itu datang daripada Allah,tetapi malangnya lebih ramai daripada orang percaya dan tahu itu tidak punya keyakinan..

Tinggalkan komen