Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran di SK Kinabaan Tambunan

 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran di SK Kinabaan Tambunan

 

27 Ogos 2010 

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada SK Kinabaan Tambunan kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sekolah 2010. Itulah antara ungkapan dari Yang Berbahagia Ustaz Yassin Mohd Yunus, Penyelia Pendidikan Islam dari Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan ketika merasmikan penutupan majlis berkenaan. Beliau mewakili Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Hj Kaipin Rosmin yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ust. Yassin Mohd Yunus

Majlis berkenaan yang bermula dari jam 7.30am berakhir pada jam 1.00pm. Antara pengisian yang diadakan adalah pertandingan Cepat Hafaz ayat-ayat al-Quran, Bijak Jawi dan Amali Solat. Hampir 10 buah sekolah rendah dari sekitar Daerah Tambunan menghantar wakil masing-masing dalam pertandingan tersebut. Tahap 1 melibatkan peserta dari Tahun 1-3. Manakala Tahap 2 pula melibatkan peserta dari Tahun 4-6. 

Walaupun pertandingan tersebut hanya di peringkat sekolah sahaja, namun jemputan ke atas sekolah-sekolah lain untuk turut serta mendapat sambutan di luar dugaan. Penyertaan mereka begitu memberangsangkan. Sekolah ini, melalui Penitia Pendidikan Islam yang diketuai Ustaz Mazri Kalik telah menganjurkan beberapa majlis dan pertandingan serupa sebelum ini sejak beberapa tahun lalu. 

Turut diselitkan dalam majlis berkenaan adalah ceramah agama bertajuk Al-Quran dan Sains. Tajuk berkenaan dipilih untuk mengembalikan kefahaman dan kesedaran  umat Islam betapa banyaknya ayat-ayat dalam Al-Quran yang memperkatakan tentang sains. Penemuan demi penemuan oleh para sarjana dan pakar sains kebanyakannya dari Barat jelas memperakui apa yang telah dinyatakan di dalam al-Quran lebih 1400 tahun lampau. 

Kejayaan penganjuran majlis mendapat kerjasama sepenuhnya dari Guru Besar, kakitangan dan guru-guru sekolah berkenaan termasuk guru-guru bukan Islam.

 Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Tuan Jaslih Rahiman dari Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan.

SYABAS DAN TAHNIAH!

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 27 Ogos 2010, in AGAMA, MAJLIS, SEKOLAH. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. alhamdulillah… teruskan ingatan kepada sejarah penting dalam islam disamping dapat mendedahkan kepada semua bangsa dan agama bahawa AL QURAN itu benar dan ISLAM itu agama yang benar. Insya Allah… =)

    • Terimakasih ERAKITA ucapkan kepada Noya atas komen di atas. Semoga usaha berterusan untuk mendedahkan kehebatan al-Quran kepada masyarakat Islam dan bukan Islam dapat dilaksanakan. Semoga Islam bersinar di mana-mana. Inshaa Allah!

Tinggalkan komen