MUZAKARAH HAKIM SYARIE DAN PEGAWAI SYARIAH SABAH

KOTA KINABALU – Muzkarah Hakim Syarie dan Pegawai-Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah diadakan selama 2 hari di Kampus Institut Tadbiran Negara (INTAN) Kota Kinabalu pada 8 dan 9 Mac 2018. Muzakarah dirasmikan oleh Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah (JKSNS) Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir. Pada hari pertama, satu kertas kerja telah disampaikan oleh Yang Arif Prof Adjung Dato’ Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj Mokthar, Hakim Mahkamah Rayuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertajuk “Penentuan Kesahtarafan Anak Menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang: Satu Sorotan Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah JKSM“.  Mesyuarat Pegawai-Pegawai Sulh JKSNS yang dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar JKSNS, Puan Hajah Suraya binti Ramlee pula diadakan pada sebelah malam melibatkan seramai 14 Pegawai Sulh Jabatan berkenaan.

Pada hari kedua, kertas kerja kedua bertajuk “Kertas Kerja Cadangan Penyelarasan Perintah Kesahtarafan Anak” telah disampaikan oleh Tuan Muhd Yusuf bin Nureddin, Hakim Syarie Mahkamah Syariah Sandakan. Muzakarah diteruskan dengan perbincangan mengenai pengurusan kes di Mahkamah di bawah tajuk “Pengurusan Kes Mal Bagi Cadangan Penyelesaian Kes Tertunggak” yang dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Beberapa resolusi telah dicapai dan dibentangkan di penghujung muzakarah berkenaan.

IMG-20180309-WA0027

sdr

IMG-20180309-WA0025

sdr

IMG-20180309-WA0015

sdrcofdigdig

IMG-20180309-WA0012

sdrburstsdrsdrsdrsdrsdr

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 21 Mac 2018, in AGAMA, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KETUA PENDAFTAR, KURSUS, MAHKAMAH, Mahkamah Syariah, PERSATUAN GUAMAN SYARIAH MALAYSIA, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), SEMINAR, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen