Monthly Archives: Oktober 2017

KONVENSYEN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN PENDAKWA SYARIE MALAYSIA 2017

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia bagi tahun 2017. Konvensyen yang mengumpulkan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dari seluruh negara itu berlangsung selama 2 hari dari 15 dan 16 Oktober 2017 di Tabung Haji Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Konvensyen bertemakan “Menangkis Penghinaan Terhadap Islam: Suatu Tindakan Holistik” adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa kertas kerja telah disampaikan oleh tokoh-tokoh perundangan Islam dan pengamal undang-undang Islam. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah YB. Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Pengarah-Pengarah dari pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pengamal undang-undang, Peguam Besar Negeri Sabah, Hakim-Hakim Syarie dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Selain pembentangan kertas kerja dan forum, Sijil Penyartaan Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara dan di Pejabat Penasihat Undang Negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2017 turut disampaikan kepada Pegawai-Pegawai Pendakwa Syarie.

15_10_2017 3_00 PM Office Lens (1)

15_10_2017 3_37 PM Office Lens (1)

cofmdecofcofcofcofcofcof

 

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & TAULIAH PENDAFTAR

Kota Kinabalu – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perpisahan 2 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Majlis yang berlangsung pada 09 Oktober 2017 di Hotel Shangrila,  Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu itu dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah Sabah, Ketua Pendaftar, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Dalam ucapannya, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir mengalu-alukan kehadiran 3 pegawai baru di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Pegawai baru berkenaan adalah Puan Hajah Surayah binti Ramlee yang dilantik sebagai Ketua Pendaftar, Tuan Mohd Amir bin Haji Arifin dan Tuan Abu Hassan bin Abdullah yang masing-masing menjalankan tugas sebagai Pendaftar dan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Sabah.

Pada majlis berkenaan, seramai 15 orang pegawai dan kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Penerima anugerah adalah seperti berikut:

  1. Tuan Sabaruddin bin Bidin
  2. Tuan Mohd Jaidil Akthar bin Mahamod.
  3. Puan Norhidayah binti Basri
  4. Encik Mod Hanif bin Arshad
  5. Puan Zuliza binti Musa
  6. Encik Kamaruzzaman bin Ab Kadir
  7. Cik Norliza binti Sawi
  8. Encik Ramzy bin Ramli
  9. Puan Laineh binti Maidum
  1. Cik Amida @ Amidah binti Sami
  2. Puan Norlialah binti Lamjan
  3. Encik Muhammad Hilmy M Moh Zain
  4. Encik Dirman bin Santing
  5. Encik Hamidun bin Kamijan
  6. Encik Masdar bin Ital

cofcofcofcof

 

Majlis berkenaan juga turut meraikan perpisahan dengan Tuan Sabaruddin bin Bidin yang berpindah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

cof

 

Majlis turut meraikan 3 orang kakitangan Mahkamah Syariah pegawai yang menamatkan tempoh perkhidmatan awam. Mereka adalah Madly bin Madiki, Adam bin Yunus dan Rosni binti Mustapha.

cofcof

Dalam majlis yang sama, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie turut menyerahkan Tauliah Penolong Pendaftar kepada 13 pegawai Mahkamah.

cof

Turut menyerikan majlis adalah acara memotong kek sempena hari lahir Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir yang ke 55.

cofcofcofcof

cof

 

 

LAWATAN KETUA PENDAFTAR KE SEMPORNA & TAWAU

TAWAU – Mahkamah Syariah Semporna dan Tawau masing-masing menerima lawatan daripada Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) yang baru, Puan Surayah binti Ramlee pada 05 Oktober 2017 bagi Semporna dan 06 Oktober 2017 bagi Tawau. Dalam lawatan ke Mahkamah Syariah Semporna, Puan Surayah diiringi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau, Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau sebaik dilantik menjadi Ketua Pendaftar JKSNS pada bulan Ogos 2017.

burstcof

 

Pada keesokan harinya, Puan Surayah yang turut hadir sebagai peserta dalam Seminar Perundangan Syariah di Tawau seterusnya melakukan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Tawau. Lawatan Ketua Pendaftar berkenaan di kedua-dua Mahkamah di Semporna dan Tawau amat signifikan dalam rangka melihat keperluan Mahkamah di samping mengeratkan ikatan ukhuwwah antara pegawai dan kakitangan Mahkamah.

sdrsdrbty

 

SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH TAWAU KALI KE-2 (ARB)

Tawau – Masyarakat sekitar Daerah Tawau terus menikmati peluang menimba ilmu pengetahuan mengenai pengurusan harta khususnya di kalangan orang Islam. Percambahan ilmu itu dizahirkan melalui Seminar Perundangan Syariah Tawau Bil. 2 yang telah diadakan di Dewan Terbuka Mahkamah Syariah Tawau pada 06 Oktober 2017. Seminar yang dihadiri lebih kurang 70 orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Tawau adalah anjuran bersama Amanah Raya Berhad (ARB) Cawangan Sabah dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (Mahkamah Syariah Tawau). Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan.

Pembentangan adalah berkisar kepada peranan ARB di Sabah dan juga peranannya dalam konteks pengurusan harta pusaka di Malaysia. Seminar yang bermula seawal jam 7.45 pagi dan berakhir jam 11.45 pagi itu disampaikan oleh Tuan Usman bin Haji Hamid, Pengurus Kanan ARB Sabah. Antara yang hadir adalah Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah , Hakim dari Mahkamah Awam, Pegawai-Pegawai Agama dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Tawau, Pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Peguam-Peguam Sivil dan Syariah dan pelbagai lagi lapisan masyarakat di sekitar Daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Menariknya, ARB turut membuka kaunter yang menawarkan diskaun istimewa kepada para peserta dan pengunjung yang membuat dokumen wasiat sempena seminar tersebut.

IMG-20171005-WA0047

dig

IMG-20171006-WA0026

digcof

IMG-20171006-WA0029

sdrcof

IMG-20171006-WA0054