LAWATAN KERJA KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM – Dalam rangka mengukuhkan silaturrahim dan ukhuwwah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada 14 Febuari 2018. Rombongan dari Jabatan Kehakiman Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir turut disertai bersama oleh Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

Rombongan telah disambut dan diraikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Yang Amat Arif Tuan Mohammad Adib bin Hussain bersama Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan berkenaan. Lawatan berkenaan turut diadakan bagi mendapat dan menimba pengalaman Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam pengurusan dan pengendalian kes berkaitan hakam dan perceraian menggunakan kaedah fast track.

Rombongan seterusnya diberikan taklimat khas oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Yang Arif Puan Noor Huda binti Roslan mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor meliputi aspek pentadbiran, cabaran, hala tuju, perjawatan, statistik kes, program-program inovasi dan beberapa kejayaan Jabatan berkenaan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Lawatan tersebut turut melibatkan lawatan rombongan di sekitar bangunan Mahkamah seperti kaunter pendaftaran kes, bilik runding cara, dewan perbicaraan, dewan pelbagai guna dan beberapa ruang utama di Mahkamah berkenaan.

cofcofmdecofsdrcofsdrdigdigdigcof

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 17 Februari 2018, in AGAMA, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KETUA PENDAFTAR, KUNJUNGAN HORMAT, KUNJUNGAN MAHABBAH, MAHKAMAH, Mahkamah Syariah, MAJLIS, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen