LAFAZ IKRAR PEGUAM SYARIE SABAH

20160518_101616

Kota Kinabalu | Sempena majlis penyerahan Surat Perlantikan dan Sijil Kebenaran Beramal Peguam Syarie Sabah pada 18 Mei 2016 yang lalu, satu acara lafaz ikrar Peguam Syarie telah diadakan. Ikrar oleh 19 Peguam Syarie yang baru dilantik itu dilafazkan di hadapan Yang Amat Arif, Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Sabah dan para hadirin. Lafaz ikrar yang diketuai oleh Muhd Izzul bin Basri itu berbunyi berikut:

“Bahawasanya kami sebagai Peguam Syarie Negeri Sabah bersyukur dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang telah melantik kami sebagai Peguam Syarie demi membantu Mahkamah Syariah dan awam untuk menegakkan keadilan dan mencari keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Kami sedar perlantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab ke atas kami. Justeru, kami berjanji akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas kerana Allah. Kami juga berjanji menjaga dan memelihara etika, imej dan kerjaya kami sebagai Peguam Syarie”.

Ikrar berkenaan dilihat satu batu asas kepada Peguam Syarie di Negeri di Bawah Bayu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Islam demi memartabatkan perundangan Islam di Sabah.

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 22 Mei 2016, in AGAMA, KELUARGA, MAJLIS, UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalamu’alaikum. Nak tnya cara dan procdure permohonan menjadi peguam syrie Sabah. . Tq. ^_^

Tinggalkan komen