Monthly Archives: Januari 2010

ANDA PENAT DAN LETIH? cuba penawar ini

ANDA LETIH DAN PENAT?

CUBA PENAWAR INI

 

28hb JANUARI 2010

Kepenatan dan keletihan badan boleh menyebabkan kita malas bekerja. Banyak faktor menyebabkan keletihan tubuh badan. Memandu kereta terlalu lama boleh menyebabkan keletihan dan kepenatan. Apatah lagi terpaksa melalui jalan sesak dengan pergerakan perlahan. Duduk di pejabat walau di atas kerusi empuk juga boleh jadi penat jika mengambil masa yang lama. Membaca dan menulis juga begitu. Mengumpulkan buku-buku atau alat-alat perkakas rumah, bengkel, kereta dan lain-lain juga boleh menyebabkan keletihan. Menghadiri kursus, seminar atau bengkel yang mengambil masa berjam-jam juga boleh menyebabkan keletihan dan kepenatan. Keletihan dan kepenatan boleh menyebabkan kita menjadi kurang semangat dan malas bekerja.

Jika ini berlaku, anda harus mengatasinya seberapa segera. Anda perlu bersemangat dan ceria meneruskan kerja anda. Caranya, anda cuma perlu ke bilik air atau kamar mandi sekiranya ada. Anda cuma perlu MANDI seketika, atau basahkan seluruh badan anda jika dapat. Jika tidak dapat atas sebab tertentu, lapkan sahaja badan anda dengan tuala atau kain basah. Insyaa Allah, anda akan merasa kesegaran tubuh badan yang luar biasa. Seolah-olah anda tidak melakukan kerja-kerja berat sebelum itu. Ia amat berkesan menghilangkan keletihan dan kepenatan. Dengan penuh kesegaran dan keceriaan, sambunglah semula kerja anda dengan semangat yang baru. Kaedah mandi atau membasahkan tubuh badan boleh dilakukan berulang-ulang walaupun dalam masa sehari. ERAKITA mengajak anda mencuba kaedah ini.

 

Semoga anda mendapat manfaatnya.

Belum Cuba Belum tahu!

 

 

siapa musuh masa anda?: jom berkenalan dengan mereka

SIAPA MUSUH MASA ANDA?

kenali siapa mereka

20 Januari 2010

Musuh kepada masa anda berpunca dari anda sendiri atau orang lain. Kajilah apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, membuat panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara berterusan, melayan tetamu yang tak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Mungkin kerana menonton TV atau mendengar muzik atau lagu-lagu, bermain video game dan pelbagai lagi. Mungkin juga masa kita banyak terbuang bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi atau memancing ikan, atau SHOPPING di kompleks beli belah. Maklumlah, zaman sudah banyak berubah. Dulu kita hanya ada kedai runcit. Sekarang, kedai runcitnya hampir tenggelam. Sekarang ni, KOMPLEKS BELI BELAH, GEDUNG BELI BELAH yang dihiasi dengan JENAMA TESCO, GIANT, SURVEY, THE TUNE, JAKEL, KAMDAR, LOT 10, dan yang terbesar lagi, kita ada ONE BORNEO. Maksudnya, satu Borneo!. Rasanya, jika diikutkan hati, meronda dan melawat seluruh kawasan dalaman untuk barang 2-3 jam tidak akan cukup. Cuma, hakikatnya, memasuki kompleks beli belah gergasi seperti ini memang mengambil masa yang agak panjang.

Mungkin juga kita banyak menghabiskan masa dengan internate, apatah lagi sekarang dah ada laman interaksi sosial yang begitu kuat tarikannya seperti FACEBOOK. Dikatakan bahawa FACEBOOK mempunyai tarikan tersendiri yang luarbiasa, bukan saja kepada golongan remaja tetapi juga kepada golongan dewasa, korporat, usahawan, kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai tinggi, orang politik, karyawan, artis, tokoh politik, masyarakat dan agama, kumpulan professional, termasuklah pemimpin-pemimpin negara. Fenomena ini bukan hanya melanda negara kita, bahkan sudah merebak dan semerak di seantero dunia.

Menurut kajian, tarikan FACEBOOK yang luasbiasa menjadikan peminat dan ahlinya MAMPU duduk berjam-jam di hadapan komputer. Mengapa begitu? Kerana mereka sudah KECANDUAN untuk mengikuti perkembangan terkini dan ”UPDATED” dari rakan-rakan sembang mereka. Mereka KECANDUAN untuk mengetahui respon dari rakan-rakan terhadap bahan-bahan yang dipaparkan di dalam profail masing-masing seperti gambar, kenyataan ringkas, permainan dan pelbagai lagi. Jika dapat, segala aktiviti individu berkenaan dipaparkan untuk tatapan rakan-rakan sembang. Kini, FACEBOOK juga dapat diakses dengan mudah di handset. Tidak hairan, mengapa FACEBOOK yang kini menjadi KECANDUAN, KERINDUAN, KEMINATAN dan KEGILAAN orang di seluruh dunia berjaya MENCURI masa yang banyak dari peminatnya.

Jadi, andai kita mengetahui punca kepada musuh masa anda, bertindaklah segera. Anda sebenarnya belum terlambat untuk bertindak. Bertindak bukan untuk memusnahkan musuh anda tetapi dalam konteks ini, melunakkan musuh anda. Musuh boleh menjadi kawan yang baik dan berfaedah jika kita bijak menanganinya. Maknanya, sembang dengan kawan, shopping, melayan panggilan talipon, menonton TV, melayari internate, melayani FACEBOOK tidak menjadi masalah andai ”mereka” dapat dikendalikan dengan bijak. Sebenarnya, musuh kita dalam hal ini ialah sikap kita terhadap masa. Jadi, salah satu kaedah untuk mengatasi musuh kita ialah dengan menguatkan disiplin diri. Binalah kemampuan untuk menolak dan mengatakan ”TIDAK” kepada musuh-musuh masa anda ketika perlu dan menasabah. Sayangilah masa kita. Jika mampu, hargailah setiap detik yang datang dan yang telah berlalu. Pastinya, masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Jika kita menghormati masa, Insyaallah, orang lain akan menghormati kita dan hidup kita menjadi berkualiti.

Andai ada kesempatan, ERAKITA mengajak anda untuk menghayati satu surah dalam al-Quran yang pendek tapi padat dengan makna dan pengertian mendalam mengenai masa. Surah itu ialah al-’Asr.

DEMI MASA


Selamat Pengantin Baru: UYIE & RINA

 

  

 

SELAMAT PENGANTIN BARU

UYIE dan RINA

  

14hb. Januari 2010

Rasanya, belum terlambat untuk ERAKITA mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan bertuah yang telah melangsungkan perkahwinan mereka semasa cuti sekolah panjang baru-baru ini. Tepat jam 2.00pm, 18hb. Disember 2009, bertempat di kediaman En Rusinin bin Muin di Kg. Penagatan Laut atau lebih dikenali sebagai Kg Mapua, Keningau, pasangan bertuah, Hastonoh bin Asoi @ Arinin, 25, dan Ernawati bte Rusinin, 27, akhirnya sah sebagai suami isteri. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Pasangan diakadnikahkan oleh Imam Mohd Alias, Jurunikah bertauliah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS).

Hastonoh atau lebih dikenali sebagai Uyie adalah lulusan dari Kolej PTPL Cawangan Kota Kinabalu dalam bidang Kejuruteraan Eletronik manakala Ernawati pula merupakan lulusan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ketika ini, Ernawati bertugas sebagai guru di SK Bunang, Sook, Keningau manakala Uyie pula sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang komputer.

Menariknya, perkenalan mereka bermula sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Perkenalan yang berlangsung selama hampir SATU DEKAD itu akhirnya membawa mereka ke mercu pelamin apabila mereka diakadnikahkan di hadapan keluarga kedua pihak dan rakan-rakan terdekat. Pernikahan yang dijalankan selepas Solat Jumaat itu bertepatan pula dengan sambutan hari besar umat Islam iaitu Maal Hijrah 1431. Bermakna, pernikahan mereka juga bertepatan pada awal tahun bagi Islam iaitu 1 Muharram. Tidak syak lagi, pernikahan ini amat bersejarah dan signifikan bagi pasangan ini. Tepat sekali untuk mengatakan bahawa hari bersejarah ini adalah juga lambang Hijrah Bujang ke Dunia Perkahwinan!

Keesokan harinya, 19hb. Disember 2009 (sabtu), keluarga pengantin Perempuan mengadakan majlis undangan perkahwinan yang di rumah kediaman mereka di Kg Penagatan Laut jam 1.00pm. Jemputan pula datang dari pelbagai lapisan masyarakat dari kampung-kampung yang berdekatan. Beberapa orang kenamaan seperti Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpin masyarakat juga turut hadir ke majlis berkenaan. Jamuan pada hari itu disediakan menggunakan perkhidmatan Katering dari Restoran Azam Fast Food yang mempunyai cawangan perniagaan kedai makan di Wisma MUIS dan Sadong Jaya di Kota Kinabalu, Puncak Azam Resoran di Jalan Penampang Tambunan, Batu 54 (berdekatan Gunung Emas Resort). Untuk tempahan Katering, urusan boleh dibuat melalui talian 0128298372 (Pn. Siti Hafsah), 0126910178 (Pn. Khadijah), 0123055526 (En. Shahrul Anuar) dan 0146555207 (Pn. Suriati).

ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih diharapkan selain kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga ERAKITA mengalu-alukan dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran kepada Ernawati dan keluarganya ke dalam keluarga ERAKITA yang semakin berkembang. “KECIL TAPAK TANGAN, TAPAK NYIRU KAMI TADAHKAN”. Semoga Uyie dan Rina beroleh zuriat dan keturunan yang hebat dan beriman. Ameen ya Robbal ‘alamin.

Gambar-gambar menarik dipaparkan untuk tatapan bersama.

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU

 

Pose istimewa bersama orang tua Uyie (En. Arinin & Pn. Sutinih). Selamat datang menantu baru!

Pose menarik bersama ibu & ayah kepada Rina (En. Rusinin & Pn. Anisah)

Pose menarik bersama keluarga pihak pengantin lelaki. Semua mata tertumpu ke satu sudut. Apa benda tu?

Sibuk nampaknya! dalam kepenatan ada kegembiraan

Sehati sejiwa menjana kebahagiaan. Senyuman ikhlas memang perlu dalam sebuah rumahtangga

Selamat datang untuk Rina dari abang dan kakak ipar.

Bunga merah lambang cinta

Pelamin indah menyerlahkan kemeriahan majlis perkahwinan

Bersama anak2 buah tersayang. Eaa' (dukung). Syakirah (kiri), Nana (tengah) & Ayuni (kanan)

Medan selera

 

 

 

PERKAHWINAN SAMA JANTINA (GAY & LESBIAN): apa kita nak kata?

 

 

 

PERKAHWINAN SAMA JANTINA (GAY & LESBIAN):

APA SUDAH JADI?

 

12 Januari 2010

Apa sudah jadi dengan dunia hari ini? Dunia yang keliru dan celaru. Allah jadikan makhluk ini berpasang-pasangan kerana ada hikmah yang hebat di sebaliknya. Allah nyatakan dalam al-Quran bahawa segala sesuatu itu diciptakan Allah dengan tidak sia-sia. Semuanya punya hikmah tersendiri. Menyentuh soal jantina, bagi manusia, sebutan yang harmoni lagi terhormat ialah laki-laki dan perempuan, lelaki dan wanita, teruna dan gadis. Bagi binatang pula, sebutan yang lumrah ialah jantan dan betina. Untuk menyebut jantina kedua-dua makhluk ini, manusia sememangnya sudah terbiasa dengan sebutan di atas.

Bagi manusia, sebutan seperti lelaki dan wanita, teruna dan gadis melambangkan betapa manusia sendiri mengiktiraf ketinggian taraf dan martabat manusia melebihi makhluk lain. Sebutan itu dipilih sedemikian rupa barangkalai kerana manusia ini punya akal fikiran. Di sinilah sebenarnya perbezaan paling ketara antara manusia dan binatang. Binatang pula lazim disebut jantan dan betina. Andai jantina manusia disebut jantan dan betina, alamatnya, orang yang menyebutnya akan dianggap sebagai orang yang tak waras. Jika seorang wanita dipanggil “BETINA”, itu melambangkan betapa teruknya sebutan itu sehingga wanita diibaratkan jalang, perempuan murahan yang boleh keluar dengan mana-mana lelaki, tidak bermoral, tidak bermaruah, jahat dan sebagainya.

Oleh kerana kesannya amat terasa, jarang sekali kita mendengar orang menyebutkan perkataan ini ke atas mana-mana wanita melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Sebab itu, sebutan ini tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya ke atas wanita. Jantina binatang disebut jantan dan betina barangkali kerana makhluk unik ini hidup semata-mata bersandarkan kepada naluri semulajadinya yang bernama hawa nafsu. Di sinilah titik tolak kita untuk melihat perbezaan ketara antara manusia dan binatang. Sekurang-kurang ada dua kelebihan utama manusia berbanding binatang. Pertama, manusia ada akal yang dapat memikirkan suatu perkara. Keduanya, manusia ada hawa nafsu sebagaimana binatang.

Cuma disebabkan adanya akal, manusia dapat mengawal hawa nafsu sehingga hawa nafsu dapat dikendali dan diarahkan ke tempat yang betul. Binatang yang tak berakal pula tidak dapat mengawal hawa nafsu. Akhirnya hawa nafsu binatang dilampiaskan ke mana-mana tempat tanpa had dan batasnya. Contoh paling mudah ialah naluri seksnya. Bagi binatang, mereka tidak perlu kepada undang-undang dan peraturan apabila bercakap soal hawa nafsu. Mereka tidak mengira dengan siapa mereka melampiaskan naluri seks. Mereka bebas melakukannya di tempat terbuka, hatta dengan saudara kandung atau ibu kandung mereka sendiri.

Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak punya akal untuk memikir dan menilai suatu perkara atau perbuatan itu, samada baik atau buruk, bermoral atau tidak bermoral, bertamadun atau tidak dan sebagainya. Akal menjadikan manusia dari manusia yang pertama, Adam a.s suka kepada wanita. Lalu, Allah ciptakan Hawa sebagai wanita pertama di alam ini untuk menjadi teman Adam a.s. Mereka menjadi suami isteri yang sah. Bermula dari itu, anak dilahirkan dan akhirnya memenuhi segenap pelusuk alam yang bernama dunia. Manusia selepas Adam a.s terus menerus melanjutkan amalan ibu dan bapa mereka untuk meramaikan manusia sehingga hari kiamat. Seluruh manusia menerima keadaan dan hakikat bahawa untuk melahirkan manusia seterusnya, manusia perlukan gandingan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan.

Menjadi lumrah dan diterima manusia tanpa mengira agama dan budaya sejak dari dulu bahawa untuk hidup bersama, lelaki dan wanita itu perlu berkahwin. Pasangan tersebut dipanggil pula sebagai suami bagi lelaki dan isteri bagi wanita. Hasil perhubungan yang sah menurut agama, undang-undang dan adat, akhirnya lahirlah zuriat bernama anak untuk menyambung keturunan suami isteri itu. Kelahiran zuriat sebagai penyambung keturunan menjadi pemangkin kebahagian suami isteri. Akhirnya, kehadiran anak dalam hidup pasangan tersebut telah melengkapkan ungkapan hebat iaitu ”keluarga”. Ungkapan rumah tangga mungkin lebih sesuai untuk pasangan suami isteri sahaja. Namun, ungkapan ”keluarga” lebih tepat untuk ditujukan kepada pasangan suami isteri yang telah ada zuriat. Keluarga pula membentuk masyarakat. Masyarakat pula membentuk sebuah komuniti besar dalam sebuah tempat atau kawasan. Akhirnya dalam sebuah negeri atau negara, masyarakat tadi disebut ”rakyat”.

Jika diperhati, sebuah negara terbentuk daripada proses yang teratur dan unik. Bermula dari lelaki dan wanita, setelah berkahwin, dapat pula zuriat keturunan. Zuriat keturunan pula membentuk sebuah keluarga. Keluarga membentuk masyarakat. Masyarakat menjadi rakyat. Disebut pula rakyat kerana adanya sebuah negara yang mereka diami secara teratur dan terpimpin.

ERAKITA menukilkan kenyataan di atas untuk merujuk perkahwinan sesama jantina yang berlaku di negara-negara barat ketika ini. Perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita kini semakin menular di negara-negara tersebut. Lelaki yang terlibat dikenali sebagai golongan GAY. Wanita berkenaan pula disebut golongan LESBIAN. Lihatlah apa yang terjadi di barat. Kemajuan hebat yang mereka kecapi hari ini tidak mampu untuk menjadikan masyarakat di sana menjadi manusia yang punya peradaban tinggi. Sifat semulajadi manusia sejak Adam a.s untuk membentuk sebuah keluarga melalui perkahwinan antara lelaki dan wanita kini semakin terhakis.

Perlakuan seks bebas antara lelaki dan wanita mungkin tidak memeranjatkan kita kerana ia berlaku di mana-mana. Namun, perlakuan seks bebas antara lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita agak membingungkan dan memeningkan Ini kerana tidak semua manusia dapat menerima hakikat itu. Ini kerana ia menyalahi tabiat semulajadi manusia. Jika ribuan tahun dahulu, Kaum Lut telah dibinasakan Allah kerana mengamalkan secara bebas seks antara lelaki dan lelaki, kini perbuatan ini timbul lagi.

Namun apa yang berlaku pada zaman kini kelihatannya lagi hebat. Mereka bukan saja menubuhkan persatuan atau pertubuhan GAY atau LESBIAN, malah mereka mendesak pula kerajaan mereka untuk membenarkan dan menghalalkan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan desakan untuk minta dihalalkan, mereka kini semakin berani dengan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah untuk mendapatkan hak mereka. Bukan nak mendapatkan hak untuk melakukan seks sesama jantina tetapi HAK UNTUK BERKAHWIN SESAMA JANTINA.!

ERAKITA terpanggil untuk membawa saudara-saudara untuk membaca artikel yang dipetik dari http://news.yahoo.com/s/ap/20100112/ap_on_re_us/us_gay_marriage_trial yang dipetik pada 12 Januari 2010. Kejadian ini berlaku di Amerika, sebuah negara yang dikatakan begitu maju dan kuat. Amerika juga dikatakan sebagai sebuah geragasi ekonomi, senjata, ketenteraan, sukan, hiburan dan pelbagai lagi geragasi-geragasi yang tidak dapat disebutkan kesemuanya di sini. Artikel di bawah dipersembahkan untuk anda untuk merenungnya.

 

Calif couples tell of gay marriage ban’s toll

SAN FRANCISCO – Two same-sex couples gave intimate accounts of their private and public lives Monday during the opening day of a highly anticipated federal trial to decide the constitutionality of state bans on gay marriage, at times tearfully testifying about moments of awkwardness, disappointment and shame that they said resulted from their inability to legally wed.

“I’ve been in love with a woman for 10 years, and I don’t have access to a word for it,” said Kristin Perry, 45, the lead plaintiff in a lawsuit seeking to overturn the voter initiative that outlawed gay marriage in California. “You chose them over everybody else, and you want to feel that it is going to stick and that you are going to have the protection and support and inclusion that comes from letting people know you feel that way.

” Perry and her partner, Sandra Stier, 47, and a gay couple from Los Angeles, Paul Katami, 37, and Jeffrey Zarrillo, 36, were the first witnesses in a case that could become a landmark that determines if gay Americans have the right to marry. Their testimony, designed to demonstrate that the law passed as Proposition 8 promotes inequality, was expected to provide the human element during proceedings that will rely heavily on evidence from academic experts.

Katami, a manager for a fitness company, said he and Zarrillo “would love to have a family” but have intentionally postponed fatherhood until they can legally wed because they want their children to have the stability and sense of belonging that comes with being raised by married parents. “The timeline for us always has been marriage first before family,” Katami said. “For us, marriage is so important because it solidifies the relationship and gives us access to the relationship that is global. The struggle we have legitimizing ourselves to other people would be eradicated.” Earlier in the day, attorney Theodore Olson, who represents the two couples, quoted the U.S. Supreme Court’s own lofty description of matrimony to demonstrate what his clients were being denied.

“In the words of the highest court in the land, marriage is the most important relationship in life and of fundamental importance to all individuals,” said Olson, who represented George W. Bush during the Florida recount in 2000 and later served as his solicitor general. The trial is the first in a federal court on the question of whether the U.S. Constitution’s guarantee of equal treatment forbids prohibiting gays from getting married. Chief U.S. District Judge Vaughn R. Walker, who is presiding over the trial without a jury, peppered lawyers with questions during their opening statements. The judge asked if they had evidence the Constitution grants gays the right to marry and if states have a reasonable right to deny those marriages.

Among other things, Walker asked how Proposition 8 could be discriminatory since California already allows domestic partnerships that carry the same rights and benefits of marriage. “If California would simply get out of the marriage business and classify everyone as a domestic partnership, would that solve the problem?” the judge asked. Olson answered that he did not think such a move would be politically feasible. “I suspect the people of California would not want to abandon the relationship that the proponents of Proposition 8 spent a tremendous amount of resources describing as important to people, and so important it must be reserved for opposite-sex couples,” he said.

Attorney Charles Cooper, who represents Proposition 8 sponsors, said it’s too difficult to know the impact of gay marriage on traditional marriage because the practice is still so new. Only five states have opened the institution to same-sex couples, and three were required to do so by judges, he said. “While the people of California have been steadfast in their defense of marriage, they have also been generous in their extending of the rights and benefits and protections of marriage to the gay and lesbian population,” Cooper said. He also noted that President Barack Obama doesn’t support legalizing gay marriage, a remark that prompted Judge Walker to note that Obama’s own parents would not have been allowed to get married in some states before the Supreme Court overturned state bans on interracial marriage in 1967.

 “That indicates there is quite a change in individuals’ entitlement to enter the institution” of marriage, Walker said. Regardless of the outcome of the case, it’s likely to be appealed to the U.S. Supreme Court, where it could lead to gay marriage bans being abolished or upheld nationwide. Two hours before the trial was scheduled to start, the Supreme Court blocked video of the proceedings from being posted on YouTube.com. It said justices need more time to review that issue, and put the order in place at least until Wednesday. Over the weekend, Proposition 8’s sponsors sought to block footage of the trial from being uploaded to the video-sharing site after Walker approved the plan last week. Walker said the case was appropriate for wide dissemination because it dealt with an issue of wide interest and importance.

Rick Jacobs, chairman of the Los Angeles-based gay rights organization the Courage Campaign, said his group was disappointed with the decision to bar cameras and called on the high court to lift its ban. “It’s time that the debate about marriage equality is seen for what it is — a debate over the rights of our friends and families to live their lives freely,” he said. At trial, Walker also intends to quiz lawyers on whether sexual orientation is something people are born with or whether it can be changed, and about the effect on children of being raised by two mothers or two fathers. Witnesses for Proposition 8 backers will testify that governments historically have sanctioned traditional marriage as a way to promote responsible child-rearing, and that this remains a valid justification for limiting marriage to a man and a woman.

Associated Press Writer Mark Sherman in Washington contributed to this report.

 

Saudara, keputusan kes ini nanti bakal merubah sinario perkahwinan sesama jantina di Amerika. Jika dibenarkan oleh Mahkamah Agung, sebuah Mahkamah yang tertinggi di Amerika, alamatnya, perkahwinan GAY akan menjadi HALAL di sana. ERAKITA terfikir, jika benar perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dibenarkan nanti, apakah masih laku sebutan EVERGREEN iaitu SUAMI dan ISTERI selepas ini? Apakah nanti panggilan khas untuk pasangan GAY atau LESBIAN itu. Jika dibenarkan perkahwinan itu, siapa yang dipanggil suami dan siapa pula yang dipanggil isteri? Atau apakah lelaki juga nanti boleh dipanggil isteri walaupun ia tidak mempunyai jantina wanita, tidak mampu mengandung dan melahirkan anak?

Persoalannya, manakah sebenarnya makhluk yang lebih mulia dan menurut tabiat semulajadi? Apakah manusia yang bernama GAY atau LESBIAN atau binatang yang hanya mengambil pasangan hidupnya yang berlainan jantina.? Ini soalan yang amat mudah untuk dijawap. Jawapannya sudah tentu Binatang. Dalam kedudukan ini, binatang lebih mulia kerana mereka lebih tahu dan memahami kehendak alam semulajadi. Dengan mengambil pasangan berlainan jenis dalam hubungan seks, binatang terus menerus melahirkan generasi demi generasi mereka tanpa masalah sehingga ke hari kiamat. Berlainan dengan GAY. Andai mereka melakukan hubungan seks, apakah mereka berjaya mendapatkan zuriat dan keturunan?

Jawapan kepada soalan-soalan ini begitu mudah. Kanak-kanak sekecil umur 7 tahun juga faham dan mampu untuk menjawapnya. Sudah tentu golongan GAY tidak akan mampu dan sama sekali mustahil secara MUTLAK untuk melahirkan anak. Ini kerana lelaki tidak akan mampu melahirkan anak seperti wanita. Tindakan mereka berkahwin sesama jantina sesungguhnya amat mengaibkan. Mereka sesungguhnya menghancurkan kelangsungan kewujudan manusia di muka bumi. Tindakan mereka tidak ubah seperti ingin melihat manusia menjadi pupus! Mereka sesungguhnya mengaibkan maruah dan martabat kaum wanita, lebih teruk dari perlakuan kaum Jahiliah sebelum kedatangan insan mulia lagi terpuji, junjungan Nabi Muhammad s.a.w lebih 1,400 tahun yang lampau.

Tak kala Islam datang untuk menaikkan martabat kaum wanita dengan memberikan kedudukan mulia, diberikan peranan penting dalam rumahtangga, diberikan hak untuk ditaati oleh anak-anak, diberi hak untuk mendapatkan hak ekslusif sebagai isteri terhadap suami, diberi hak menerima harta pusaka dari suami dan pelbagai lagi hak istimewa, tiba-tiba datang pula golongan GAY atau LESBIAN untuk menafikan ini semua. Apa yang kita nak kata pada golongan ini? ERAKITA percaya bahawa manusia yang waras tidak akan melakukan sedemikian rupa. ERAKITA percaya bahawa tindakan sedemikian tidak diterima oleh akal manusia yang waras tanpa mengira kaum, keturunan, warna kulit dan agama. Ia cukup mengaibkan martabat kemanusiaan yang selama ini terpelihara.

Bagi kita di Malaysia, kehadiran fenomena DUNIA TANPA SEMPADAN, MAKLUMAT DI HUJUNG JARI dan pelbagai lagi ungkapan sesungguhnya menjadi cabaran hebat buat kita. Tidak mustahil, kejadian dan naluri GAY dan LESBIAN sepertimana yang berlaku di negara barat itu telah menular tempiasnya di negara kita samada disedari atau tanpa disedari. Semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi fenomena TERKUTUK ini dari meresap dalam masyarakat kita. Andai telah ada bibitnya, ayuhlah kita bertindak mencegahnya menurut keupayaan kita.

Selain mengharapkan undang-undang pencegahan yang sedia ada, baik dalam KANUN KESEKSAAN (Penal Code) atau AKTA dan ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH serta ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM di setiap negeri, hanya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sahajalah senjata paling ampuh dan canggih untuk menangkisnya.

 

SAMA-SAMA KITA RENUNGI FENOMENA INI

 

 

ISU KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN: mari berkongsi pandangan

ISU KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN

mari berkongsi pandangan


8 Januari 2010

Perbincangan mengenai isu ini dimulakan dengan ungkapan bahawa KITA HARUS MELIHAT PERKARA INI DARI PELBAGAI PERSPEKTIF. JANGAN MELIHAT PERKARA INI DARI PERSPEKTIF NEGATIF SAHAJA. Bagi ERAKITA, percubaan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam agama lain sebenarnya merugikan agama dan penganut agama itu sendiri. Jika diadakan perkataan baru seperti Allah sedangkan ia asing bagi mereka, bukankah itu lebih mengelirukan penganut mereka sendiri? Akhirnya mereka akan merujuk juga tafsiran Allah itu dalam kamus-kamus yang tersedia dan diiktiraf kebenarannya. Contoh yang mudah ialah kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, edisi ke-4, terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd, umpamanya, yang disusun oleh Joyce M. Hawkins, perkataan ALLAH itu bermaksud TUHAN ORANG ISLAM. Bayangkan saudara bagaimana kekeliruan di kalangan penganut agama lain tidak mustahil boleh berlaku ekoran penggunaan kalimah tersebut dalam akhbar atau majalah agama mereka. Apatah lagi jika perkataan Allah ini digunakan dalam KITAB SUCI MEREKA.

Jika mereka menggunakan juga perkataan tersebut dalam agama mereka, bermakna bahawa SECARA LITERAL, mereka sudah mengiktiraf dan mengakui bahawa perkataan ALLAH yang mereka gunakan itu adalah TUHAN ORANG ISLAM. Bukannya Tuhan yang terdiri dari 3 komposisi iaitu anak Tuhan, bapa Tuhan dan Ruhul Kudus. Jika perkataan Allah itu diertikan bukan seperti Tuhan orang Islam, maka jelas sekali bahawa ia sudah jauh bertentangan dengan tafsiran dalam kamus-kamus yang diiktiraf oleh masyarakat seluruhnya dan kerajaan. Jika keadaan ini berlaku juga, nescaya pihak berkaitan seperti para pendukung bahasa di negara ini, DBP, persatuan-persatuan berkaitan bahasa dan Kerajaan wajar melihat hal ini dengan serius. Harus dilihat nanti apakah telah berlaku ketidakpatuhan mana-mana pihak terhadap tafsiran suatu perkataan yang telahpun diwartakan oleh pihak kerajaan. Atau apakah perlu tafsiran mengenai perkataan ALLAH dalam kamus-kamus yang telah diiktiraf itu dikaji semula?

Atau apakah badan bahasa berprestij seperti DBP akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengheret pihak-pihak berkenaan ke muka pengadilan kerana melanggar undang-undang atau peraturan berkaitaan penggunaan bahasa? Apakah pada peringkat ini, pihak DBP atau mana-mana pihak berkaitan wajar memohon satu injunksi atau perintah di Mahkamah untuk menghalang pihak-pihak berkenaan dari menggunakan perkataan Allah dalam agama mereka? Atau apakah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menggunakan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara ke atas pihak-pihak berkenaan jika berpendapat bahawa tindakan mereka itu telah meletakkan keselamatan negara terjejas atau terancam? Hal-hal seperti ini boleh saja timbul dalam fikiran masyarakat dan kerajaan memandangkan isu ini telah menjadi isu besar, sensetif dan bersifat nasional. Walau apapun tindakan yang diambil, semua pihak harus mengambil sikap untuk tidak bertindak secara terburu-buru untuk menangani isu ini. Banyak pendekatan yang boleh difikirkan untuk menangani isu ini. Yang penting, keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama selama ini dapat dipertahankan. Pendekatan yang diambil umpama menarik rambut dalam tepung, biar tepung tak berselerak dan rambut pula tak putus.

Berbalik kepada penggunaan kalimah Allah dalam agama lain, kekeliruan boleh timbul di kalangan penganutnya kerana mereka sendiri tidak menemui tafsirannya dalam agama mereka. Mahu tidak mahu, mereka mesti merujuk juga kepada kamus dan tafsiran yang diiktiraf umum. Yang ada pada mereka adalah perkataan God atau Tuhan. Mereka akan bertanya diri sendiri mengapa mereka harus bersusah payah mengada-adakan perkataan dan sebutan baru mengenai Tuhan mereka sedangkan ia tidak ada dalam agama mereka. Lantas mereka akan merasa kekurangan dalam agama mereka. Lantas timbul perasaan syak dan ragu terhadap agama mereka sendiri setelah menyedari bahawa terdapat benda yang diada-adakan dalam agama mereka. Bukankah ini sebenarnya merugikan agama mereka sendiri?

PELUANG MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA NON MUSLIM

Bagi Erakita, inilah masanya yang terbaik untuk mempekenalkan Islam kepada penganut agama lain. Inilah masanya yang terbaik untuk memperkenal dan menyatakan secara terbuka kepada penganut agama lain bahawa Allah bagi Islam adalah Esa. Esa itu bukan Isa tapi Tuhan yang satu, tidak berbapa dan tidak diperanakkan. Mungkin selama ini orang-orang Islam memilih untuk berdiam diri, takut untuk memberitahu kepada orang bukan Islam mengenai kedudukan sebenar Allah itu. Tetapi, keadaan ketika ini benar-benar memberi kesempatan terbuka kepada umat Islam untuk bercakap dan menyatakan kepada bukan Islam bahawa Allah itu adalah satu, bukan dua atau tiga secara terbuka. Lihat sajalah bagaimana akhbar-akhbar perdana dan tak perdana di negara ini membincangkan isu ini. Akhbar sudah tidak segan-segan lagi melaporkan pandangan dan reaksi pelbagai pihak yang menentang usaha menggunakan kalimah Allah dalam agama lain. Antara yang dilaporkan ialah betapa perkataan Allah dalam Islam itu begitu ekslusif sekali. Ia eksklusif kerana Allah dalam agama Islam adalah Tuhan yang Esa. Bukan seperti Tuhan bagi agama Krisitian yang terdiri dari 3 komposisi. Perbincangan mengenainya baik di TV atau akhbar dan forum begitu terbuka. Tidak kelihatan setakat ini tanda-tanda bahawa perbincangan secara terbuka mengenai isu ini akan berakhir segera. Ia begitu PANAS dan semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Kejadian ini bagi Erakita samalah seperti kejadian dalam tragedi runtuhnya bangunan pencakar langit di Amerika akibat dirempuh oleh kapal terbang. Sehingga kini, tragedi dahsyat 911 masih segar dalam ingatan. Sejak peristiwa itu, pihak Barat memperhebatkan rasa kebencian dan permusuhan mereka dengan orang Islam. Mereka kata kejadian ngeri itu adalah angkara keganasan yang dilakukan oleh orang Islam. Sejak itu istilah ISLAMOFOBIA tersebar ke mana-mana. Barat semakin memandang serong terhadap Islam dan penganutnya. Pelbagai tohmahan diberikan kepada Islam. Kata-kata seperti ISLAM ADALAH AGAMA KEGANASAN sudah menjadi sebutan di mana-mana di kalangan musuh-musuh Islam. Akibatnya, bumi Afghanistan hancur akibat ledakan bom dan senjata orang-orang Barat atas alasan memerangi pengganas yang kononnya didalangi anggota pertubuhan Islam, al-Qaeda. Lantas apa yang berlaku? Tak kala cemuhan dan tohmahan terhadap Islam begitu hebat dilontarkan Barat, tidak sangka-sangka pula berlaku hikmah terbesar yang amat bernilai bagi Islam.

Bayangkan saudara, betapa semakin Islam dihina dan dilebal sebagai agama keganasan, rupa-rupanya masyarakat Barat yang bukan Islam semakin tertarik pula untuk mengkaji agama Islam. Mereka terpanggil TANPA DIPAKSA atau disuruh untuk mengkaji dan mendalami agama yang suci ini. Tindakan mereka didorong oleh suatu kuasa yang sungguh luar biasa untuk melihat dan mengkaji Islam lebih terperinci. Mereka nak mengkaji adakah benar Islam mengajar umatnya menjadi pengganas. Mereka nak mengkaji adakah benar Islam ini agama yang jahat dan penuh ketidakadilan sebagaimana digembar gemburkan musuh-musuh Islam selama ini. Tanpa diduga, dalam jangka masa yang singkat, minat orang-orang Barat untuk mengkaji ajaran Islam begitu mendadak sekali. Buku-buku Islam di kedai-kedai umpama goreng pisang. Jika dulu, buku-buku itu memerlukan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun untuk dihabiskan di pasaran, kali ini tidak. Buku-buku tentang Islam kini begitu digemari. Mereka mula membaca, mengkaji dan menghayati kandungan ajaran Islam. Buku-buku Islam di perpustakaan juga sudah pasti menjadi bahan carian yang popular. Perkataan Islam dalam carian google di internate sudah menjadi perkataan popular mengalahkan senarai nama-nama penyanyi dan pelakon popular negara atau barangkali yang popular di dunia. Keghairahan orang Barat mengkaji ajaran Islam begitu terserlah dan ianya suatu yang tidak pernah terjangkau atau terlintas dalam fikiran kita.

Akhirnya apa yang berlaku saudara-saudara? Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan dengan mata dan telinga mereka bahawa betapa semakin ramainya orang-orang Barat kini memahami dan mendalami Islam. Akhirnya apa yang berlaku saudara-saudara? Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan ramai orang-orang Barat yang kini memahami Islam telah mendapat HIDAYAH Allah. Akhirnya dengan hidayah itu, mereka dengan rela dan suci hati memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka memilih Islam sebagai cara hidup mereka. Mereka memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka. Mengapa jadi begitu? Kerana mereka telah menemui agama yang begitu agung. Mereka telah menemui agama yang begitu adil dan indah. Mereka telah menemui agama yang begitu menyeluruh ajarannya. Mereka telah menemui agama yang NOMBOR SATU menganjurkan kedamaian dan keamanan. Mereka telah menemui agama yang benar-benar menaikkan martabat kaum wanita.

Mereka telah menemui agama yang benar-benar berteraskan kepada sumber dan rujukan utamanya yang asli iaitu al-Quran. Di dalam al-Quran itu pula tidak ditemui sebarang kelemahan atau kekurangan. Tidak ada ayat-ayat yang bertentangan sesama sendiri. Tidak ada ayat-ayat yang menganjurkan keganasan. Tidak ada ayat-ayat yang lucah dan buruk. Tidak ada ayat-ayat yang membezakan manusia berdasarkan kulit, kaum, pangkat, kedudukan, kekayaan dan rupa. Akhirnya mereka mengakui bahawa rupa-rupanya sangkaan mereka selama ini terhadap Islam silap dan tersasar jauh. Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan orang-orang Barat berbondong-bondong memeluk agama Islam. Tidak kurang ramainya Paderi di Barat dan personaliti terkenal turut memilih Islam sebagai agama mereka.

Dan yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi, dunia dan penghuninya dapat menyaksikan betapa semakin hari semakin bertambah bilangan rumah-rumah ibadat atau GEREJA di negara-negara Barat jatuh ke tangan orang-orang Islam. Ia jatuh ke tangan orang-orang Islam bukan kerana ia dirampas atau diambil secara ganas. Ia jatuh ke tangan orang-orang Islam kerana dibeli dengan wang ringgit oleh orang-orang Islam. Gereja-gereja itu dibeli kerana orang-orang Barat sudah tidak minat untuk mengamalkan agama mereka. Mereka sudah jauh dari agama mereka. Hidup mereka sudah bertuhankan hawa nafsu yang hebat. Rumah-rumah ibadat bagaikan kuburan lama yang tidak dijaga. Kos penjagaan pula bertambah dan menyulitkan. Akhirnya, kekangan kewangan untuk menjaganya mencetuskan desakan untuk segera menjualnya dari terus dibebani hutang dan liabiliti yang tinggi. Akhirnya orang-orang Islam yang semakin kukuh ekonominya membeli gereja-gereja tersebut. DAN akhirnya, apa yang terjadi? Akhirnya gereja-gereja tersebut bertukar wajah menjadi MASJID yang dikerumuni orang Islam dari pelusuk dunia. Inilah fenomena yang sedang berlaku hari ini. Suatu fenomena yang tidak pernah disangka-sangka akan berlaku.

Rupa-rupanya, dalam keadaan Islam dan penganutnya ditekan dan tertekan ekoran kejadian 911 di bumi Amerika itu, terdapat pula hikmah yang amat besar buat Islam dan penganutnya. Hikmahnya ialah Islam menjadi subur. Minat orang bukan Islam untuk belajar dan mengkaji Islam semakin mendalam. Kemuncaknya, Islam menjadi agama PALING SUBUR perkembangannya di dunia hari ini. Rupa-rupanya, inilah akibat dan natijah setelah Islam ditindas dan dicemuh. Inilah hasilnya apabila Islam berhadapan dengan cabaran dan dugaan hebat dari orang-orang bukan Islam. Inilah kesan dan akibatnya apabila Islam berhadapan dengan situasi genting dan panas.

Bagi ERAKITA, keadaan yang berlaku dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam agama lain harus dilihat dalam pelbagai sudut dan dimensi. Selain melihat dari sudut negatif, jangan pula kita lupa melihat juga dari sudut positif. ERAKITA tidak membincangkan isu kalimah Allah dari sudut negatif kerana dari hari pertama keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan beberapa hari lalu, banyak sekali pandangan-pandangan mengenai implikasi atau kesan negatif keputusan tersebut telah dikeluarkan pelbagai pihak. Namun, dari sudut positifnya, jarang sekali kita menemui pandangan sedemikian. Justeru, ERAKITA melahirkan artikel ini untuk mengupas secara santai isu ini dari perspektif positif. Tujuannya, tidak lain hanyalah untuk meredakan ketegangan dan kehangatan. Tujuannya, untuk melatih diri ini dan saudara-saudara supaya sentiasa melihat perkara-perkara yang berlaku di persekitaran kita dalam pelbagai perspektif.

Bagi ERAKITA, umat Islam harus mengambil kesempatan yang begitu terbuka ini untuk menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam kepada orang-orang bukan Islam. Inilah masanya yang boleh diumpamakan sebagai EMAS. Mengapa? Kerana peluang seperti ini boleh jadi berlaku hanya sekali sahaja. Tak kala orang heboh dan bercakap mengenai konsep ketuhanan gara-gara isu penggunaan perkataan ALLAH dalam agama lain, umat Islam harus mengambil kesempatan ini. Gunakan segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam kepada orang bukan Islam. Pandangan dan saranan pelbagai pihak agar diadakan segera dialog antara agama tidak boleh diketepikan begitu saja. Kesempatan begitu terserlah di hadapan kita untuk menerangkan dan mempromosi teras ajaran Islam yang sebenar dalam dialog antara agama itu. Siapa tahu, penjelasan mengenai kedudukan sebenar ajaran agama Islam ini dapat pula membuka mata dan hati penganut-penganut agama lain untuk mendalami Islam lebih lanjut? Siapa tahu bahawa pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Islam dapat pula membuka mata dan hati orang-orang bukan Islam untuk memeluk Islam? Siapa tahu? Semua ini boleh saja terjadi dalam masa singkat dengan izin Allah.

ERAKITA melihat bahawa situasi yang panas seperti ini membuka ruang kepada kerajaan untuk memperkenalkan matapelajaran PERBANDINGAN AGAMA dalam dunia pendidikan. Jika kerajaan berjaya memasukkan matapelajaran TAMADUN ISLAM sebagai subjek penting untuk diambil oleh pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT), TIDAK ADA SEBAB mengapa kerajaan tidak dapat MEWAJIBKAN setiap Institut Pengajian Tinggi di negara ini untuk memasukkan matapelajaran PERBANDINGAN AGAMA sebagai subjek teras kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama. Subjek Tamadun Islam dan Perbandingan Agama dilihat sebagai gandingan 2 subjek yang sesuai dan mantap. Ia umpama BAGAI PINANG DI BELAH DUA. Ia saling lengkap melangkapi antara satu sama lain. ERAKITA juga berpendapat bahawa kedua-dua matapelajaran ini bukan saja patut diwajibkan di IPT, tetapi juga ia patut diperkenalkan dari peringkat SEKOLAH RENDAH lagi. Ini kerana, subjek ini penting untuk memperkenalkan agama kepada pelajar. Pelajar pula dilatih untuk menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan mana satu agama yang benar-benar unggul. Hikmahnya di sini, pengertian yang mendalam mengenai konsep ketuhanan dan pemakaian kalimah ALLAH itu dapat difahami dari peringkat awal lagi.

Saudara, dalam al-Quran sendiri Allah ada menyebut bahawa boleh jadi apa yang kita suka, sebenarnya terdapat keburukan padanya. Demikian pula, boleh terjadi bahawa apa yang kita benci itu sebenarnya wujud padanya kebaikan. Peringatan Allah ini memberi gambaran dan pendidikan kepada manusia agar tidak melihat sesuatu itu dari perspektif yang terhad. Harus ada kesabaran dan penilaian menyeluruh. Harus ada kesabaran dan sikap berhati-hati. Harus ada sikap tidak gelojoh dan terburu-buru untuk menjatuhkan keputusan atau hukuman. Harus ada sikap melihat suatu perkara itu dari aspek kekuatan dan kelemahan, dari aspek kelebihan dan kekurangan, positif dan negatif, kejelasan dan kesamaran serta pro dan kontranya. Sikap mengambil kira semua keadaan-keadaan di atas, tidak syak lagi dapat melahirkan individu yang bijak dan beruntung. Individu yang bijak dan beruntung akan melahirkan masyarakat yang bijak dan beruntung. Masyarakat yang bijak dan beruntung akan melahirkan pula sebuah negara yang bertamadun tinggi dan kuat. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil telahpun melalui proses SARINGAN dan TAPISAN yang mantap dan meyakinkan. Bukannya keputusan yang lahir dari runtunan emosi, sentimen dan hawa nafsu semata-mata.

Sekali lagi ERAKITA mengajak saudara-saudara untuk melihat isu penggunaan kalimah Allah dalam agama lain dari pelbagai perspektif sebagaimana yang diterangkan di atas. Semoga kita mendapat manfaat dari artikel kerdil ini. Akhirnya, hanya kepada Allah kita menyerahkan segala urusan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perkara yang nyata dan tersembunyi.

KEDAMAIAN, KEAMANAN DAN KEHARMONIAN DALAM NEGARA TERLALU MAHAL HARGANYA