ISU KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN: mari berkongsi pandangan

ISU KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN

mari berkongsi pandangan


8 Januari 2010

Perbincangan mengenai isu ini dimulakan dengan ungkapan bahawa KITA HARUS MELIHAT PERKARA INI DARI PELBAGAI PERSPEKTIF. JANGAN MELIHAT PERKARA INI DARI PERSPEKTIF NEGATIF SAHAJA. Bagi ERAKITA, percubaan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam agama lain sebenarnya merugikan agama dan penganut agama itu sendiri. Jika diadakan perkataan baru seperti Allah sedangkan ia asing bagi mereka, bukankah itu lebih mengelirukan penganut mereka sendiri? Akhirnya mereka akan merujuk juga tafsiran Allah itu dalam kamus-kamus yang tersedia dan diiktiraf kebenarannya. Contoh yang mudah ialah kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, edisi ke-4, terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd, umpamanya, yang disusun oleh Joyce M. Hawkins, perkataan ALLAH itu bermaksud TUHAN ORANG ISLAM. Bayangkan saudara bagaimana kekeliruan di kalangan penganut agama lain tidak mustahil boleh berlaku ekoran penggunaan kalimah tersebut dalam akhbar atau majalah agama mereka. Apatah lagi jika perkataan Allah ini digunakan dalam KITAB SUCI MEREKA.

Jika mereka menggunakan juga perkataan tersebut dalam agama mereka, bermakna bahawa SECARA LITERAL, mereka sudah mengiktiraf dan mengakui bahawa perkataan ALLAH yang mereka gunakan itu adalah TUHAN ORANG ISLAM. Bukannya Tuhan yang terdiri dari 3 komposisi iaitu anak Tuhan, bapa Tuhan dan Ruhul Kudus. Jika perkataan Allah itu diertikan bukan seperti Tuhan orang Islam, maka jelas sekali bahawa ia sudah jauh bertentangan dengan tafsiran dalam kamus-kamus yang diiktiraf oleh masyarakat seluruhnya dan kerajaan. Jika keadaan ini berlaku juga, nescaya pihak berkaitan seperti para pendukung bahasa di negara ini, DBP, persatuan-persatuan berkaitan bahasa dan Kerajaan wajar melihat hal ini dengan serius. Harus dilihat nanti apakah telah berlaku ketidakpatuhan mana-mana pihak terhadap tafsiran suatu perkataan yang telahpun diwartakan oleh pihak kerajaan. Atau apakah perlu tafsiran mengenai perkataan ALLAH dalam kamus-kamus yang telah diiktiraf itu dikaji semula?

Atau apakah badan bahasa berprestij seperti DBP akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengheret pihak-pihak berkenaan ke muka pengadilan kerana melanggar undang-undang atau peraturan berkaitaan penggunaan bahasa? Apakah pada peringkat ini, pihak DBP atau mana-mana pihak berkaitan wajar memohon satu injunksi atau perintah di Mahkamah untuk menghalang pihak-pihak berkenaan dari menggunakan perkataan Allah dalam agama mereka? Atau apakah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menggunakan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara ke atas pihak-pihak berkenaan jika berpendapat bahawa tindakan mereka itu telah meletakkan keselamatan negara terjejas atau terancam? Hal-hal seperti ini boleh saja timbul dalam fikiran masyarakat dan kerajaan memandangkan isu ini telah menjadi isu besar, sensetif dan bersifat nasional. Walau apapun tindakan yang diambil, semua pihak harus mengambil sikap untuk tidak bertindak secara terburu-buru untuk menangani isu ini. Banyak pendekatan yang boleh difikirkan untuk menangani isu ini. Yang penting, keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama selama ini dapat dipertahankan. Pendekatan yang diambil umpama menarik rambut dalam tepung, biar tepung tak berselerak dan rambut pula tak putus.

Berbalik kepada penggunaan kalimah Allah dalam agama lain, kekeliruan boleh timbul di kalangan penganutnya kerana mereka sendiri tidak menemui tafsirannya dalam agama mereka. Mahu tidak mahu, mereka mesti merujuk juga kepada kamus dan tafsiran yang diiktiraf umum. Yang ada pada mereka adalah perkataan God atau Tuhan. Mereka akan bertanya diri sendiri mengapa mereka harus bersusah payah mengada-adakan perkataan dan sebutan baru mengenai Tuhan mereka sedangkan ia tidak ada dalam agama mereka. Lantas mereka akan merasa kekurangan dalam agama mereka. Lantas timbul perasaan syak dan ragu terhadap agama mereka sendiri setelah menyedari bahawa terdapat benda yang diada-adakan dalam agama mereka. Bukankah ini sebenarnya merugikan agama mereka sendiri?

PELUANG MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA NON MUSLIM

Bagi Erakita, inilah masanya yang terbaik untuk mempekenalkan Islam kepada penganut agama lain. Inilah masanya yang terbaik untuk memperkenal dan menyatakan secara terbuka kepada penganut agama lain bahawa Allah bagi Islam adalah Esa. Esa itu bukan Isa tapi Tuhan yang satu, tidak berbapa dan tidak diperanakkan. Mungkin selama ini orang-orang Islam memilih untuk berdiam diri, takut untuk memberitahu kepada orang bukan Islam mengenai kedudukan sebenar Allah itu. Tetapi, keadaan ketika ini benar-benar memberi kesempatan terbuka kepada umat Islam untuk bercakap dan menyatakan kepada bukan Islam bahawa Allah itu adalah satu, bukan dua atau tiga secara terbuka. Lihat sajalah bagaimana akhbar-akhbar perdana dan tak perdana di negara ini membincangkan isu ini. Akhbar sudah tidak segan-segan lagi melaporkan pandangan dan reaksi pelbagai pihak yang menentang usaha menggunakan kalimah Allah dalam agama lain. Antara yang dilaporkan ialah betapa perkataan Allah dalam Islam itu begitu ekslusif sekali. Ia eksklusif kerana Allah dalam agama Islam adalah Tuhan yang Esa. Bukan seperti Tuhan bagi agama Krisitian yang terdiri dari 3 komposisi. Perbincangan mengenainya baik di TV atau akhbar dan forum begitu terbuka. Tidak kelihatan setakat ini tanda-tanda bahawa perbincangan secara terbuka mengenai isu ini akan berakhir segera. Ia begitu PANAS dan semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Kejadian ini bagi Erakita samalah seperti kejadian dalam tragedi runtuhnya bangunan pencakar langit di Amerika akibat dirempuh oleh kapal terbang. Sehingga kini, tragedi dahsyat 911 masih segar dalam ingatan. Sejak peristiwa itu, pihak Barat memperhebatkan rasa kebencian dan permusuhan mereka dengan orang Islam. Mereka kata kejadian ngeri itu adalah angkara keganasan yang dilakukan oleh orang Islam. Sejak itu istilah ISLAMOFOBIA tersebar ke mana-mana. Barat semakin memandang serong terhadap Islam dan penganutnya. Pelbagai tohmahan diberikan kepada Islam. Kata-kata seperti ISLAM ADALAH AGAMA KEGANASAN sudah menjadi sebutan di mana-mana di kalangan musuh-musuh Islam. Akibatnya, bumi Afghanistan hancur akibat ledakan bom dan senjata orang-orang Barat atas alasan memerangi pengganas yang kononnya didalangi anggota pertubuhan Islam, al-Qaeda. Lantas apa yang berlaku? Tak kala cemuhan dan tohmahan terhadap Islam begitu hebat dilontarkan Barat, tidak sangka-sangka pula berlaku hikmah terbesar yang amat bernilai bagi Islam.

Bayangkan saudara, betapa semakin Islam dihina dan dilebal sebagai agama keganasan, rupa-rupanya masyarakat Barat yang bukan Islam semakin tertarik pula untuk mengkaji agama Islam. Mereka terpanggil TANPA DIPAKSA atau disuruh untuk mengkaji dan mendalami agama yang suci ini. Tindakan mereka didorong oleh suatu kuasa yang sungguh luar biasa untuk melihat dan mengkaji Islam lebih terperinci. Mereka nak mengkaji adakah benar Islam mengajar umatnya menjadi pengganas. Mereka nak mengkaji adakah benar Islam ini agama yang jahat dan penuh ketidakadilan sebagaimana digembar gemburkan musuh-musuh Islam selama ini. Tanpa diduga, dalam jangka masa yang singkat, minat orang-orang Barat untuk mengkaji ajaran Islam begitu mendadak sekali. Buku-buku Islam di kedai-kedai umpama goreng pisang. Jika dulu, buku-buku itu memerlukan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun untuk dihabiskan di pasaran, kali ini tidak. Buku-buku tentang Islam kini begitu digemari. Mereka mula membaca, mengkaji dan menghayati kandungan ajaran Islam. Buku-buku Islam di perpustakaan juga sudah pasti menjadi bahan carian yang popular. Perkataan Islam dalam carian google di internate sudah menjadi perkataan popular mengalahkan senarai nama-nama penyanyi dan pelakon popular negara atau barangkali yang popular di dunia. Keghairahan orang Barat mengkaji ajaran Islam begitu terserlah dan ianya suatu yang tidak pernah terjangkau atau terlintas dalam fikiran kita.

Akhirnya apa yang berlaku saudara-saudara? Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan dengan mata dan telinga mereka bahawa betapa semakin ramainya orang-orang Barat kini memahami dan mendalami Islam. Akhirnya apa yang berlaku saudara-saudara? Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan ramai orang-orang Barat yang kini memahami Islam telah mendapat HIDAYAH Allah. Akhirnya dengan hidayah itu, mereka dengan rela dan suci hati memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka memilih Islam sebagai cara hidup mereka. Mereka memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka. Mengapa jadi begitu? Kerana mereka telah menemui agama yang begitu agung. Mereka telah menemui agama yang begitu adil dan indah. Mereka telah menemui agama yang begitu menyeluruh ajarannya. Mereka telah menemui agama yang NOMBOR SATU menganjurkan kedamaian dan keamanan. Mereka telah menemui agama yang benar-benar menaikkan martabat kaum wanita.

Mereka telah menemui agama yang benar-benar berteraskan kepada sumber dan rujukan utamanya yang asli iaitu al-Quran. Di dalam al-Quran itu pula tidak ditemui sebarang kelemahan atau kekurangan. Tidak ada ayat-ayat yang bertentangan sesama sendiri. Tidak ada ayat-ayat yang menganjurkan keganasan. Tidak ada ayat-ayat yang lucah dan buruk. Tidak ada ayat-ayat yang membezakan manusia berdasarkan kulit, kaum, pangkat, kedudukan, kekayaan dan rupa. Akhirnya mereka mengakui bahawa rupa-rupanya sangkaan mereka selama ini terhadap Islam silap dan tersasar jauh. Akhirnya dunia dan penghuninya menyaksikan orang-orang Barat berbondong-bondong memeluk agama Islam. Tidak kurang ramainya Paderi di Barat dan personaliti terkenal turut memilih Islam sebagai agama mereka.

Dan yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi, dunia dan penghuninya dapat menyaksikan betapa semakin hari semakin bertambah bilangan rumah-rumah ibadat atau GEREJA di negara-negara Barat jatuh ke tangan orang-orang Islam. Ia jatuh ke tangan orang-orang Islam bukan kerana ia dirampas atau diambil secara ganas. Ia jatuh ke tangan orang-orang Islam kerana dibeli dengan wang ringgit oleh orang-orang Islam. Gereja-gereja itu dibeli kerana orang-orang Barat sudah tidak minat untuk mengamalkan agama mereka. Mereka sudah jauh dari agama mereka. Hidup mereka sudah bertuhankan hawa nafsu yang hebat. Rumah-rumah ibadat bagaikan kuburan lama yang tidak dijaga. Kos penjagaan pula bertambah dan menyulitkan. Akhirnya, kekangan kewangan untuk menjaganya mencetuskan desakan untuk segera menjualnya dari terus dibebani hutang dan liabiliti yang tinggi. Akhirnya orang-orang Islam yang semakin kukuh ekonominya membeli gereja-gereja tersebut. DAN akhirnya, apa yang terjadi? Akhirnya gereja-gereja tersebut bertukar wajah menjadi MASJID yang dikerumuni orang Islam dari pelusuk dunia. Inilah fenomena yang sedang berlaku hari ini. Suatu fenomena yang tidak pernah disangka-sangka akan berlaku.

Rupa-rupanya, dalam keadaan Islam dan penganutnya ditekan dan tertekan ekoran kejadian 911 di bumi Amerika itu, terdapat pula hikmah yang amat besar buat Islam dan penganutnya. Hikmahnya ialah Islam menjadi subur. Minat orang bukan Islam untuk belajar dan mengkaji Islam semakin mendalam. Kemuncaknya, Islam menjadi agama PALING SUBUR perkembangannya di dunia hari ini. Rupa-rupanya, inilah akibat dan natijah setelah Islam ditindas dan dicemuh. Inilah hasilnya apabila Islam berhadapan dengan cabaran dan dugaan hebat dari orang-orang bukan Islam. Inilah kesan dan akibatnya apabila Islam berhadapan dengan situasi genting dan panas.

Bagi ERAKITA, keadaan yang berlaku dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam agama lain harus dilihat dalam pelbagai sudut dan dimensi. Selain melihat dari sudut negatif, jangan pula kita lupa melihat juga dari sudut positif. ERAKITA tidak membincangkan isu kalimah Allah dari sudut negatif kerana dari hari pertama keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan beberapa hari lalu, banyak sekali pandangan-pandangan mengenai implikasi atau kesan negatif keputusan tersebut telah dikeluarkan pelbagai pihak. Namun, dari sudut positifnya, jarang sekali kita menemui pandangan sedemikian. Justeru, ERAKITA melahirkan artikel ini untuk mengupas secara santai isu ini dari perspektif positif. Tujuannya, tidak lain hanyalah untuk meredakan ketegangan dan kehangatan. Tujuannya, untuk melatih diri ini dan saudara-saudara supaya sentiasa melihat perkara-perkara yang berlaku di persekitaran kita dalam pelbagai perspektif.

Bagi ERAKITA, umat Islam harus mengambil kesempatan yang begitu terbuka ini untuk menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam kepada orang-orang bukan Islam. Inilah masanya yang boleh diumpamakan sebagai EMAS. Mengapa? Kerana peluang seperti ini boleh jadi berlaku hanya sekali sahaja. Tak kala orang heboh dan bercakap mengenai konsep ketuhanan gara-gara isu penggunaan perkataan ALLAH dalam agama lain, umat Islam harus mengambil kesempatan ini. Gunakan segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam kepada orang bukan Islam. Pandangan dan saranan pelbagai pihak agar diadakan segera dialog antara agama tidak boleh diketepikan begitu saja. Kesempatan begitu terserlah di hadapan kita untuk menerangkan dan mempromosi teras ajaran Islam yang sebenar dalam dialog antara agama itu. Siapa tahu, penjelasan mengenai kedudukan sebenar ajaran agama Islam ini dapat pula membuka mata dan hati penganut-penganut agama lain untuk mendalami Islam lebih lanjut? Siapa tahu bahawa pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Islam dapat pula membuka mata dan hati orang-orang bukan Islam untuk memeluk Islam? Siapa tahu? Semua ini boleh saja terjadi dalam masa singkat dengan izin Allah.

ERAKITA melihat bahawa situasi yang panas seperti ini membuka ruang kepada kerajaan untuk memperkenalkan matapelajaran PERBANDINGAN AGAMA dalam dunia pendidikan. Jika kerajaan berjaya memasukkan matapelajaran TAMADUN ISLAM sebagai subjek penting untuk diambil oleh pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT), TIDAK ADA SEBAB mengapa kerajaan tidak dapat MEWAJIBKAN setiap Institut Pengajian Tinggi di negara ini untuk memasukkan matapelajaran PERBANDINGAN AGAMA sebagai subjek teras kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama. Subjek Tamadun Islam dan Perbandingan Agama dilihat sebagai gandingan 2 subjek yang sesuai dan mantap. Ia umpama BAGAI PINANG DI BELAH DUA. Ia saling lengkap melangkapi antara satu sama lain. ERAKITA juga berpendapat bahawa kedua-dua matapelajaran ini bukan saja patut diwajibkan di IPT, tetapi juga ia patut diperkenalkan dari peringkat SEKOLAH RENDAH lagi. Ini kerana, subjek ini penting untuk memperkenalkan agama kepada pelajar. Pelajar pula dilatih untuk menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan mana satu agama yang benar-benar unggul. Hikmahnya di sini, pengertian yang mendalam mengenai konsep ketuhanan dan pemakaian kalimah ALLAH itu dapat difahami dari peringkat awal lagi.

Saudara, dalam al-Quran sendiri Allah ada menyebut bahawa boleh jadi apa yang kita suka, sebenarnya terdapat keburukan padanya. Demikian pula, boleh terjadi bahawa apa yang kita benci itu sebenarnya wujud padanya kebaikan. Peringatan Allah ini memberi gambaran dan pendidikan kepada manusia agar tidak melihat sesuatu itu dari perspektif yang terhad. Harus ada kesabaran dan penilaian menyeluruh. Harus ada kesabaran dan sikap berhati-hati. Harus ada sikap tidak gelojoh dan terburu-buru untuk menjatuhkan keputusan atau hukuman. Harus ada sikap melihat suatu perkara itu dari aspek kekuatan dan kelemahan, dari aspek kelebihan dan kekurangan, positif dan negatif, kejelasan dan kesamaran serta pro dan kontranya. Sikap mengambil kira semua keadaan-keadaan di atas, tidak syak lagi dapat melahirkan individu yang bijak dan beruntung. Individu yang bijak dan beruntung akan melahirkan masyarakat yang bijak dan beruntung. Masyarakat yang bijak dan beruntung akan melahirkan pula sebuah negara yang bertamadun tinggi dan kuat. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil telahpun melalui proses SARINGAN dan TAPISAN yang mantap dan meyakinkan. Bukannya keputusan yang lahir dari runtunan emosi, sentimen dan hawa nafsu semata-mata.

Sekali lagi ERAKITA mengajak saudara-saudara untuk melihat isu penggunaan kalimah Allah dalam agama lain dari pelbagai perspektif sebagaimana yang diterangkan di atas. Semoga kita mendapat manfaat dari artikel kerdil ini. Akhirnya, hanya kepada Allah kita menyerahkan segala urusan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perkara yang nyata dan tersembunyi.

KEDAMAIAN, KEAMANAN DAN KEHARMONIAN DALAM NEGARA TERLALU MAHAL HARGANYA


Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 8 Januari 2010, in AGAMA, RENUNGAN, SEKOLAH, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. well said bang Ahadin..bole ka sa copy article ni..
    terkejut saya bila baca berita smalam gereja di bom macam tu ja oleh orang yang x bertanggungjawab, semua ni memburukkan lagi persepsi penganut agama lain terhadap umat Islam

    bila berita ni sudah di siarkan oleh media antarabangsa, mula lah diputarbelit, senang saja cuba baca berita di negara jiran kita Indonesia

    kita yang selama ni agung2kan negara kita yang harmoni, tapi keadaan sekarang tidak ubah seperti situasi di Indonesia, yang selama ini kita kutuk, di mana pertelingkahan antara agama berleluasa.

    saya kesal, dan saya malu dengan tindakan yang membabi buta pihak tertentu, dan juga sikap pemimpin yang “lepas tangan” dan saling tunding menunding jari dalam insiden semalam

  2. saya lihat isu ini lebih kepada kepentingan politik golongan tertentu
    atau macam sengaja diada-adakan memandangkan pelbagai isu yang lebih besar yang menyebabkan kredibiliti kerajaan dipersoalkan.
    Wallahualam, spekulasi hanyalah sekadar spekulasi..

    saya berasa sedikit bangga dengan keterbukaan rakan-rakan dari negeri kita dalam soal ini, saya bangga kerana kebencian seperti yang saya lihat di kalangan rakan-rakan dari semenanjung tidak menular di negeri kita, itu sekadar dari pemerhatian saya

    Sokong cadangan abg tentang subjek perbandingan agama itu, tapi segalanya mestilah melalui saringan yang betul, kerana takut menjadi alat provokasi sesetengah pihak

    sokong cadangan Tuan Guru Nik Aziz agar diadakan dialog antara alim ulama kedua-dua agama dalam menangani isu ini sebelum ia semakin parah

    • Salam,

      Terimakasih atas kunjungan ke erakita dan pandangan Helmy yang jitu di atas. Perbuatan merosakkan rumah ibadat termasuk kepunyaan bukan Islam sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam. Tindakan mengebom beberapa gereja di sekitar lembah klang itu amat menyedihkan dan tidak dapat diterima. Tindakan itu lebih kepada tindakan berdasarkan hawa nafsu dan bukan dengan ilmu yang disertai keimanan & ketaqwaan.

      Dalam konteks Sabah dan Sarawak, kita dapati sebuah keluarga itu terdiri dari pelbagai agama. Ada yang Islam dan ada yang Kristian. Abangnya boleh jadi dah Islam manakala adiknya masih lagi Kristian. Atau anak dah masuk Islam manakala ibubapa masih lagi Kristian. Ini perkara biasa di Sabah dan Sarawak. Masih boleh tinggal serumah dan keadaan tetap aman. Di asrama sekolah, pelajar Islam dapat tidur sebilik bersama pelajar Kristian. Ini pengalaman sendiri.

      Bayangkanlah bagaimana dua kelompok yang begitu baik hubungan selama ini tiba-tiba dihadapkan dengan masalah permusuhan dan ketegangan antara agama. Tindakan tersebut memanglah menjejaskan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara multi racial dan multi religious yang harmoni. Kita tidak mahu melihat kejadian dahsyat seperti yang berlaku di Ambon dan tempat2 lain di Indonesia satu ketika dahulu berlaku di Malaysia.

      Ada baiknya, ikutlah telunjuk dan nasihat para ulama. Mereka adalah pewaris para nabi. Mereka lebih arif dan mengetahui hal2 agama seperti ini. Apa yang penting, kita punya peranan masing-masing untuk meredakan keadaan ini. Jangan sampai kita pula yang tambah mengapi-apikan konflik ini sehingga menjadi tidak terkawal.

      Semoga kejadian seperti itu tidak berulang selepas ini. Permintaan Helmy untuk copy paste artikel ini amat dialu-alukan. Biar kawan-kawan kita di Kurks sana sama-sama dapat manfaatnya.

      Thanks and wassalam.

      • Secara Liverpoolnya pada saya isu ini tidak perlu diperbesarkan dalam mana mana bentuk
        media.Tengok sajalah apa terjadi selepas hampir setiap hari isu ini dipaparkan dalam
        surat khabar,tv dan radio…

        Kepada golongan yang bertindak keterlaluan dengan membakar gereja,mengadakan
        demontrasi dan sebagainya sedarlah bahawa Islam tidak pernah menganjurkan umatnya
        cara demikian…

        Tindakan golongan tidak berotak ini menambah burukkan lagi
        tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri…
        Terkilan rasa bila orang Malaysia menjadi penyumbang kepada rasa benci
        orang bukan Islam terhadap Islam.

        Salam Hormat Dan Keimanan
        Sekian
        0123312243
        Shah Alam Selangor

      • Salam,

        Terimakasih atas respon di atas. Pandangan Saudara Maikell cukup bernas. ALangkah aman Malaysia ini dari anasir-anasir memudaratkan sekiranya tindakan yang diambil bukan menurut hawa nafsu. Tindakan yang diambil dalam keadaan tenang melahirkan natijah yang baik. Kita harap keadaan ini akan reda segera. Insyaa Allah.

        Terimakasih saudara Maikell.

  3. artikel yg arif membuka minda ..dont think negative side but always think the advantages to the muslim

    • Salam,

      Terimakasih atas komen Puan Khadijah di atas. Memang benar, biasanya hasil yang diperolehi setelah mengambilkira pelbagai dimensi, antara positif dan negatif, panjang dan pendek, tinggi dan rendah, susah dan senang, berat dan ringan, panas dan sejuk, gembira dan sedih, bahagia dan derita, halal dan haram, dan pelbagai lagi pros dan cons tidak syak lagi melahirkan hasil yang hebat dan menguntungkan. Menurut perasaan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, lebih menghampirkan kepada kemudaratan dan akhirnya, keluarlah istilah “nasi sudah menjadi bubur”. Harap-harap, keadaan akan kembali tenang.

      Thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: