Selamat Pengantin Baru: UYIE & RINA

 

  

 

SELAMAT PENGANTIN BARU

UYIE dan RINA

  

14hb. Januari 2010

Rasanya, belum terlambat untuk ERAKITA mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan bertuah yang telah melangsungkan perkahwinan mereka semasa cuti sekolah panjang baru-baru ini. Tepat jam 2.00pm, 18hb. Disember 2009, bertempat di kediaman En Rusinin bin Muin di Kg. Penagatan Laut atau lebih dikenali sebagai Kg Mapua, Keningau, pasangan bertuah, Hastonoh bin Asoi @ Arinin, 25, dan Ernawati bte Rusinin, 27, akhirnya sah sebagai suami isteri. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Pasangan diakadnikahkan oleh Imam Mohd Alias, Jurunikah bertauliah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS).

Hastonoh atau lebih dikenali sebagai Uyie adalah lulusan dari Kolej PTPL Cawangan Kota Kinabalu dalam bidang Kejuruteraan Eletronik manakala Ernawati pula merupakan lulusan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ketika ini, Ernawati bertugas sebagai guru di SK Bunang, Sook, Keningau manakala Uyie pula sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang komputer.

Menariknya, perkenalan mereka bermula sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Perkenalan yang berlangsung selama hampir SATU DEKAD itu akhirnya membawa mereka ke mercu pelamin apabila mereka diakadnikahkan di hadapan keluarga kedua pihak dan rakan-rakan terdekat. Pernikahan yang dijalankan selepas Solat Jumaat itu bertepatan pula dengan sambutan hari besar umat Islam iaitu Maal Hijrah 1431. Bermakna, pernikahan mereka juga bertepatan pada awal tahun bagi Islam iaitu 1 Muharram. Tidak syak lagi, pernikahan ini amat bersejarah dan signifikan bagi pasangan ini. Tepat sekali untuk mengatakan bahawa hari bersejarah ini adalah juga lambang Hijrah Bujang ke Dunia Perkahwinan!

Keesokan harinya, 19hb. Disember 2009 (sabtu), keluarga pengantin Perempuan mengadakan majlis undangan perkahwinan yang di rumah kediaman mereka di Kg Penagatan Laut jam 1.00pm. Jemputan pula datang dari pelbagai lapisan masyarakat dari kampung-kampung yang berdekatan. Beberapa orang kenamaan seperti Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpin masyarakat juga turut hadir ke majlis berkenaan. Jamuan pada hari itu disediakan menggunakan perkhidmatan Katering dari Restoran Azam Fast Food yang mempunyai cawangan perniagaan kedai makan di Wisma MUIS dan Sadong Jaya di Kota Kinabalu, Puncak Azam Resoran di Jalan Penampang Tambunan, Batu 54 (berdekatan Gunung Emas Resort). Untuk tempahan Katering, urusan boleh dibuat melalui talian 0128298372 (Pn. Siti Hafsah), 0126910178 (Pn. Khadijah), 0123055526 (En. Shahrul Anuar) dan 0146555207 (Pn. Suriati).

ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih diharapkan selain kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga ERAKITA mengalu-alukan dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran kepada Ernawati dan keluarganya ke dalam keluarga ERAKITA yang semakin berkembang. “KECIL TAPAK TANGAN, TAPAK NYIRU KAMI TADAHKAN”. Semoga Uyie dan Rina beroleh zuriat dan keturunan yang hebat dan beriman. Ameen ya Robbal ‘alamin.

Gambar-gambar menarik dipaparkan untuk tatapan bersama.

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU

 

Pose istimewa bersama orang tua Uyie (En. Arinin & Pn. Sutinih). Selamat datang menantu baru!

Pose menarik bersama ibu & ayah kepada Rina (En. Rusinin & Pn. Anisah)

Pose menarik bersama keluarga pihak pengantin lelaki. Semua mata tertumpu ke satu sudut. Apa benda tu?

Sibuk nampaknya! dalam kepenatan ada kegembiraan

Sehati sejiwa menjana kebahagiaan. Senyuman ikhlas memang perlu dalam sebuah rumahtangga

Selamat datang untuk Rina dari abang dan kakak ipar.

Bunga merah lambang cinta

Pelamin indah menyerlahkan kemeriahan majlis perkahwinan

Bersama anak2 buah tersayang. Eaa' (dukung). Syakirah (kiri), Nana (tengah) & Ayuni (kanan)

Medan selera

 

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 14 Januari 2010, in KELUARGA, MAJLIS, UCAPAN. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. bang, kalau sa kawin mo tu katering juga…ahahahaha…
    tahniah uyie, tamat sudah zaman bujang..

  2. Helmy,

    sebut saja bila dan di mana tempat perkahwinan tu. Insyaa Allah, jika dapat didatangi dengan kenderaan, rasanya tiada masalah. Tapi kalu Helmy nak kahwin di Russia sana, awal-awal angkat 2 tangan tinggi-tinggi.

    Terimakasih atas komen di atas.

  3. MASIRIN MARIMIN

    Slmt pgantin baru semoga bkekalan shingga k anak cucu

    • Sama-sama kita doakan agar pasangan ini bahagia dunia dan akhirat. ERAKITA ucapkan terimakasih kepada saudara Masirin atas kunjungan ke rumah ERAKITA. Thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: