ADA HARAPAN!

ADA HARAPAN

15 Jun 2011

Ada harapan! Inilah perkataan yang terdetik dalam fikiran ERAKITA sebaik habis membaca laporan menarik yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini, 15 Jun 2011. ERAKITA percaya manusia sebijak dan secerdik Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britian tidak mustahil akan mememeluk Agama Islam satu hari nanti. Sejarah telah mencatatkan bagaimana ramainya cendiakiawan dan ilmuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran dari negara-negara Barat memeluk Islam setelah mengkaji dan mendapati akan kehebatan dan keagungan Al Quran. Semakin mengkaji secara mendalam, semakin itulah mereka menemui jalan buntu untuk melihat sebarang kecacatan dan kelemahan Al Quran. Malah, mereka mendapati bahawa segala yang disebutkan dalam Al Quran adalah menakjubkan. Ia selaras dengan segala apa yang terjadi dalam alam ini.

Justeru, ERAKITA berkongsi harapan bahawa Tony Blair berpotensi untuk memeluk Islam satu masa nanti. Dengan kata lain, “ADA HARAPAN!”. Untuk lebih lanjut, ERAKITA petk semula laporan akhbar berkenaan untuk tatapan anda.

Blair akui kehebatan al-Quran

2011/06/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blairakuikehebatanal-Quran/Article

Tony Blair

Tony Blair

Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman.

//

“Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. – Agensi

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 15 Jun 2011, in AGAMA. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. sebenarnya semua agama pada dasarnya sama,hanya perilaku;sikap serta sifat setiap manusia berbeda beda sehingga banyak menimbulkan asumsi asumsi negatif dan positif….dalam setiap ajaran agama sesungguhnya secara implisit sudah dijabarkan hanya bagaimana kita menyikapinya saja..

    regard,

    Ari ERA KITA

    • Terimakasih atas komentar Saudara Ari ERA KITA di atas. Sukacita kiranya saudara Ari menjelaskan maksud “Sebenarnya semua agama pada dasarnya sama” . Apakah persamaan itu meliputi perkara-perkara pokok dalam agama itu sendiri? Terimakasih.

Tinggalkan komen