WACANA KETUA HAKIM SYARIE MALAYSIA

PUTRAJAYA – Pada 13 febuari 2018, satu Wacana Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diadakan di Dewan Serba Guna, Aras 2, Kementerian Pengangkutan Malaysia, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wacana yang dihadiri oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua-Ketua Hakim Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-Hakim Syarie Negeri-Negeri merupakan acara tahunan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dianggarkan seramai 250 peserta hadir dalam wacana berkenaan.

Dalam ucapannya, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Dato’ Hj Mukhyuddin bin Hj Ibrahim telah menggariskan sebanyak 8 hala tuju Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi tahun 2018. Berikut adalah ringkasan hala tuju tersebut sebagaimana dipetik dari lama rasmi facebook Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM):

  1. Memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah.
  2. Mentasqifkan (proses mengintelektualkan) Pegawai Syariah melalui penguasaan ilmu secara berterusan.
  3. Mengamalkan budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti dalam amalan kerja seharian.
  4. Meningkatkan علاقة (hubungan) dan kerjasama strategik dengan agensi Persekutuan dan Negeri.
  5. Menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti.
  6. Kebajikan dan kemajuan kerjaya.
  7. Mengambil istifadah dari aplikasi sistem E-Syariah.
  8. Memperkasakan profesionalisme wanita dalam institusi kehakiman dan perundangan Syariah.

Dalam majlis yang sama, satu ceramah khas telah disampaikan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri bertajuk “Adab al-Qadi: Di Era Kontemporari“.  Sijil-sijil penghargaan juga disampaikan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri yang mendapat pencapaian cemerlang dalam perlaksanaan Arahan Amalan, pegawai-pegawai syariah yang telah berjaya memperolehi Ijazah Tinggi Doktor Falsafah (Ph.D) dan Sarjana. Turut mengisi majlis adalah pelancaran Air Mineral Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Program Umrah Ukhuwwah Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan penyerahan SOP 4P (Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan) kepada Ketua-Ketua Hakim Syarie negeri-negeri.

IMG-20180216-WA0076

IMG-20180216-WA0075

IMG-20180216-WA0074

cof

bty

sdr

sdr

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 17 Februari 2018, in AGAMA, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SABAH, JABATAN PEGUAM NEGARA, JKSM, KESIHATAN, KETUA PENDAFTAR, KUNJUNGAN HORMAT, KUNJUNGAN MAHABBAH, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAJLIS, peguam syarie, PERSATUAN GUAMAN SYARIAH MALAYSIA, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), PERSIDANGAN TAHUNAN PEGAWAI SYARIAH MALAYSIA, UCAPAN, UNDANG-UNDANG, WACANA KETUA HAKIM SYARIE MALAYSIA. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: