ANGGAPAN KEMATIAN DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Pembahagian harta pusaka dalam Islam berlaku apabila seseorang yang memiliki secara sempurna sesuatu harta disahkan meninggal dunia. Kematian seseorang dibuktikan dengan sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika seseorang itu hilang untuk suatu tempoh yang lama, tiada khabar berita, tiada sebarang petunjuk jelas samada seseorang itu masih hidup atau telahpun meninggal dunia (mafqud),  maka pihak JPN tidak dapat mengeluarkan sijil kematian terhadap seseorang itu dalam sebagaimana dalam keadaan biasa. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendapatkan Perintah Anggapan Kematian orang tersebut dari Mahkamah Tinggi Awam di bawah Seksyen 108, Akta Keterangan 1950 (AKTA 56 – disemak 1971). Seksyen ini menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap sebagai mati setelah hilang selama tempoh 7 tahun. Akta ini terpakai bagi orang Islam dan bukan Islam.

Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 itu menyebutkan:

“Apabila soalnya sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada ada-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya”.

Keperluan untuk mendapatkan perintah anggapan kematian seseorang juga timbul dalam menentukan siapakan pewaris yang sah kepada Simati. Jika simati hanya meninggalkan waris fardu iaitu 5 orang anak (2 lelaki dan 3 perempuan), perlu dipastikan pula adakah kesemua anak-anak tersebut masih hidup di saat kematian simati atau sebaliknya. Persoalan akan timbul apabila salah seorang anak lelaki tersebut tidak dapat dipastikan samada masih hidup atau tidak di saat kematian Simati. Keadaan seumpama ini timbul apabila pembahagian harta pusaka lambat dilakukan di Mahkamah Syariah. Contohnya, setelah simati telah lama meninggal dunia samada 10 tahun atau 30 tahun lampau. Anak-anak simati pula terpisah-pisah dan tiada perkhabaran samada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Dalam situasi seperti ini, Mahkamah boleh menangguhkan pembahagian harta pusaka tersebut untuk membolehkan suatu perintah anggapan kematian anak lelaki simati berkenaan dari Mahkamah Tinggi Awam di bawah seksyen 108 Akta Ketengangan 1950 dikemukakan kepada Mahkamah. Hanya setelah adanya perintah anggapan kematian tersebut, baharulah Mahkamah Syariah meneruskan pembahagian harta pusaka. Dalam kes permohonan pembahagian harta pusaka oleh Suazmianti binti Sutarji (Kes No: 12400-040-0207-2018), Mahkamah Tinggi Syariah Tawau telah menangguhkan prosiding pembahagian harta pusaka peninggalan bapa kandung Pemohon yang telah meninggal dunia pada 28 Febuari 2018 untuk membolehkan satu perintah anggapan kematian diperolehi terlebih dahulu oleh Pemohon di Mahkamah Tinggi Awam.

Dalam kes ini, simati berkahwin sebanyak 2 kali. Isteri pertamanya telah meninggal lebih dulu dari simati. Manakala, isteri kedua pula telah meninggalkan simati tanpa khabar berita sejak 24 tahun yang lampau sebelum kematian simati. Tidak ada apa-apa maklumat yang diketahui samada isteri kedua simati itu telah diceraikan oleh simati atau tidak. Maklumat samada isteri kedua simati itu masih hidup atau tidak  dan di mana tempat tinggalnya juga tidak diperolehi. Menurut Pemohon, simati tidak pernah memberitahu anak-anaknya samada isteri kedua itu telah diceraikan atau tidak. Disebabkan ketiadaan maklumat mengenai isteri kedua berkenaan, Mahkamah tidak membuat pengesahan waris bagi membolehkan satu perintah pembahagian harta pusaka simati dapat dibuat. Sebaliknya, Mahkamah telah menangguhkan kes tersebut untuk membolehkan Pemohon mendapatkan terlebih dahulu perintah anggapan kematian simati dari Mahkamah Tinggi Awam sesuai dengan kehendak Seksyen 108 Akta Keterangan 1950.

Perlu diingat bahawa pembahagian harta pusaka simati hanya boleh dilakukan apabila Mahkamah mengesahkan siapakah waris-waris simati dan setelah dapat dipastikan bahawa segala liabiliti simati seperti hutang atau apa-apa kos yang terkait dengan penyenggaraan jenazah simati atau hibah, wasiat, wakaf, harta sepencarian, jual beli, zakat, nazar dan lain-lain yang berkenaan telah diselesaikan dengan menggunakan harta yang ditinggalkan simati itu.

Justeru, bagi mengelak timbulnya masalah menentukan samada seseorang itu telah meninggal dunia di samping menghindarkan dari timbulnya situasi di mana suatu harta tinggalan simati terpaksa diwarisi dan dikongsi oleh ramai waris, maka percepatkanlah urusan pembahagian harta pusaka simati. Jangan tunggu lama-lama. Semakin cepat urusan pembahagian harta dilaksanakan, semakin baik dan mudahlah urusannya. Harta dapat diserah dan dinikmati oleh waris-waris yang berhak tanpa berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul jika dilambat-lambatkan urusan pembahagiannya. Semoga ada manfaatnya tulisan ini.

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 23 April 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: