SEMINAR HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN 2016 (SeHAM 2016)

Bangi – Seminar Hak Asasi Manusia Kebangsaan 2016 telah diadakah di Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7 September 2016. Tiga kertas kerja disampaikan sepanjang seminar sehari tersebut. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUAHAKAM) yang juga mantan Wakil Khas Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan: acuan Malaysia). Ceramah kedua bertajuk “Hak Asasi Manusia: Teori, Realiti dan Penghayatan” disampaikan oleh Yang Arif Datuk Yaacob bin Md Sam, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Ceramah yang ketiga pula disampaikan oleh Yang Amat Arif Dato’ Dr Hj. Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor dengan tajuk “Hak Asasi Manusia Dalam Islam”.

Seminar sehari ini dianjurkan oleh Hazizah & Co, Peguambela dan Peguamcara dengan kerjasama Fakulti Undang-Undang, UKM. Bagi tujuan seminar ini, Hazizah & Co telah dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan Kajian Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (National Human Right Action Plan) yang juga dikenali sebagai NHRAP. Dianggarkan seramai 150 orang peserta yang terdiri dari pengamal undang-undang, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pensyarah institut pengajian tinggi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang awam telah menghadiri seminar berkenaan dari seluruh negara.

20160907_114433

img-20160908-wa0010

20160907_100752

20160907_124311

20160907_114453

20160907_124452

img-20160908-wa0019

20160907_114404

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 7 September 2016, in AGAMA, MAJLIS, TOKOH, UCAPAN, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen