SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH (ARB) SABAH

KOTA KINABALU – Satu Seminar Perundangan Syariah dengan tema “Peranan Amanah Raya Raya Berhad di Sabah” telah berjaya diadakan pada 2 Mac 2018 (jumaat) di Kota Kinabalu. Seminar berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Amanah Raya Berhad (ARB). Seminar ini adalah kesinambungan dari seminar yang pernah diadakan di Tawau pada tahun 2017.

Seminar yang disampaikan oleh Pengurus Kanan ARB Sabah, Tuan Usman bin Hamid itu dihadiri lebih kurang 150 orang yang terdari dari Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Datuk Jasri @ Nasip bin Matjakir, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah, Hakim-Hakim Syarie Sabah, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Turut hadir adalah Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan Pemasaran ARB Pusat, Tuan Mohd Yazid bin Shuaib, pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegurus Besar Pusat Zakat Sabah, para pengamal undang-undang sivil dan syariah dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Sabah (AMAL), Persatuan Peguam Wanita Muslim Sabah (SALWA), Pengurus-Pengurus Bank dan pelbagai lagi wakil dari beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

Seminar selama setengah hari itu mengandungi dua (2) slot dengan tajuk Peranan Amanah Raya Berhad Negeri Sabah dalam slot pertama dan Perlantikan Amanah Raya Berhad Sebagai Pemegang Amanah bagi slot kedua. Teks ucapan perasmian penutupan telah dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan Junaidi Haji Jumahad yang mewakili Yang Berhormat Datuk Haji Arifin bin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Pengerusi MUIS.

cofdigsdrdigdigdigdigdigdigcofsdrdig

 

cof

cof

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 14 Mac 2018, in AGAMA, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, HARTA PUSAKA ISLAM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SABAH, JABATAN PEGUAM NEGARA, JKSM, KELUARGA, KETUA PENDAFTAR, KURSUS, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, mahkamah syariah tawau, PERSATUAN GUAMAN SYARIAH MALAYSIA, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen