ANDA INGIN MENDERMA?

ANDA INGIN MENDERMA?

15 Jun 2011

Menderma merupakan satu amalan mulia. Di samping dapat membantu orang yang lemah, si penderma juga dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam dirinya. Labih jauh dari itu, amalan ini mendatangkan pahala yang amat besar di sisi Allah.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 261, Allah secara terang lagi bersuluh menyatakan bahawa orang yang mendermakan hartanya dijalan Allah dijanjikan pahala berlipat-lipat kali ganda. Ia diumpamakan sebagai sebiji benih, lalu tumbuh menjadi pohon yang mempunyai 7 tangkai. Setiap tangkai pula mempunyai menghasilkan 100 biji. Maknyanya, dari satu biji kini menjadi 700 biji. Namun bukan setakat itu saja. Bahkan, Allah menegaskan lagi bahawa Allah menambahkan lagi ganjaran pahala itu tanpa menentukan berapa banyak dan luasnya kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Subhaanallah! Maha Suci Allah yang Maha Agung lagi Maha Kaya! Allah pemilik alam dan segala-gala apa yang ada di dalamnya. Hal ini bukan sesuatu yang berat bagi Allah. Dengan hanya menghendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia atas kehendak Allah s.w.t.

Justeru, sementara hayat masih ada, sementara kesempatan masih ada, manusia harus mengambil kesempatan untuk membuat sebanyak mungkin amal kebajikan di dunia. Mendermakan walau sekelumit dari harta benda kita boleh jadi penghalang kepada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Bagi sesiapa yang ada hasrat dan keinginan untuk menderma, saudara-saudara boleh menderma kepada institusi atau organisasi yang membantu memelihara dan menyara anak-anak yatim. Untuk lebih lanjut, anda boleh melawat ke laman web senarai rumah-rumah anak yatim di Malaysia di alamat  http://rumahanakyatim.com.

Selamat Menderma untuk akhirat!

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 15 Jun 2011, in AGAMA. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. saya ingin bertanya,di manakah saya bleh menderma?sila hubungi saya di 0125407661..

    • SUMBANGAN DANA,DERMA,SADAQAH (PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEMBILU KASIH )

      BISMILLAHIROHMANIRAHIM..

      Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:60)

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur kita kehadrat illahi atas kurniaan rezeki dan kesejahteraan yang diberikan. SEMBILU KASIH merupakan salah sebuah PERTUBUHAN bukan kerajaan yang giat dalam malakukan kebajikan bagi membantu golongan fakir, orang-orang miskin,muallaf ,orang yang berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang musafir. Buat masa ini,pertubuhan ini lebih menumpukan kepada kabajikan muallaf serta musafir yang memerlukan bimbingan serta bantuan kewangan bagi menempuh kehidupan baru yang diredhai ALLAH S.W.T. berikutan jumlah ahli yang semakin bertambah (ALHAMDULILLAH),pihak kami amatlah memerlukan sumbangan,bantuan serta dana dari mana-mana pihak samada perkongsian/perseorangan atau bekanun…untuk pengetahuan semua,sumber dana SEMBILU KASIH 100% datangnya dari dermawan-dermawan,orang perseorangan yang bersedekah pada jalan ALLAH untuk membantu saudara-saudara yang memerlukan.

      *semoga kita semua sentiasa di limpahi rezeki dan sentiasa bersyukur atas kurniaan yang di berikan…AMIN..

      UNTUK MENYUMBANGKAN DANA/DERMA BOLEHKAN EMAIL KAMI DI sembilu1703@gmail.com atau ke laman sesawang sembilukasih.webs.com

      • Salam.

        Semoga usaha anda untuk membantu golongan yang memerlukan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah. Semoga Allah mempermudahkan usaha murni ini. Tahniah!

        Sekian dan terimakasih

Tinggalkan komen