Kahwin Tanpa Kebenaran: Satu Jenayah Syariah

Kahwin Tanpa Kebenaran: Satu Jenayah Syariah

11 April 2012

Lazimnya, manusia akan melakukan apa saja bila terdesak, walaupun tindakan itu boleh memudaratkan dirinya, orang lain atau melanggar undang-undang dan hukum Allah. Bagi orang Islam, kerajaan telah menyediakan undang-undang yang jelas bagi mengatur urusan kekeluargaan. Justeru, beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 2004 diwujudkan khusus bagi pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk.

Bagi mana-mana pasangan yang hendak berkahwin di negeri ini, mereka mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Agama Islam. Selain perlu menjalani kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), pasangan mesti mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama.

Pasangan perlu mengisi borang khusus yang disediakan dan memastikan satu kebenaran telah diperolehi dari Pendaftar Perkahwinan sebelum pernikahan dilangsungkan. Tujuannya, agar pernikahan yang dijalankan menepati hukum syarak. Sudah tentu, pasangan akan ditanya mengenai kedudukan wali, hubungan nasab pasangan, saksi dan lain-lain perkara berkaitan sebelum kelulusan diberikan.

Pasangan harus menerima peraturan ini demi kebaikan semua pihak. Tidak patut timbul isu menyusahkan atau menyukarkan proses atau melambat-lambatkan urusan pernikahan. Undang-undang ini telah disediakan sebegitu rupa setelah melalui proses kajian mendalam oleh pakar-pakar perundangan dan pihak pengubal undang-undang. Semuanya dilakukan untuk mengelak berlakunya masalah pernikahan pada masa hadapan seperti kesahihan pernikahan, nasab anak dan lain-lain lagi. Tambahan pula, peraturan ini akan memastikan bahawa perkahwinan tersebut didaftarkan bagi tujuan pengeluaran sijil pernikahan. Sijil pernikahan pula diperlukan untuk urusan-urusan berkaitan seperti persekolahan, hospital, bantuan kerajaan, pengeluaran dokumen pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara, imigresen dan sebagainya.

Bagaimanapun cantik dan lengkap undang-undang tersebut, kes melibatkan perlanggaran undang-undang sentiasa berlaku. Tidak kurang kejadian membabitkan pasangan bernikah tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa Agama. Mereka mencari jalan mudah dengan bernikah menggunakan sindiket pernikahan yang sentiasa menanti mangsa. Sindiket ini ada kalanya berlagak sebagai pegawai agama, sebagai jurunikah bertauliah dan bermacam lagi lagak dan bohongnya.

Yang penting bagi mereka adalah wang! wang! wang!. Pasangan yang terdesak untuk bernikah segera samada disebabkan tidak direstui oleh keluarga atau menyembunyikan pernikahan kerana berpoligami atau telah “terlanjur” akan menggunakan khidmat nikah sindiket ini. Mereka sanggup membayar perkhidmatan walau kosnya mencecah ribuan ringgit. Ada ketikanya pasangan terus mendapat sijil nikah atau dijanjikan akan diberikan sijil nikah dalam jangka masa terdekat.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sijil nikah palsu yang diterima tak laku. Pasangan terpaksa menghadapi tindakan undang-undang iaitu pendakwaan atas kesalahan jenayah syariah. Jurunikah dan pihak-pihak yang terlibat sama dalam pernikahan tersebut juga turut menghadapi tindakan undang-undang.

Dalam hal ini, Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 2004 memperuntukkan mengenai bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Pendakwa Syarie ke atas pihak terbabit. Jika disabit salah, Mahkamah boleh mengenakan hukuman tidak lebih dari RM1000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Untuk lebih jelas, ERAKITA sukacita menurunkan peruntukan berkenaan sebagaimana berikut.

ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN IV – PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN


 

Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan

(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-

(a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau

(b) di hadapan selain di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Walaupun telah ada undang-undang yang jelas, kes-kes nikah tanpa kebenaran masih terus berlaku. Ramai pasangan yang telah didakwa dan dihukum di Mahkamah Syariah atas kesalahan tersebut. Mereka terpaksa melalui proses pendakwaan bagi mendapatkan sijil nikah yang didaftarkan secara sah dari pihak berkuasa agama. Apa yang jelas ialah pada akhirnya, mahu tak mahu, pasangan terpaksa menerima hakikat bahawa perkahwinan mereka akan diketahui juga oleh pihak keluarga dan masyarakat. Ini kerana, ramai pihak yang terlibat akan dipanggil untuk siasatan di Jabatan Agama bagi tujuan pengesahan nikah dan pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Justeru, semua pihak khususnya umat Islam perlu waspada dan merujuk terlebih dahulu pegawai berkaitan di Jabatan Agama Islam jika hendak berkahwin. Jangan sampai kebhagiaan yang dikecapi “terusik” dengan gelaran “penjenayah” apabila disabit dan dihukum atas kesalahan yang tak sepatutnya berlaku. Semoga tulisan ini ada manfaatnya untuk kita semua.


About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 11 April 2012, in RENUNGAN, UNDANG-UNDANG and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 106 Komen.

  1. Asalamualaikum.
    Memang ada saja kes langgar undang2 pernikahan ni. Apapun semoga genarasi kita dirahmatiNya dengan berkat doa ibubapa dan semua saudara2. Tq infor

  2. Wa’alaykumussalam wbt.

    Memang benar ETUZA. Bagaimana cantik undang-undang itu, tetap juga berlaku perlanggaran. Sifat manusia yang sentiasa mencari jalan mudah untuk mencapai hajatnya selalunya sanggup menutup sebelah mata dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang.

    Peranan ibubapa tidak dinafikan kepentingannya bagi mendidik anak-anak kepada perkara-perkara baik. Menjelaskan sebab mengapa suatu perbuatan itu dilarang atau disuruh. Ibubapa sepatutnya menjadi contoh terbaik bagi anak-anak. Perbuatan ibubapa sebelum berkahwin, di saat isteri mengandung banyak mempengaruhi tingkah laku dan sifat anak tersebut apabila dewasa kelak.

    Sama-sama kita ingat-mengingatkan demi kebaikan. Terimakasih ETUZA!

  3. Suami kahwin di Indonesia dengan minah Indon 3 bulan yg lepas tanpa izin JAIS. Sekarang dalam proses utk mengesahkan perkahwinan. Saya difahamkan selepas MS sahkan bahawa perkahwinan itu sah, suami mesti mendaftarkan perkahwinan di JAIS dan jika pihak JAIS mendapati bahawa terjadi perkahwinan kedua tanpa izin isteri, pihak JAIS akan buat dakwaan pd mahkamah. Tolong betulkan jika saya silap ya! Saya nak tahu bilakah proses dimana mahkamah memanggil isteri pertama untuk kemukakan tuntutan nafkah dan harta sepencarian? Adakah semasa pendakwaan atau sesudah pendakwaan atau semasa JAIS dah daftarkan nikah mereka?

    • Assalamualaykum wbt, Munawarah05.

      Mendaftarkan pernikahan yang dijalankan di luar negara (Indonesia) adalah perlu sekembali pasangan ke Malaysia. Jika pasangan dari Selangor, perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan di Selangor. Urusan pertama sudah tentulah di Pejabat JAIS. Pasangan perlu mendaftarkan pernikahan tersebut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pasangan kembali ke Malaysia. Jika berlaku perlanggaran undang-undang, pendaftaran nikah tidak akan dilaksanakan di peringkat pendaftar perkahwinan. Pasangan perlu ke Mahkamah Syariah untuk menentukan samada pernikahan tersebut sah atau sebaliknya.

      Dalam kes yang ada di atas, tindakan pasangan di atas membuat pengesahan di Mahkamah adalah tepat. Jika sah, mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat Pendaftar Nikah Cerai Rujuk di JAIS. Bagaimanapun, pendaftaran tersebut adalah tertakluk kepada pendakwaan terlebih dahulu jika telah berlaku perlangaran undang-undang keluarga Islam di negeri berkenaan.

      Untuk makluman, keizinan isteri sedia ada bagi perkahwinan melibatkan poligami bukanlah satu kemestian. Keizinan isteri bukanlah faktor penentu kejayaan berpoligami. Mahkamah ada kalanya menolak untuk memberi kebenaran berpoligami walaupun isteri sedia ada telah memberi persetujuannya. Mahkamah sebenarnya mempunyai pelbagai perkara dan aspek yang perlu dilihat dan dipertimbangkan. Tidak ada makna isteri izinkan suaminya berpoligami jika sekiranya tindakan berpoligami itu akan membawa mudarat dan kesusahan besar kepada suami, isteri sedia ada, anak-anak dan juga bakal isteri kedua. Justeru, haru difahami sekali lagi bahawa keizinan isteri bukan satu kemestian dalam permohionan berpoligami. Bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang jika perkahwinan poligami itu dijalankan tanpa keizinan isteri sedia ada. Apa yang sebenarnya perlu diketahui ialah, si suami perlu mendapatkan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah.

      Mengenai persoalan bilakah sebenarnya suatu tuntutan nafkah samada nafkah isteri atau anak dan juga tuntutan harta sepencarian boleh dikemukakan, hal ini perlu difahami. Jika nafkah tersebut dituntut oleh isteri sedia ada ke atas suami, ia boleh dituntut bila-bila masa saja. Ini kerana mereka ada pasangan suami isteri yang sah di samping pernikahan mereka juga telah didaftarkan.

      Bagi isteri baru, samada kedua, ketiga atau keempat, isteri-isteri berkenaan boleh menuntut nafkah ke atas suami hanya apabila pernikahan mereka telah didaftarkan di JAIS. Salah satu dokumen penting untuk menuntut nafkah ke atas suami adalah sijil nikah atau sijil cerai jika pasangan tersebut sudah bercerai. Selagi nikah tersebut belum didaftarkan, selagi itulah pasangan tersebut sukar membuat sebarang tuntutan ke atas suami yang meliputi nafkah isteri, anak, harta sepencarian dan lain-lain yang berkaitan.

      Secara asasnya, pernikahan tersebut mestilah didaftarkan terlebih dahulu di hadapan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk. Setelah didaftarkan, sijil nikah diperolehi, baharulah pihak isteri atau suami boleh mengemukakan tuntutan terhadap pihak yang satu lagi di Mahkamah Syariah. Oleh itu, pastikan ada sijil nikah terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah.

      Perlu juga dimaklumi bahawa tuntutan harta sepencarian isteri sedia ada terhadap suami boleh dikemukan di mahkamah semasa prosiding atau pendengaran kes mendapatkan kebenaran berpoligami oleh suami di mahkamah syariah. penentuan harta dan kadar milikan ke atas harta pasangan sedia ada boleh ditentukan terus oleh mahkamah dalam kes poligami.Lazimnya, persetujuan dapat dicapai antara isteri sedia ada dengan suaminya. Suami lazimnya tidak banyak karenah. Boleh jadi bagi suami, yang penting jangan sampai hasratnya untuk berpoligami tertanggu lantaran desakan atau tuntutan harta sepencarian dan nafkah dari isteri.

      Wallahu a’lam.

      • mohamad rahmad bin asari

        apakah kesan perkahwinan tanpa kbenaran mahkamah terhadap masyarakat??
        saya perlu buat kajian tentang faktor2 dan kesan kepada masayrakat..tolong…harap beri jawapan..

  4. saya ingin bertanya,jika nikah dikampung menggunakan wali hakim(bg pmpuan mualaf)tanpa menjalini kursus pra pkahwinan,tetapi menggunakn sijil nikah sah adakah di anggap satu kesalahan?

    • Assalamualaykum wbt.

      Bagi yang tidak ada wali hakim kerana tiada wali nasab, memandangkan ia seorang muallaf, ia perlu menggunakan wali hakim. Wali hakim pula mestilah yang dilantik oleh pemerintah, oleh sultan di negeri berkenaan. Wali hakim adalah orang yang ditentulan. Ia bukan sembarangan orang. Sebelum berkahwin menggunakan wali hakim, mestilah ada kebenaran bertulis menggunakan wali hakim dari MAHKAMAH SYARIAH di tempat ia mastautin atau tinggal. Jika semuanya telah diperolehi, bermakna tidak timbul lagi isu nak ikut kursus kahwin. Kursus kahwin adalah peraturan secara pentadbiran yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agam Islam negeri-negeri untuk kebaikan pasangan. Lazimnya kebenaran perkahwinan tidak akan dikeluarkan selagi tak ada sijil hadir kursus perkahwinan. Bagaimanapun jika mahkamah syariah telah luluskan perkahwinan tersebut berwali hakim, dan wali hakim telah meneruskan pernikahan tersebut, maka sewajarnya tidak timbul lagi isu nak ikut kursus kahwin. wallahu a,lam

  5. salam..saya seorg peljar tingkatan 6 dan saya perlu buat kajian mengenai kesan perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah,,boleh bg pendapat??

    • aliasofia ni sklh kat kat mne…??saya pown buat tjuk nie jgk..:)

      • kite same la 😉

      • Walaykumussalam wbt.

        Saya nasihatkan agar Saudari Aliasofia dan Klia mendapatkan bahan dan rujukan di mana-mana mahkamah syariah yang terdekat di tempat saudari tinggal. Dapatkan terlebih dahulu surat kebenaran membuat kajian dari sekolah anda dan ditujukan kepada Ketua Hakim Syarie atau Ketua Pendaftar Mahkamah berkenaan bagi tujuan kebenaran membuat rujukan. Kelebihannya, mudah untuk melihat dengan mata terhadap fail sebenar kes pengesahan perceraian luar mahkamah. Anda juga boleh membuat rujukan di Pejabat Bahagian Pendakwaan Syarie di Jabatan Agama Islam di mana-mana negeri yang terdekat. Dapatkan surat yang samada dari sekolah dan ditujukan kepada pejabat pendakwaan. Anda akan berpeluang merujuk terus fail kes pendakwaan bagi kesalahan menceraikan isteri tanpa kebenaran dari mahkamah. Anda juga boleh merujuk ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Presint D, Putrajaya pada bila-bila masa. Buat surat bagi kebenaran buat rujukan. Inshaa Allah, akan dimudahkan Allah.

        Wallahu a,lam

  6. Salam… Nak tanya ni, saya nikah 03, dan tak ada sijil nikah, macam mana saya nak buat pengesahan pernikahan saya??? Tanpa bantuan suami?? Tolonggg mohon pencerahan…

    • Walaykumussalam wbt.

      Erakita nasihatkan agar Puan hadir dan mendapatkan nasihat perundangan dari Pejabat Pendaftaran Nikah Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam di mana puan bermastautin. Ini langkahg pertama. Nyatakan permasalahan anda dengan jujur dan berilah kerjasama sepenuhnya. Ikuti segala nasihat yang diberikan sehingga anda memperolehi apa yang anda kehendaki. Bagaimanapun, anda harus bersedia dengan mental dan fizikal untuk menghadapati apa juga kemungkinan termasuk menghadapi pendakwaan atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan. Ini proses biasa dan lazimnya dialami oleh orang lain juga. tak perlu risau. yang penting Puan memperolehi jalannya menurut undang-undang. Wallahu a,lam.

  7. wardah alhabshee

    assalamualaikum..

    saya ada kemusykilan tentang pernikahan saya yg akan berlangsung di Indonesia Mac ini…
    bakal suami orang Indonesia,

    soalan pertama: haruskah saya daftarkan dahulu di Pejabat Agama atau sebaik saja selepas nikah..

    soalan kedua: saya akan diwalikan oleh abang kandung saya pada hari tersebut. adakah itu di perbolehkan kerana wali saya masih ada.
    mohon sedikit maklumat.
    saya khuwatir akan jadi masalah di kemudian hari.

    terima kasih. wassalam

    • walaikumussalam wbt.

      Mengenai persoalan pertama, erakita nasihatkan agar dapatkan dahulu pandangan dari pendaftar pernikahan perceraian dan rujuk di Pejabat Agama di mana pasangan wanita berkenaan bermastautin. Jika diarahkan, dapatkan kebenaran untuk berkahwin luar negari atau negara dari pendaftar nikah berkenaan. Tidak ada masalah untuk melangsungkan nikah tersebut di luar negara.

      Selepas kembali ke Malaysia, dalam tempoh 6 bulan itu, pasangan wanita tersebut hendaklah hadir di hadapan pendaftar pernikahan di tempat ia bermastautin bagi tujuan pendaftaran nikah tersebut. Kemukakan bukti pernikahan dari Indonesia itu. Pendaftar Pernikahan akan membuat siasatan yang perlu bagi mempastikan nikah tersebut sah atau sebaliknya. Jika sah, ia akan didaftarkan dan sijil nikah akan dikeluarkan.

      Mengenai persoalan kedua tentang wali nikah iaitu abang kandung, hal tersebut tak jadi masalah. Jika memang ayah kandung atau datuk (bapa kepada bapa) sudah meninggal dunia, abang kandunglah yang dijadikan wali menurut urutan perwalian. Bagaimanapun, jika terlalu jauh dan abang kandungt tak dapat hadir majlis nikah, si abang tersebut bolahlah mewakilkan urusan pernikahan itu kepada jurunikah yang dikenalpasti di Indonesia itu bagi mewakili dirinya. Urusan perwakilan ini boleh dirujukkan kepada Pejabat Agama bagi memudahkan urusan.

      Jika si abang kandung tak diketahui di mana berada atau sukar dihubungi bagi urusan pernikahan tersebut, maka wali nasab akan bertukar kepada wali hakim, lebih-lebih lagi jarak tempat akad nikah dijalankan terlalu jauh di Indonesia yang pastinya telah melebihi 2 marhalah.

      wallahu a’lam

  8. salam,,apa kesan trhdp msyrkt kwin tanpa kbnr..?

  9. maaf..kesan kpd msyrkt kahwin tanpa kbnr mahkamah..?

    • Salam Zura.

      Dalam zaman modern sekarang, hampir semua urusan memerlukan dokumen. Pendek kata, ada black and white. Undang-undang keluarga juga telah dibuat dan dilaksanakan. Ia menghendaki rakyat untuk mengikuti semua peraturan yang ada jika hendak berkahwin. Jika kita kita tak ikut peraturan seperti kahwin tanpa meminta kebenaran dari pihak berkuasa agama, kahwin lari, kahwin sembunyi-sembunyi, banyak sekali implikasi atau kesannya. Rata-rata, kesannya adalah negatif. Antaranya:

      1). Pekahwinan tersebut tak diiktiraf undang-undang. Bila tak diiktiraf, tak boleh didaftarkan dan sijil perkahwinan tidak akan dikeluarkan. Nak berurusan dengan sekolah, hospital, Jabatan pendaftaran Negara dan lain-lain, semuanya memerlukan sijil kahwin. Jika tidak ada dokumen perkahwinan yang dikeluarkan jabatan agama, pastilah sukar kita berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. mahu tak mahu, kita kena juga berhadapan dengan pihak berkuasa agama bagi mendapatkan sijil nikah itu.

      2). Anak-anak yang lahir dari pernikahan atau perkahwinan yang tak berdaftar sukar dibin atau dibintikan kepada si bapa. Ini kerana tidak ada bukti perkahwinan pasangan. Dasar kerajaan sekarang, selagi tidak ada sijil kahwin atau pengesahan nasab anak dari Mahkamah Syariah, selagi itulah anak tersebut akan berbin atau bintikan kepada Abdullah. Mahu tak mahu, kita kena juga berhadapan dengan pihak berkuasa agama untuk mendapatkan sijil tersebut.

      3). Jika berlaku masalah dalam perkahwinan seperti nak bercerai atau nak tuntut belanja isteri atau anak, sukarlah kita nak buat tuntutan di mahkamah. Ini kerana, tidak ada bukti atas asas kita nak tuntut hak kita. Kita tidak ada bukti bahawa wujud perkahwinan tersebut. Nak tuntut cerai di mahkamah mesti ada sijil nikah. Nak tuntut nafkah anak atau isteri juga mesti ada sijil nikah. Nak tuntut apa-apa hak sebagai isteri atau suami, mesti ada sijil nikah. Jika tak ada, memang sukar dan mahkamah tak akan layan. Mahu tak mahu, pihak tersebut perlu buat permohonan pengesahan nikah terelbih dahulu di mahkamah syariah. Jika nikah tersebut sah, baharulah dapat didaftarkan nikah berkenaan di jabatan agama. Baharulah selepas itu, sijil nikah dikeluarkan.

      4). Jika pihak dalam perkahwinan tersebut meninggal dunia, akan timbul masalah nak menuntut haknya sebagai waris simati. Nak tuntut hak pusaka, mesti ada bukti sebagai waris. Bukti sebagai waris adalah sijil nikah. Senarai waris simati akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada bukti yang nyata bahawa pasangan adalah suam isteri yang sah dan anak-anak tersebut adalah anak yang lahir dalam perkahwinan yang sah. Jika tidak ada sijil nikah, memang sukarlah urusan tersebut. Mahu tak mahu, kena ada juga sijil nikah.

      5). Jika si anak nak berkahwinan, khususnya anak perempuan, akan timbul masalah dalam penentuan siapakah wali yang akan digunakan dalam pernikahannya. Jika nak guna wali bapa, perlulah dibuktikan bahawa anak tersebut lahir dalam perkahwinan sebenar orang tuanya. Sijil nikah amatlah penting dalam hal ini. Jika tidak,anak tersebut terpaksalah menggunakan wali seperti wali hakim. Oleh itu, sijil nikah tersebut amatlah perlu dalam hal ini. Tiada jalan lain melainkan perlu juga berhadapan dengan pihak berkuasa agama bagi mendapatkan pengesahan nikah dan seterusnya sijil nikah.

      6). Pasangan suami dan isteri yang tidak berdaftar perkahwinan terdedah kepada tangkapan khalwat. Mereka boleh didakwa di mahkamah syariah kerana bersekedudukan tanpa ikatan nikah yang sah. Mereka perlu buktikan bahawa mereka adalah pasangan suami yang sah dengan mengemukakan sijil nikah. Jika tidak ada, mereka perlu berhadapan tindakan undang-undang. Mereka tak boleh lari dari memohon pengesahan nikah dan seterusnya sijil nikah pada akhirnya.

      Pendek kata, zaman sekarang semuanya memerlukan hitam putih. Elakkanlah dari kahwin lari atau sembunyi-sembunyi. Ikutillah peraturan dan undang-undang yang ada. Wallahu a’lam.

  10. Assalamualaikum,
    ingin bertanya ,yang akan bernikah dikampung.. boleh kah pasangan itu mendapatkan kebenaran dari mahkamah untuk bernikah? (bagi wanita mualaf,guna wali hakim)

    • WALAIKUMUSSALAM WBT.

      Terimakasih atas pertanyaan Saudari Nurashilah di atas. Mengenai tempat nak nikah, samada nak buat di rumah pengantin lelaki, atau perempuan, atau masjid atau pejabat agama, terserah kepada persafahaman antara pasangan berkenaan. Apa yang penting adalah pasangan yang nak berkahwin tu kena dapatkan dulu kebenaran berkahwin dari Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk di mana pasangan tersebut bermastautin.

      Bag wanita yang muallaf dan tidak mempunyai wali nasab, ia perlu mendapatkan kebenaran berkahwin dengan menggunakan wali hakim di Mahkamah Syariah di mana ia bermastautin. Tidak timbul masalah nak nikah di mana samada di pejabat agama atau di kampung sahaja. Bagaimanapun, pasangan yang menggunakan wali hakim dalam pernikahannya, perlulah pula berunding dengan Wali Hakim yang akan menikahkan pasangan berkenaan. Ini kerana, wali hakim berkenaan tak ramai dan lazimnya sibuk untuk menikahkan pasangan-pasangan yang bernikah dengan menggunakan wali hakim.

      Pada kebiasaannya, wali hakim berkenaan (jurunikah) akan menikahkan pasangan di pejabat agama ataupun di masjid yang berdekatan. Jika ia berkelapangan, tak jadi masalah untuk majlis nikah tersebut di adakan di kampung saja.

      Wallahu a’lam

  11. suami nikah senyap2 di thailand 2 tahun lepas.kes terbongkar awal tahun 2013.suami mengatakn perkahwinan ini sah.tetapi mereka tidak mendaftarkan perkahwinannya.madu mengugut jika dia membawa kes ini ke mahkamah dia akan menang.betul ke mcm tu.

    • Salam.

      Mengenai persoalan di atas, dalam kehakiman Islam, sebenarnya tidak ada istilah menang atau kalah dalam suatu kes. Apa yang sebenarnya ditegakkan adalah “keadilan”. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang sebenar. Contohnya ialah tudung dipakai oleh wanita. Songkok pula dipakai oleh lelaki. Sesuatu itu dikatakan adil apabila tudung itu dipakaikan kepada wanita dan songkok dipakaikan kepada lelaki. Adalah tak adil namanya jika tudung itu dipakaikan kepada lelaki dan begitulah juga jika songkok dipakaikan kepada wanita.

      Dalam perkara yang Saudari Wati kemukakan di atas, tidda jalan lain melainkan pasangan yang telah bernikah di Thailand itu perlu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Syariah. Tiada jalan lain. Ini kehendak undang-undang. Sebelum ke Mahkamah Syariah, mereka perlu hadir di hadapan Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama di mana pasangan berkenaan bermastautin dan melaporkan hal pernikahan mereka itu dalam tempoh 6 bulan sekembaliknya mereka ke Malaysia.

      Adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang jika pasangan tidak hadir dan melaporkan hal pernikahan mereka di Thailand itu di hadapan Pendaftar Pernikahan dalam tempoh tersebut. Tujuan melaporkan pernikahan tersebut adalah bagi membolehkan pernikahan tersebut didaftarkan jika ianya sah di sisi syarak. Seksyen 31 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 telah memperuntukkan hal ini. Menurut Seksyen 35 Enakmen yang sama, pasangan berkenaan boleh didakwa di Mahkamah Syariah jika gagal hadir bagi tujuan pendaftaran perkahwinan berkenaan di hadapan pendaftar pernikahan dan jika disabitkan salah, pasangan berkenaan boleh dihukum dengan denda tak lebih dari RM1,000 atau penjara tak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya..

      Tidak timbul isu ugutan dalam hal ini. Ini satu kewajiban di sisi undang-undang untuk mendaftarkannya jika ia sah. Jika pasangan tersebut berdiam diri, bagaimanakah mereka boleh membuktikan kepada masyarakan sekeliling dan khususnya kepada keluarga bahawa mereka telah bernikah secara sah jika tidak sijil nikah yang dikeluarkan jabatan Agama?

      Jika ada orang buat aduan di Bahagian Penguatkuasaan dan Penyiasatan Jabatan Agama Islam mengenai pasangan berkenaan, pasangan tersebut bakal berhadapan masalah besar. Mereka boleh mendapat malu. Maruah boleh tercalar. Pihak berkuasa agama boleh membuat tangkapan tanpa waran dari Mahkamah ke atas pasangan mereka atas kesalahan bersekedukan tanpa akad nikah yang sah. Mereka boleh didakwa atas tuduhan berkhalwat atau bersekedudukan tanpa ikatan suami isteri.

      Jika didakwa di Mahkamah atas kesalah jenayah khalwat, pasangan tersebut terpaksa membuktikan bahawa mereka adalah suami isteri. Bagi melepaskan diri dari tuduhan, pasangan tersebut tidak ada jalan lain melainkan terpaksa juga melalui proses yang agak panjang iaitu perlu mendapatkan pengesahan pernikahan terlebih dahulu dari mahkamah. Jika sah nikah mereka di Thailand, baharulah didaftar dan sijil nikah dikeluarkan di Jabatan Agama. Jika tak sah, mereka terpaksa berhadapan dengan tuduhan khalwat atau bersekedudukan tanpa ikatan nikah yang sah atau tuduhan mengupacarakan perkahwinan yang tertentangan dengan peruntukan undang-undang dan hukum syarak.

      Justeru, dalam hal ini, sebelum ada apa-apa yang terjadi, sebaiknya pasangan berkenaan datanglah secara baik dan jelaskan kedudukan sebenar di hadapan Pendaftar Pernikahan. Mengaku sajalah apa yang sebenarnya terjadi. beri kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar pernikahan berkenaan. Apa yang penting ikut saja undang-undang. Apalah ertinya tinggal sebumbung jika masih ada keraguan akan kesahihan nikah tersebut. Tidakkah mereka nak juga ada sijil nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri sebagaimana orang lain? Tidakkah mereka inginkan kepastian samada nikah mereka di Thailand sebenar-benarnya sah atau sebaliknya?

      Bagaimana pula mereka nak mendaftarkan kelahiran anak mereka jika ada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa ada sijil nikah yang dikeluarkan Jabatan Agama negeri? Tanpa sijil nikah tersebut, JPN lazimnya akan membin atau membintikan anak tersebut kepada Abdullah. Apakah pasangan tersebut bersedia untuk menerima hakikat ini jika terus berdiam diri?

      Andaikata pasangan tersebut menghadapi masalah rumahtangga dan memilih untuk bercerai, ke mana mereka harus mengadu? Bukankah mereka terpaksa juga berhadapan dengan mahkamah syariah? Hanya mahkamah syariah sahaja yang berbidang kuasa di sisi undang-undang untuk mendengar dan memutuskan hal ehwal perceraian termasuklah harta sepencarian, nafkah isteri, nafkah anak, eddah dan soal penjagaan anak. Tanpa adanya sijil nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama, pasangan tersebut akan menghadapi masalah di Mahkamah. Tanpa bukti pernikahan, bagaimana agaknya mahkamah nak putuskan perceraian pasangan berkenaan?

      Justeru, bertindaklah segera untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. Belum terlambat lagi. Usahakan sehingga semuanya selesai walaupun terpaksa menghadapi cabaran iaitu tindakan perundangan.

      Wallahu a’lam

  12. Assalamualaikum,

    Saya telah bernikah dgn warga eropah (mualaf) 5 tahun lalu di selatan Thailand dan masih tidak mendaftarkan perkahwinan kami di M’sia.
    Saya sekarang berada di M’sia.
    Soalan saya :

    1) Boleh kah isteri pergi mendaftarkan perkahwinan kerana suami berada di luar negara?
    2) Berapakah jumlah maksimum yg didenda? Boleh kah merayu untuk mengurangkan denda?

    Terima kasih.

    • Walaikumussalam wbt.

      Dalam situasi Puan di atas, Puan tak perlu risau. Dalam tempoh 6 bulan selepas kembalinya Puan ke Malaysia, Puan dikehendaki hadir di hadapan Pendaftar perkahwinan di negeri di mana Puan bermastautin. Ia adalah kehendak undang-undang. Tujuan hadir adalah untuk mendaftarkan perkahwinan yang dilaksanakan di luar negara. Bawa bersama dokumen berkaitan perkahwinan. Jika lewat dari 6 bulan, ia sudah jadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan pendakwaan di Mahkamah Syariah.

      Mengenai soalan pertama, tak jadi masalah untuk isteri datang berseorangan terlebih dahulu di hadapan Pendaftar perkahwinan itu. Yang penting kehadiran di hadapan Pendaftar adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tibanya Puan di malaysia. Pendaftar Perkahwinan akan menyemak dokumen dan membuat siasatan berkaitan untuk memastikan samada perkahwinan tersebut adalah sah atau tidak. Untuk itu, panggillah suami Puan ke Malaysia untuk hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan jika sekiranya Pendaftar berkenaan meminta kehadiran suami puan pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekurang-kurangnya, kos perjalanan yang dikeluarkan untuk hadir ke Malaysia adalah berbaloi kerana tak buang masa menunggu atau tertangguh-tangguh. Tidak mengapa jika lambat sedikit penyelesaiannya. Yang penting adalah hasilnya. Namun, sebaiknya, suami puan dapat hadir bersama.

      Mengenai soalan kedua, hukuman maksimum bagi kesalahan gagal hadir di hadapan pendaftar perkahwinan dalam tempoh 6 bulan sekembalinya ke Malaysia adalah denda tidak lebih RM1,000 atau Penjara tak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali. Jika Puan hadir lebih awal sebelum berakhirnya 6 bulan, Puan tidak akan menempuh ini masalah pendakwaan. Mengenai rayuan hukuman, memang ada ruang diberi kepada pesalah jenayah syariah yang telah disabitkan salah sebelum hukuman dijatuhkan untuk merayu bagi keringanan hukuman. Lazimnya pesalah akan merayu bidi bicara hakim untuk menjatuhkan hukuman seringan-ringannya iaitu denda dahulu. Nyatakan alasan mengapa mahkamah perlu meringankan hukuman.

      Jarang sekali berlaku di mana mahkamah akan terus menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah melainkan dalam kes-kes tertentu dan terpencil. Lazimnya bagi kesalahan kali pertama, hukuman denda adalah suatu kebiasaan. Kadarnyanya pula tidaklah semestinya mesti jumlah penuh iaitu RM1,000. Ia bergantung kepada keadaan. Ada kalanya denda itu adalah sekitar RM800 dan ke bawah.

      Wallahu a’lam

      • Terima kasih atas pencerahan yg diberikan.. satu lagi soalan saya.. Jika passport yang digunakan ketika pernikahan telah hilang ( passport itu telah tamat tempoh dan sudah diperbaharui ), Boleh kah saya menunjukkan gambar2 pernikahan sebagai bukti yg saya telah ke Thailand untuk bernikah?

      • Kehilangan atau penggantian pasport yang baru tidak akan menjadi halangan besar bagi proses mendaftarkan nikah tersebut. Yang penting adalah Pendaftar Pernikahan berpuas hati bahawa pernikahan tersebut telah berlaku dan sah di sisi Hukum Syarak. Tidak dinafikan bahawa rekod perjalanan yang tertera dalam pasport boleh membantu Pendaftar Penikahan untuk menyiasat dan meneliti mengenai kesahihan pernikahan tersebut.

        Selain itu, jika perlu, Pendaftar Pernikahan juga akan mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil atau dokumen pernikahan yang dikeluarkan di luar negara (seperti Thailand, India dan lain-lain) samada dokumen berkenaan benar-benar telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

        Proses ini adalah sebahagian usaha pihak Pendaftar Perkahwinan di negeri-negeri untuk memastikan proses pengesahan dan pendaftaran perkahwinan yang dilaksanakan di luar negara dapat diurus dan ditadbir dengan berkesan.

        Mengenai gambar-gambar pernikahan, sudah tentu ianya dapat membantu untuk membuktikan berlakunya pernikahan tersebut.

        Wallahu a’lam

  13. Assalamualaikum.. saya sedang mencari sedikit maklumat. Lazimnya sy terbaca pasangan berkahwin tanpa kebenaran wali/mahkamah. Tapi bagaimana pula halnya jika wali/wakil wali (atas kehendak wali itu sendiri) menikahkan pasangan tanpa menunggu kebenaran daripada mahkamah? apakah hukuman yang diperuntukkan utk mereka2 ini? adakah mereka akan didakwa di bawah seksyen yang sama seperti yang dinyatakan di atas? terima kasih..

    • walaikumussalam wbt.

      Tetap salah di sisi undang-undang walau wali itu sendiri yang menikahkan pasangan. Pokok pangkalnya adalah kebenaran mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum pasangan berkahwin jika pasangan berkenaan tergolong dalam kumpulan yang memerlukan kebenaran mahkamah atas alasan salah satu atau lebih iaitu bawah umur, poligami, janda berhias dan wali hakim.

      Pendakwaan dibuat berdasarkan seksyen yang sama sebagaimana dijelaskan di atas. Jika disabitkan salah, hukuman pejnara tak lebih 6 bulan atau denda tak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

      Wallahu a’lam

  14. Arina Mustapha

    Assalamualaikum.
    Pertama sekali saya amat berterima kasih kepada tuan kerana adanya ruangan ilmu di sini semoga Allah memberkatinya.
    Soalan saya : Suami saya seorang yang suka berjudi.Kami bertengkar dan suami berkata: “Kalau saya pergi lagi (tempat dia berjudi) kita dua tak der apa2 dah”.Suami berkata demikian untuk meyakinkan saya yang dia tak kan pergi lagi berjudi.Namun keesokan harinya dia pergi juga ke tempat tersebut tetapi bukan untuk berjudi, tetapi untuk mengambil barangnya yang tertinggal.Mohon tuan beri pencerahan adakah jatuh satu talak ke atas saya dalam situasi tersebut?Terima Kasih.

    • Walaikumussalam wbt.

      Berdasarkan kenyataan suami Puan di atas, lafaz tersebut adalah termasuk dalam lafaz ta’liq. Ini kerana kata-kata lafaz cerai itu diawali dengan perkataan “kalau”. Keadaan yang serupa juga apabila kata-kata afaz itu dimulakan dengan perkataa seperti “andai” atau “jika” atau “sekiranya” atau “apabila” atau bilamana” dan apa-apa juga perkataan seumpamanya. Antara ciri lain lafaz ta’liq itu ialah adanya suatu perkara yang digantung. Yang digantung itu adalah sasaran kepada apa yang dikatakan jika, bila mana, andaikata, kalau, tak kala dan yang semumpamanya. Jika yang digantung itu terkena, maka gugurlah talaq ke atas isteri.

      Namun, dalam situasi Puan di atas, lafaz ta;liq tersebut perlu dihalusi lagi. Ini kerana, adanya penghalusan kepada maksud perkataan suami “saya pergi lagi” dan “kita tak der apa-apa lagi dah”. Kata-kata itu kelihatannya belum jelas dan perlu ada pencerahan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan suami “pergi lagi” dan “kita tak der apa-apa dah”. Kata-kata itu boleh membawa berbagai maksud. Hanya suami Puan saja yang boleh menjelaskan maksud sebenar apa yang dikatakannya.

      Perlu diingatkan bahawa terdapat lafaz talaq yang dinamakan talaq kinayah. Lafaz bagi talaq kinayah adalah lafaz yang tak jelas maksudnya. Lafaz itu membawa pelbagai maksud dan salah satunya adalah talaq. Jika lafaz kinayah adalah bermaksud menceraikan isteri, maka tercerailah isteri itu. Jika tiada niat ceraikan isteri, maka tak ada apa-apa kesannya. Maknanya tiada gugur talaq ke atas isteri.

      Dalam hal ini, apa yang erakita boleh nasihatkan ialah Puan dan Suami Puan mengemukakan permohonan bagi pengesahan lafaz perceraian luar mahkamah. Mohonlah segera tanpa berlengah. Berterus teranglah kepada mahkamah bila ditanya nanti. Biarlah mahkamah memutuskan samada gugur atau tidak talaq dengan lafaz tersebut. Semoga pandangan ini ada manfaatnya pada Puan dan suami Puan. Wallahu a’lam.

  15. saya nak tanya… saya dari terengganu dan bakal suami dari selangor.. dya telah berkahwin.. isterinya benarkan dye menikah dengan saya.. kami dah tetapkan khawin pada bulan 11.. ramai da tahu.. tp masalahnya, kbnran untuk poligami xdpt lg sbab bakal suami xde slip gaji dan akaun bank… boleh x kami khawin dulu diwalikan ayah saya.. ayah saya berkawan baik jugak dengan jurunikah kat situ.. dya mgkin akan dtg wakilkan ayah sy… tp masalah kbnrn poligami je yang xde…buatkan kami xley antar borang..kalau kami nikah dulu ni.. apa tindakan yang akan dikenakan..

    • Assalamualaikum Cik Syahira.

      Ini satu pertanyaan yang menarik dan amat penting. Perlu ditegaskan bahawa semua negeri di Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam. Dalam undang-undang tersebut, ada disebutkan bahawa mana-mana suami yang hendak berpoligami mestilah mendapatkan kebenaran bertulis dari Hakim Syarie. Ini bermakna, sesiapa saja orang Islam yang hendak berkahwin lebih dari seorang, maka wajib baginya mendapat kebenaran dari Hakim Syarie. Hakim Syarie maksudnya adalah Hakim dari Mahkamah Syariah.

      Kebenaran atau persetujuan dari isteri si suami untuk membolehkan suaminya bernikah dengan saudari bukanlah satu lesen atau kebenaran yang dimaksudkan untuk si suami berpoligami. Kebenaran hanya dari Mahkamah Syariah sahaja. Persetujuan dari si isteri bagaimanapun tidak dinafikan sekurang-kurangnya boleh mempermudahkan urusan mendapatkan kebenaran berpoligami di mahkamah.

      Saudari patut bersyukur kerana wali saudari juga bersetuju dengan pernikahan ini. Ini semua boleh memudahkan urusan perkahwinan ini. Namun, jangan sekali-sekali benarkan perkahwinan ini dilaksanakan juga tanpa mendapat kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah. Jangan minta jurunikah itu menikahkan juga saudari dengan bakal suami tanpa mendapat terlebih dahulu kebenaran dari mahkamah sekalipun bapa saudari ada hubungan baik dengan jurunikah itu. Jika dinikahkan juga tanpa kebenaran mahkamah, itu merupakan satu kesalahan jenayah syariah dan si suami, wali, jurunikah, saksi-saksi yang terlibat termasuk saudari juga boleh didakwa atas kesalahan poligami tanpa kebenaran bagi si suami, bersubahat melakukan jenayah dan saudari pula dikenakan dakwaan atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran dari pendaftar perkahwinan.

      Kesannya adalah selagi pendakwaan tidak dilakukan, selagi itulah sukar bagi saudari dan suami mendaftarkan pernikahan di jabatan agama Islam. Nak mendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara juga akan bermasalah. Tanpa sijil nikah yang sah, lazimnya JPN akan meletakkan status anak berbin atau berbintikan Abdullah.

      Justeru, erakita nasihatkan saudari agar meminta bakal suami supaya mendapatkan terlebih dahulu kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah. Wallahu a’lam.

  16. Ble ke suami khwin lain atas isteri dn ank tinggil kn rumah suami tempe suami thu atu izin…dn x pernah balik rumah suaminya

    • salam.

      Di sisi undang-undang, suami berhak untuk membuat permohonan mendapatkan kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah. Persoalan samada si isteri dan anak-anak telah meninggalkan si suami dengan pengetahuannya atau tanpa pengetahuan atau izinnya, hal tersebut tidak menjadi halangan bagi suami untuk menfailkan permohonan kebenaran berpoligami. Yang penting di sini adalah si suami hanya perlu menfailkan permohonan di Mahkamah.

      Sekiranya notis panggilan untuk hadir ke mahkamah gagal diserahkan kepada isteri kerana kesukaran untuk menghubungi atau tidak diketahui di mana isteri berada, mahkamah boleh arahkan penyampaian notis panggilan tersebut secara penyampaian gantian samada melalui tampalan notis di premis terakhir isteri tinggal atau melalui iklan di surat khabar.

      Jika mahkamah berpuas hati bahawa penyampaian notis kepada isteri telah dilaksanakan dengan sempurna, maka mahkamah boleh menerukan pendengaran permohoan suami itu walau tanpa kehadiran isteri. Justeru dalam keadaan Puan Raini di atas, erakita melihat bahawa adalah satu kerugian kepada Puan isteri sekiranya ia terus menyembunyikan diri atau tidak memberitahu di mana ia berada. Apatah lagi jika si isteri sengaja untuk mengelak dari hadir ke mahkamah. Si isteri sepatutnya hadir ke mahkamah untuk memberi respon atau jawapan terhadap permohonan berpoligami oleh suami. Nyatakan samada isteri bersetuju atau membantah. Jika membantah, gunakan ruang di mahkamah untuk menyatakan alasan atau sebab membantah.

      Jika isteri terus membiarkan suami keseorangan tanpa kembali atau memberitahu di mana isteri berada, hal tersebut dilihat boleh memberi kredit dan kelebihan kepada suami untuk mendapat kebenaran berpoligami. Ini kerana, tiadanya bantahan dari isteri dan juga wujudnya keadaan di mana suami perlu ada teman iaitu isteri untuk tinggal dan hidup bersama bagi menjalani kehidupan berumahtangga sepertimana orang lain juga.

      Justeru, sebaiknya kembalilah ke pangkuan suami jika isteri masih sayang kepada suami. Jika tidak, buatlah tindakan yang lebih tepat iaitu failkan saja permohonan kebanran bercerai di mahkamah syariah ataupun tuntutan fasakh atau ta’liq berdasarkan alasan yang bersesuaian. Jangan biarkan keadaan terus tergantung.

      Terimakasih dan wassalam. Wallahu a’lam

  17. Sy raini dari melaka..nk brtany klu isteri keluar rumah selama setahun lebeh brsama ank2 gadis dn mereka x pernah tnya khbar kepada suami nya..dn boleh ke suaminya khwin lain tempe isterinya thu de ke itu satu dosa.

    • Salam.

      Jawapan adalah sebagaimana di atas. Adalah menjadi satu dosa meninggalkan suami dan rumahtangga tanpa sebab menasabah. Keluar rumah tanpa izin atau redha dri suami tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak boleh mengundang isteri untuk jatuh derhaka dan nusyuz terhadap suami. Si suami pula ada hak di sisi undang-undang untuk menfailkan periystiharan nuzyuz isteri di mahkamah jika keadaan ini berlarutan.

      Wallau a’lam

  18. salam

    saya na tanya, saya warga indonesia dan suami malaysia, kami dah nikah 2 tahun, dulu suami nikahi saya tanpa ada ijin nikah di luar negara,masalahnya suami mualaf dan belum ada kad akaun masuk islam,,,

    sekarang kami nak daftarkan pernikahaan, dokumen yang ada hanyalah sijil perkawinan dari indonesia saja……apakah bisa mendaftarkan? dan prosedurnya macam mana??

    mohon bantuannya, trima kasih.

  19. assalam…Boleh saya tahu siapa penulis artikel di atas ne???nama penulis artikel, tempat di tulis semua 2???
    Pelajar FPI UKM…
    Syukran…ASAP…

  20. Firdaus Mah Bin Abdullah

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Aduan yang disampaikan pada pihak penguatkuasa JAWI mengenai pasangan yang berserumah lebih dari tiga puluh tahun hanya mendapat jawapan yang tidak munasabah malah boleh dikatakan dusta. Lelaki berkenaan berbangsa melayu dan pasangannya seorang christian. Perkahwinan mereka di negara London tidak didaftarkan di Malaysia sejak tahun lapan puluhan. Siasatan pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengatakan aduan dan telahan kes tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas dimana Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan mendapati pihak perempuan tidak pernah memeluk agama Islam sepangjang masa perkahwinan berlangsung. Susulan dari Jabatan Pendaftaran Negara juga mendapati tiada pertukaran diatas agama selama ini.

    Ingin saya mendapatkan hukuman yang sepatutnya jika anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam berkenaan jika dia terlibat dalam memberi kenyataan yang palsu dan siapa saya sepatutnya menyalurkan kes ini. Mohon membimbing.

    Sekian.

    • Walaikumussalam wbt.

      Jika aduan telah dibuat mengenai hal bersekedudukan tersebut di Jabatan Agama Islam, tanggunjawap Tuan telahpun terlaksana. Namun, jika jawapan kepada aduan Tuan itu tidak memuaskan hati tuan, Tuan boleh mengemukakan persoalan atau aduan itu kepada Pengarah JAWI ataupun membuat aduan rasmi kepada Biro Pengaduan Awam.

      Bagaimanapun, tindakan aduan kepada pihak atasan adalah jalan yang terakhir setelah usaha Tuan untuk mendapatkan jawapan atau penjejasan dari Bahagian Penguatkuasaan Agama berkenaan tidak memuaskan hati Tuan.

      Wallahu a’lam

      • Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

        Saya ingin berkongsi dengan maklumbalas dari Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung perkahwinan pasangan yang melanggar Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dibawah seksyen 27. Aduan mengenai perkahwinan pasangan yang tidak didaftarkan dan juga pasangan perempuan tersebut bukan beragama Islam sehingga kini. Penyelesaian kes yang mengambil empat bulan telah dilanjutkan ke Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri bersama Timbalan Ketua Pengarah setelah mendapat maklum balas JAWI yang amat mengecewakan. Pegawai tersebut telah mengingkar Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dimana seseorang pihak berkuasa agama Islam negeri yang sepatutnya membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan masyarakat. Antara yang dijelaskan pegawai yang bercanggah dengan Perlembagaan negara bagi menjaga kepentingan agama Islam adalah seperti :-

        1. Pegawai tersebut berpuas hati dengan surat nikah luar Negara yang dikemukakan pasangan diadu dimana didaftarkan di East
        London Mosque
        (Difahamkan dari Pegawai tersebut, hanya perkahwinan yang berlangsung di luar negara baru-baru ini wajib di daftartar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam tempoh 6 bulan setelah akta diperketatkan)

        2. Pasangan perempuan yang diadu tidak mempunyai rekod memeluk Agama Islam di Wilayah Persekutuan dan Selangor selepas
        susulan siasatan oleh Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan

        3. Dengan mengucap “DUA KALI SYAHADAH” pada masa pernikahan di London membuktikan individu adalah Islam. Bukan wajib dari segi hukum untuk individu memiliki Kad Memeluk Agama Islam dimana kad tersebut adalah untuk kemudahan dari segi pertolongan, tuntutan atau kematian seseorang

        4. Permohohan Poligami tidak wajib untuk individu yang berkemampuan

        Setelah segala telahan yang tidak berasas ini disampaikan PPA tersebut, ingin saya bertanya Tuan/Puan adakah Pegawai tersebut cuba melindungi apa yang dia sepatutnya menguatkuasakan.

  21. Kupasan yg sgt berinformasi. Syabas kerana berkongsi info yg sgt bermanfaat.

    Sy ingin bertanya, kes nya begini

    Lelaki malaysia yg telah bernikah dgn muallaf warga laos di negara laos secara sembunyi, yg sy tdk dpt dipastikan jurunikahnya dan peraturan pernikahan di negara tersebut. Bagaimana lelaki ini ingin mendaftar pernikahann ini di malaysia dan apakah dia dibolehkan untuk tidak mendaftarkannya di malaysia.

    • Salam.

      Jawapan kepada persoalan di atas ada dinyatakan dalam jawapan kepada soalan Puan berikutnya. Sukacita rujuk kepada soalan yang terkemudian dari ini.

      Wassalam.

  22. Asalamualaikum..

    sy ingin bertanya apakah Hukum Nikah dimana surat nikah sudah di tanda tangani oleh pengetahuan pengantin perempuan dengan paksa dn pada masa akad nikah pengatin perempuan tiada d majlis akad nikah kerana sedar penikahan tersebut di buat kerana paksa..adakah sah pernikahan tersebut dari segi hukum..

    • Walaikumussalam wbt.

      Mengenai pertanyaan di atas, pertamanya erakita ucapkan terimakasih. Keduanya, erakita menyarankan agar si wanita (isteri) tadi menfailkan permohonan pengesahan pernikahannya dengan suaminya jika wujud keraguan mengenai kesahihan dalam pernikahan berkenaan. Dalam hal ini, antara perkara yang akan ditimbulkan adalah mengenai kedudukan kuasa perwalian dalam menikahkan anaknya. Kenyataan mengenai wujudnya paksaan ke atas pihak dalam pernikahan itu juga wajar diteliti dalam rangka menentukan kedudukan status pernikahan berkenaan. Sebaiknya, buatlah permohonan di mahkamah bagi tujuan mendapatkan pengesahan nikah tersebut walau telah didaftarkan di Jabatan Agama.

      Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ada memperuntukkan bahawa suatu nikah yang telah didaftarkan bukanlah semestinya menjadikan suatu nikah itu diakui atau sah. Justeru, jika ada keraguan, mana-mana pihak masih boleh memohon kepada mahkamah untuk menentukan samada ianya sah atau tidak. Berikut adalah Seksyen 34 berkenaan:

      Seksyen 34. Efek pendaftaran di sisi undang-undang

      Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan diakui atau tidak diakui sesuatu perkahwinan semata-mata oleh sebab ia telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak diakui atau diakui.

      Demikianlah jawapan erakita dalam hal ini. Wallahu a’lam.

  23. ingin penjelasan

    lelaki yang telah berkahwin secara sembunyi di negala laos,
    pernikahan berlansung dikatakan berlaku tidak dirancang.
    salah seorang rakan lelaki(rakyat malaysia) itu telah mengakadnikahkan atau menjalankan upacara pernikahan tersebut serta di saksikan oleh 2 orang juga terdiri drpd rakan lelaki tersebut. Perempuan tersebut seorang muallaf yang dikatakan telah berpisah dengan suami sebelumnya pada setahun yang lalu.
    soalannya sah kah pernikahan itu kerana jurunikah dan saksi pernikahan merupakan rakan lelaki tersebut (rakyat malaysia), dan wali hakim yang tidak jelas statusnya.

    • Salam.

      Dalam situasi di atas, erakita melihat bahawa status wanita tersebut perlu diperhalusi terlebih dahulu. Jika wanita itu seorang muallaf, bilakah sebenarnya ia memeluk Islam. Adakah beberapa ketika sebelum bernikah dengan si lelaki tadi atau ketika mana wanita itu masih lagi dalam perkahwinan dengan suaminya yang terdahulu?

      Perlu juga diketahui samada wanita berkenaan telah berkahwin dengan lelaki terdahulu ketika kedua-duanya sudah memeluk Islam?

      Jika berpisah dengan suami terdahulu, adakah perkataan berpisah itu adalah membawa maksud telah bercerai secara sah dengan suaminya?

      Justeru, status wanita berkenaan perlu diketahui terlebih dahulu. Ini kerana, tidak sah wanita berkenaan bernikah dengan lelaki lain ketika mana ia masih lagi sah sebagai isteri dengan suami terdahulu.

      Penentuan wali dalam pernikahan wanita berkenaan akan lebih mudah diketahui jika sekiranya persoalan persoalan di atas dapat diketahui. Jika ada kesempatan, sukacita sekiranya saudara dapat menjelaskan situasi tersebut.

      Terimakasih dan wallahu a’lam.

      • tuan,
        wanita tesebut merupakan warga asli di sebuah perkampungan di laos yg menganuti agama nenek moyang mereka, bekas suami juga sama bangsa dan kepercayaan dengannya.soal berpisah, cerai atau selainnya tidak jelas kerana mereka tidak mempunyai peraturan kekeluargaan yg jelas sebagaimana di malaysia.
        selepas berpisah dengan bekas suami, wanita tersebut dikatakan telah memeluk islam di utara thai pada pertengahan dis 2014 kerana ingin berakhwin dgn lelaki malaysia yg tersebut.

        pernikahan berlaku pada awal januari 2015 di perkampungan wanita itu yang mana keluarganya juga masih bukan islam. selepas bernikah si lelaki balik malaysia spt biasa dan pernikahan tersebut dirahsiakan drpd isteri sedia ada dan keluarganya di malaysia.

        pendaftaran nikah juga belum dilakukan di malaysia.

  24. Anisha Lyanna

    Asalamualaikum..
    Saya anisha..saya telah dicerai oleh suami diluar mahkamah..Apa yang patut saya lakukan untuk selesaikan kes penceraian saya? Kerana suami saya tidak beri kerjasama untuk selesaikan kes ini..

    • Walaikumussalam wbt.

      Puan Anisha boleh menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di Mahkamah Syariah di mana Puan Anisha tinggal ketika ini. Datanglah ke Mahkamah dan tanya di bahagian kaunter mahkamah mengenai senarai semak bagi tunjuan penyediaan dokumen yang diperlukan. Puan boleh memilih dari sekarang untuk:

      1. Menfailkan permohonan berkenaan tanpa menggunakan khidmat peguam syarie atau,
      2. Menggunakan peguam syarie swasta; atau
      3. Menggunakan peguam syarie dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) secara percuma.

      Pilihlah cara di atas menurut keselesaan Puan. Mahkamah boleh memaksa kehadiran suami untuk hadir ke Mahkamah jika beliau enggan hadir. Waran tangkap boleh dikeluarkan oleh Mahkamah bagi memastikan kehadirannya setelah nyata notis atau saman hadir ke mahkamah telah diserahkan kepada suami menurut undang-undang.

      Semoga maklumat ini boleh mempermudahkan urusan Puan. Wallahu a’lam

  25. Assalam sy nikah di indonesia tampa kebenaran..nikah secara agama macam saya nk publis kan di pejabat agama dan sy tentera mcm mna prosedia nya

    • Wa’alaikumussalam wbt.

      Sebagai warganegara Malaysia, saudara Yus perlu mendaftarkan pernikahan tersebut di negeri di mana saudara tinggal atau bermastautin di Malaysia. Pertama sekali, bawalah apa-apa dokumen berkaitan pernikahan tersebut ke Pejabat Pendaftar Pernikahan di jabatan Agama. Berterus terang mengenai kedudukan sebenar perkahwinan saudara.

      Beri kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai Pendafar nikah tersebut. Jika sekiranya pernikahan tersebut bertentangan dengan kehendak undang-undang, saudara akan dinasihatkan untuk membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Jika nikah itu sah, baharulah Pendaftar nikah akan mendaftarkannya dan seterusnya akan mengeluarkan sijil nikah. Bagaimanapun, lazimnya, sijil nikah hanya akan dikeluarkan setelah pasangan berkenaan didakwa atas kesalahan perlanggaran undang-undang berkaitan pernikahan terlebih dahulu.

      Erakita nasihatkan saudara Yus agar tidak berlengah. Lakukan sekarang demi kebaikan bersama. Semoga ada manfaatnya. Wallahu a’lam.

  26. zaleha binti jusoh

    Assalamualaikum.
    tuan saya nk btanyakan tentang perkara yg sedang saya alami sekarang.pada 24.7.2015 saya telah berkahwin di sempadan thailand.saya adalah isteri kedua.3 minggu lps perkahwinan ini telah diketahui oleh isteri pertama.Pada masa yg sama isterinya minta suami ceraikan saya.selepas itu suami pun dah x nak ambil tau tentang saya dan akan ikut syarat isteri pertama..saya dah buat pelbagai cara untuk aJak suami bbincang secara baik pun dia tidak hiraukan.sampai saya dah pegi rumah suami pun dia telah menghalau saya.tentang perkahwinan ini saya dah pun daftarkan di mahkamah tinggi syariah.pada tarikh utk sebutan kes,suami tidak hadir ke mahkamah.kes kami akan dibicarakan pada 23.11.15 nnti.selepas saya serahkan surat utk hadir ke mahkamah kepada suami dia minta saya tarik balik untuk buat pengesahan nikah tu dan dia akan teruskan hubungan mcm biasa..tapi saya tetap akan teruskan juga untuk dptkn surat nikah malaysia..apakah tindakan yg akan dikenakan terhadap suami sekiranya dia tidak hadir ke mahkamah?

  27. kahwin tanpa pengetahuan bapa adalah boleh/sah? Boleh ke guna wali Hakim je? Tidak memaklumkan kpd bapa Kerana yakin bapa tidak mahu mewalikan..

    • Dari segi hukum, tidak sah pernikahan tanpa adanya wali. Sekiranya bapa kandung masih hidup, bapa adalah wali kepada perempuan yang nak berkahwin itu. Terdapat beberapa keadaan di mana wali hakim boleh digunakan. Salah satunya ialah apabila wali nasab (dalam kes ini bapa kandung) enggan mewalikan pernikahan anak perempuannya tanpa sebab syarie. Bagaimanapun, permohonan bagi kebenaran berwali hakim itu perlulah dibuat di Mahkamah Syariah. Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk berwalikan hakim.

      Soal bapa tidak tahu itu persoalan yang lain. Ia amat subjektif. Perlu diingat bahawa terdapat keadaan di mana bapa atau wali nasab tidak mendapat makluman bahawa anak perempuan itu berkahwin tetapi perkahwinan itu tetap sah. Contohnya, wali tersebut masih dalam ihram kerana umrah atau haji. Contoh yang lain ialah kerana wali itu sendiri berada jauh melebihi 2 marhalah dari tempat perkahwinan anak tersebut. Begitu juga jika sekiranya wali itu sendiri tidak diketahui di mana berada sedangkan pernikahan itu perlu dilaksanakan segera. Justeru, jawapan kepada persoalan ini amatlah subjektif dan jika berlaku pertikaian mengenai kesahihan pernikahan, hanya mahkamah syariah sahaja yang mempunyai kuasa untuk memutuskan samada sah atau tidak suatu perkahwinan itu.

      Erakita menasihatkan agar sekiranya setelah berbincang dan berunding dengan baik, bapa saudari Annie masih enggan menjadi wali, mohonlah di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim. Wallau a’lam

  28. Asalamualaikum. ..saya nak bertanya apakah saya boleh di jatuh kan hukum mahkamah syariah jika keluar dari rumah masa ketiadaan suami..tetapi sebelum kejadian suami telah halau saya keluar melalui panggilan telefon dan masa membuat panggilan itu anak saya yang berusia 21 tahun ada bersama dan mendengar suami menghalau saya keluar.

  29. Assalammualaikum. Saya duda warganegara Malaysia, ingin bernikah dengan warganegara Indonesia. Bagaimanakah proses yg harus saya buat?

  30. Assalammualaikum ,dekat sini saya ingin kemuka kan 1 soalan,saya sudah bernikah 2004 diterangganu,dan sekarang pihak pejabat memaklumkan surat nikah saya tidak sah,dan apa harus saya lakukan?sedang kan
    Pejabat agama itu sendiri yg keluar kan.

    • Walaykumussalam wbt.

      Adalah menjadi tanggunjawap Pendaftar Pernikahan untuk mendaftarkan dan mengeluarkan sijil nikah yang mengandungi butiran yang betul jika pernikahan itu dilaksanakan mengikut undang undang yang sedang berkuatkuasa di negeri negeri. Puan boleh bersemuka dan membuat aduan terus kepada Ketua Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Islam Trengganu. Maklumkan kedudukan Puan.

      Sekiranya tiada tindakan yang memuaskan dan ternyata tiada kesilapan yang dilakukan di pihak Puan, Puan boleh juga membuat aduan di Biro Pengaduan Awam bagi mengadukan keadaan yang Puan hadapi.

      Lazimnya surat atau sijil nikah tidak sah boleh berlaku apabila pernikahan dilakukan tidak mendapat kebenaran dari Pendaftar penikahan. Ia biasanya melibatkan sindikit pernikahan yqng hanya mengambil kesempatan mengaut untung dari upah menguruskan pernikahan. Ada pasangan yang terpedaya dan tertipu dengan kelicikan mereka. Sindikit ini biasanya mendakwa bahawa mereka boleh membantu memudahkan urusan pernikahan, termasuk mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pegawai agama yang menguruskan pendaftaran pernikahan. Bagaimanapun, urusan melalui sindikit ini biasanya berkesudahan dengan masalah pendaftaran dan pengeluaran sijil nikah. Ada juga kejadian di mana sijil nikah yang diserahkan kepada pasangan tersebut adalah sijil nikah palsu.

      Tanpa menyedari hal tersebut, pasangan terus mempercayai akan kesahihan sijil tersebut. Pasangan hanya akan mengetahui bahawa sijil nikah mereka palsu atau tak sah apabila berurusan dengan Jabatan Agama, contohnya apabila hendak mendapatkan pengesahan dari salinan yang benar ke atas dokumen fotostat sijil nikah tersebut.

      Keadaan seperti ini boleh terjadi kepada pasangan yang ditipu oleh sindikit atau orang tengah yang tidak bertanggingjawap dan hanya mengambil kesempatan. Sekiranya situasi ini berlaku kepada Puan, apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan nikah tersebut di mahkamah syariah dan seterusnya mendapatkan perintah mendaftarkan nikah itu jika ia sah.

      Jika nikah tersebut tak sah, mahkamah akan faraqkan nikah itu dan pasangan dinasihatkan bernikah semula.

      Demikianlah pandangan erakita. Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam

  31. Lebih baik banyak berlaku pencerayan berbanding banyaknya berlaku zina. Dan mengundang anak luar nika serta buang bayi. Pendangan saja

  32. Assalamualaikum .sy dan suami dah bnikah pd 2013 tp nikah kampung,dsbbkn suami bkn warganegara .. apa perlu sy buat utk dptkan sijil nikah ? Perlu daftar lewat atau mcm mna? Terima kasih.

  33. Assalamualaikum, disini saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan masalah yang saya lalui, saya bernikah di Thailand. Pada tahun 2010. Saya dan pasangan pernah mengfailkan perkhawinan di malaysia, tetapi hanya separuh jalan. Cume sekali sje kami naik makamah. Pada mulanya suami tiada masalah untuk daftar di malaysia. Disebabkan kerana saksi tersilap bicara, didepan hakim. Masalahnya suami sudah melafazkan talak pda saya. Dan sekarang, bekas suami saya minta saya lupakan dia dan anak kali. Sy juga dianaiya sepanjang perkhawinan kami, dan bekas suami sy tidak berkerja selama 3tahun. Bila dia da berkerja, saya dicaci seperti binatang. Saya da buntu dengan ugutan dia, setiap kali dia ingin melepaskab saya. Di mana saya boleh rujuk masalah yang saya alami ini?

  34. Rafizal Abd Rafar

    Assalammualaikum..saya nk tanya..kalau saya da lengkap kesemua dokumen yg diperlukan utk bernikah dan bakal wali da pun tandatangan wakalah tetapi saya perlu menunggu habis edah bekas isteri..adakah salah dari segi hukum agama jika saya bernikah juga tanpa.kebenaran pejabat agama??

  35. Assalamualaikum tuan, di sini saya ada satu permasalahan. Ibu bapa saya tidak mempunyai sijil nikah kerana kerana mereka hanya nikah di kampung dan tidak pernah mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat agama. Ini kerana mereka berkahwin tanpa menggunakan wali bapa kandung kerana pada waktu itu bapa saya meragui akan kelayakan bapa kepada ibu saya untuk menjadi wali kepada pernikahan mereka kerana pernikahan ibubapa kepada ibu saya pada masa dahulu pun menggunakan wali bapa angkat sedangkan bapa kandung masih hidup dan tidak mengetahui akan pernikahan itu. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini kerana saya mengalami kesukaran untuk membuat sijil lahir dan kad pengenalan kerana ketiadaan sijil kahein kedua ibu bapa saya ?

  36. assalamualaikum..
    apa pndngan tuan/puan berkaitan nikah khitbah..dan jika seseorng itu tlah brnikah scra nkah khitbh sdngkn pda msa itu prnkahn trsbut blum d dftrkn d pjbt agma ngri atau daerah bgaimna pula jika psngn td mmpnyai ank .. apakh yg prlu mrka lakukn?…. mohon pencerahan….

  37. assalamualaikum en.erakita. saya umi nuresa dari kelantan. saya brkahwin pada 19/1/2016 di songhkhla,thailand krn suami bkn warganegara tetapi berasal dr Kemboja. Setelah kembali ke Malaysia kami mnghntr surat nikah dr Thai ke Pejabat Pendaftaran Agama Klntan pd bln 3. Bln 2 kami adkan majlis walimah. Skrg sdh bln 6 dn kami masih tdk mndapat sijil nikah @ saman makhamah bgi membicarakan kes. Sy selalu mnghubungi pihak pendakwa utk mpercepatkn prbicaraan kes tp pihak pndkwa mnasihatkn utk menunggu surat saman makhamah. Sy buntu mmndngkn pasport suami akn tamat hjung bln 6 ini. Bagaimana en.erakita? Apakah perlu sy menulis surat rasmi kpd pihak pendakwa @ makhamah? bgaimana caranya dn prosedur utk mndptkn sijil nikah..bimbang jka sy mngandung. mohon pertolongan en.

  38. Noor farhana binti Abdul Wahab

    Assalamualaikum.. seperti yg sediamaklum,suami saya Encik Mustaqim bin Abdullah telah mengahwini seorang janda beranak dua. Apa yg sy ketahui, jika permohonan untuk berpoligami dibuat isteri yg sedia ada, bakal isteri dan wali kepada si bakal isteri akan dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk mendengar mengenai permohonan tersebut semasa dibicarakan. Akan tetapi, saya hanya telah mengetahui bahawa pihak suami telahpun berkahwin dengan pasangan barunya. Persoalan di sini, adakah sah nikah tersebut jika mereka belum lagi mendapat surat kebenaran dari mahkamah yg membolehkan suami berkahwin lagi? Jika sah, apakah tindakan yg perlu saya lakukan bagi meyakinkan saya bahawa perkahwinan yg dijalankan adalah diiktiraf di sisi undang-undang? Bolehkah saya melaporkan isu ini ke jabatan agama islam daerah?

  39. salam… saya nak tanya… boleh ke kalau perempuan umr 15 tahun membuat permohonanan ke mahkamah syariah untuk membangun rumah tangga…

  40. assalamualaikum w.b.t,

    jika lelaki ingin berpoligami namun bernikah dengan isteri keduanya secara “nikah kampung” dan kemudian ingin mendaftarkan perkahwinan tersebut di jabatan agama. semasa membuat permohonan pengesahan perkahwinan tersebut…adakah isteri pertama merupakan salah satu phak yang WAJIB dipanggil di mahkamah untuk memberikan keterangan atau tidak?

    terima kasih.

  41. Assalamualaikum.

    1. Saya nak tanya mengenai perkahwinan yg tidak didaftarkan. Perkahwinan itu di lakukan di kampung yg dinikahkan oleh bapa kandung dengan kehadiran saksi tapi tidak ada imam? Adakah perkahwinan itu sah di sisi agama?

    2. Selepas sebulan berkahwin pengantin lelaki telah meninggalkan isterinya dan berkahwin dengan wanita lain. Dia telah meninggalkan isterinya selama lebih kurang 8 bulan tanpa berita. Apabila si isteri meminta cerai suami langsung tidak membalas. Isteri serba salah untuk membuat tuntutan cerai di mahkamah kerana tidak ada surat nikah dan perkahwinan di adakan dikg. Persoalan saya adakah sdh jatuh talak sekiranya suami meninggalkan isteri lebih dari 6 bulan? Adakah pengakuan bujang suami di pejabat agama itu boleh menjatuhkan talak? Mohon pencerahan

  42. Assalamuallaikum?

    Saya ada sidikit masalah yang perlu anda bantu..
    Saya sekarang berada di cambodia/kemboja
    Pada 07.05.2016 Saya sudah pun bernikah buat kali pertama di cambodia/kemboja
    Dan sehingga ke hari ini kami digelar suami isteri yang sah dan cukup syarat2 pernikahan di negara cambodia/kemboja..

    *Sekarang apakah perlu saya lakukan untuk membawa isteri saya ke malaysia?
    *Adakah perkawinan&pernikahan yang sah ini tidak di terima sah di malaysia?
    *Dan apakah perlu saya lakukan untuk mejamin isteri saya tinggal di malaysia?

  43. Assalammualaikum encik?
    Saya sekarang berada di cambodia
    Dan sudah pon bernikah secara sah dan penuh syarat Di cambodia pada 07.05.2016
    Sehingga hari ini saya masih berada di cambodia..

    *Apa yang perlu saya lakukan untuk saya bawa isteri saya ke malaysia?
    *Adakah document perkawinan disini juga diterima sah di malaysia..?

    APA PERLU LAKU KAN ENCIK??

  44. Salam.. boleh saya tnya.. mak ayah saya sudah bernikah di pahang lipis..kemudian mereka sah bercerai di mahkamah wilayah persekutuan..dan mereka bernikah semula di Negeri perak.. ada surat perakuan nikah dan surat perakuan taliq tetapi tidak berdaftar ..saya hendak menikah hujung tahun ni.. boleh kah saya menggunakan sijil nikah yg mereka menikah di perak.. saya pon agak xbrapa paham ttg perkara ni.. terima kasih mohon pn dapat bantu saya..

  45. Saya berumor lebeh 50 tahun. Saya pernah bernikah pada tahun 1998 dgn seorangwanita warga thai.Dia memelok islam dan kami dinikahkan oleh pegawai ugama bertauliah dipejabat kedutaan malaysia dilondon.Dan diberi sijilelok islam dan nikah.Pada tahun 2014 siisteri pulang ke thailand dan berhasrat mutuskan hibonganya dgn saya.Sekarang saya hendak pilang ketanah ayer danembina hidup baru dan berkain baru.Apakah tindakan atau dokumen dokumen yg saya harus sediakan.

  46. as’salam….seorang janda merancang untuk bernikah tapi di halang oleh wali kerana status calon adalah suami org….persoalannya sah ke nikah tanpa izin wali…?

  47. Assalamualaikum..saya Nora.saya nak tanya..suami saya melangsungkan perkahwinan di Sabah pada bulan April 2016 tanpa pengetahuan saya..tetapi isterinya tinggal di Sabah. saya baru tahu dan apakah tindakan yang perlu saya buat..suami tak izinkan saya buat laporan mengenai hal ini..sijil pernikahan kat Sabah tidak dikeluarkan.sekarang isterinya sudah mengandung..tetapi suami saya tetap tidak mahu ke pejabat agama untuk daftar perkahwinan beliau.suami tidak mahu perkahwinan kali kedua diketahui umum..begitu juga dgn saya..saya malu.hanya keluarga suami sahaja yg tahu tapi keluarga saya tidak tahu.apa yang boleh saya buat

  48. Salam
    Saya telah bernikah dengan pasangan saya berbangsa eropah beragama islam di masjid di London. Berapa lama proses tang saya akan lalui supaya saya boleh mendapat sijil nikah di malaysia jika saya guna perkhidmatan lawyer?

  49. assalam..suami berkahwin lain dengan janda ank 4 dan saya pn ada anak 4 dan nikah di thailand dh nk msuk setahun smpi skrg tidak daftar di malaysia..kahwin senyap2 tnpa pengetahuan saya..entah sah atau tidak sebab saya tidak prnah tengok sijil nikah mereka sebab ada dekat isteri kedua suami..sijil nikah thaialand..saya nak tahu nafkah seperti bermalam adakah suami patut beri sama mcm isteri pertama sebab mereka tidak sahkan di malysia lagi apa yg patut saya lakukan..

    • Walaikumussalam wbt.

      Mintalah suami Puan agar menunjukkan sijil nikah dengan isteri kedua tersebut. Nikah di Thailand wajib didaftarkan dengan Pendaftar Perkahwinan di negeri di mana pasangan tersebut bermastautin apabila pasangan berkenaan kembali ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan dari tarikh memasuki Malaysia. Satu kesalahan jenayah syariah jika gagal berbuat demikian.

      Jika berpoligami, adalah menjadi kesalahan bagi suami jika tiada kebenaran berpoligami diperolehi dari mahkamah syariah.

      Jika suami enggan kemukakan bukti pernikahan mereka, puan boleh laporkan hal ini kepada pegawai penguatkuasa agama di Jabatan Agama Islam untuk siasatan lanjut.

      Puan berhak menuntut hak seperti nafkah isteri dan anak anak sekiranya ternyata suami benar benar berpoligami.

      Selagi tak pasti nikah tersebut sah, tidaklah timbul soal giliran bermalam.

      Wallahu a’lam

  50. salam.. bagaimanakah untuk kita mengesahkn sijil nikah adalah palsu atau asli? seorang sahabat baik saya merasa ragu dengan sijil nikahnya sbb ia bernikah dengan diuruskn oleh saudaranya seorang peguam syarie memandangkn keluarganya tidak restui perkahwinan tersebut.ayahnya sudah meninggal dan adik2 beradiknya takut untuk mewalikannya sbb diberi amaran oleh ibu mereka cuma seorng adik lelakinya setuju bg kebenaran. Dia musykil sbb bolehkah diurus begitu mudah oleh peguam syarie..

    • Walaikumussalam wbt.

      Nak tahu samada sijil nikah tu asli atau tidak, palsu atau benar, mudah saja. Puan cuma perlu ke pejabat Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam di tempat di mana pernikahan itu dilangsungkan. Dalam sijil tu tertera pihak yang menandatangan.

      Setiap perkahwinan yang dilangsungkan atas kebenaran pendaftar perkahwinan akan didaftarkan dalam daftar perkahwinan orang orang Islam. Ia boleh disemak secara online.

      Pernikahan memang mudah dilaksanakan jika tahu caranya. Cuma perlu ikut peraturan dan undang undang. Jika wali mujbir seperti ayah dan datuk sebelah bapa telah meninggal dunia, wali akan berpindah kepada saudara kandung seibu sebapa kepada wanita berkenaan. Tak kira si abang atau si adik lelaki yang akan mewalikan. Yang aula adalah yang lebih bertaqwa, baik amalanya, baik agamanya.

      Pernikahan itu boleh dilangsungkan jika ada salah seorang saudara kandung lelaki pengantin perempuan yang mewalikan walaupun saudara kandung lelaki lain tak setuju.

      Yang penting segala keperluan undang undang telah diikuti. Pernikahan juga biasa dilaksanakan di pejabat agama dalam situasi situasi tertentu atas permintaan atau persetujuan pihak pengantin.

      Erakita berpandangan bahawa sebagai peguam syarie, tentunya segala peraturan dan undang undang mengenai urusan perkahwinan tersebut telah diikuti dalam pernikahan tersebut.

      Wallahu a’lam

  51. Assalamuaikum.. Saya nk tnya.. Sy sudah bernikah dengan wrgnegara indonesia dan bernikah disna.. Kami bernikah tanpa kebenaran dr pjbt agama ttp mendapat kbnran bernikah dr wali sahaja.. Bagaimana saya perlu mendapatkan surat kebenaran nikah dr pjbt agama tanpa kehadiran pasangan di mlaysia..

  52. Salam.. Sy dh bnikah dgn wrganegara indonesia dan bnikah di sna.. Kami bnikah dgn pstjuaan wali tp xda kbnran nikah dr pejabat agama.. Bagaimana saya mahu mendapatkn surat kbnran nikAh dr pejabat agama tersebut untuk sy melakukan proses pndaftaran nikah tanpa kehadiran pasangan..

  53. ASlm…saya nak tanya, boleh x pihak jabatan agama teruskan proses pendaftaran pernikahan tanpa surat kebenaran nikah dari pihak kedutaan ….sebabnya surat akuan bujang dari pihak lelaki belum/lambat sampai ke malaysia dan kedutaan tidak dapat mengeluarkan lagi surat kebenaran perkahwinan tersebut..sedangkan tarikh perkahwinan sudah dekat dan segala persiapan telah dilakukan..kad jemputan walimah juga telah diedarkan…boleh x buat rayuan pada pejabat agama untuk teruskan proses pendaftaran perkahwinan..??

  54. Assalamualaikum wbt…

    Saya dan pasangan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada Aug 2016 berwali hakim kerana keenganan Bapa kepada isteri saya membenarkan pernikahan kami atas alasan saya adalah duda. Utk pengetahuan, isteri saya berusia awal 30an thn manakala saya pula lewat 30an. Jadi tidak timbul isu seperti isteri terlalu muda dan tidak memahami apa yg bakal beliau lalui sebagai isteri dan beliau juga telah mengikuti kursus perkahwinan selama 2 Hari.

    Proses pernikahan berjalan dgn lancar dan kami juga telah memperolehi surat drpd Konsulat Malaysia di Thailand serta semua dokumen yg lengkap beserta gambar-gambar dan juga video clip semasa proses akad nikah dijalankan. Semuanya selesai dlm tempoh 2 Hari.

    Soalan Saya,
    1. berapa lamakah biasanya diperlukan untuk Mahkamah Rendah Syariah KL mengeluarkan pengesahan pernikahan beserta perintah untuk mendaftar pernikahan ( end to end)

    3. Adakah bukti pernikahan seperti klip video proses akad nikah yang jelas serta gambar2 sewaktu proses akad nikah dijalankan masih tidak mencukupi untuk hakim mengesahkan pernikahan tersebut? Sebelum itu semua dokumen seperti Sijil nikah dari majlis agama Songkhla Thailand, Surat rasmi dari Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand mengesahkan perkahwinan, dokumen perjalanan yang sah telah pun dilampirkan sebanyak 3 salinan mengikut spesifikasi mahkamah rendah Kuala Lumpur

    2. Adakah plaintiff perlu hadir ke makamah sebanyak 5 kali seperti dibawah?

    HARI PERTAMA :
    Pendaftaran kes beserta bayaran RM32, penyediaan borang MS3 dengan bayaran RM40
    Untuk penyediaan afidavit bertaip dan disertakan semua dokumen diperlukan kepada
    Pegawai Mahkamah . Pegawai Mahkamah menetapkan tarikh permohonan didengar oleh
    Mahkamah

    HARI KEDUA :
    Platinif hadir ke Mahkamah utk memohon pendaftaran pernikahan bersama borang Mal
    Bersama pasangan dan menemui Hakim . Hakim menanyakan soalan2 berkenaan sebab
    bernikah di luar Negara dan soalan2 lazim lain
    Kedua2 plaintiff masuk serentak ke bilik pejabat Hakim

    HARI KETIGA
    Kedua pemohon perlu hadir until SEBUTAN KES dan ditanya soalan Yang agak sama seperti HARi KEDUA .
    Tetapi kali ini pasangan perlu berjumpa hakim secara BERASINGAN.
    Hakim kemudiannya memberi lagi satu tarikh baru untuk perbicaraan dan mengeluarkan arahan untuk membawa seorang saksi yang bersama kami sewaktu pernikahan tersebut berjalan dan enggan menerima bukti dari klip video dan gambar2 semasa akad nikah dijalankan

    HARI KEEMPAT
    Kedua pemohon wajib hadir bersama saksi untuk perbicaraan. Namun apa yang dilakukan hakim hanyalah memanggil saksi ke biliknya dan di tanya soalan seperti “Adakah anda rasa pernikahan tsbt sah, tarikh nikah, kenapa plaintiff bernikah di Thailand dan kenapa tidak membawa bapa pengantin, kenalpasti jurunikah berdasarkan bukti gambar yang disertakan etc.”
    Selepas saksi keluar dari bilik tersebut kedua pasangan dipanggil masuk dan diberitahu supaya hadir lagi ke mahmamah dalam tempoh 2 minggu utk mendapatkan KEPUTUSAN MAHKAMAH

    HARI KELIMA
    Kedua pemohon wajib hadir pada satu tarikh yang diberikan Hakim untuk mendengar KEPUTUSAN MAHKAMAH.

    Diharap tuan dapat berkongsi samada ini adalah prosedur normal bagi Mahkamah Syariah Rendah Kuala Lumpur untuk kes Pengesahan Status Pernikahan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara dan selanjutnya untuk mendapatkan Perintah mendaftarkan pernikahan di Pejabat Agama WP .

    Memandangkan saya dan pasangan bekerja maka kami terpaksa mengambil cuti tahunan sebanyak 5 hari bagi menyelesaikan kes ini. Menurut pengalaman seorang rakan lama yang bertugas sebagai peguam Syariah, bagi kes sebegini Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hanya memerlukan 2 hari untuk menyelesaikan kes ink dimana hari pertama untuk pendaftaran kes serta penetapan tarikh perbicaraan dan hari KEDUA dimana perbicaraan berlangsung dan hakim terus memberi KEPUTUSAN MAHKAMAH .

    Soalan terakhir Saya ialah, boleh kah jika sekiranya saya ingin memohon untuk menarik balik permohonan mendaftarkan pernikahan sebelum keputusan penghakiman di keluarkan?Saya ingin memindahkan permohonan ini ke mahkamah lain . Sekian.

    Saya sangat berharap untuk mendapat pencerahan dari scenario ini dan saya yakin jawapan tuan akan juga memudahkan dan membantu ramai lagi saudara seagama kita yang mungkin melalui situasi yang sama. Terima kasih.

    Remy

  55. Assalamualaikum, saya telah bernikah dgn wanita warga indonesia tanpa kebenaran JAIS pada 12/2016.Sebelum akad nikah terlebih dahulu meminta keizinan bapa pasangan saya.Kini kami Ingin nikah semula melalui undang-undang sedia ada pada bulan 7 sebagai tarikh ditetapkan kedua pihak keluarga.

    Apakah perlu saya lakukan kerana pasangan saya kini telah mengandung 4 bulan kerana saya dikhabari bahawa kesahtarafan anak mesti melebihi 6 bulan?
    Bolehkah bukti video akad nikah dan surat dari dokter boleh dijadikan sebagai bukti jika diperlukan?

  56. Albaya salleh

    Assalamualaikum… Perlukah si isteri hadir sama ketika perbicaraan mengenai denda akhibat bernikah tanpa kebenaran mahkamah?

  57. Assalamualaikum…saya hendak bertanya…sah kah sijil perkawinan yg ada kelulusan mahkamah perak tetapi isteri pertama tidak tahu langsung pernikahan itu.tk

  58. Aslammualaikum tuan sy ingin brtanya adik sy pernah nikah di indonesia tp keduanye dri malaysia sudah 9 thun blm daftar lg d malaysia

  59. Aslammualaikum tuan sy ingin brtanya adik sy pernah nikah di indonesia tp keduanye dri malaysia sudah 9 thun blm daftar lg d malaysia jdi mula mula ape yg perlu d bt dan apa kesalahan2 yg akan di kenakan

  60. JABIDAH BT WAN HUSIN

    Saya Pn. Sh.Jubaidah@Jabidah Bt Wan Husin,
    Ingin nk melaporkan
    TENTANG SURAT/NIKAH
    yg d buat tanpa saksi yg sah.
    Ini yg bertanggung jawab ialah Penghulu2
    Kerna Sijil Nikah ini mengunakan tanda tangan Penghulu2 sahaja.
    Dan juga mereka2 ini membuat sijil nikah
    Setelah Abang saya Elias Bin Untong meninggal dunia. Baru nk bertinda membuat sijil nikah, kenapa tidak masa Arwah masih ada,
    Dia(Memon bt Paee)yg membuat sijil nikah ini mengatakan dia telah menikah dgn Elias bin untong pada tahun 1966.
    Tp kenapa semasa Arwah Elias masih hidup, tak pernah pun ada sijil nikah.
    Dan tak pernah pun si memon bt paee datang kerumah kmk.
    Semua ducument yg asal, saya yg pegang.
    Macam mana hal2 ini boleh terlepas pandang dari pihak agama islam sarawak.
    Saya mahu kes2 ini di buka atau di siasatkan pada pejabat islam atau kes ini di bawa kan ke mahkamah untuk di bicarakan, Tulong Siasat kes ini dan saya mahu kes ini di perbesarkan segera.
    Kerana kes ini sudah 5tahun berlalu.
    Saya sudah bawa kan kes ini dari tahun 2014 lagi sehingga ke hari ini, belum juga di ambil indah.
    Itu sahaja, harap di ambil berat kes ini.kerna ini bertentangan dgn wakil2 yg bergelar PENGHULU dan KK.

  61. Assalamualaikum wbt..
    Saya sitti Norinah berasal dari Sabah..saya ingin bertanyakan tentang adik saya yang bernikah tanpa restu kelurga dan nikah di bawah umur…apakah tindakan yang harus saya ambil?…dan patutkah saya buat aduan tentang hal ini?

  62. As Salam Tuan,
    Permohonan berkhwin sy tidak diluluskan oleh Jbtn sy berkhidmat.
    Apakah caranya sy ingin meneruskan matlamat ingin berkwhin…smpai bila maslh ini trgantung dan ingin mengelakkan maksiat dan zina sy fikir pasti Jabtan Agama ada caranya utk memudhkan proses trsebut

    • Walaikumussalam wbt.

      Mengenai persoalan saudara Lan di atas, erakita kurang pasti samada saudara ini bertanyakan mengenai pernikahan kali pertama atau kedua secara berpoligami. Jika ini adalah pernikahan kali pertama, adalah memadai untuk saudara membuat permohonan dengan mengisi borang tertentu yang disediakan di Jabatan Agama Islam Negeri. Saudara perlu lengkapkan borang tersebut termasuklah mengikuti kursus perkahwinan jika diminta sedemikian.

      Setelah ada kebenaran diberikan, saudara bolehlah bernikah pada tarikh yang saudara tetapkan.

      Kebenaran dari majikan lazimnya diperlukan bagi seseorang yang berkhdimat dalam kerajaan khsusunya anggota keselamatan. Untuk berpoligami secara khususnya, kebenaran berpoligami mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Pegawai Atasan. Selepas mendapatkan kebenaran bertulis tersebut, baharulah anggota keselamatan tersebut mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

      Semoga jawaban ini bermanfaat.

      Terima kasih dan wassalam.

  63. Salam …
    Adik lelaki ipar sa warganegara Malaysia dan berkahwin dengan seorang warga filipin yang tak memiliki dokumen..mereka nikah secara kampung dan bila setahun mereka dikurniakan anak,,tetapi mereka tidak memiliki surat nikah disebabkan Si isteri tiada dukumen,kami dah nasihatkan untuk menyuruh pasangan ini urus membuat pasport untuk Si isteri tetapi mereka degil tak mau kerana bagi mereka hal ini tak melanggar undang²..mohon minta penjelasan untuk kes begini…

    • Walaukumussalam wbt.

      Soalan Puan di atas menarik. Ia sering berlaku dalam masyarakat kita.

      Begini. Pernikahan mereka itu dilakukan tanpa kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Islam Negeri. Mengikut undang-undang, semua perkahwinan di sesebuah negeri mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pendaftar Pekahwinan. Melainkan untuk poligami, kebenaran mesti diperolehi dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

      Apa yang perlu dilakukan oleh adik ipar Puan itu ialah mereka mesti membuat permohonan untuk mengesahkan pernikahan secara kampung (tanpa kebenaran) mereka di Mahkamah. Tidak ada jalan lain. Ini satu kemestian menurut undang-undang. Bagaimanapun, sekiranya pasangannya (isteri) tidak ada dokumen pengenalan diri atau pasport, si isteri tersebut perlu membuat pasport terlebih dahulu yang dikeluarkan oleh negara asalnya (philipina).

      Dapat dimaklumi bahawa memang sukar untuk kembali ke negara asalnya jika tidak ada dokumen diri. Oleh itu, si isteri perlu mengambil peluang untuk membuat pasportnya apabila pihak konsulat negara berkenaan membuka permohonan di negeri berkenaan kepada warganya untuk membuat pasport. Adik ipar Puan mestilah sentiasa berusaha mendapat maklumat terkini bila dan bagaimana permohonan itu boleh dibuat. Pastikan mendapat maklumat yang tepat bagi mengelak dari penipuan dari mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

      Setelah mendapat dokumen perjalanan atau pasport, baharulah pasangan tersebut boleh membuat permohonan untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Syariah. Selain mendapatkan pengesahan pernikahan, pasangan tersebut juga sebaiknya menfailkan permohonan pengesahan nasab anak yang lahir dari pernikahan tersebut.

      Berbalik kepada sikap degil pasangan ini untuk tidak berusaha mendapatkan dokumen perjalanan (pasport) si isteri, hal itu tidak sepatutnya berlaku. Sikap begini menyusahkan diri mereka sendiri. Sampai bilapun mereka tidak akan dapat menentukan samada pernikahan mereka itu sah. Mereka juga terus menerus tidak akan memiliki sijil nikah. Apa yang lebih menyedihkan, anak tersebut tidak dapat didaftarkan sijil lahir berbinkan kepada bapa sebenar. Lazimnya, anak tersebut akan dibin atau dibintikan Abdullah jika tidak ada sijil nikah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

      Keadaan akan bertambah buruk apabila anak bertambah tanpa dokumen yang perlu. Status kewarganegaraan anak juga tidak dapat ditentukan. Ini amat merugikan dan merumitkan masa depan anak-anak pasangan ini.

      Justeru, pasangan ini dinasihatkan agar daftarkan pernikahan mereka dengan mengikuti segala proses undang-undang yang ada. Ini tanggungjawap asas pasangan itu. Tidak sepatutnya mereka hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Semakin lama mereka mendiamkan diri, semakin bertambahlah kerumitan hidup. Tekanan hidup terus menerus dirasai tanpa penghujung.

      Semoga jawaban ini bermanfaat. Terima kasih dan wassalam,

  64. NurAlia bt Ramli

    Assalamualaikum…Adakah jatuh talak jk suami tidak dftr prnikahan semula di ngeri stlh 3 tahun berkahwin di Thailand?

    • Walaikumussalam wbt.

      Terima kasih atas soalannya. Begini jawapannya ya Puan.

      Soal jatuh atau tidak talaq tersebut, hanya Hakim di Mahkamah Syariah sahaja yang diberi kuasa untuk memutuskannya. Tetapi, perlu diingatkan bahawa selagi perkahwinan tersebut yang dibuat tanpa kebenaran Mahkamah belum didaftarkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, maka selagi itulah permohonan bagi mendapatkan kepastian samada telah gugur atau tidak talaq tersebut tidak dapat dilakukan.

      Erakita nasihatkan agar pasangan tersebut membuat terlebih dahulu permohonan pengesahan pernikahan yang dilangsungkan di Thailand itu di Mahkamah syariah di negeri di mana pasangan itu tinggal atau bermastautin. Jika sah, baharulah pernikahan itu didaftarkan di Jabatan Agama Islam Negeri. Satu perakuan atau sijil nikah akan dikeluarkan. Selepas itu baharulah pasangan ini boleh menfailkan permohonan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang telah dibuat oleh suami tersebut .

      Sebaliknya jika pernikahan tersebut diputuskan sebagai tidak sah menurut hukum syarak, maka Mahkamah akan menfaraqkan pernikahan tersebut. Pasangan tersebut hendaklah memisahkan diri keduanya. Tidak timbul lagi soal mendaftarkan pernikahan kerena nikah tersebut tidak sah. Bila tidak sah, maka tidak ada keperluan untuk mendapatkan pengesahan di Mahkamah samada gugur atau tidak lafaz cerai yang telah dibuat oleh suami tersebut. Ini kerana, tidak wujud pernikahan yang sah antara kedua pihak.

  65. As salam saya mahu bertanya bagaimana cara saya (isteri) untuk buat semakan status suami saya sama ada telah berkahwin lain. Perlukah buat surat @ boleh semak secara online

    • Walaikumussalam wbt.

      Terima kasih atas pertanyaan Puan di atas.

      Puan perlu datang ke pejabat Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri untuk mendapatkan maklumat samada suami puan telah bernikah lain atau tidak. Pihak Jabatan agama Islam mempunyai maklumat terperinci mengenai status perkahwinan seseorang yang tinggal di negeri berkenaan. Ia boleh disemak oleh Pegawai khusus dari sistem online di Jabatan berkenaan.

      Puan juga boleh mendapatkan maklumat yang serupa di Mahkamah Syariah bagi mengetahui samada suami puan itu ada membuat permohonan untuk berpoligami. Selain itu, Puan juga boleh mengetahui samada suami puan itu ada menfailkan permohonan untuk pengesahan dan pendaftaran perkahwinan tanpa kebenaran Mahkamah.

      Sebaiknya, untuk mendapatkan pengesahan maklumat tersebut, Puan membuat permohonan secara betulis yang ditujukan kepada Penolong Pendaftar atau Pendaftar Mahkamah Syariah.

      Semoga jawapan ini bermanfaat. Terima kasih dan wassalam.

  66. Assalamualaikum.sy telah nikah kampung semula dgn suami sebelum ini. Tapi tidak didaftarkan berapakah bayaran saman yg akan dikenakan.

    • Walaikumussalam wbt Puan Rabia.

      Pernikahan tanpa kebenaran pendaftar perkahwinan Jabatan Agama Islam Negeri atau lebih dikenali sebagai kahwin kampung adalah satu kesalahan jenayah syariah. Jika sabit kesalahan, pesalah itu boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-dua sekali.

      Erakita nasihatkan agar Puan Rabia hadir ke Jabatan Agama Islam di tempat di mana Puan Rabia bermastautin atau tinggal menetap. Berjumpalah dengnan Pendaftar Perkahwinan dan beritahu apa yang sebenarnya berlaku. Berterus teranglah agar nasihat dan tindakan yang sesuai dan tepat dapat diberikan oleh pihak berkuasa.

      Jangan biarkan atau sembunyikan perkahwinan kampung tersebut. Kelak akan membawa masalah berpanjangan. Kehidupan pada hari ini memerlukan sijil pernikahan sebagai bukti perkahwinan. Ia perlu dikemukakan kepada agensi berkenaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila ibu bapa itu mendaftarkan kelahiran anak mereka.

      Semoga penjelasan ini bermanfaat.

  67. Assalamualaikum.. saya ibu tunggal. Sepatutnya saya telah bernikah dengan pasangan saya pada 31/3/2022. Namun begitu, wali saya ( abang kandung ) tidak mahu jadi wali saya ( walhal dia sudah tanda tangan sebagai wali di borang wakalah wali) . Tarikh sah tempoh borang pernikahan tu sehingga 4/5/2022. Apa yang perlu saya lakukan. Saya mohon nikah cara baik, tak kan kami nak bernikah di Thailand pula.

Tinggalkan komen