Monthly Archives: November 2011

TAHUN BARU 1433H

TAHUN BARU 1433H

27 November 2011

Sempena kehadiran tahun baru Hijriah 1433, ERAKITA mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru. Tahun baru sesuai untuk membuat azam atau cita-cita. Marilah sama-sama berubah menjadi insan yang terbaik. Mari kita berubah menjadi insan yang positif, jadi insan yang berkualiti, jadi insan yang hebat, cergas, rajin, gigih, kuat, sihat, cekap, ceria, bersemangat, tahan ujian, sabar dan lebih ibadat.

SELAMAT BERHIJRAH KE ARAH YANG TERBAIK

TARIKH KERAMAT 111111

TARIKH KERAMAT 111111

10 November 2011

Esok 11 November 2011 bersamaan Jumaat merupakan tarikh keramat. Barangkali angka 111111 itu datang hanya sekali semur hidup kita di muka bumi ini. Bagi ERAKITA, tarikh bersejarah itu wajar sekali dijadikan angka penting. Angka itu mudah diingati. Justeru, ERAKITA mengajak saudara-saudara semua untuk menjadikan tarikh tersebut sebagai permulaan mencipta sesuatu yang amat bernilai dalam hidup. Kita boleh mulakan pelbagai perubahan drastik dalam hidup bermula esok.

Antaranya, mulakan esok untuk istiqomah dalam solat 5 waktu, istiqomah solat malam, istiqomah membaca istighfar tidak kurang 70 kali sehari, istiqomah dalam menderma, istiqomah bersabar, istiqomah senyum selalu, istiqomah membaca al Quran, istiqomah dalam pelbagai ibadah dan pelbagai lagi perubahan yang cemerlang dan gemilang dalam hidup.

Mulakan esok untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, rumahtangga, saudara seagama. Mulakan esok untuk datang awal ke tempat kerja. Mulakan esok untuk bekerja dengan tekun dan gigih. Mulakan esok untuk menjadi “orang serba baru” dan lain-lain lagi.

Ayuh! Mulakan pelbagai kecemerlangan dalam hidup pada tarikh keramat ini. Semoga ia benar-benar membawa impak hebat dalam hidup kita.

111111

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA

6 November 2011

Dengan setulus hati ERAKITA mengucapkan selamat hari raya Idul Adha, maaf zahir dan batin. ERAKITA mengucapkan terimakasih kepada anda semua kerana terus berkunjung ke laman ERAKITA. Sesungguhnya kunjungan dan sokongan anda amat dihargai. Teruskan bersama ERAKITA untuk mendapatkan maklumat-maklumat berharga dari semasa ke semasa.