PANDUAN MENGIRA BAHAGIAN FARAID

PANDUAN MENGIRA BAHAGIAN FARAID

29 Oktober 2011

Jika anda ingin mengetahui berapa bahagian faraid anda dalam pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan keluarga terdekat, anda boleh mendapatkan maklumat itu secara mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda boleh ke laman web rasmi Mahkamah Syariah Singapore di alamat  http://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/SYCHome_M.aspx. Isilah butir-butir yang dikehendaki dalam ruangan borang yang disediakan. Dalam beberapa saat, anda boleh mendapatkan jawapannya.

Anda tidak perlu mendaftarkan diri dalam laman berkenaan. Ini bermakna, sesiapa saja boleh menggunakan perkhidmatan mengira bahagian faraid secara percuma dan mudah. Laman ini sesungguhnya mesra pengguna. Bagi para pengamal undang-undang khususnya para Peguam Syarie atau konsultant harta pusaka, kemudahan ini amat berguna. Maklumat yang diperolehi dalam beberapa saat mampu menyelamatkan dari penggunaan masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk menyelesaikan suatu urusan pembahagian harta pusaka. Maklumat awal khususnya bahagian faraid setiap ahli waris dapat mengelak sebarang kekeliruan dan persengketaan antara waris-waris.

Berpandukan kepada maklumat bahagian faraid setiap ahli waris, tugas para peguam semakin mudah. Mereka boleh memaklumkan lebih awal bahagian faraid waris-waris sebelum permohonan pembahagian harta pusaka simati dikemukakan ke Mahkamah. Perancangan dan perbincangan lebih awal untuk menentukan bentuk perintah pembahagian yang dipohon dapat dibuat lebih awal.

Kemudahan pengiraan faraid juga disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui laman web rasminya di alamat  http://www.esyariah.gov.my. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kemudahan tersebut, anda terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai pengguna web tersebut. Perkhidmatan tersebut nampaknya memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu dengan memberikan butiran tertentu dalam laman berkenaan. Keadaan ini pada pendapat ERAKITA boleh diperbaiki dengan mengambil pendekatan Mahkamah Syariah Singapore yang jelas mesra pengguna.

Untuk maklumat tambahan, laman web rasmi kedua-dua sumber di atas boleh dicapai melalui laman blog ERAKITA. Kedua-dua alamat tersebut ada dalam senarai pautan ERAKITA dengan menggunakan nama PORTAL E-SYARIAH dan SINGAPORE.

Dengan maklumat di atas, ERAKITA percaya bahawa tidak ada alasan mengapa umat Islam hari ini tidak mengetahui bahagian faraid sebagai ahli waris simati. Maklumat ada di hujung jari. Oleh itu, lakukanlah sekarang. Selamat mencuba!

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 29 Oktober 2011, in AGAMA, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Hey there! I realize this is sort of off-topic but I had to ask.

    Does operating a well-established website such as yours take a large amount of work?
    I am completely new to blogging however I do write in my diary on a daily basis.

    I’d like to start a blog so I can easily share my personal experience and thoughts online. Please let me know if you have any kind of suggestions or tips for brand new aspiring blog owners. Thankyou!

  2. Selamat.. Saya ingin bertanyakan pendapat berkenaan pembahagian harta peninggalan setelah ayah saya meninggal dunia. Ayah saya beragama kristian. Dan saya mempunyai 4 orang adik beradik 3 lelaki 1 perempuan. Tetapi apa yang pernah saya tahu dari ayah saya bahawa beliau pernah mengambil insuran hayat. Dimana harus saya tuju untuk mengetahui insuran yang beliau ambil. Manakala ada simpanan kewangan beliau yang over limit. Bagaimana untuk pembahagian tersebut. Tanah peninggalan jugak saya beanggapan tidak semua yang dijual serta rumah. Bagaimana hendak kami uruskan?

    • Terima kasih atas persoalan yang saudara Thomas kemukakan di atas.

      Menurut hukum syarak, antara halangan pewarisan itu adalah berlainan agama. Orang Islam tidak mewarisi dari orang bukan Islam. Demikian juga sebaliknya. Orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta tinggalan orang Islam. Saya tidak pasti samada saudara Thomas ketika ini adalah seorang penganut Islam atau tidak.

      Sekiranya saudara Thomas seorang Islam, maka saudara Thomas tidak layak mewarisi harta pusaka peninggalan ayah Thomas memandangkan ayah saudara tersebut bukan seorang Islam.

      Bagi Negeri Sabah, urusan pembahagian harta pusaka orang Islam itu dibuat di Mahkamah Syariah. Bagi orang bukan Islam pula, permohonan pembahagian harta pusaka boleh dibuat di Mahkamah Anak Negeri jika pemohon itu seorang yang berstatus anak negeri. Permohonan pembahagian harta juga boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil sekiranya harta tersebut nilainya melebihi RM2 juta .

      Semoga bermanfaat jawapan ini.

Tinggalkan komen