KAEDAH TERMUDAH MENCARI MUKA SURAT PERTAMA SETIAP JUZUK DALAM AL QURAN

TAWAU – 10 Jun 2018 (25 Ramadhan 1439). Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Erakita telah mendapat satu mesej dari aplikasi whatapps dari seorang hamba Allah pagi ini yang cukup menguja dan menggembirakan. Tajuk mesej itu adalah “Cara mudah mencari muka surat dalam al Quran..!!!”. Setelah membaca dan mempraktikkannya dengan berulang-ulang kali, ternyata kaedah mencari muka surat halaman dalam al Quran itu cukup mudah dan cepat. Kaedah ini dikhususkan untuk mencari muka surat pada permulaan halaman setiap juzuk al Quran sebanyak 30 juzuk sahaja.

Kaedah ini sangat menakjubkan. Ia menggunakan formula matematik yang cukup ringkas.

 

CONTOH PERTAMA

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 2 berada di halaman ke berapa, ikuti langkah ini:

2 perlu ditolakkan dengan 1 seperti begini: 2 – 1 = 1.

1 perlu didarab dengan 2 seperti begini: 1 x 2 = 2

Letakkan no 2 selepas angka pada jawapan seperti begini: 2 dan 2 = 22

Jadi, halaman pertama pada juzuk 2 adalah 22.

Anda tidak percaya? Anda cuba dan cuba. Ulang dan ulang. Pasti anda menemui keajaiban. Mudah bukan?

 

CONTOH KEDUA

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 19 berada di halaman ke berapa, ikuti langkah ini:

19 perlu ditolakkan dengan 1 seperti begini: 19 – 1 = 18.

18 perlu didarab dengan 2 seperti begini: 18 x 2 = 36

Letakkan no 2 selepas angka pada jawapan seperti begini: 36 dan 2 = 362

Jadi, halaman pertama pada juzuk 19 adalah 362.

Anda tidak percaya? Anda cuba dan cuba. Ulang dan ulang. Pasti anda menemui keajaiban. Mudah bukan? 

 

CONTOH KETIGA

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 28 berada di halaman ke berapa, ikuti langkah ini:

28 perlu ditolakkan dengan 1 seperti begini: 28 – 1 = 27.

27 perlu didarab dengan 2 seperti begini: 27 x 2 = 54

Letakkan no 2 selepas angka pada jawapan seperti begini: 54 dan 2 = 542

Jadi, halaman pertama pada juzuk 28 adalah 542.

Anda tidak percaya? Anda cuba dan cuba. Ulang dan ulang. Pasti anda menemui keajaiban. Mudah bukan?

 

SEBARKAN ILMU

Berdasarkan kaedah di atas, ternyata bahawa mencari halaman pertama pada setiap juzuk dalam al quran adalah begitu mudah. Setiap angka terakhir pula adalah angka genap iaitu 2. Walapun tidaklah dapat diketahui dengan mudah halaman pada setiap surah atau ayat dalam al Quran, namun sekurang-kurangnya telah ada kaedah yang cukup mudah dan cepat untuk mengetahui halaman pada permulaan setiap juzuk dalam al Quran itu. Mengetahui permulaan halaman atau muka surat pada setiap juzuk akan memudahkan kita mengetahui nama-nama surah al Quran pada setiap juzuk itu. Apabila kita mendengar seseorang membaca al Quran baik dalam solat atau radio atau TV, kita akan mudah untuk mengetahui kedudukan juzuk dalam al Quran tersebut berdasarkan kepada surah yang sedang dibacakan itu.

Alangkah indahnya al Quran kalam Allah. Ini kata-kata Allah yang wajib dipelajari dan dibaca oleh umat Islam. Semakin dibaca semakin tenang hati dan perasaan. Selepas mengkhatamkan bacaan 30 juzuk, semangat untuk membaca bermula dari halaman pertama, juzuk pertama akan sentiasa bertambah. Tidak akan ada perasaan bosan. Inilah kehebatan al Quran. Siapa membacanya pasti mendapat ketenangan. Pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah kepada pembaca al Quran tentunya tidak akan dilepaskan begitu saja oleh orang yang faham dan mencintai al Quran. Rasulullah s.a.w pernah berpesan bahawa al Quran akan menjadi syafaat iaitu penolong kepada para pembacanya di pada hari kiamat kelak.

Sebarkan ilmu ini kepada sesiapa saja di serata alam. Allah pastinya menyediakan pahala yang cukup besar kepada orang yang menyebarkan ilmu lebih-lebih ilmu al Quran. Kepada hamba Allah yang telah mencari dan menemui kaedah ini, kita doakan agar Allah memberi beliau sebesar-besar ganjaran di sisi Allah. Tugas kita adalah menyampaikan apa saja ilmu bermanfaat untuk manusia. Semoga ianya nanti akan menjadi ilmu bermanfaat yang sentiasa berterusan pahalanya untuk kita walaupun kita telah meninggalkan alam ini ribuan tahun.

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 10 Jun 2018, in AGAMA, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH, HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SABAH, JKSM, KELUARGA, MAHKAMAH, Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah, MAHKAMAH SYARIAH LAHAD DATU, MAHKAMAH SYARIAH SEMPORNA, mahkamah syariah tawau, MOTIVASI, peguam syarie, PELBAGAI, PERSATUAN GUAMAN SYARIAH MALAYSIA, PERSATUAN PEGUAM MUSLIM SABAH (AMAL), PERSATUAN PEGUAM WANITA MUSLIM SABAH (SALWA), PETUA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen