SELAMAT PENGANTIN BARU: eja & Ismael

 

Eja & Ismael

Eja & Ismael

 

SELAMAT PENGANTIN BARU

 

1 Oktober 2009 

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Sekitar jam 3.15pm, 25hb. September 2009, akhirnya pasangan Eja atau nama penuhnya Elzahwati bte Hj Mohd Elham dan Abdul Mutalib @ Ismael bin Hj. Aris dari Muar Johor menjadi pasangan suami isteri yang sah. Pasangan yang ditemani ahli keluarga terdekat telah diakadnikahkan di Masjid Daerah Kota Belud. Jika sewaktu majlis pertunangan dahulu, keluarga Mael dari Johor tidak dapat hadir, kali ini berbeza sekali. Kehadiran keluarga terdekat beliau dari Tanah Besar Semenanjung semata-mata untuk menyaksikan hari yang bersejarah itu tambah menyerikan lagi majlis pernikahan tersebut. 

Majlis akad nikah yang bermula seawal jam 2.00pm itu berjalan lancar mengikut perancangan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Kota Belud yang memberi ruang untuk majlis ini dilaksanakan di Masjid berkenaan. Menariknya, akad nikah dilaksanakan sendiri oleh Wali Pengantin Perempuan, Hj Mohd Elham bin Hj Mohd Yussuf di hadapan Imam Daerah Kota Belud, Hj. Madli Hj Mansur. Acara menjamu selera kemudiannya diadakan di Dewan Makan Masjid Daerah Kota Belud selepas majlis akad nikah. 

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan masa mereka untuk memastikan kejayaan majlis berkenaan. Penghargaan juga tidak lupa ditujukan kepada para jurugambar berpengalaman yang terdiri dari Sri Andaman, Umu (Semut), Nurjannah (Adek) dan Mohd Arif selaku Videografer yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka. Acara malam pada 25 September 2009 itu diserikan dengan bacaan berzanji dan berinai yang dihadiri keluarga terdekat pengantin di rumah Pengantin Perempuan dan seterusnya diiringi bacaan doa kesyukuran dan keselamatan.

Jemputan untuk Majlis Perkahwinan pula diadakan pada keesokan harinya, 26hb September 2009 (sabtu) bertempat di rumah keluarga Pengantin Perempuan di Kg. Butong, Jln Komplek Sukan, Kota Belud. Jemputan bermula jam 9.00am dan berakhir kira-kira jam 2.30pm. Kedatangan Pengantin Lelaki yang ditunggu-tunggu sekitar jam 1.00pm ke rumah keluarga Pengantin Perempuan benar-benar mengujakan hati. Siapa sangka LELAKI BERTUAH dari Muar Johor ini akhirnya merasai NIKMAT menunggang seekor KUDA BAJAU sambil memakai pakaian Pahlawan Suku Bajau penuh tradisi yang berjalan menuju ke rumah Pengantin Perempuan. 

Ketibaan Pengantin Lelaki sambil diiringi paluan kompang disambut oleh Pengantin Perempuan yang lengkap dengan pakaian penuh tradisi iaitu pakaian Puteri Bajau. Acara yang julung-julung kali diadakan ini sememangnya mencuit hati dan istimewa. Acara petang yang penuh tradisi itu diakhiri dengan majlis memotong kek dan seterusnya sesi bergambar antara pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat. 

Penghargaan tak terkira untuk Ketua Kg. Siasai, Kota Belud, Tuan Hj. Asun yang juga merupakan keluarga terdekat kepada Pengantin Perempuan kerana sudi menyumbangkan KUDA BAJAU untuk acara gilang gemilang itu. Tuan Hj. Asun yang sememangnya dikenali ramai oleh penduduk sekitar Kota Belud merupakan Ketua Kuda Bajau, Kota Belud. Inilah antara keunikan dan keistimewaan yang ada di Sabah, sebuah negeri yang dilimpahi lebih 30 suku atau etnik bersama kepelbagaian adat dan budaya. Tidak keterlaluan jika ciri-ciri ini dikatakan sudah memenuhi kriteria dalam Konsep One Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita yang baru. 

ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih mahal dari kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga ERAKITA mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pasangan pengantin serta keluarga. 

Untuk tatapan anda semua, ERAKITA dengan sukacitanya memaparkan beberapa gambar menarik sepanjang majlis pernikahan pengantin baru tersebut di bawah ini.

 

Hj Mohd Elham, ayah kandung (wali) kepada Eja melaksanakan sendiri akad nikah Ismael dengan puterinya Eja. Kelihatan Tuan Imam Daerah Kota Belud menyaksikan upacara tersebut
Hj Mohd Elham, ayah kandung (wali) kepada Eja melaksanakan sendiri akad nikah Ismael dengan puterinya Eja. Kelihatan Tuan Imam Daerah Kota Belud menyaksikan upacara tersebut
Ciri-ciri isteri yang mudah masuk Syurga ialah isteri yg taat kepada SUAMI
Ciri-ciri isteri yang mudah masuk Syurga ialah isteri yg taat kepada SUAMI. Kelihatan di belakang sana Tn. Hj Jaafar Yunus  (Pakcik Jaafar) & isteri, Hjh Salmah turut menyaksikan hari bersejarah itu. TQ Pakcik Jaafar yg banyak menyumbangkan tenaga dan masa sehingga majlis ini sempurna dgn jayanya
restu dan redha ibubapa terhadap anak aset utama kepada kebahagiaan rumahtangga
restu dan redha ibubapa terhadap anak aset utama kepada kebahagiaan rumahtangga
UMU Semut, Kakak kepada Eja menghulurkan tangan untuk dicium Eja tanda restu. Eja, Kakak doakan semoga engkau beroleh kebahagiaan bersama suamimu.. (UMU)
UMU Semut, Kakak kepada Eja menghulurkan tangan untuk dicium Eja tanda restu. Eja, Kakak doakan semoga engkau beroleh kebahagiaan bersama suamimu.. (UMU)
Pengantin bersama ahli keluarga terdekat pihak perempuan. Kelihatan Tuan Hj Adenan & Isteri, Hj Assnah bersama-sama anggota keluarga yang hadir. Eja & Mael, kami merestui dan meredhai perkahwinan anda berdua... (Keluarga)
Pengantin bersama ahli keluarga terdekat pihak perempuan. Kelihatan Tuan Hj Adenan & Isteri, Hj Assnah (kiri) bersama-sama anggota keluarga yang hadir. Eja & Mael, kami merestui dan meredhai perkahwinan anda berdua… (Keluarga)
Pengantin berpakaian Hijau bersama-sama ahli keluarga. Kelihatan Tuan Hj Salam dan isteri (Tua Sally) bergambar untuk kenang-kenangan di hari bersejarah itu
Pengantin berpakaian Hijau bersama-sama ahli keluarga. Kelihatan Tuan Hj Salam dan isteri (Tua Sally) (kiri) & kedua ibubapa Eja (kanan) bergambar untuk kenang-kenangan di hari bersejarah itu
satu pose yang menarik dari mempelai: semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
satu pose yang menarik dari mempelai: semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
Sungguh menarik. Pengantin Lelaki menunggang KUDA BAJAU bersama pakaian Pahlawan Bajau yang berwarna kuning. Rasanya ini kali pertama dalam hidup menunggan kuda ya..
Sungguh menarik. Pengantin Lelaki menunggang KUDA BAJAU bersama pakaian Pahlawan Bajau yang berwarna kuning. Rasanya ini kali pertama dalam hidup menunggang kuda ya.. Inilah keunikan budaya di KOTA BELUD

 

Turun KUDA tu biar hati-hati..
Turun KUDA tu biar hati-hati..
Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan
Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan
hanya menunggu masa untuk memotong kek serba kekuningan
hanya menunggu masa untuk memotong kek serba kekuningan
Ya Allah.. kurniakanlah kebahagiaan kepada kedua mempelai ini dan berkatilah hidup mereka
Ya Allah.. kurniakanlah kebahagiaan kepada kedua mempelai ini dan berkatilah hidup mereka
lagi bergambar bersama keluarga
lagi bergambar bersama keluarga
ceria
ceria
kegembiraan dan keceriaan
kegembiraan dan keceriaan
kami turut bergembira dengan pekahwinan ini. Semoga bahagia dunia & akhirat
kami turut bergembira dengan pekahwinan ini. Semoga bahagia dunia & akhirat (Keluarga tersayang)

 

pose yang mengandungi seribu macam pengertian. Semoga bahagia Eja..
pose yang mengandungi seribu macam pengertian. Semoga bahagia Eja..
Restu Bonda
Restu Bonda
Gubahan Bunga Telur yang menarik
Gubahan Bunga Telur yang menarik
Pakaian Suku Bajau penuh tradisi dan menarik
Pakaian Suku Bajau penuh tradisi dan menarik
Eja bersama kakaknya UMU. ERAKITA mendoakan agar UMU dikurniakan jodoh selepas ini sebagaimana adiknya Eja. Ameen..
Eja bersama kakaknya UMU. ERAKITA mendoakan agar UMU dikurniakan jodoh selepas ini sebagaimana adiknya Eja. Ameen..
Nurjannah Adenan (Adek) dari kiri & UMU (kakak Eja) bertindak sebagai photographer sepanjang majlis pernikahan

Nurjannah Adenan (Adek) dari kiri & UMU (kakak Eja) bertindak sebagai photographer sepanjang majlis pernikahan

Pengantin Bersama keluarga

Pengantin Bersama keluarga

Saat-saat manis dan bersejarah. Kelihatan Pakcik Jaafar (Tengah) dengan wajah ceria meyaksikan detik bersejarah itu

Saat-saat manis dan bersejarah. Kelihatan Pakcik Jaafar (Tengah) dengan wajah ceria meyaksikan detik bersejarah itu

Pengantin bersama ahli keluarga

Pengantin bersama ahli keluarga. Siapa tahu detik bersejarah ini juga bakal ditempah oleh 2 gadis di belakang (sebelah kiri) pengantin dalam jangkamasa terdekat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

 

 TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU

 

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 2 Oktober 2009, in KELUARGA, MAJLIS, UCAPAN. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Lepas eja, marilah kita doakan semoga Umu plak yang mendapat jodoh selepas ni. Ameen.

  2. Salam,

    Terimakasih ERAKITA ucapkan kepada Saudara Aidilx atas komentar di atas. Sememangnya mendoakan kebaikan untuk orang lain amat dianjurkan dalam Islam. Siapa tahu mungkin doa kita yang cepat dimakbulkan Allah.

    Mengenai UMU, beliau merupakan salah seorang anggota keluarga ERAKITA. Seorang yang simple, sederhana, peramah, penyabar dan merupakan graduan dari Management Science University (MSU) Shah Alam dalam bidang ICT. Kini bertugas di universiti yang sama. Setakat ini, hati beliau belum dimiliki sesiapa.

    ERAKITA mendoakan agar beliau dikurniakan pasangan hidup yang terbaik untuknya. Sukacita juga ERAKITA menyatakan di sini bahawa UMU boleh dikenali lebih dekat melalui laman Facebook dengan menggunakan nama Umu Semut. UMU juga boleh dihubungi melalui emailnya di alamat umu2611@gmail.com.

    Hanya kepada Allah SWT kita menyerahkan segala urusan kerana DIAlah yang menentukan segala-galanya.

    Terimakasih & Wassalam

    • dah lama pun kenal umu ni.lebih senang panggil dia dengan nama IKA. leh tanya umu siapa Aidil.
      salam kenal untuk saudara abg ipar kepada umu. *sigh

      memang dah lama nak tengok dia kahwin.Alih-alih, saya yang disuruhnya mencari calon untuknya.Tapi, lebih baik dia sendiri yang cari, lebih afdal. 😀

  3. waaaaaaaa ni bukan komen kisah eja kawin ni……napa cita aku jadi nya…..apapun tahniah to eja n ismael.bertambah lagi ahli keluarga…….. maka belum baca lagi entry ni…..next week kot….

  4. Salam pada Eja n Talib,

    Selamat Pengantin Baru, moga dilimpahkan keberkatan hidup dan rezeki keatas perkhawinan ini, dicurahi Rahman-Nya dan Rahim-Nya kepada kedua mempelai dan disirami ketenangan hati dari ikatan ini…Amin

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Semoga doa saudara Azwan yang hebat itu dimakbulkan Allah SWT. Suasana seperti inilah yang kita ingin hidupkan. Saling doa mendoa antara sesama kita.

      Terimakasih & wassalam.

  5. Warga SKHM mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin baru buat Eja dan Suami!Semoga berbahgia hingga akhir hayat..amin!Maaf tidak dapat hadir di majlis perkahwinan sebab tertinggal belon..da..!

    • Salam,

      ERAKITA mengucapkan terimakasih atas ucapan tahniah dari Cikgu Yusni dan seluruh warga SK Hutan Melintang Perak berhubung perkahwinan Cikgu Eja & Mael di atas. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah SWT.

      ERAKITA telahpun mengunjungi blog sekolah anda dan ia satu blog yang menarik dan informatif. Tahniah kerana mempunyai blog yang menarik dalam http://skhutanmelintang.blogspot.com.

      Kunjung mengunjung amalan mulia & melahirkan suasana harmoni.

      Terimakasih & Wassalam

  6. Salam.
    Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam bagi junjungan Rasullah S.A.W. Setinggi2 rasa kesyukuran dipanjatkan dan segunung ucapan terima kasih kepada semua kerana sudi mendoakan diatas perkahwinan kami. Kami sungguh terharu dgn komen n ucapan yang disampaikan dlm blog ni..maafla lambt memberi respon coz masalah internet yg sukar diperolehi di kwasan kami tambhan plak kami cbuk mencri rmah baru slps brkhwin. Dismping 2 jga kmi cbuk menguruskan perkhwinan di johor. Alhamdulillah smuanya brjln sprt yg dirancg. Doakn kmi agar selamat melahirkan permata sulung kami,insyallah bln 8 thn 2010 n doakan jg moga bahtera yg dibina ini brkekalan hngga ke syurga. ameeeen…….
    moga bertemu lg 🙂

  1. Pingback: EJA & ESMAEL KEMBALI KE JOHOR | SINAR ERAKITA

Tinggalkan komen