Monthly Archives: Januari 2021

DATUK NOR ASIAH MOHD YUSOF DILANTIK SEBAGAI PEGUAM BESAR NEGERI SABAH

KOTA KINABALU – Negeri Sabah mendapat Peguam Besar yang baru dengan perlantikan Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof, 50, bagi jawatan tersebut. Beliau yang sebelum ini menjawat sebagai Timbalan Peguam Besar Negeri Sabah sejak 2018 menerima watikah perlantikan dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Hajiji bin Mohd Noor pada 28 Disember 2020. Majlis yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sabah itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hj Safar Untung. Datuk Nor Asiah merupakan wanita keempat yang dilantik ke jawatan penting ini sejak kemerdekaan Sabah pada tahun 1963.

Datuk Asiah yang dilahirkan di Keningau mendapat Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993. Perlantikan ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan dan masyarakat terhadap peranan wanita dalam bidang perundangan dan juga pentadbiran negeri.