siapa musuh masa anda?: jom berkenalan dengan mereka

SIAPA MUSUH MASA ANDA?

kenali siapa mereka

20 Januari 2010

Musuh kepada masa anda berpunca dari anda sendiri atau orang lain. Kajilah apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, membuat panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara berterusan, melayan tetamu yang tak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Mungkin kerana menonton TV atau mendengar muzik atau lagu-lagu, bermain video game dan pelbagai lagi. Mungkin juga masa kita banyak terbuang bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi atau memancing ikan, atau SHOPPING di kompleks beli belah. Maklumlah, zaman sudah banyak berubah. Dulu kita hanya ada kedai runcit. Sekarang, kedai runcitnya hampir tenggelam. Sekarang ni, KOMPLEKS BELI BELAH, GEDUNG BELI BELAH yang dihiasi dengan JENAMA TESCO, GIANT, SURVEY, THE TUNE, JAKEL, KAMDAR, LOT 10, dan yang terbesar lagi, kita ada ONE BORNEO. Maksudnya, satu Borneo!. Rasanya, jika diikutkan hati, meronda dan melawat seluruh kawasan dalaman untuk barang 2-3 jam tidak akan cukup. Cuma, hakikatnya, memasuki kompleks beli belah gergasi seperti ini memang mengambil masa yang agak panjang.

Mungkin juga kita banyak menghabiskan masa dengan internate, apatah lagi sekarang dah ada laman interaksi sosial yang begitu kuat tarikannya seperti FACEBOOK. Dikatakan bahawa FACEBOOK mempunyai tarikan tersendiri yang luarbiasa, bukan saja kepada golongan remaja tetapi juga kepada golongan dewasa, korporat, usahawan, kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai tinggi, orang politik, karyawan, artis, tokoh politik, masyarakat dan agama, kumpulan professional, termasuklah pemimpin-pemimpin negara. Fenomena ini bukan hanya melanda negara kita, bahkan sudah merebak dan semerak di seantero dunia.

Menurut kajian, tarikan FACEBOOK yang luasbiasa menjadikan peminat dan ahlinya MAMPU duduk berjam-jam di hadapan komputer. Mengapa begitu? Kerana mereka sudah KECANDUAN untuk mengikuti perkembangan terkini dan ”UPDATED” dari rakan-rakan sembang mereka. Mereka KECANDUAN untuk mengetahui respon dari rakan-rakan terhadap bahan-bahan yang dipaparkan di dalam profail masing-masing seperti gambar, kenyataan ringkas, permainan dan pelbagai lagi. Jika dapat, segala aktiviti individu berkenaan dipaparkan untuk tatapan rakan-rakan sembang. Kini, FACEBOOK juga dapat diakses dengan mudah di handset. Tidak hairan, mengapa FACEBOOK yang kini menjadi KECANDUAN, KERINDUAN, KEMINATAN dan KEGILAAN orang di seluruh dunia berjaya MENCURI masa yang banyak dari peminatnya.

Jadi, andai kita mengetahui punca kepada musuh masa anda, bertindaklah segera. Anda sebenarnya belum terlambat untuk bertindak. Bertindak bukan untuk memusnahkan musuh anda tetapi dalam konteks ini, melunakkan musuh anda. Musuh boleh menjadi kawan yang baik dan berfaedah jika kita bijak menanganinya. Maknanya, sembang dengan kawan, shopping, melayan panggilan talipon, menonton TV, melayari internate, melayani FACEBOOK tidak menjadi masalah andai ”mereka” dapat dikendalikan dengan bijak. Sebenarnya, musuh kita dalam hal ini ialah sikap kita terhadap masa. Jadi, salah satu kaedah untuk mengatasi musuh kita ialah dengan menguatkan disiplin diri. Binalah kemampuan untuk menolak dan mengatakan ”TIDAK” kepada musuh-musuh masa anda ketika perlu dan menasabah. Sayangilah masa kita. Jika mampu, hargailah setiap detik yang datang dan yang telah berlalu. Pastinya, masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Jika kita menghormati masa, Insyaallah, orang lain akan menghormati kita dan hidup kita menjadi berkualiti.

Andai ada kesempatan, ERAKITA mengajak anda untuk menghayati satu surah dalam al-Quran yang pendek tapi padat dengan makna dan pengertian mendalam mengenai masa. Surah itu ialah al-’Asr.

DEMI MASA


Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 20 Januari 2010, in AGAMA, MOTIVASI, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. ….By The Declining Day..Man Is In State Of Loss…
    ….Save Those Who Believe And Do Good Works…
    ….And Exhort One Another To Truth
    ….And Exhort Onr Another To Endurance…

    ….Facebook…ternyata tarikannya luar biasa…sehingga mampu mengheret golongan yang tak berapa nak muda,golongan terpelajar dan macam macam golongan lagi menghadap laptop pada kadar masa yang
    panjang…yang kalau diambil manfaat dari masa yang TERBUANG itu boleh jadi banyak masalah akan dapat diselesaikan…
    Lebih teruk…masa untuk menunaikan kewajiban kepada yang ESA berlalu macam tu saja ba…
    Terabai…ada segelintir ummat terlalai dari tanggungjawab hanya kerana FACEBOOK…..
    Sesetengahnya…bangun pagi buka facebook…balik keje layan FB…sebelum tidur check FB…
    Semoga apa yang dipaparkan ERAKITA dapat diambil manfaatnya oleh kita semua….
    Terima kasih EraKita…Tapi saya benci si Gutuk..Tingu la…saya kancing selimut kau malam..
    Kotoh?

    • Komentari saudara Maikell Fender amat realistik.

      Inilah yang dinamakan FENOMENA FACEBOOK. Rasanya baik juga jika fenomena FB ni menjadi bahan kajian ilmiah, bahan perbincangan di kalangan tokoh2 masyarakat, agama, politik, perundangan dan pelbagai lagi disiplin. Di sekolah2 umpamanya, fenomena FACEBOOK boleh dijadikan sebagai tajuk dalam pertandingan syarahan, perbahasan, kajian dan sebagainya. Mengapa demikian? kerana FACEBOOK atau kata singkatannya FB sudah meresap, menyelinap dan merebak ke mana-mana tanpa mengenal sasarannya.

      Mungkin ketika ini, semua orang bersikap positif dengan FB. Dengan itu, ia hanya disebut sebagai satu FENOMENA LUARBIASA. Tapi, siapa tahu bahawa sedikit masa lagi, setelah kajian demi kajian terhadap FB ini, dapatan atau hasil kajian tersebut akan menghasilkan pula sebutan atau gelaran baru kepada FB iaitu GEJALA LUARBIASA?

      Sama-sama kita renungkan dan ikuti perkembangan seterusnya.

  2. penggunaan FB perlu diberi perhatian serius sebab inilah perantaraan yang digunakan oleh musuh Islam untuk:

    i – mengintai umat Islam terutama untuk menyiasat apa sahaja yang boleh menentang mereka;
    ii- membuat musuh mereka (Umat ISlam) leka dan lalai;
    iii- itu sebab mereka menyediakan kemudahan FB secara percuma.

    Tetapi barang harus diingat sepatutnya Umat Islam mengambil kesempatan ini sebagai wadah perjuangan utama iaitu menyiarkan syiar ISLAM seperti usaha ERAKITA dalam mempromosikan ISLAM sebagai satu cara hidup…

    • Salam,

      Terimakasih atas komentar saudara Abid di atas.

      Komen saudara wajar diberi perhatian sebagai suatu peringatan bernilai buat kita semua. Terfikir juga, satu medan interaksi sosial yang begitu terbuka seperti FB dapat dinikmati secara PERCUMA. Mungkin ada maksud tersirat di sebalik ini semua. Siapa tahu… Tapi dunia hari ini dah begitu terbuka.. dan kita kena terbuka juga menghadapi kemajuan ini berbekalkan ilmu, keimanan, kesabaran dan kebijaksanaan.

      Terimakasih saudaraku Abid..

  3. Salam
    erakita , kadang2 musuh boleh dijadikan kawan jika kena cara dan strateginya & begitu juga kadang2 kawan boleh bertukar menjadi musuh jika “tidak pandai mengendalikan dengan bijak”. begitu juga dengan FB , pengendalian yang teratur boleh menjadi medan terbaik bagi perbincangan ilmiah secara tidak langsung.kita semestinya tidak mahu ketinggalan dalam apa jua teknologi terkini namun perlu ada panduan dan disiplin dalam pengendaliannya.peluang yang ada harus direbut namun dalam “perebutan” itu mesti dipandu dengan manual operasi yang telah disediakan.salah satunya surah al-Asr.wlaupun begitu ramai yang tidak mengendahkan manual operasi tersebut bahkan melanggar dengan sesuka hati seolah2 ianya tidak wujud.semua perkara ada pro dan kotra , terpulang kepada kita untuk menentukan yang terbaik dan sesiapa yang mengikut manual operasi InsyaAllah selamat.akhir sekali…… mohon copy artikel…….terima kasih

  4. Wa’alaykum salam wbt,

    Pandangan Ibnu Arifin di atas amat baik dan bernas. Manual Operasi dah tersedia. Tinggal saja perlu memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkannya. Sama-sama kita renungkan pandangan Saudara Ibnu Arifin di atas. ERAKITA alu-alukan hastar saudara untuk copy artikel tersebut. Semoga kita semua dapat manfaatnya.

    Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: