Daily Archives: 27 Jun 2021

KUBAH KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH KOTA KINABALU

KOTA KINABALU – Ini adalah kubah Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu menghadap arah Laut China Selatan. Bangunan Mahkamah Syariah yang tersergam indah bersebelahan Masjid Bandaraya ini merupakan satu lagi mercu perkembangan Islam di Sabah. Ia sekaligus bakal menjadi tarikan pelancung dari dalam dan luar negara. Kompleks Mahkamah Syariah ini dijangka siap dan beroperasi pada penghujung tahun 2021.