RAJA SEHARI DI AIDILFITRI (UJI & MOHD SHAHFYEZAN)

 

  

SELAMAT PENGANTIN BARU

 

26hb. September 2009 

Tepat jam 7.50pm, 25hb. September 2009, bertempat di kediaman Cikgu Mohd. Jeffrin Abdulman di Kg. Tanah Merah, Keningau, pasangan bertuah, Muhammad Shahfyezan Abdullah Risit, 27, dan Suzieyanti Mohd Jeffrin, 22, akhirnya sah sebagai suami isteri. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Pasangan diakadnikahkan oleh Imam Hj Hamzah bin Baba, Jurunikah bertauliah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS). Saksi pernikahan pula adalah En Arinin bin Ibon dan En Rosli bin Zaini. 

Muhammad Shahfyezan yang kini bertugas sebagai anggota tentera di Bahagian Bomba dan Penyelamat, Sungai Buluh, Selanggor sejak 5 tahun lalu berasal dari Kg Tuntumulud Keningau. ERAKITA yang sempat menemuramah Muhammad Shahfyezan selepas majlis akad nikah diberitahu bahawa mereka mula berkenalan sejak bulan Disember 2008 di Keningau. Perkenalan tersebut akhirnya membawa kepada pertunangan pasangan ini pada 18hb, Jun 2009. Menurut Muhammad Shahfyezan lagi, beliau sebenarnya masih baru dalam Agama Islam. Sebelum mengenali isterinya, beliau telahpun memeluk Islam atas kerelaannya sendiri di Masjid Sungai Buloh, Selanggor pada 24hb. Oktober 2008, semasa umat Islam masih sibuk merayakan Aidilfitri. 

Menurut beliau lagi, ia mula tertarik dengan Agama Islam apabila mendengar alunan suara azan yang berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 2004. Hasil dorongan rakan-rakan Muslim serta kajian yang dilakukan ke atas agama Islam, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada tahun lepas. Tambahan lagi, terdapat juga ahli keluarga terdekat beliau di Sabah yang telah memeluk Islam sebelum itu. Beliau mengakui bahawa walaupun berat untuk diterima oleh ahli keluarga, namun keputusannya memeluk Agama Islam tidaklah pula mendapat tentangan dari kaum keluarga. Nama beliau dalam agama asal (Kristian) ialah Larry Risit. 

Hari ini, 26hb. September 2009, keluarga pengantin Perempuan mengadakan majlis undangan perkahwinan yang di rumah kediaman mereka di Kg Tanah Merah, Keningau bermula jam 1.00pm. Jemputan pula datang dari pelbagai lapisan masyarakat dari kampung-kampung yang berdekatan. Beberapa orang kenamaan dan pemimpin masyarakat juga turut dijemput ke majlis berkenaan. Jamuan pada hari ini disediakan menggunakan perkhidmatan Katering dari Restoran Azam Fast Food yang mempunyai cawangan perniagaan kedai makan di Wisma MUIS dan Sadong Jaya di Kota Kinabalu, Puncak Azam Resoran di Jalan Penampang Tambunan, Batu 54 (berdekatan Gunung Emas Resort) dan Kantin SMK Tambunan. Untuk tempahan Katering, urusan boleh dibuat melalui talian 0128298372 (Pn. Siti Hafsah), 0126910178 (Pn. Khadijah), 0123055526 (En. Shahrul Anuar) dan 0146555207 (Pn. Suriati). 

Pasangan ini dijangka bertolak ke Sungai Buloh Selanggor pada 7hb. Oktober 2009. ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih diharapkan selain kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga ERAKITA mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pasangan pengantin serta keluarga.

Beberapa gambar sempena Majlis Akad Nikah pasangan ini yang sempat dirakam sayugia dipaparkan di bawah ini untuk tatapan anda semua. 

 

Bapa kandung Suzieyanti, En. Mohd Jeffrin Abdulman sedang membacakan wakalah (perwakilan) untuk akad nikah kepada Imam Hj Hamzah Baba

Bapa kandung Suzieyanti, En. Mohd Jeffrin Abdulman (kiri) sedang membacakan wakalah (perwakilan) untuk akad nikah kepada Imam Hj Hamzah Baba

Saat penuh debaran lagi mendebarkan. Muhd Shahfyezan menggenggam erat tangan Tuan Imam untuk menerima amanah besar sebagai suami. Inilah suasana akad nikah yang bersejarah itu

Saat penuh debaran lagi mendebarkan. Muhd Shahfyezan menggenggam erat tangan Tuan Imam untuk menerima amanah besar sebagai suami. Inilah suasana akad nikah yang bersejarah itu

Suzieyanti dan Muhd Shahfyezan kini sah sebagai suami isteri. Selamat melayari bahtera rumahtangga

Suzieyanti dan Muhd Shahfyezan kini sah sebagai suami isteri. Selamat melayari bahtera rumahtangga

Uji dengan wajah ceria selepas akad nikah. Anda anda kini bergelar isteri. Tahniah

Uji dengan wajah ceria selepas akad nikah. Anda anda kini bergelar isteri. Tahniah

Pengantin di atas pelamin berpakaian hijau. Warna yang cantik dan sesuai untuk pelbagai suasana. Semoga berbahagia dunia & akhirat

Pengantin di atas pelamin berpakaian hijau. Warna yang cantik dan sesuai untuk pelbagai suasana. Semoga berbahagia dunia & akhirat

para tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pengantin

para tetamu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pengantin

Mohd Jeffrin berbaju melayu kuning dan besannya En Risit, bapa kepada pengantin lelaki sedang melakukan renjisan kepada anak tersayang di pelamin. Kini sudah berbesan rupanya Cikgu jeffrin sekarang.

Mohd Jeffrin berbaju melayu kuning dan besannya En Risit, bapa kepada pengantin lelaki sedang melakukan renjisan kepada anak tersayang di pelamin. Kini sudah berbesan rupanya Cikgu jeffrin sekarang.

YB Datuk Rizalman Abdullah, antara orang kenamaan yang hadir. Terimakasih Datuk

YB Datuk Rizalman Abdullah, antara orang kenamaan yang hadir. Terimakasih Datuk

kumpulan marhaban dari Kg Meninimpir Keningau yang turut memeriahkan Majlis

kumpulan marhaban dari Kg Meninipir Keningau yang turut memeriahkan Majlis

Keluarga ERAKITA Uyie & Rina duduk di bawah juga Insyaa Allah bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember 2009 ini.

Keluarga ERAKITA Uyie & Rina duduk di bawah juga Insyaa Allah bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember 2009 ini.

 

 

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 26 September 2009, in MAJLIS, UCAPAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. congratulation to uji
    x sangka sudah kahwin..
    hopefully dapat la jumpa dia d sini nanti 🙂

  2. Macamana nak cakap ni, rasanya ada nada sadnes in my heart..bila nampak anak jiran sekampung yang dulu di Kg.Penagatan Ulu duduk bersanding. Kalau tak bertandang ke blog erakita, etuza family langsung x tau uji tu dah nikah. Apapun tahniah pada dia ya.Mungkin kerana kesibukan tiada masa mengkhabarkan pada kami kat desa ulu.Semoga dia bahagia…hingga ke akhir hayat. Nampaknya cg jefren dah naik saham bermenantu.

  3. Salam ETUZA.

    25 & 26 September tu ERAKITA difahamkan berlaku PERTEMBUNGAN beberapa majlis perkahwinan dalam masa yang sama. Antaranya di Kg Penagatan Ulu melibatkan anak Saudara Amidin Supar dan di beberapa kampung lain. Jemputan juga telah diedarkan samada melalui surat atau wakil-wakil tertentu.

    Apa-apapun, kita doakan agar pengantin baru ini diberkati rumahtangga dan dilimpahui kebahagiaan dunia dan akhirat.

    TQ ETUZA & Wassalam.

  4. hanafie bin hamzah

    waaaaa…. i am grateful to ALLAH because bestow a good father to my family… may ALLAH bless my family. amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: