PERLUKAH KEBENARAN KAHWIN DARI MAHKAMAH SYARIAH?

 

bunga rose

 

KEBENARAN KAHWIN MELALUI MAHKAMAH SYARIAH

Berkahwin hari ini bukan seperti mana berkahwin masa dulu-dulu. Berkahwin hari ini memerlukan kita mendapat kebenaran berkahwin dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di negeri masing-masing. Kebenaran berkahwin perlu dibuat di mana pasangan tersebut bermastautin. Di Jabatan Agama pula, pasangan kena merujuk hal tersebut di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR). Kebenaran berkahwin hanya boleh diberikan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar NCR. Inilah peraturan yang sedang berkuatkuasa menurut Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia. 

Walaupun begitu, bukan semua kebenaran berkahwin itu perlu diperolehi dari Pendaftar NCR di Jabatan Agama Islam Negeri. Sayugia bahawa antara beberapa keadaan yang mewajibkan pasangan untuk mendapatkan kebenaran dari HAKIM SYARIE di Mahkamah Syariah ialah: 

a.         Perkahwinan melibatkan pasangan lelaki  yang berumur 18 tahun ke bawah dan 16 tahun ke bawah bagi pasangan perempuan. Kebenaran berkahwin ini lazimnya dipanggil sebagai kebenaran berkahwin bawah umur (KBU). Dalam kes seumpama ini, permohonan di Mahkamah Syariah akan dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga kepada pasangan bawah umur tersebut. Rujukan boleh dibuat kepada seksyen 18 Enakmen Undang_undang Keluarga Islam Negeri Sabah (EUUKINS 2004). 

b.         Perkahwinan melibatkan pasangan perempuan yang berstatus JANDA BERHIAS. Maksudnya, perempuan itu mendakwa bahawa ia telahpun bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya. Dengan kata lain, sepanjang perkahwinan dengan suami terdahulu, ia tidak pernah disetubuhi. Rujuk seksyen 18 EUUKINS 2004. 

c.         Permohonan berkahwin menggunakan WALI HAKIM. Ringkasnya, antara keadaan-keadaan yang memerlukan suatu kebenaran berwali hakim dari Mahkamah Syariah ialah: Rujuk Seksyen 18 EUUKINS 2004. 

  • Semua peringkat wali menurut urutan tidak ada.
  • Apabila wali berada dalam ihram.
  • Apabila wali ditahan dalam penjara.
  • Apabila wali berada jauh sejauh 2 marhalah atau lebih dari tempat pernikahan pihak perempuan.
  • Apabila wali enggan menikahkan pasangan perempuan. (Wali Udul).
  • Wali berkahwin dengan pengantin perempuan.
  • Wali belum baligh.
  • Perempuan yang hendak bernikah adalah anak tak sah taraf.
  • Perempuan yang tidak diketahui asal usulnya.  

Sebagai kemudahan kepada orang awam, Affidavit Sokongan Permohonan yang perlu diisi oleh pemohon di Mahkamah Syariah ada menyenaraikan keadaan-keadaan yang digunakan oleh pemohon untuk dijadikan alasan menggunakan kebenaran berwali hakim. Pemohon hanya memilih mana-mana keadaan yang bersesuaian dengan keadaan dirinya ketika itu. 

d.         Permohonan berkahwin untuk BERPOLIGAMI. Berpoligami dalam konteks ini ialah untuk perkahwinan lebih dari seorang isteri samada 2 atau 3 atau 4. Menurut undang-undang yang sedia ada, notis panggilan kepada isteri yang sedia ada, bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat, wali kepada bakal isteri baru dan juga mana-mana individu yang dikira dapat membantu Mahkamah memberikan keterangan lanjut mengenai keupayaan dan kelayakan pihak suami untuk berpoligami hendaklah dikeluarkan kepada mereka. 

Maknanya, dalam kes poligami, bukan sahaja isteri yang sedia ada akan dipanggil, tetapi juga bakal isteri dan wali kepada bakal isteri serta mana-mana individu berkaitan juga akan dipanggil ke Mahkamah semasa permohonan didengar. Dengan erti kata lain, suami tidak boleh membuat permohonan tersebut secara sembunyi-sembunyi. Semua pihak yang dipanggil ke Mahkamah di atas akan diminta memberi respon atau jawapan mereka terhadap permohonan poligami si suami. 

Dalam situasi ini, si isteri yang sedia ada berpeluang untuk bersemuka dari dekat di Mahkamah bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat dan wali bakal isteri. Ketika itulah nanti Mahkamah akan membuat penilaian dan pertimbangan samada si suami itu mempunyai kelayakan untuk menambah isteri atau sebaliknya. Rujukan boleh dibuat kepada Seksyen 23 EUUKINS 2004. Perlu diingat bahawa adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang kepada pasangan yang berpologami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah. 

Menurut seksyen 124 EUUKINS 2004, pesalah bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Janganlah disebabkan gara-gara nak menambah tiang rumah, suami terpaksa merengkok dalam penjara kerana tidak ikut undang-undang. 

Berbalik kepada kebenaran bertulis dari Hakim Syarie, jika pasangan yang hendak berkahwin itu tergolong dalam mana-mana kumpulan di atas, beliau adalah tertakluk undang-undang untuk mematuhinya. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara atau prosedur dan dokumen-dokumen yang diperlukan Mahkamah, sebaiknya pasangan tersebut merujuk terus ke Kaunter Mahkamah Syariah untuk mendapatkan maklumat tersebut. 

Hari ini tidak ada jalan pintas untuk berkahwin kerana semuanya diikat oleh undang-undang. Undang-undang itu pula bukanlah menyusahkan masyarakat tetapi sebenarnya mempunyai matlamat untuk melindungi kepentingan setiap pasangan yang berkahwin. 

Selain tidak dapat didaftarkan perkahwinan tersebut, pasangan tersebut terdedah kepada pendakwaan atas kesalahan melanggar undang-undang kerana tidak memohon kebenaran untuk berkahwin terlebih dahulu. Ingatlah bahawa KAHWIN LARI ke sempadan Thailand mungkin mudah dilakukan tetapi berhadapan dengan proses undang-undang selepas itu bukan semudah yang disangka. 

Tindakan menyembunyikan perkahwinan bukan penyelesaian. Perkahwinan adalah untuk dihebahkan atau diiklankan kepada masyarakat sesuai dengan pesanan Nabi s.a.w. Perlu beringat, kahwin hari ini secara sembunyi, tetapi esok hari pasti akan diketahui orang juga. Jika bukan semasa semasa hidup, ia akan diketahui selepas kematian kita. 

Berapa ramai orang KECIL atau BESAR yang ”KEDAPATAN” telah berkahwin secara sembunyi hanya selepas kematiannya gara-gara waris-waris simati berebut atau menuntut hak harta pusaka? Oleh itu wajarlah kita mengikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah untuk mengelak perkara tidak diingini pada masa hadapan. 

ERAKITA mengucapkan selamat menempuh alam rumahtangga. Patuhilah peraturan dan undang-undang yang ada agar perkahwinan kita  berjalan aman dari kesulitan tak dingini. Apa yang penting dalam perkahwinan pada akhirnya ialah kebahagiaan, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. 

 

“BERKAHWINLAH MENURUT PERATURAN YANG ADA” 

 

 

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 12 September 2009, in AGAMA, UNDANG-UNDANG. Bookmark the permalink. 181 Komen.

  1. ada persoalan yang sekian lama tak dirungkai ni..

    kiranya kalau suami tidak mendapat keizinan dari isteri pertama, dia kira telah melanggar undang-undang dan wajar dihukum. kemudian, si suami telah menikah secara sembunyi di Perlis tanpa memberitahu isteri pertama. kemudian isteri pertama mengadu kepada pihak majlis agama islam negeri tetapi tentang perkara ini kepada pihak yang berkenaan. malangnya, isteri pertama tidak mendapat hak sepenuhnya daripada pihak berkenaan oleh sebab pihak berkenaan bersubahat sama dengan isteri kedua (yang belum didaftarkan nikahnya di majlis agama islam negeri).lebih malang, isteri pertama tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkenaan.

    jadi, saya ingin bertanya, apakah status pernikahan suami itu tetap sah tanpa adanya persetujuaan daripada isteri pertama. keduanya, apakah hak isteri pertama apabila terang lagi nyata suami tidak mendapatkan persetujuaan daripadanya untuk berkahwin walhal beliau berhak tau. ketiga, apakah pihak berkenaan boleh disaman/diadukan kepada pihak atasan atas salah laku beliau di dalam kes ini kerana bersubahat dengan isteri kedua untuk merahsiakan perkara ini dan sekaligus isteri pertama tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

    harap tuan boleh merungkai permasalahan ini. terima kasih.

    • Asslamuhalaikum.. boleh tolong faham kan saya tentang borang maklumat peribadi dan ms26 & affdavit bahagian kes mal dan perinta ?? Saya muallaf dan saya tiada keluarga islam sebap itu saya memohon untuk wali hakim..

  2. Salam, Saudara Aidilx,

    Persoalan saudara amat baik dan ianya relevan dari dulu, kini dan mungkin juga masa-masa akan datang. Hal sedemikian diakui sering terjadi dalam masyarakat kita dari dulu lagi. Persoalan tersebut memerlukan penjelasan panjang kerana ia melibatkan hukum syarak dan undang-undang. Namun, secara ringkasnya untuk persoalan pertama begini: Kesahihan suatu perkahwinan secara berpoligami untuk kedua, ketiga atau keempat tidak akan terjejas tanpa persetujuan dari isteri yang sedia ada. Apa yang penting adalah rukun2 pernikahan yang ditetapkan oleh Syarak dipenuhi.

    Dengan kata lain, persetujuan isteri sedia ada bukanlah satu syarat kepada sahnya suatu pernikahan itu. Malah, persetujuan isteri untuk suaminya berpoligami juga bukanlah ASET paling bernilai untuk suami berpoligami. Ada ketikanya Mahkammah tidak memberi kebenaran berpoligami untuk suami walaupun isteri telah memberi persetujuannya kerana suami tidak punya kemampuan atau keupayaan di sisi syarak untuk berpoligami. Maknanya, ketika itu, andaikata suami berpoligami juga, dikuatiri bahawa suami, isteri, anak-anak dan bakal isteri akan berhadapan dengan mudarat besar seperti ketiadaan atau kekurangan nafkah dan lain2 lagi yg berkaitan.

    Keduanya, jika suami didapati berkahwin berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, si isteri atau mana-mana pihak berkepentingan mempunyai hak untuk mengadukan hal tersebut kepada Pegawai Penguatkuasa dan Penyiasatan Agama (PPA) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Setelah aduan diterima, PPA akan membuat siasatan dan akan memanggil suami dan sesiapa sahaja orang yang boleh membantu siasatan. Jika berpuashati ada kesalahan yang telah dilakukan dan punya bukti kukuh, baharulah suami akan didakwa atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam.

    Menurut undang-undang Keluarga yang ada, pernikahan berpoligami tanpa kebenaran dari Mahkamah tidak boleh didaftarkan di bahagian Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama selagi mereka tidak dihadapkan ke Mahkamah. Bukan sahaja pasangan tersebut berhadapan dengan siasatan awal samada pernikahan mereka sah atau tidak, suami juga akan berhadapan kes jenayah syariah di Mahkamah. Sijil nikah tidak akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama melainkan semua proses perundangan telah dipatuhi.

    Ketiganya: isu bersubahat dalam hal ini agak subjektif kerana ia melibatkan institusi agama. Boleh jadi pihak berkuasa agama juga ditipu atau diberikan butiran palsu oleh suami ketika hendak berkahwin baru. Boleh jadi suami mengemukakan suatu perakuan bujang ketika mengemukakan borang berkahwin. Siapa tahu?.. Dalam hal ini, si isteri berhak mendapatkan butiran lanjut dari Jabatan Agama berkaitan yang mengeluarkan sijil perkahwinan tersebut (Jika telah dikeluarkan) untuk mendapatkan gambaran sebenar.

    Sesiapa jua yang tidak berpuashati dengan perjalanan suatu urusan pentadbiran kerajaan, mereka boleh membuat aduan kepada BIRO PENGADUAN AWAM yang terdapat di negeri berkenaan. Soal menyaman mana-mana pihak di Mahkamah, hal tersebut adalah hak individu. Sesiapapun berhak di sisi undang-undang untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi harus dipastikan samada individu tersebut mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan sedemikian. Jika hendak mengambil tindakan undang-undang, sebaiknya mendapatkan nasihat dari peguam berkaitan terlebih dahulu.

    Harus diingat juga bahawa mengambil tindakan undang-undang di mahkamah lazimnya akan melalui proses yang agak komplikated seperti menghantar notis tuntutan (Notice of Demand), menfailkan saman, menyampaikan saman, memasukkan penyata pembelaan, sebutan, perbicaraan, hujahan, dan seterusnya penghakiman. Selepas penghakiman pula, timbul lagi proses untuk menguatkuasakan suatu penghakiman atau enforcement and execution of court’s order.

    Seperkara lagi, andai pihak defendan atau pihak yang disaman (dituntut) tidak berpuashati dengan penghakiman mahkamah, ia berhak pula untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah yg lebih tinggi. Proses ini melibatkan kos dan masa yang agak panjang. Namun, tidak dinafikan bahawa suatu kes itu boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya ada penyelesaian luar mahkamah (out of court settlement) di antara pihak-pihak yg bertikai. Penyelesaian tersebut boleh dicapai atas persetujuan pihak-pihak dan selepas itu, butiran persetujuan boleh dikemukakan kepada Mahkamah untuk direkodkan serta dijadikan sebagai Perintah atau Penghakiman Atas Persetujuan Bersama (Consent Judgment).

    Semoga saudara mendapat manfaat dari sedikit penjelasan yang ERAKITA nyatakan dalam ruangan ini.

    Wallahu a’lam

    Terimakasih

  3. Alhamdulillah, penjelasan daripada tuan memberikan sedikit ruang untuk menilai permasalahan ini. Terima kasih untuk bantuan tersebut.

  4. salam….

    sya nak tau sekiranya sorg suami 2 telah mendapat kebenaran dari isteri pertama untuk menikah lagi,isteri pertama telah m’izinkannya, dan borang poligami telah di isi dan d hantar ke kaunter dan tggu untuk hari perbicaraan tetapi bakal isteri ke-2 telah b’ubah fikiran ntuk tidak bernikah,atas sebab2 yang tertentu apakah tindakan yang akan di ambil oleh mahkamah dalam hal ni?? ada kah suami itu akan di ambil tindakan ataupun pada bakal isteri ke-2 tu??

    • Walaykum salam wbt.

      Persoalan dari saudari/puan Fiena amat menarik. Dalam kes permohonan kebenaran berpoligami, persetujuan dari isteri pertama tidak semestinya menjadi asas yang kukuh bagi mahkamah untuk meluluskan permohonan si suami. Terdapat juga kes di mana mahkamah menolak permohonan suami untuk diberi kebenaran berpoligami walaupun isteri yang sedia ada telah memberi persetujuannya di mahkamah. Ini kerana, suami tersebut tidak berkelayan untuk berpoligami. Andai berpoligami, nescaya mudarat lebih besar yang akan berlaku bukan saja di pihak suami, tetapi juga pada isteri sedia ada, bakal isteri dan anak-anak. Pelbagai lagi faktor dan keadaan yang perlu diambil kira oleh mahkamah.

      Andai bakal isteri kedua menarik diri untuk meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan lelaki tersebut, tidak ada apa-apa tindakan perundangan yang akan dikenakan ke atas suami, isteri sedia ada mahupun bakal isteri kedua. Kes tersebut boleh ditarik balik dan kes akan ditutup. Si suami tidak terhalang untuk menfailkan permohonan baru pada masa hadapan andai berhasrat untuk berpoligami. Namun, bakal isteri mestilah seorang yang telah ditentukan orangnya memandangkan undang-undang yang sedang berkuatkuasa menghendaki bukan sahaja isteri sedia ada dipanggil ke Mahkamah, malah bakal isteri dan juga wali kepada bakal isteri juga.

      Semoga persoalan saudari Fiena terungkai dengan jawapan ini. Terimakasih.

      Wassalam

  5. Assalamualaikum,

    Saya warganegara Malaysia yg menetap dan berkerja di Singapura (penduduk tetap Singapura).
    Saya sudah menetap di sini selama 14 tahun, sekarang saya bercadang untuk mendirikan rumah tangga dengan warga Indonesia.

    Perkahwinan ini akan dilaksanakan di Indonesia juga.

    Soalan saya,
    1- Apakah saya perlu untuk mendapatkan surat kebenaran kahwin?
    2- Jika ya, apakah saya perlu kembali ke negeri asal saya dimana dalam kes saya adalah Kedah untuk mendapatkan surat kebenaran kahwin ini?
    3- Apakah dokumen2 yang perlu di bawa oleh saya dan juga bakal isteri saya.

    Adakah procedure yang lebih ringkas untuk memudah proses perkahwinan saya?

    Terdahulu, terima kasih.

  6. Wa’alaykum salam wbt.

    Persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Ahamad di atas lazimnya dihadapi oleh Warganegara Malaysia yang bekerja atau berada di luar negara untuk suatu jangkamasa yang lama. ERAKITA mencadangkan agar saudara Ahamad datang ke Kedutaan Malaysia di Indonesia dan mendapatkan maklumat lengkap mengenai proses perkahwinan bagi warga Malaysia di negara berkenaan. Ini kerana menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri, terdapat Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara untuk mengendalikan hal ehwal perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia. Cumanya, samada pegawai-pegawai berkenaan telah wujud ketika ini atau sebaliknya, tidak pula dapat dipastikan.

    Walau bagaimanapun, sebaiknya sebagai rakyat Malaysia, andai kata saudara Ahamad hendak melangsungkan pernikahan di Indonesia, dapatkanlah Surat Kebenaran Berkahwin luar negeri dari Pendaftar Perkahwinan dari Kariah atau tempat asal Saudara Ahamad di Kedah. Dokumen itu diperlukan untuk membolehkan suatu perkahwinan dapat dilangsungkan di luar daerah atau Negeri oleh Pendaftar Perkahwinan di daerah atau Negeri berkenaan.

    Setelah pernikahan di luar negeri/negara (Indonesia) dilaksanakan, sijil pernikahan atau dokumen pengesahan perkahwinan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan di Negeri Asal (Kedah) dalam tempoh 6 bulan selepas Saudara Ahamad kembali ke Malaysia. Tujuannya ialah agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri dapat mendaftar perkahwinan tersebut dan seterusnya mengeluarkan sijil perakuan mengenai perkahwinan tersebut.

    Dalam proses mendaftarkan perkahwinan tersebut, Saudara Ahamad dan pasangan hendaklah hadir dihadapan Pegawai Pendaftar Perkahwinan apabila dipanggil untuk memberikan butiran dan maklumat lanjut mengenai perkahwinan berkenaan. Lazimnya, Pendaftar Perkahwinan akan mendapatkan satu surat perakuan dari Pejabat Pendaftar Perkahwuinan yang mengeluarkan sijil nikah di luar negara untuk memastikan kesahihan dokumen yang dikemukakan oleh pasangan tersebut.

    Mengenai dokumen asas yang perlu dikemukakan di hadapan pendaftar Perkahwinan di mana perkahwinan tersebut akan dilangsungkan (dalam kes ini ialah di Indonesia), sediakanlah dokumen-dokumen seperti berikut untuk menghadapi sebarang permintaan pegawai tersebut:
    a). Pasport Antarabangsa/ Dokumen Pengenalan Diri kedua pasangan
    b). Surat Kebebaran Kahwin Luar Negara dari Pendaftar Perkahwinan di Kedah.
    c). Sijil Kursus Perkahwinan (Tertakluk kepada kehendak undang-undang di negara berkenaan).
    d). Pengesahan Bujang (dalam konteks di Singapore, pengesahan bujang dari Majikan saudara) juga boleh digunakan.
    e). Jika perkahwinan tersebut melibatkan poligami, sila dapatkan kebenaran berpoligami dari negeri asal saudara untuk mengelak masalah perundangan pada masa hadapan. (dalam hal ini, maklumat dari pihak kedutaan Malaysia dan juga pendaftar perkahwinan di negara berkenaan perlu dipero0lehi terlebih dahulu untuk mengelak sebarang kesulitan).

    Semoga penerangan di atas dapat membantu meringankan kemuyskilan Saudara Ahamad. Apa yang penting ialah, dapatkan maklumat awal dari institusi-institusi agama yang disebutkan di atas terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan0-tindakan lain. Lebih utama lagi, elakkan untuk berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama. Ikutilah segala prosedur dan undang-undang yang ada. Biarlah lambat sedikit tetapi segalanya dilakukan secara tertib dan menurut undang-undang.

    Selamat menempuh alam rumahtangga kepada Saudara Ahamad. Terima kasih.

  7. Apa prosedur perkahwinan di indonesia bagi warganegara malaysia

    • Terimakasih saudara Razali atas pertanyaan di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa persoalan yang ditimbulkan ada kaitan atau persamaan dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh saudara Ahamad bertarikh 13 April 2010 di atas. Untuk itu, ERAKITA sukacita menyarankan agar saudara Razali merujuk semula jawapan dan penerangan yang ERAKITA nyatakan di atas.

      Sebagai penekanan, ERAKITA sarankan agar saudara Razali merujuk terus kepada Kedutaan Indonesia di mana-mana yang terdekat. Tanyakan hal mengenai undang-undang dan prosedur perkahwinan di Indonesia. Ini kerana, apabila kita berada di negara orang, kita juga akan tertakluk kepada undang-undang yang ada pada negara berkenaan. Contoh yang mudah ialah, jika kita ingin memandu kereta di sesebuah negara, sudah tentu ada lesen atau surat berupa kebenaran atau kelayakan memandu. Begitu juga, jika kita melakukan pebuatan jenayah seperti mencuri, sudah tentu kita akan dikenakan tindakan undang-undang jenayah berdasarkan kepada undang-undang negara berkenaan.

      Dalam masa yang sama, adalah lebih baik juga sekiranya Saudara Razali mendapatkan sebarang maklumat dari Bahagian Pentadbiran Syariah (Nikah Cerai dan Rujuk) di mana-mana Pejabat di Jabatan Agama Islam Negeri mengenai perkahwinan di luar negara. Ini tindakan bijak. Janganlah pula pernikahan tersebut dijalankan juga tanpa merujuk mana-mana pihak berkuasa agama dalam negeri atau negara. Hal ini akan menyusahkan saudara kelak, terutama apabila hendak mendapatkan sijil perkahwinan.

      Jangan sampai pada akhirnya, Saudara tertangkap “khalwat” oleh pihak berkuasa agama gara-gara gagal menunjukkan bukti perkahwinan saudara. Semoga hal ini tidak terjadi kepada saudara.

      Semoga penjelasan ini dapat meringankan persoalan yang saudara Razali hadapi.

      Wallahu a’lam.

  8. Assalamualaikum…
    Saya bertanya mengenai suami. Kami telah bernikah, tiba2 saya mengetahui yg suami saya sudah berkahwin sedangkan saya tidak tahu yg suami saya sudah berkahwin. Saya ditipu oleh suami saya dan isterinya baru tahu y suaminya baru bernikah. Kami sama2 kena tipu olehnya. JIka saya buat laporan pada pejabat agama apakah tindakan pada suami saya. Kalau boleh saya tidak mahu orang tua saya tahu hal ini.

    • Walaykum salam wbt.

      Situasi yang berlaku ke atas Puan Sue memang berat bagi seorang isteri. Ia juga berlaku pada kebanyakan kaum wanita. Mereka telah tertipu oleh kata-kata manis seorang lelaki. si Lelaki sanggup berbohong mengatakan bahawa ia masih single, belum pernah kahwin, belum pernah bercinta dan berbagai lagi kata-kata manis dan meyakinkan teman wanitanya. Sampai ada kalanya, si lelaki sanggup bersumpah menggunakan kalimah Allah untuk meyakinkan bahawa ia masih bujang.

      Yang penting baginya, ia dapat kahwin dengan buah hatinya. Yang penting cita-citanya tercapai. Soal isteri dan anak-anak di rumah ada makan atau tidak, semuanya tidak lagi menjadi penting. Yang penting ketika itu ialah, mendapatkan sekeping hati atas dasar cinta dan sayang kepada kekasihnya. Dengan pujuk rayu dan kata-kata sumpah, akhirnya teman wanita layu, kendur dan longlai. Akhirnya, kepercayaan seratus peratus pada kata-kata teman lelakinya kini berada dalam hati dan sanubarinya. Tiada ragu-ragu! Ia memang bujang!

      Namun, bagi kes Puan Sue, ada dua kemungkinan yang ERAKITA bolej jangkakan. Pertamanya, samada perkahwinan Puan Sue dengan Suaminya telah melalui proses undang-undang seperti membuat permohonan kebenaran kahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri. Keduanya, samada perkahwinan Puan Sue tidak melalu Jabatan Agama Islam tetapi melalui orang-orang tertentu atau lebih dikenali sendikit. Jika tidak melalui jabatan agama, lazimnya ia melibatkan jurunikah tak bertauliah.

      Satu hal yang memeritkan bagi Puan Sue ialah, ia rupanya bukanlah isteri pertama, tetapi isteri kedua. Ini kerana, akhirnya tembelang suami akhirnya terkeluar juga. Baharulah Puan Sue sedar bahawa ia sebenarnya ditipu oleh kata-kata manis suaminya.

      Dalam hal ini, ERAKITA menyarankan Puan Sue untuk melaporkan perkara ini pada Jabatan Agama Islam Negeri di mana Puan Sue bermastautin. Laporan penting untuk perkara-perkara berikut:

      1. Memastikan samada perkahwinan Puan Sue dengan suami itu sah atau tidak di sisi Syarak?

      2. Samada perkahwinan Puan Sue dengan suami adalah menurut undang-undang Keluarga Islam atau sebaliknya.

      KEsahihan perkahwinan Puan perlu diketahui dalam hal ini. Ini kerana, jika tidak melalui Jabatan Agama, boleh jadi proses pernikahan yang dijalankan melalui orang lain (tak bertauliah) tidak menepati syarak. Contohnya, wali yang digunakan dalam perkahwinan tidak betul dari segi susunannnya. Jika hal ini terjadi, perkahwinan tersebut akan difaraq atau dibubarkan di Mahkamah.

      Jika perkahwinan ini sah dari syarak, belum tentu ia menepati kehendak undang-undang. Contoh yang jelas, semua rukun nikah umpamanya telah dipenuhi. Namun, pasangan tidak ada memohon kebenaran berkahwin dari PEndaftar Perkahwinan di tempat di mana perkahwinan itu dilangsungkan. Satu lagi, suatu perkahwinan yang dijalankan di luar daerah, atau negeri dan bukan dari tempat asal kita, ia memerlukan pasangan tersebut mendapatkan kebenaran kehwin luar daerah atau negeri dari Pendaftar Perkahwinan tempat asal pasangan.

      Ketiadaan kebenaran dari PEndaftar merupakan satu kesalahan dalam hal perkahwinan dan boleh didakawa atas kesalahan jenayah syariah di Mahkamah Syariah. Berikut kandungan penuh seksyen 40 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan sebagai rujukan bagi kesalahan berkaitan.

      AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

      BAHAGIAN IV – PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

      ——————————————————————————–

      Seksyen 40. Kesalahan yang berhubungan dengan akad nikah perkahwinan

      (1) Mana-mana orang yang diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara, sesuatu perkahwinan—

      (a) tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau
      (b) selainnya di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai selain orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu,
      melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

      (2) Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akad nikah atau yang menjalani suatu bentuk akad nikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

      Jika perkahwinan itu sah, namun ia melibatkan kes poligami tanpa kebenaran Mahkamah, pasangan khususnya si lelaki boleh didakwa atas kesalahan jenayah syariah kerana berpoligami tenpa kebenaran Mahkamah. Jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum denda tidak lebih seribu ringgit atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya. Berikut diperturunkan kandungan penuh seksyen 123 Akta berkenaan sebagai rujukan.

      Seksyen 123. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

      Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

      Implikasi terhadap perkahwinan yang sah tetapi tida menurut undang-undang ialah, perkahwinan itu tidak dapat didaftarkan kecuali semua proses undang-undang diikuti. Contohnya, pasangan tersebut akan didakwa terlebih dahulu atas perlanggaran-perlanggaran beberapa kesalahan yang telah dilakukan antaranya kahwin tanpa kebenaran, poligami tenpa kebenaran Mahkamah atau memberi keterangan palsu kepada pihak berkuasa agama bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.

      Bagi kesalahan memberikan keterangan palsu kepada Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Islam, contohnya mengaku bahawa ia masih bujang sedangkan ia sudahpun berkahwin, maka hukumannya jika disabitkan adalah sebagaimana tertera dalam seksyen 38 Akta yang sama.

      Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan

      “Mana-mana orang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Akta ini, dengan sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

      Lazimnya, setelah semua proses perundangn dilakukan, baharulah pekahwinan yang sah itu boleh didaftarkan. Bila didaftarkan, bolehlah pasangan tersebut menarik nafas lega kerana suatu sujil pernikahan dapat dikeluarkan.

      Bagi ERAKITA, Puan Sue dan Isteri Pertama telah menjadi mangsa kepada suami. Perkahwinan dalam Islam mengandungi hikmah serta metlamat yang suci dan murni. Ia harus dilaksanakan dengan cara yang maaruf. Tiada istilah bohong-bohong atau tipu-tipu. Biasanya, rumahtangga akan porak poranda akibat sikap hipokrit, kepura-puraan atau sikap tidak jujur pasangan dalam rumahtangga. Jika si suami berjaya membohongi dua wanita dalam satu-satu sama (isteri pertama dan kedua), tidak mustahil baginya untuk berbohong untuk kesekian kalinya pada diri kita atau orang lain.

      Namun, apa yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku. Jika Puan masih sayang dengan suami, berbincanglah sebaik-baiknya dengan suami. jelaskan apa yang telah berlaku dan apa yang kita kini ketahui. Jelaskan kesan undang-undang dan hukumnya. Sebaiknya, bawalah suami ke Jabatan Agama dan mengadulah atas apa yang telah berlaku. Tak payah lagi nak bersembunyi. Bersedialah untuk menempuh segala proses perundangan termasuk didakwa (terutama bagi si suami) agar perkahwinan tersebut dapat didaftar dan dikeluarkan sijil nikah0 jika ianya sah.

      Bagi isteri pertama pula, Puan Sue ada baiknya datang untuk bertemu dengannya. Mohonlah bantuan mana-mana orang yang dipercayai sebagai orang tengah. Ini kerana ianya amat sesetif. Jelaskan keadaan Puan bahawa Puan juga adalah mangsa. Luahkan lah juga rasa sedih dan kesihan kepada isteri pertama kerana ia juga telah menjadi mangsa. Mungkin cara ini dapat meredakan ketegangan. Boleh jadi dengan mempunyai rasa yang sama, akan wujud ikatan hubungan dalam kehicupan bermadu secara harmoni dan bahagia.

      Wallahu a’lam. Semoga nasihat dan pendapat ini dapat meleraikan sedikit sebanyak konflik yang dihadapai oleh Puan Sue.

  9. nurul ain ramlan

    Maria dan Hafiz merupakan teman sepejabat. Mereka bercadang untuk berkahwin kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ibubapa Maria tidak bersetuju kerana mereka tidak menyukai perangai Hafiz yang tidak baik dalam beragama kerana ditakuti ia tidak dapat memimpin anak mereka ke jalan yang soleh. Maria dan Hafiz pula tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama. Tidak seperti Maria, Hafiz tidak pernah mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh jabatan mereka setiap bulan. Bagi Hafiz, seseorang itu tidak dilihat baik daripada zahirnya, tetapi apa yang ada di hati itulah yang utama. Namun, kerana terlalu cintakan kekasihnya, Maria setuju berkahwin lari di Selatan Thailand tanpa sebarang usul periksa tentang kredibiliti serta kompetensi pihak yang mengakadnikahkan mereka. Hanya dengan RM 1,500, mereka “sah” menjadi suami isteri dengan diberikan “sjil nikah” yang meragukan. Setelah beberapa tahun, mereka dikurniakan seorang anak yang kini berumur 3 tahun. Maria berhenti kerja atas alasan ingin memberi tumpuan kepada anak dan keluarga. Namun, Hafiz pula mula menjalinkan hubungan intim dengan rakan sepejabatnya yang juga rakan sekerja Maria sebelum ini. Apabila mengetahui perkara tersebut. Maria memarahi Hafiz sehinggakan Hafiz menceraikannya dengan talak tiga sekaligus. Kini Maria bingung kerana tiada tempat hendak mengadu lantaran ibubapa serta saudara maranya telah memulaukannya. Beliau tidak mempunyai wang untuk kehidupan seterusnya. Hafiz pula telah mengahwini teman wanitanya dan kini tinggal jauh daripada rumah Maria. Maria menangis mengenangkan nasibnya yang malang itu.

    boleh tak nyatakan 2 autoriti perundangan Islam yang relevan dalam nasihat yang diberikan.

    • Assalamualaykum wbt.

      Terimakasih atas persoalan yang Saudari Nurul Ain kemukakan di atas. Pernikahan Hafiz dan Maria di Selatan Thailand jelas menunjukkan mereka kahwin lari. Mereka membelakangkan keluarga dan undang-undang yang ada di Malaysia.

      Sebaik tiba di Malaysia, khususnya di negeri di mana pasangan tersebut tinggal atau bermastautin, mereka dikehendaki melaporkan pernikahan tersebut di hadapan Pendaftar Pernikahan dalam tempoh 6 bulan ketibaan mereka di Malaysia. Tujuannya untuk mendaftarkan pernikahan itu bagi pengeluaran sijil nikah, jika sah. Pendaftar Pernikahan di jabatan agama pula akan memanggil pihak-pihak termasuk sesiapa yang mengetahui akan pernikahan tersebut. Jika pendaftar nikah berpuashati dengan kesahihan pernikahan itu, maka pernikahan itu didaftarkan.

      Bagaimanapun jika pernikahan itu tidak menepati undang-undang dan hukum syarak, pernikahan itu tidak akan didaftarkan. Pasangan akan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Jika nikah sah, baharulah mahkamah perintahkan agar nikah itu didaftarkan di jabatan agama. Jika tak sah, nikah itu akan difaraqkan atau dibubarkan. Jika telah ada anak, nasab atau keturunan anak itu akan ditentukan samada sah taraf atau tidak. ini akan menentukan samada anak itu dibin atau dibintikan kepada pasangan lelaki itu atau sebaliknya.

      Bagi menentukan kedudukan Hafiz dan Maria, ternyata setelah beberapa tahun tinggal bersama, pernikahan mereka belum didaftarkan di jabatan Agama. ERAKITA percaya bahawa mereka belum mendapat sijil nikah sedangkan telah mempunyai anak. Jika ditakdirkan mereka didakwa atas kesalahan khalwat, mereka terpaksa membuktikan bahawa mereka sebenarnya suami isteri. Nak membuktikan suami isteri, mereka terpaksa membuktikan penikahan yang sah antara mereka. Masalahnya, meraka tidak mempunyai sijil nikah, malah nikah mereka tidak didaftarkan. Ini memang masalah yang rumit.

      Masalah baru timbul. Belum sampai beberapa lama berkahwin di Thailand, belum ada sijil nikah di jabatan Agama, mereka dah berhadapan dengan satu lagi masalah besar. Hafiz yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan sepejabat telah melafazkan cerai talaq 3 ke atas Maria. Persoalannya, bagaimana mengatasi masalah ini. Adakah perceraian tersebut sah. kalau sah berapa talaq yang gugur?

      Bagi merungkaikan permasalahan ini, pasangan tersebut mahu tak mahu terpaksa memulakan langkah dari awal menurut undang-undang keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa. Mereka harus ke mahkamah syarriah untuk menentukan kesahihan perceraian tersebut. Bagaimanapun, mereka harus melalui laluan tertentu terlebih dahulu. Sebelum perceraian tersebut dibicara dan disahkan, pernikahan mereka di Thailand mesti ditentukan samada sah atau tidak terlebih dahulu. Ini bermakna, mereka harus memohon pengesahan pernikahan terlebih dahulu di Mahkamah. Jika nikah itu sah, baharulah didaftarkan di jabatan Agama. Setelah didaftarkan, baharulah kes pengesahan perceraian diteruskan oleh mahkamah.

      Jika sah perceraian itu, mahkamah akan keluarkan perintah perceraian dan menentukan berapa talaq yang gugur. Jika ternyata talaq gugur, pasangan khususnya lelaki atau Hafiz akan berhadapan pula dengan pendakwaan atas kesalahan menceraikan isteri tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah.

      Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan mengenai perkara ini. Sila baca dengan teliti peruntukan tersebut seperti berikut:

      ENAKMEN 8 TAHUN 2004
      ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
      BAHAGIAN IX – PENALTI

      Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

      “Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”
      .
      Jelasnya, Hafiz dan Maria tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa juga mengharungi proses mahkamah syariah yang agak panjang. Ini kerana mereka telah membelakangkan undang-undang dari peringkat awal. Status pernikahan mereka di Thailand perlu disahkan terlebih dahulu untuk menentukan kedudukan perceraian, anak, nafkah, harta sepencarian dan lain-lain lagi antara pasangan hafiz dan Maria pada masa hadapan.

      Ini merupakan satu pengajaran bagi kita semua. Elakkand ari kkahwin lari kerana kesudahannya yang menyukarkan akan kembali kepada kita di belakang hari. Sesal kemudian tak akan membawa erti apa-apa.

      Soal pernikahan Hafiz dengan isteri baru sepejabat juga perlu disiasat dan ditentukan kedudukannya samada melalui Jabatan Agama atau tidak. Jika telah ada kebenaran dan ada sijil nikah dari Jabatan Agama, ia sedikit sebanyak memudahkan kes mereka. Tapi, jika tak melalui Jabatan agama juga, mereka bakal mengahadapi proses mahkamah yang agak panjang dan menyukarkan.

      Yang penting dalam hal ini, datanglah terlebih dahulu ke hadapan Pendaftar pennikahan di jabatan agama Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Selepas itu, baharulah ke Mahkamah syariah untuk proses seterusnya. Semoga pandangan ini mampu memberi jalan keluar kepada Saudari untuk menyelesaikan persoalan yang dihadapi.

      Wallahu a’lam.

  10. salam…
    sy ingin poligami isteri prtama telah m’izinkan dan borang poligami sudah di isi n htar di kanuter brape lama untuk tggu hari prbicaraan adakah ambil masa brbulan atau brtahun..
    jukalu bleh sy ingin nikah thn dpan..

    • Wa’alaykum salam wbt,

      Terimakasih atas pertanyaan saudara Din di atas. Dalam kes ini, Din telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah. Isteri yang sedia ada telah bersetuju. Soalnya, setelah permohonan difailkan di mahkamah, berapa lama si pemohon perlu menunggu kesnya didengar di mahkamah? Dalam hal ini, saudara Din pula berhasrat untuk bernikah tahun hadapan.

      Dalam hal ini, ERAKITA melihat bahawa saudara Din telah melakukan tindakan yang betul menurut undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Perkahwinan berpoligami perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari hakim syarie dari Mahkamah Syariah di negeri di mana perkahwinan tersebut hendak dilangsungkan.

      Lazimnya, menurut piagam pelanggan Mahkamah, suatu permohonan atau tuntutan itu akan didengar atau disebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh penfailan kes. Lazimnya juga, satu tarikh sebutan atau pendengaran pertama kali akan diberikan terus pada hari yang sama sebaik suatau permohonan atau tuntutan itu difailkan. Walau bagaimanapun, hal ini juga bergantung kepada kekosongan atau ruang yang tersedia bagi Mahkamah bagi mendengar suatu kes.

      Ada ketikanya, Mahkamah perlukan masa tertentu untuk menetapkan tarikh sebutan atau pendengaran atau perbicaraan suatu kes. Ini kerana, ada ketikanya pegawai Mahkamah termasuk pendaftar atau hakim terlibat dalam kursus atau program-program rasmi dan penting pada waktu tertentu.

      Dalam hal ini, Saudara Din perlu mendapatkan maklumat dari Mahkamah dari masa ke semasa untuk mendapatkan tarikh sebutan atau pendengaran kes tersebut sekiranya belum diberikan. Bawalah bersama no. kes tersebut sebagai rujukan di Mahkamah untuk memudahkan carian fail dan maklumat.

      Notis panggilan yang dikeluarkan Mahkamah pula perlu diserahkan kepada isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang yang diarahkan oleh Mahkamah. Notis tersebut amat penting untuk membolehkan kes tersebut dapat didengar di Mahkamah. Ketidakpatuhan prosedur ini boleh menyebabkan kes tersebut akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain. Notis tersebut mestilah diserahkan sendiri ke diri individu terbabit. Soal ia hendak menerima atau tidak, itu bukanlah masalah kerana apa yang penting, si penyerah boleh menunjukkan di hadapan orang itu akan notis itu dan meletakkan notis tersebut dihadapan orang tersebut SEKIRANYA orang tersebut enggan menerima.

      Suatu affidavit perakuan telah menyerahkan dokumen tersebut hendaklah dibuat selepas itu di mahkamah. Jika individu yang dipanggil itu tidak hadir di Mahkamah pada tarikh sebutan, mahkamah boleh meneruskan pedengaran kes tersebut walaupun tanpa kehadiran orang yang dipanggil. Ini kerana penyerahan dokumen telah dianggap sah menurut undang-undang.

      Walaupun demikian, tempoh penyerahan notis berkenaan hendaklah pula tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh sebutan atau pendengaran kes berkenaan. Jika kurang, maka penyerahan masih dianggap tidak sempurna. Perkara seperti ini sememangnya masih ramai yang tidak sedar atau tidak mengetahuinya.

      Apabila penyerahan dokumen telah disempurnakan menurut prosedur dan undang-undang, kes tersebut boleh dijalankan walau tanpa kehadiran orang yang dipanggil. Sebab itu, perlu ditekankan di sini bahawa amat rugilah sekiranya isteri yang sedia ada,tidak atau enggan hadir di mahkamah untuk pendengaran kes poligami suaminya. Ini kerana, si isteri telah menadikan haknya di sisi syarak dan undang-undang untuk memberi respon atau maklum balas mengenai permohonan suami.

      Semestinya isteri sedia ada kena hadir di Mahkamah untuk memberikan maklumat yang sebenar. Maklumat penting yang sewajarnya diberikan di Mahkamah ialah mengenai kemampuan suami dari zahir dan batin untuk berpoligami. Maklumat itu pula harus diberikan sejujur-jujurnya. Ini kerana, isteri sedia ada adalah orang yang banyak mengetahui hal ehwal keadaan suaminya. Maklumat si isteri itu pula dapat didengar sendiri oleh bakal isteri kedua, ketiga atua keempat bersama-sama dengan wali kepada bakal isteri.

      Semua maklumat dapat dikongsi. Proses ini telus dan bakal isteri serta wali kepada bakal isteri boleh berfikir semula semasak-masaknya samada hendak meneruskan perkahwinan tersebut atau tidak. Ini kerana mereka telah mendapat maklumat mengenai keberadaan si suami.

      Satu keistimewaan dan keunikan dalam kes berpoligami di mahkamah syariah ialah, apabila semua pihak yang terlibat dipanggil bersama dalam satu-satu masa. Inilah yang dikatakan telus. Isteri sedia ada dan bakal isteri serta wali kepada bakal isteri dapat bertemu “face to face” dalam mahkamah. Prosiding atau pendengaran kes pula dijalankan dalam mahkamah TERTUTUP samada dalam dewan atau dalam kamar hakim. Orang lain tidak akan dibenarkan masuk mendengar atau menyaksikan kes itu.

      Lazimnya, kes akan berjalan lancar dan jarang sekali berlaku pergaduhan. Ini kerana isteri sedia ada boleh jadi dapat merasakan bahawa proses yang dijalankan tidak ada unsur berat sebelah atau rahsiah atau sembunyi-sembunyi. Ia dapat bersemuka sendiri dengan bakal isteri dan wali kepada bakal isteri. Dari aspek psikologi, isteri sedia ada mendapat semangat dan kekuatan untuk berdepan dengan situsi berkenaan kerana ia dilakukan secara bersemuka. Pandangan dan responnya diambil kira dan diberi perhatian yang sepatutnya oleh Mahkamah.

      Isteri pertama berhak untuk bersetuju atau tidak dengan permohonan suaminya. Perlu dijelaskan bahawa persetujuan isteri sedia ada tidak semestinya akan menjadikan permohonan suami itu berjaya. Persetujuan isteri hanyalah sebahagian dari banyak perkara yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah samada nak meluluskan atau tidak permohonan berpoligami itu. Terdapat juga kes-kes di mana mahkamah menolak permohonan suami untuk berpoligami walaupun isteri sedia ada telah memberi persetujuannya.

      Ini kerana, mahkamah juga pelu melihat kepada keperluan perkahwinan itu sendiri, kemampuan serta kesan-kesan jangkamasa pendek dan panjang akbibat berpoligami itu. Sekiranya suami diizinkan berpoligami dan poligami itu pula jelas mengundang kemudaratan besar dalam hidup suami, isteri sedia ada, anak-anak mereka dan bakal isteri, maka mahkamah berhak untuk menolak permohonan tersebut walaupun isteri telah bersetuju.

      Tidak ada istilah isteri telah menurunkan tandatangan untuk bersetuju permohonan itu. Apa yang penting, isteri kena hadir di mahkamah dan berikan maklumat yang sebenar mengenai kedudukan suaminya. Ini untuk kebaikan semua. Tidak akan ada yang teraniaya sepertimana yang lazimnya kita dengar dari orang.

      Orang yang berkedudukan tinggi, berpangkat tinggi, bergaji besar tidak semestinya akan diberi keizinan berpoligami jika sekiranya dari aspek lain ia tidak mampu. Apalah ertinya berpoligami sekiranya dari aspek fizikal ia sudah tidak mampu? Jika bakal isteri masih muda dan si suami pula sudah berumur dan terbukti ia sudah tidak berkemampuan untuk melakukan hubungan kelamin, apakah kewajaran untuk membenarkan poligami? Namun, hal ini hanyalah sebahagian dari aspek yang akan diambil pertimbangan. Boleh jadi juga aspek fizikalnya lemah, namun hal tersebut dimaklumui dan dipersetujui atau diredhai semua pihak termasuk bakal isteri. Boleh jadi keputusan mahkamah adalah sebaliknya. Ia suatu yang amat subjektif. Segalanya adalah budi bicara mahkamah setelah semua aspek diambil kira.

      Dalam hal ini, ERAKITA menyarankan agar saudara Din bersabar serta mendapatkan maklumat mengenai tarikh sebutan atau pendengaran kes tersebut dari masa ke semasa. Elakkan dari berurusan dengan “Orang Tengah” yang boleh jadi ingin mengambil kesempatan ke atas indivdu yang berurusan dalam hal-hal begini. Bertemulah terus dengan kakitangan atau pegawai mahkamah untuk hal tersebut.

      Begitu juga, patuhilah segala prosedur yang telah ditetapkan. Ikuti arahan yang diberikan mahkamah. Inshaa Allah, jika semuanya dipatuhi, proses pendengaran dapat dijalankan dengan lancar. Jika sekiranya saudara Din merasakan mampu untuk berpoligami, jelaskan sejujur-jujurnya kepada mahkamah nanti. Jangan berikan maklumat yang tidak benar kerana keberkatan rumahtangga bermula dengan perbuatan dan tindakan kita di peringkat awal.

      Soal permohonan tersebut diluluskan atau sebaliknya, terimalah dengan redha. Jika tidak diluluskan, Saudara Din masih mempunyai hak untuk merayu di Mahkamah yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan Syariah. Saudara Din boleh mengemukakan kes secara peribadi atau melalui khidmat guaman syarie. Jika dapat, elakkan dari mengambil tindakan drastik seperti menceraikan isteri pertama sekiranya berlaku kesulitan dalam mendapatkan kebenaran berpoligami.

      Andai Mahkamah memberi kebenaran berpoligami, perkahwinan tersebut bolehlah dilaksanakan dalam tempoh yang diberikan dalam perintah mahkamah tersebut. Lazimnya, surat kebenaran tersebut sah untuk digunakan selama sebulan dari tarikh ia dikeluarkan. Namun, ini bergantung kepada masa yang ditentukan oleh Mahkamah itu sendiri.

      Setelah semuanya dilakukan, berserahlah kepada Allah di samping sentiasa menjaga kebajikan isteri yang sedia ada dan anak-anak. Tingkatkan amal dan iman kepada Allah.
      Berdoalah banyak-banyak dan mohonlah agar Allah memberikan jalan terbaik dalam hidup saudara Din dan keluarga. Ini kerana, hal berpoligami suatu perkara yang berat dan melibatkan kesan kepada banyak individu-individu terdekat kita. Cabarannya banyak tetapi boleh dihadapi dalam keadaan tenang.

      Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit kelegaan terhadap persoalan saudara Din di atas.

      Wallahu a’lam.

  11. Maaf ganggu,sy da tanye ape dkumen yg dperlukn utk memohon surat kebenaran kahwin di indonesia

  12. assalamualaikum..!
    saya nk bertanya pandangan tuan/puan tentang kebingungan saya, dimana saya mempunyai 3 org ank dgn bekas isteri. dan skrg saya sudah berkawin baru. tetapi saya telah majukn utk poligami dan disetujui oleh isteri saya skrg. dan saya telah buatkn permohonan ke mahkahmah tinggi syariah.. dlm masa yg sama saya mempunyai masalh dimana isteri saya skrg berhutang dgn sy sebyk RM25 ribu SEBELUM berkahwin dan skrg dia tk bayr dan membuatkn kami bergaduh.. janji tk di tunai.. dan ank tiri saya tidak menganggap saya bapa tiri nya.., baru2 ni ank tiri saya hendak memukul saya kerana saya bertengkar dgn isteri tentang hutang yg beliau buat tu.
    dan hasrat saya utk poligami adalah utk membesarkn ank2 saya bersama ibu mereka yg mereka sayangi dan ank2 saya selalu bertanya bila abah nk berkahwin semula dgn ibu..
    tetapi , bila berlaku pergaduhan sehingga ank tiri saya nk pukul saya ..saya berasa mcm nk bercerai dgn isteri skrg.. walaubagaimana pun saya terlalu sayangkn isteri saya.. saya bingung dgn keputusan saya sendiri… saya ingin pandangan tuan/puan dlm masalah saya ini..!

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Terimakasih atas persoalan Saudara Syukri di atas. Masalah yang Saudara Syukri hadapi itu memang berat kerana saudara terpaksa berhadapan dengan 5 persoalan. Pertamanya berpoligami dengan isteri terdahulu yang telah diceraikan. Keduanya tindakan isteri baru yang tidak dapat membayar hutang RM25,000 yang dipinjamkan sebelum perkahwinan. Ketiganya, tindakan anak-anak isteri baru yang tidak menerima atau mengiktiraf saudara sebagai bapa tiri mereka, malah bertindak agresif untuk memukul saudara. Keempat, adanya desakan dari anak-anak saudara dengan isteri terdahulu agar saudara meneruskan perkahwinan semula dengannya. Kelimanya, adanya perasaan saudara untuk menceraikan saja isteri baru.

      Bagi persoalan pertama, jika nak berpoligami, saudara kenalah memohon kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah di mana saudara bermastautin atau di tempat di mana saudara hendak berkahwin. Persetujuan dari isteri baru merupakan salah satu kekuatan saudara dalam permohonan tersebut walaupun ia tidaklah semestinya mengikat mahkamah untuk meluluskannya. Ini kerana,banyak faktor yang perlu diambilkira oleh mahkamah sebelum meluluskan permohonan tersebut.

      Bagi persoalan kedua, pinjaman yang diberikan kepada isteri baru sebelum perkahwinan adalah hak saudara. Saudara boleh menuntutnya di mahkamah. Namun persoalan yang timbul adalah bidangkuasa mahkamah. Mahkamah mana yang berbidangkuasa mendengar tuntutan hutang antara suami isteri, samada mahkamah syariah atau mahkamah sivil. Dalam hal ini, perlu diingat bahawa hutang yang diberikan adalah ketika sebelum adanya ikatan suami isteri saudara dengan isteri baru. ERAKITA sarankan agar saudara mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan persoalan ini. Mereka mempunyai akses untuk membuat penyelidikan dan mendapatkan bahan-bahan otoriti perundangan mengenainya.

      Satu cadangan dari ERAKITA ialah gunakan isu hutang itu ketika dalam prosiding poligami di mahkamah nanti. adakan persetujuan antara saudara dan isteri baru mengenai penyelesaian hutang tersebut. Apabila diadakan penetapan jumlah nafkah semasa untuk isteri, saudara mintalah agar nafkah tersebut dipotong dari hutangnya sehingga ia selesai tanpa menafikan pemberian nafkah semasa seperti biasa mengikut kemampuan saudara.

      Bagi persoalan ketiga, soal tindakan anak tiri, saudara kenalah bijaksana menghadapinya. Penglibatan orang ketiga yang dilihat dihormati dan dipercayai oleh semua pihak boleh digunakan untuk meredakan masalah. Jika saudara dapat berlembut, boleh jadi mereka juga akan berlembut dengan saudara. Mungkin juga saudara boleh memberi jaminan kepada mereka agar mengurangkan sedikit atau sebahagian besar jumnlah bayaran balik hutang ibu mereka kepada saudara sebagai tanda sikap berlembut dan toleransi saudara. Namun, ini perlukan pengorbanan tinggi.

      Jika anak-anak tersebut memukul saudara, laporkan sahaja kepada pihak polis sebagai jalan terakhir. ini kerana, ia melibatkan keselamatan diri dan harta. Namun, risiko tetap ada. Laporan kepada pihak polis boleh jadi akan menyebabkan hubungan akan lebih keruh dan lebih-lebih lagi dengan isteri yang sedia ada.

      Bagi persoalan keempat, desakan anak-anak untuk saudara berkahwin semula dengan istrei terdahulu (ibu mereka) harus dihadapi dengan tenang. Mohonlah petujuk dan pertolongan dari Allah untuk memberikan jalan terbaik. Boleh jadi, perkahwinan kali kedua dengan isteri terdahulu membawa hikmah besar dalam hidup saudara nanti kerana adanya ikatan kukuh saudara anak beranak. Dalam hal ini, saudara boleh teruskan permohonan poligami di mahkamah syariah.

      Bagi persoalan kelima, hal perceraian adalah jalan terakhir. Mohonlah petunjuk dari Allah. Solat istikharah. Minta hidayah samada nak bercerai atau tidak. Jika nak bercerai, mohonlah kebenaran di mahkamah syariah. Dapatkan kaunseling atau pendapat dari kaunselor di jabatan agama sebelum bertindak. Tidak ada faedahnya meneruskan perkahwinan yang hanya membawa kepada kemudaratan. Hikmah perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan selain mendapat zuriat dan sebagainya.

      ERAKITA harap, pandangan ini dapat direnung dan semoga dapat memberi sedikit kekuatan dan harapan pada saudara Syukri.

      Wallaahu a’lam

  13. Salam,
    saya ingin bertanya, adakah kebenaran untuk berpoligami bagi lelaki yang telah berkahwin itu dibuat kepada Pejabat Pendaftar nikah di mana tempat ingin bernikah?..contohnya ingin mengadakan upacara akad nikah d Negeri Perlis sedangkan beliau berasal dari Setapak, Kuala Lumpur.

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Untuk pengetahuan Syasya, kebenaran berpoligami secara bertulis hendaklah diperolehi dari Hakim Syarie di Mahkamah Syariah di mana pernikahan itu akan dilangsungkan. Maknanya, si lelaki itu perlu memohon kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah Perlis. Kebenaran berkahwin di luar daerah walau bagaimanapun perlu diperolehi dari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) bagi si lelaki kerana ia berkahwin di luar dari Wilayah Persekutuan. Kebenaran Kahwin Luar Daerah itu pula hanya perlu diperolehi dari Pendaftar Perkahwinan dari Wilayah Persekutuan (bukan mahkamah syariah).

      Wallaahu a’lam

  14. Persoalan saya.

    1)Perlukah seorang warganegara Nepal yang telah memeluk islam dan berkahwin dengan warganegara Malaysia menukar Passportnya kepada nama Islam yang mana sebelum ini pasport atas nama bukan islam dan dikeluarkan di negara kelahiran Nepal.

    2)Jika perlu tukar nama & passport bolehkah pasport itu di keluarkan di pejabat embassy Nepal di Kuala Lumpur.

    Terima kasih

    • Terimakasih Niza.

      Mengenai persoalan menukar nama Islam, terserahlah kepada saudara baru tersebut. Beliau boleh memilih untuk menukar nama yang baru atau mengekalkan nama asalnya. Untuk mengekalkan nama yang terdahulu juga mempunyai kelebihan tersendiri terutama dalam bidang dakwah. Di Malaysia sendiri, sudah ada kesedaran dan amalan di mana saudara baru mengekalkan nama asal mereka.

      Contoh yang mudah ialah saudara baru yang berbangsa Cina. Ada di kalangan mereka yang mengekalkan nama asal mereka agar mereka tidak ada masalah dari segi hubungan kekeluargaan. Ini kerena mereka lazimnya mempunyai nama khas keturunan atau keluarga yang diwaris turun temurun. (SIANG).

      Ada yang beranggapan bahawa bila mereka masuk Islam, mereka sebenarnya masuk Melayu. Anggapan dan persepsi ini masih wujud sehingga sekarang. Seolah-olah, bila masuk Islam, nama keturunan yang diwarisi sejak dahulu akan terhakis. Sebenarnya bukan begitu. Di samping itu, jika mereka mengekalkan nama terdahulu, akan mudahlah mereka untuk berdakwah Islam kepada ahli keluarga mereka.

      Mengenai penukaran nama baru dalam pasport, hal tersbut hendaklah dirujuk terus kepada pihak Kedutaan yang berkaitan. Ini kerana, pasport adalah kad peribadi yang penting untuk tujuan pengenalan diri dan perjalanan. Sebaiknya, persoalan tersebut wajar sekali dirujukan kepada pihak embassy.

      Wallahu a’lam.
      Terimakasih.

  15. Salam..
    Seorang ustaz telah menjerat seorang ibu tunggal sebelum mengahwininya tanpa wali dan saksi..Ustaz itu juga telah berperanan sebagai tok kadi dan turut mengakadnya bagi diri sendiri..Perkahwinan seperti ini memang tidak sah kan disisi islam..Dari cerita tersebut saya ingin tahu apakah punca-punca kes seperti ini boleh berlaku?? dan apakah kesan-kesan jika berlaku seperti itu??

    • Walaykum salam wbt,

      Terimakasih saudara Afiq. Satu persoalan yang baik. Kes yang saudara kemukakan melibatkan perlakuan seorang ustaz amat menyedihkan. Bagi ERAKITA, ia bukanlah ustaz sebenar. Perlakuannya di luar batas dan syariat agama Islam. Tidak ada ajaran dalam agama Islam yang menganjurkan tindakan sedemikian rupa.

      Punca kes seperti ini banyak. Antaranya, tiada ilmu agama. Keduanya, ia menurut tuntutan hawa nafsu semata-mata. Ketiganya, tiada penghayatan agama. Keempat, tak takut Allah.

      Antara kesan tindakan di atas ialah perkahwinan tersebut tak sah. Bila tak sah, ia mesti difaraqkan atau dibubarkan. Pasangan akan bergelombang dengan dosa kerana melakukan perbuatan yang jelas bertentang dengan hukum Islam. Pasangan juga bermasalah untuk mendaftarkan dan mendapatkan sijil perkahwinan. Maslaah besar pula ialah akan timbul masalah status nasab atau keturunan anak pasangan. Adakah anak tersebut sah atau tak sah taraf. Itu implikasinya.

      Bila timbul masalah, pasangan sukar menuntut hak mereka di sisi undang-undang. nak tuntut cerai, nafkah isteri atau anak, harta sepencarian dan sebagainya juga sukar sekali kerana tidak ada status sah mengenai perkahwinan mereka.

      Pendek cerita, jika pasangan tersebut tidak menyelesaikan masalah mereka di jabatan agama, mana-mana orang yang mengetahui hal tersebut seharusnya membuat aduan di jabatan agama. Jika pasangan tersebut terus tinggal bersama, mereka terdedah kepada tangkapan dan pendakwaan atas kesalahan bersekedudukan di luar nikah atau berkhalwat.

      Wallahu a’lam.

  16. salam,saya nak bertanya mengenai wali hakim.
    Saya dh pun mengambil borang permohonan kbenaran berkahwin tp ade mslh utk wali sebab sy memang x ada waris lelaki kecuali adik lelaki bongsu arwah abah sy. Tetapi die mnetap di singapore lebih dari 20tahun&telah lost contact. Lalu saya diberi borang 5(enakmen tatacara jenayah syariah 2002 subseksyen 54 2) aitu borang maklumat kpd pegawai penguat kuasa agama.
    -adakah ini borang utk proses wali hakim??
    -berapa lame pula mase diambil utk pemohonan saya?

    Segala maklum balas@jawapan sy dahulu kn dgn ucpan terima kasih.

  17. Walaykum salam wbt.

    Terimakasih atas persoalan Cik Eiqa di atas. Berdasarkan kepada keadaan semasa Cik Eiqa ketika ini, perkahwinan yang bakal dijalankan layak menggunakan Wali Hakim atau Wali Raja. Kedua istilah itu mengandungi makna yang sama. Ini kerana wali nasab baik yang akrab atau ab’ad (jauh) tidak ada. Adik bungsu lelaki kepada Ayah kandung sebenarnya layak menjadi wali namun kedudukannya juga tidak diketahui. Lost contact selama 20 tahun dan berjauhan pula (Singapore) melayakkan suatu perkahwinan ini dilakukan menggunakan wali hakim.

    Tindakan Cik Eiqa membuat permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam di tempat di mana Cik bermastautin adalah tindakan yang betul. Namun dalam hal ini, Cik kenalah memohon Kebenaran untuk berwali hakim atau berwali Raja dari Mahkamah Syariah di mana Cik bermastautin. Jika Cik bermastautin di Wilayah Persekutuan, Cik kena memohon kebenaran berwali hakim atau Raja di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk lebih lanjut lagi, ERAKITA sukacita untuk memaparkan kandungan penuh Seksyen 18 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 yang berbunyi:

    Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie

    (1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

    (a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8; atau

    (b) jika pihak perempuan adalah seorang janda subseksyen 14(3) terpakai baginya; atau

    (c) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak,

    maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

    (2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud subseksyen perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

    Ini bermakna, hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh memberi kebenaran berkahwin menggunakan Wali Hakim atau Wali raja. Cik kena failkan satu permohonan menggunakan format yang disediakan dan failkan permohonan tersebut di Mahkamah Syariah. Permohonan tersebut akan dijadualkan dalam temopoh yang terdekat, lazimnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh didaftarkan. Jika Mahkamah mempunyai ruang masa dan setelah mempertimbangkan kes tersebut samada memerlukan penyegeraan, kes tersebut boleh didengar dalam jangkamasa yang lebih singkat. Antara contoh kes yang akan diberi keutamaan untuk didengar ialah kes melibatkan permohonan berwali hakim bagi wanita Muallaf (baru memeluk Agama Islam.

    Mengenai Borang 5 yang diberikan oleh Penguatkuasa Agama, dukacita dinyatakan bahawa borang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan permohonan berwali hakim. ia adalah borang yang diisi oleh pengadu untuk memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa berkenaan suatu kes jenayah Syariah. Maklumat itu nanti akan digunakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama untuk memulakan suatu tindakan untuk menyiasat di bawah AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (Subseksyen 54 (2).

    Wallahu a’lam.

  18. salam
    saya merancang ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang telah beristeri, tetapi dia tidak mahu isterinya mengetahui kehadiran saya sebelum pernikahan kami dan saya tidak bercadang untuk berkahwin luar dari kawasan saya di Kuala Lumpur. apa yang perlu kami lakukan? untuk makluman tuan, dia dan isterinya tidak pernah tinggal serumah sejak mula berkahwin dan keadaan makin meruncing sekarang, isterinya kerap kali minta cerai tetapi dia tidak mahu melakukannya kerana maruah dan takut malu, lebih lagi mereka mempunyai seorang anak yang berusia hampir 4 tahun.

    terima kasih

    • Walaykum salam wbt.

      Jika Cik Iza hendak berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri, hal tersebut tidak salah di sisi hukum syarak dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa ketika ini. Apa yang perlu dilakukan ialah pastikan lelaki pilihan hati itu membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

      Mengenai tindakan lelaki tersebut untuk menyembunyikan hal kehadiran Cik Iza dari pengetahuan isterinya sebelum menikah dengan Cik Iza, tindakan sedemikian adalah tidak tepat dan boleh mendatangkan kesulitan dalam proses berpoligami.

      Menurut undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan, untuk memohon kebenaran berpoligami, isteri yang sedia ada mesti dipanggil ke Mahkamah untuk memberi respon dan kenyataan mengenai permohonan suami. Satu notis panggilan ke Mahkamah mesti diserahkan terlebih dahulu kepada si isteri. Soal si isteri hadir nanti atau tidak bukanlah menjadi masalah untuk kes itu diteruskan. Yang penting notis panggilan tersebut telah benar-benar diserahkan kepadanya menurut kehendak undang-undang. Sebab itu, amat rugilah jika isteri yang sedia ada tidak menghadirkan diri ke Mahkamah apabila dipangil. Oleh itu, tiada jalan di sisi undang-undang untuk menyembunyikan perkahwinan kedua itu dari pengetahuan isteri sedia ada.

      Anak lelaki tersebut bersama isterinya kini berumur 4 tahun. Jika sejak awal perkahwinan lagi, pasangan tersebut sudah tidak tinggal serumah, bermakna bahawa tempoh mereka tinggal berasingan sudah terlalu lama. 3-4 tahun hidup berasingan, tidak tidur serumah suatu tempoh yang lama bagi pasangan suami isteri.

      Bagi ERAKITA, rumahtangga mereka sudah berada di tahap yang parah. Segala hal dan tanggungjawap suami isteri sepertimana digariskan oleh Hukum Syarak dan undang-undang tidak lagi dapat dinikmati atau ditunaikan. Apalah makna perkahwinan seperti ini? Ada baiknya satu keputusan dibuat oleh pasangan tersebut samada nak teruskan perkahwinan tersebut atau tidak. Jika nak teruskan, mereka kenalah berusaha menghidupkan semula rumahtangga mereka. Mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat agama dan kaunseling dari pihak yang berkelayakan. Mereka harus serius dalam rumahtangga mereka.

      Jika tidak mampu mempertahankan rumahtanga, mereka boleh menamatkan perkahwinan tersebut dengan mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah. Jika keduanya bersetuju atau suka sama suka bercerai, kes tersebut akan menjadi lebih mudah. Tidak guna memepertahankan rumahtangga yang ternyata hanya mendatangkan lebih banyak fitnah dan kemudaratan kepada pasangan. Soal isteri minta cerai tapi suami pula enggan keana takut tercalar maruah dan malu bukanlah tindakan yang bijak. Mempertahankan rumahtangga dalam keadaan sedemikian rupa di mana tiada pembaikan dilakukan si suami bukanlah tindakan yang betul. Itu hanya memburukkan keadaan dan tidak ada penghujungnya.

      Sebenarnya, bila suami bertindak mempertahankan rumahtangga dalam keadaan sedemikian, ia secara tanpa sedar sedang menyusahkan dirinya sendiri. Ini kerana ia terpaksa memohon kebenaran berpoligami. Dan belum pasti kebenaran tersebut akan diberikan oleh mahkamah. Begitu juga, belum tentu isteri bersetuju dengan permohonan tersebut. Ini juga salah satu cabaran buat si suami.

      Mengenai alasan ada anak berumur 4 tahun, hal tersebut bukan satu alasan kukuh untuk bercerai. Ia harus menjadi pertimbangan sebelum bercerai namun ia bukanlah satu sebab terbesar untuk mempertahankan rumahtangga apabila keadaan rumahtangga telah nyata teruk dan tidak mendatangkan apa-apa maslahah atau kebaikan. Jika berlaku perceraian, anak tersebut tetap dan masih punya ibu dan bapanya. yang bercerai hanyalah suami dan isteri. Hal ini juga dilihat tidak akan menjejaskan secara teruk keberadaan jiwa si anak memandangkan si anak telah terbiasa dengan suasana tidak melihat ayah dan ibunya tinggal serumah hampir 4 tahun.

      Oleh itu, jika hendak berkahwin, biarlah mengikut aturan undang-undang. Elakkan dari menyembunyikan perkahwinan tersebut. Zahirkan sahaja dan biarlah pihak Mahkamah menentukannya. Wallahu a’lam.

  19. Assalammualaikum wr br,

    Saya mohon diberi penerangan untuk memudahkan pernikahan saya dan bakal suami di Singapura.

    Saya, warga Malaysia dan bakal suami warga Singapura, bermastautin di sana dan ingin melangsungkan pernikahan kami di Singapura.

    Apakah proses yang perlu saya jalani untuk mendapat surat kebenaran menikah di luar negara dan apakah perlu surat kebenaran dari pihak Singapura terlebih dahulu sebelum saya mendapat kebenaran dari Malaysia?

    Terima kasih.

    Daripada, @lana

    • Walaykum salam wbt.

      Jika Cik Nurul hendak berkahwin dengan bakal suami warga Singapore di Singapore, Cik Nurul kenalah mengikut undang-undang perkahwinan yang berkuatkuasa di Singapore. Sebagaimana amalan di Malaysia, Singapore juga mempunyai undang-undang berhubung keluarga khusus bagi umat Islam. Undang-undang tersebut dinamakan sebagai Administration of Muslim Law Act, Cap. 3. Seksyen yang terpakai untuk menangani persoalan perkahwinan dan perceraian adalah Part VI dari seksyen 89-109. Suatu perkahwinan yang dilaksanakan di Singapore hendaklah terlebih dulu melalui permohonan khusus dari Pendaftar Perkahwinan di negara berkenaan.

      Walau bagaimanapun, tidak pula disebutkan dalam undang-undang tersebut samada pasangan warga asing perlu mendapatkan kebenaran berkahwin dari negara asalnya sebagaimana amalan di Malaysia. Dalam hal ini, ERAKITA berpendapat bahawa eloklah Cik Nurul mendapatkan penjelasan dari Pendaftar Nikah di Singapore terlebih dahulu. Jika perlu, dapatkan borang berkenaan dari Pendaftar berkenaan untuk dilengkapkan. Untuk mengelak sebarang kesulitan yang tidak dijangka, ERAKITA nasihatkan agar Cik Nurul juga dapatkan kebenaran perkahwinan luar negara dari Pendaftar Perkahwinan dari kariah Cik Nurul di Malaysia. Oleh itu, adalah lebih baik dan selamat Cik Nurul mendapatkan kebenaran kahwin luar negeri dari Pendaftar Perkahwinan dari kariah di mana Cik Nurul berasal.

      Setelah berkahwin di Singapore, Cik Nurul dinasihatkan agar merujukkan hal perkahwinan tersebut dihadapan Pendaftar NIkah di Negeri asal Cik Nurul agar perkahwinan tersebut dapat direkodkan di Negeri asal Cik Nurul dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kembalinya Ck Nurul ke Malaysia.

      Semoga pandangan ini dapat membantu Cik Nurul. Terimakasih dan wassalam.

      • Assalammualaikum

        terima kasih atas penjelasan diatas,saya mengalami situasi yang sama dengan cik nurul iaitu bernikah di Singapore dengan bakal suami warga singapore. Tetapi sekiranya berlaku penceraian, dimana perlu dirujuk samaada di mahkamah syariah malaysia atau singapore bagi rakyat malaysia. Bagaimana dengan hak penjagaan anak? Adakah mahkamah di malaysia akan melayan kes seperti ini walaupun perkahwinan yang dibuat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Saya mohon penerangan.

        Terima kasih

  20. salam
    bolehkah saya failkan perceraian atau fasakh atas alasan saya takut tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri setelah suami saya berkahwin lagi.
    bila waktu yang sesuai untuk failkan, sebelum atau sesudah suami berkahwin. ini kerana sejak suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, saya telah banyak menyakitkan hati dia
    dengan harapan suami akan menarik hasrat dia. saya juga melihat dia tidak mampu dan adil dalam berpoligami.

    • Walaykum salam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Puan Liza di atas. Fasakh adalah suatu bentuk pembubaran perkahwinan. Ia bukan seperti talaq yang akan menggugurkan talaq 1 atau 2 atau 2. Bila perkahwinan itu difasakhkan, si suami tidak boleh merujuk isteri walaupun isteri masih dalamn eddah. Kedua pihak hanya boleh kembali sebagai suami isteri dengan jalan pernikahan semula.

      Mengenai hasrat puan untuk menfailkan permohonan fasakh atas alasan takut tidak dapat menunaikan tanggungjawap puan sebagai isteri setelah suami berkahwin lagi, perlu dijelaskan di sini bahawa fasakh itu sendiri mempunyai alasan tersendiri. Tuntutan Fasakh lazimnya boleh disabitkan oleh Mahkamah hanya setelah Mahkamah Syariah berpuashati bahawa ada alasan yang kukuh dari pihak isteri atau suami untuk membubarkan pernikahan tersebut. Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia telah memperuntukkan alasan-alasan khusus untuk menfasakhkan pernikahan di mahkamah. Berikut dipetik undang-undang berkenaan untuk panduan:

      AKTA 303
      AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

      BAHAGIAN V – PEMBUBARAN PERKAHWINAN

      Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

      (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

      (a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

      (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

      (c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

      (d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

      (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

      (f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

      (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

      [Pin. Akta A902:s.16]

      (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—

      (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

      (ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau

      (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

      (iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

      (v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

      (vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

      (i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

      (j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

      (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

      [Pin. Akta A828:s.5]

      (l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

      (1A) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang persetubuhan.
      [Mas. Akta A902:s.16]

      (2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

      (3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

      (4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

      Jika dilihat kepada peruntukan di atas, jelas bahawa alasan untuk fasakh mestilan melihat kepada sebab-sebab khusus dari pihak yang dituntut atau suami dalam kes ini. Tindakan isteri untuk menfasakhkan pernikahan disebabkan isteri tidak dapat menunaikan tanggunjawapnya kepada suami tidak ada dalam senarai alasan di atas. Oleh yang demikian, ERAKITA mencadangkan kepada Puan untuk melihat dan meneliti mana-mana alasan yang bersesuaian dengan diri puan sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 52 di atas. Jika ada alasan yang berkaitan samada satu atau lebih, Puan bolehlah bertindak untuk menfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap tuntutan memerlukan pembuktian menurut undang-undang keterangan Islam dan undang-undang negeri yang sedang berkuatkuasa.

      Mengenai masa untuk menfailkan tuntutan tersebut, hal tersebut terserahlah kepada Puan. Jika telah ada salah satu alasan di atas, Puan boleh menfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sehingga suami berkahwin lagi.

      Mengenai poligami, hal tersebut adalah ketentuan Allah SWT. Ia disyariatkan oleh Allah. Ia dibenarkan kepada mana-mana suami yang mempunyai kemampuan zahir dan batin. Apabila ia dibenarkan, hukum tersebut tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Ini kerana ditakuti tindakan mengingkarinya atau mempertikaikannya boleh menjejaskan akidah seorang Muslim. Apa yang boleh dipertikai adalah soal kemampuan dan kewajaran suami untuk berpoligami. Sebab itu, isteri tidak perlu risau atau takut jika sekiranya dipanggil ke Mahkamah untuk memberikan keterangan dan respon mengenai hasrat suami untuk berpoligami.

      Jika dipanggil ke Mahkamah, isteri harus hadir dan kemukakan respon anda sebagai isteri. Andalah yang lebih banyak mengetahui tinggi rendah suami anda. Anda yang lebih tahu mampu atau tidak suami dari segi belanja dan nafkah batin. Sebagai isteri, ambillah peluang untuk menjelaskan kepada Mahkamah kedudukan sebenar suami agar dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah. Masalah yang sering timbul ialah, isteri enggan atau tidak mahu datang ke Mahkamah Syariah apabila dipanggil untuk memberikan respon mengenai permohonan poligami si suami. Sayugia diingatkan bahawa tidak kurang permohonan kebenaran berpoligami dari suami telah ditolak oleh Mahkamah walaupun isteri yang sedia ada bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Ini kerana, mahkamah melihat kepada kemampuan si suami. Mahkamah lazimnya melihat samada perkawinan tersebut membawa dharar atau mudarat besar kepada suami dan ahli keluarganya jika sekiranya poligami di izinkan.

      Mengenai tindakan isteri yang sering menyakiti suami dengan harapan agar suami tidak jadi berpoligami, hal tersebut tidak boleh diambil ringan. Janganlah kerana gara-gara suami baru berhasrat berpoligami, isteri sudah buat macam-macam tindakan yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak. Asasnya isteri kena taat ke suami selagi suami tidak menyuruhnya melakukan perkara yang bertentangan dengan agama Islam. Banyak sekali hadis-hadis nabi SAW yang menyatakan betapa isteri wajib taat kepada suami. Jangan sampai suami meninggal dunia atau isteri meninggal dunia secara tiba-tiba sedangkan suami tidak redha atau masih menyimpan sakit hati terhadap isteri. Hadith Nabi SAW yang menyatakan bahawa isteri dapat masuk syurga apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa, menjaga kemaluan dan taat kepada suami tidak boleh diabaikan begitu saja. Nabi juga ada memesankan kepada kita bahawa jika manusia diperintahkan untuk sujud kepada manusia, nescaya isterilah yang akan disuruh sujud kepada suami.

      Ingatan-ingatan dari Nabi itu sesungguhnya mempunyai makna dan nilai yang amat tinggi apabila diperhati dan dihalusi. Justeru, erakita menasihatkan agar Puan berhentilah dari terus menyakiti suami gara-gara untuk menghalangnya dari berpoligami. Carilah pendekatan lain yang lebih mendekatkan rasa sayang dan cinta suami kepada Puan. Tunjukkan keperihatinan yang tinggi kepada suami. Jangan kerana nak halang suami berpoligami, akhirnya rumahtangga yang telah dibina sekian lama berkecai begitu saja.

      Semoga pandangan ini ada manfaatnya. Wallahu a’lam.

  21. assalamualaikum…dah lama saya fikirkan mslh sy skrg ni…InsyaAllah sy mrncg utk bkahwin disember ini tp sy mpunyai mslh bkaitan wali..ayh sy sudah mninggal & stahu sy ayh sy adlh ank tunggal dan datuk sy pun sudah tiada lagi…sy tahu mngikut crta aliran wali adk brdk lelaki sebapa boleh mwalikan kte ttp dlm hl sy ni sy ada sorg adk llaki yg sy sndri pn tahu sbnrnya dia bkn adk kandung sy (tp berbinkan bapa sy)…sy amat jelas dlm keadaan sy ni sy perlukn wali hakim..tp sy amat bimbang sbb adk sy ni sbnrnya xtahu statusnya yg sbenar…sy kasihankan dia…bgmana utk sy kmukakn pmohonan sy agr dpt myakinkan pihak mahkamah nt…dan berapa lamakah proses permohonan wali hakim…tolong lah bantu sy bg pndpt…terima ksh…

    • Walaykum salam wbt.

      Pertanyaan Cik Wty di atas amat penting. Ini kerana ia melibatkan isu kesahihan pernikahan Wty yang bakal dilangsungkan Disember ini. Wali adalah salah satu rukun penting dalam pernikahan. Tanpa adanya wali, suatu pernikahan itu tidak sah di sisi syarak. Untuk itu, wali mestilah menurut turutan yang betul. Keutamaan adalah kepada bapa, datuk sebelah bapa. Jika tidak ada, baharulah berpindah kepada saudara lelaki kandung seibu sebapa. Jika tidak ada, baharulah dari pihak sebapa dan seterusnya.

      Mengenai permasalahan yang Cik Wty hadapi, tidak ada jalan lain melainkan hal mengenai kedudukan saudara lelaki Cik Wty itu mestilah dizahirkan. Jika sebenar-benarnya dipastikan bahawa saudara lelaki tersebut bukan anak sebenar kepada bapa kandung Cik Wty, bermakna ia tidak boleh menjadi wali dalam pernikahan. Jika Cik Wty tidak sanggup menyatakan hal ini kepadanya, mintalah orang ketiga yang boleh dipercayai dan diyakini kewibawaannya untuk menyampaikan dan menerangkan hal ini kepada saudara lelaki tersebut. Tidak boleh disembunyikan hal ini dari pengetahuannya. Ini kerana, bukan kedudukan sebenarnya memberi kesan kepada perwalian, ia turut melibatkan soal pewarisan, mahram dan lain-lain. Bulatkan hati dan mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menghadapi kebenaran. Menyatakan kebenaran walaupun pahit pastilah diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

      Bagi Cik Wty, jika tidak ada saudara kandung sebenar, juga tidak wujud saudara kandung lelaki kepada bapa (pakcik) atau anak-anak lelaki kepada pakcik sebelah bapa, maka tidak ada jalan lain melainkan mestilah menggunakan wali hakim atau wali raja. Untuk menggunakan wali hakim atau raja, Cik Wty mestilah mendapatkan kebenaran berwali hakim dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

      Mohon doa kepada Allah agar Allah memudahkan urusan ini. Semoga masalah Cik Wty akan memperolehi jalan keluarnya dengan semudah-mudahnya dengan izin Allah SWT. Wallahu a’lam.

  22. assalamualaikum….dah lama saya fikirkan kemelut yang melanda saya sekarang dan makin lama ia membuatkan saya semakin buntu. saya mengenali seorang lelaki bergelar suami orang dan dia seorang lelaki yang baik dan sangat bertanggungjawab…kami sememangnya merancang untk berkahwin, tp keadaan itu tidak semudah yang kami harapkan kerana mengikut undang2 dari segi kemampuan kewangan dia tidak layak. Dia hanya bekerja sebagai guru biasa. Sebab itu bermula dari sekarang kami sudah buat perancangan untuk memperkukuhkan kewangan. Sya beberapa kali mencadangkan agar dia menceraikan isteri dia kerana hubungannya dengan isteri sekarang hanya pada nama. Dia sekadar balik ke rumah hanya untuk tidur dan itupun hanya selepas subuh kerana selebihnya dia habiskan masa di pejabat.. masalahnya dia tidak mahu kerana fikirkan anak2 dan katanya isterinya tak bersalah kerana selama ini dia tidak pernah kisah bila isteri tdk jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dgn baik. cuma bila umur dia sekarang menjangkau 40 an dia perlukan seorang isteri yang boleh melayani dan menjaga makan minumnya sebagai suami dengan baik….. tp keadaan sekarang jd lebih sukar kerana dia tiba2 hilang semangat…keadaan itu menyukarkan lagi hubungan saya n dia….tapi kami masih bertahan hingga kini sebabnya masing2 sayang antara satu sama lain walaupun hubungan kami sekarang ibarat ‘sudah mati’…..dia ada ajak saya kawin lari tapi saya tak mahu kerana fikirkan keluarga…..tolongnya saya dlm dilema sekarang samada mahu teruskan hubungan ini atau tidak…saya akui saya sudah letih dan tidak tahu sampai bila saya boleh tunggu…sememangnya dia seorang lelaki yang baik dan boleh menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik. cuma kesilapan dia pada awal perkahwinannya dulu, dia gagal memimpin isterinya walaupun kuasa itu ada pada tangannya…..tolonglah beri saya nasihat untuk lebih legakan saya dan membantu saya membuat keputusan…..

    • kamu sebenarnya tertipu oleh seorang lelaki, kenapa mudah percaya dengan seorang lelaki? lelaki kalau sudah gatal dia akan hina isterinya yang sebenarmya bertanggung jawap terhadapnya dan melaksanakan tugas sebagai isteri, mukin suami berubah kerna dia dipengaruhi oleh rakan2 sekelilingnya. selalunya lelaki berumur 40an mula melalui dugaan nafsu dari allah, jika tipis imannya dia akan mencari perampuan yg boleh ditipunya sebagai simpanan walaupun dia tahu anak isterinya tak cukup makan minum, perkara ini banyak berlaku. Isteri sayangkan suami hingga sanggup mengorbankan gaji nya untuk menanggung dan mencukupi nafkah suami yg tak mampu. kenapa boleh kamu percaya kata2 manis seorang lelaki? Bagaimana kamu tahu dia bertanggungjawap? apakah kamu sudah menjalankan hidup sebagai suamiisteri dan melaksanakannya. Apakan nafsu membuat kamu tegila2kannya hingga tidak tahu…dia banyak menipu ahli keluarganya anak isterinya dengan banyak berhutang sana sini hingga berpuluh2 ribu. Apakah hamu sanggup membayar semua itu untuk mementingkan nafsu kamu terlaksana? tahukah kamu umurnya yang 40an sepatutnya mengingati allah? kenapa sejak kenalkan kamu dia makin teruk. ingat sebagaimana pun kamu berusaha memutuskan hubungan suamiisteri, anak dengan bapa…tapi ikatan itu lebih kukuh dari ikatan kamu yg tidak berlandaskan fikiran hanya kerana nafsu, Kamu berdosa meruntuhkan sebuah masjid yg sudah lama. Cinta itu buta…sesudah ia terjadi dan berlaku baru kamu kenal susah dan perit pengorbanan sang isteri..ingat kamu seorang perampuan sepatutnya mempunyai hati nurani dan perasaan sama seperti perampuan yg bergelar isteri.

      • Assalamualaykum wbt.

        Pandangan saudara Lim ada kebenarannya. Bagaimanapun, jangan sekali-kali lupa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Boleh jadi apa yang kita suka sangat selama ini sebenarnya tidak baik bagi kita di belakang hari. Boleh jadi apa yang kita tak suka saat ini, ia sebenarnya bernilai bagi kita di kemudian hari.

        Eloklah sekiranya saudari Mimie melakukan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk Allah, samada nak teruskan atau tidak hubungan itu. Mohon juga doa dari orang-orang soleh agar saudari diberi kekuatan dan jalan keluar dari kemelut yang dihadapi.

        Wallahu a’lam.

  23. Saya sangat bersetuju dengan kata2 saudara Lim ini…
    “Isteri sayangkan suami hingga sanggup mengorbankan gaji nya untuk menanggung dan mencukupi nafkah suami yg tak mampu. kenapa boleh kamu percaya kata2 manis seorang lelaki? Bagaimana kamu tahu dia bertanggungjawap? apakah kamu sudah menjalankan hidup sebagai suamiisteri dan melaksanakannya. Apakan nafsu membuat kamu tegila2kannya hingga tidak tahu…dia banyak menipu ahli keluarganya anak isterinya dengan banyak berhutang”…..”Apakah kamu sanggup membayar semua itu untuk mementingkan nafsu kamu terlaksana?”

    Saya mengalami keadaan ini…suami sedang bercinta dengan perempuan lain yang mengumpannya dengan duit…. Alangkah bodoh dan kejinya seorang perempuan yang sanggup mengganggu rumahtangga orang lain. Kalaupun sudah menjadi ‘bekas’ orang lain, janganlah goda suami orang untuk menutup aib sendiri. Bertaubatlah dan mohon pada Tuhan agar diberikan jodoh yang lebih baik..bukan melayan suami orang. Allah Maha Adil…pembalasan yang setimpal akan diterima oleh orang2 seperti ini…jangan menyalahkan takdir.

    • Assalamualaykum wbt.

      Pandangan Puan Nur Ain wajar diberi perhatian. Pengalaman ada kalanya lebih bernilai dari sekadar mendengar atau belajar secara teori. Sebaiknya, mohon kepada Allah agar dibukakan jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi. Allah maha mengetahui dan mendengar rintihan hamba-hambanya. Jika perlu, dapatkan nasihat dari kaunselor keluarga di Pejabat Agama. Ataupun, dapatkan nasihat perundangan dari mana-mana Peguam Syarie.

      Semoga ada manfaatnya.

  24. Suami saya berusia 46 tahun dan sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 32 tahun. Saya adalah seorang mualaf. Usia perkahwinan kami sudah menjangkau 22 tahun. Permohonan utk berpoligami telah pun dihantar oleh suami saya. Antara tujuan berpoligami yang dinyatakannya adalah 1. mengikut sunnah nabi 2. menambah bilangan ahli keluarga 3. mendapat keizinan isteri….kalau dibaca tujuan2nya ini, nak tergelak pun ada..nampak sgt banyak perkara ttg berpoligami ni dia tak tau..
    Dari segi kemampuan zahir dan batin, kalau batin, tak ada masalah! Tetapi dari segi kewangan, gaji yang diterima setiap bulan adalah kurang dari RM2300, anak ada empat orang, Seorang di sekolah rendah, seorang lagi di sekolah menengah dan yang seorang lagi sedang menunggu keputusan SPM. Semua perempuan. Yang sulung lelaki, sudah bekerja. Harta lain memang tidak ada. Hanya mengharapkan gaji setiap bulan untuk perbelanjaan keluarga. Wanita yang hendak dikahwini itu memanglah bujang dan bekerja. Wanita ini dengan relanya memberikan kad ATMnya untuk digunakan oleh suami saya. Dimana maruah dan harga diri suami saya????????????? Sangat memalukan namun saya bertahan demi anak-anak.

    Adakah nanti pihak mahkamah syariah akan memberikan keizinan kepada suami saya untuk berpoligami bila mengetahui keadaan kewangan suami saya seperti itu serta tujuan-tujuannya berpoligami. Apakah lagi perkara lain yang diambil kira oleh mahkamah syariah untuk memberikan kebenaran?

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaa Puan di atas. Jika Puan dipanggil ke mahkamah Syariah nanti, pastikan Puan hadir. Adalah satu kerugian dan kesilapan besar andai kata si isteri tak mahu hadir semasa pendengaran permohonan kebenaran berpoligami. Keterangan dari isteri sedia ada mengenai kemampuan si suami sangat penting. Ini kerana, isterilah orang paling banyak tahu tentang hal ehwal dan keupayaan dan kemampuan suami.

      Jika Puan hendak membantah, nyatakan kepada hakim apakah sebab Puan tak setuju. Beritahu secara jujur akan kesan yang bakal berlaku baik kesan ke atas nafkah dan lain-lain.

      Banyak perkara yang dipertimbangkan Mahkamah sebelum memberi kebenaran berpoligami kepada suami. Jangan sampai nanti poligami itu membawa mudarat lebih besar kepada semua pihak. lainlah jika suami memang berkemampuan dari segi fizikal mahupun mental. Mampu dari segi nafkah mahupun batin.

      Alasan seperti belum ada zuriat setelah berkahwin bertahun-tahun, atau isteri sakit yang tidak memungkin berlakunya hubungan kelamin dan lain-lain yang menasabah adalah antara perkara yang lazimnya diberi perhatian lebih oleh mahkamah.

      Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat Puan.

      • Assalamualaikum…terima kasih diatas pandangan yang diberi.
        Saya telah pun selesai mengikuti proses permohonan poligami suami saya. Namun sia-sia bagi saya kerana proses tersebut telah dicemari sendiri oleh suami saya dan pasangannya apabila mereka bernikah juga sebelum selesai proses tersebut…mereka bernikah 10 hari selepas keterangan diambil oleh pihak mahkamah syariah walhal kes sepatutnya didengar oleh hakim 7 minggu selepas keterangan diambil. Saya mengesyaki ada suatu komplot oleh pihak perempuan agak pernikahan tersebut dijalankan secara sembunyi.Kononnya pegawai yang mengambil keterangan tersebut mengatakan bahawa mereka sudah boleh bernikah kerana pihak isteri pertama setuju. (saya memang ada mengatakan pada pegawai tersebut bahawa saya ‘TERPAKSA’ bersetuju tapi saya tidak menyatakan mengapa….saya terpaksa rahsiakan utk menjaga nama suami) 7 minggu kemudian itu kononnya hanya utk mengambil hitam putih.

        Pada tarikh pendengaran kes oleh hakim, ternyata hakim sendiri tidak dapat membenarkan kerana melihat kepada kemampuan suami dari segi kewangan. Apa yang agak mengecewakan saya adalah keputusan utk memberi kebenaran dipulangkan kepada saya. Seperti yang saya kata awal tadi, saya TERPAKSA bersetuju kerana sebabnya adalah perempuan itu sudah mengandung…..pada mulanya….kali kedua saya terpaksa membenarkan kerana mereka sudah pun menikah. Saya mungkin nampak bodoh di sini tetapi saya terpaksa menimbangkan banyak perkara. Kalau saya dedahkan pernikahan mereka, kes mahkamah lagi dan akan menjejaskan pekerjaan suami (anak2 juga jadi mangsa), kalau saya tidak setuju, mereka sudah pun menikah dan suami saya tetap akan merayu ke mahkamah tinggi. saya pun masih terpaksa turun naik mahkamah sedangkan hasilnya tetap sama. Suami tetap kahwin dengan perempuan itu…..

        Saya hanya mengharapkan balasan dari Allah sekiranya mereka melakukan ini semua untuk menganiaya dan mempermainkan saya terutama perempuan itu kerana saya tahu kelicikannya…. .Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui…

  25. che shafiqkar shazura bt che mohd nasir

    assalamualaikum saya shafiqkar dr bangsar kl ingin bertanya. saya warga malaysia dan ingin mengahwini lelaki dr indonesia.dan kemungkinan kami mahu melangsungkan perkhwnan ini disana . soalan saya apakah proses dan dokumen-dokumen yg diperlukan untuk melangsungkan oernikahan disana?

    • Wa’alaykumussalam wbt. Pertama sekali, dapatkan maklumat mengenai prosedur perkahwinan di Indonesia dari Pejabat Konsulat Indonesia di Kuala Lumpur. maklumat tersebut penting untuk membolehkan saudara Shafiqkar membuat persediaan yang rapi dan dapat pula meminimikan kos, masa dan tenaga.

      Bagi rakyat Malaysia yang hendak bernikah di luar negara, hal tersebut tidak ada masalah dari segi hukum dan undang-undang. Apa yang penting ialah, undang-undang yang ditetapkan oleh negara berkenaan dipatuhi. Pastikan pernikahan saudara sah menurut hukum syarak. Sebaik saja saudara kembali ke Malaysia, saudara dikehendaki oleh undang-undang keluarga Islam di mana mastautin saudara untuk melaporkan pernikahan tersebut kepada Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam. Saudara dikehendaki melaporkan pernikahan itu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh saudara kembali ke negara ini.

      Adalah menjadi satu kesalahan di sisi Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam jika saudara gagal melaporkan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan tersebut di hadapan Pendaftar Pernikahan di jabatan Agama Islam dalam tempoh tersebut. Kemukakanlah dokumen pernikahan seperti sijil atau perakuan nikah dari negara di mana saudara bernikah.

      Semoga penjelasan ini dapat memberi kemudahan kepada saudara. Terimakasih.

  26. assalamualaikum…
    saya mempunyai hubungan dengan kekasih hati merangkap suami orang hampir 6 tahun..Keluarga saya membenarkan saya bernikah dengan syarat pernikahan ini dilangsungkan dalam negeri.(pahang)
    Masalah kami ialah hampir 4 tahun dia memohon kebenaran berpoligami dari isterinya tapi maki hamun dan sepak terajang yang diterimanya.Malah isterinya mengugut akan bomohkan kami berdua jika perkahwinan ini berlaku.Hal ini merungsingkan kami krn keluarga saya mahu mengadakan majlis perkahwinan pertengahan tahun ini kerana umur saya yg makin meningkat dan masalah kesihatan orang tua. Apa yg perlu kami lakukan supaya kami dapat berkahwin tanpa perlu ke luar negara?. Terima kasih.

    • Wa’alaykumusssalam wbt. ERAKITA terharu akan kesungguhan dan harapan yang tinggi Cik Es untuk bernikah secara sah menurut hukum syarak dan undang-undang. Dalam kes saudari Es, pastikan bakal suami saudari mengemukakan permohonan kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah di mana pihak suami bermastautin atau yang terdekat bagi memudahkan pihak isteri sedia ada dipanggil dan datang ke mahkamah syariah semasa pendengaran kes.

      Soal maki hamun atau sepak terajang dari isteri sedia ada tidak menjejaskan usaha untuk menfailkan kes kebenaran berpoligami di mahkamah. Biarlah mahkamah yang menentukan samada suami tersebut layak atau tidak berpoligami. Ini kuasa mahkamah memutuskannya, bukan isteri sedia ada. yang penting, setiap kali mahkamah panggil, hadirlah dan beri kerjasama kepada mahkamah.

      Jika ada jodoh, pasti tak kan ke mana. Jodoh, ajal, rezeqi segalanya telah ditentukan oleh Allah. Jika Allah kehendaki, maka pasti akan berlaku. Serahkan kepada Allah untuk memudahkan urusan ini. banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar hati isteri sedia ada dilembutkan. Bersangka baik itu lebih banyak manfaatnya di kemudian hari berbanding bersangka buruk dari peringkat awal.

      Wallahu a’lam.

  27. Salam..sy seorang saudara baru..bercadang menikah pada bln jun ni di johor..sy tlh mengambil borang permohonan kahwin di selangor kerana lebih mudah bg sy yg kini berkerja di selangor..sy ingin bertanya bagaimana prosedur untuk mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim?adakah sy akan dibicara di mahkamah syariah selangor atau di johor klu sy tlh proses borang permohonan kahwin sy di selangor?..brape lama proses untuk sy dapatkan surat kebenaran kahwin menggunakan wali hakim?tq

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan saudara Ain di atas. Semoga Allah memberi jalan seluas-luasnya kepada Saudari Ain untuk mendalami Islam, di samping memberi anugerah nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat.

      Jika saudari Ain memang dah bermastautin atau tinggal beberapa waktu seperti samada bulan atau tahun di Selangor, saudari Ain boleh menfailkan permohonan kebenaran berwali hakim di Mahkamah Syariah Selangor. Yang penting adalah saudari Ain bermastautin di Selangor.

      Mengenai prosedur berwali hakim, saudari Ain perlu datang ke Mahkamah Syariah dan dapatkan check list perkara atau dokumen yang diperlukan. failkan permohonan dan tunggu sehingga saudari dipanggil untuk diambil keterangan. Lazimnya, mahkamah akan meminta pemohon menyediakan sekurang-kurangnya saksi yang mengetahui bahawa saudari tidak ada wali nasab yang boleh mewalikan saudari dalam pernikahan nanti. Keterangan saksi-saksi ini penting untuk mahkamah mengetahui samada saudari benar-benar layak berwali hakim atau sebaliknya.

      Menurut Arahan Amalan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, permohonan untuk kebenaran berwali hakim bagi saudara baru yang baru memeluk Islam perlu diberi keutamaan untuk didengar terus permohonan mereka.

      Semoga usaha saudari Ain dimudahkan Allah.

  28. assalamualaikum…wali hakim perlukan saksi jugak ke?

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Saudari Ima di atas. Samada pernikahan itu menggunakan wali hakim atau wali nasab, kedudukan rukun dan tetap sama. Wajib diadakan sekurang-kurangnya 2 saksi lelaki Islam. Yang membezakan hanyalah penggunaan wali hakim bagi yang tiada wali nasab dan wali nasab bagi yang ada wali dari kalangan keluarga terdekat.

      Untuk mendapatkan kepastian samada menggunakan wali hakim atau wali nasab, dapatkan khidmat nasihat dari Pendaftar Penrikahan di Jabatan Agama Islam terlebih dahulu. Jika tiada wali nasab, pihak wanita hendaklah mengemukakan permohonan kebenaran berwali hakim di mahkamah syariah. Sediakan sekurang-kurangnya 2 orang saksi bagi memberi keterangan mengenai kedudukan wali atau latarbelakang pasangan wanita tadi bagi tujuan mengenalpasti kedudukan wali bagi wanita tadi.

      Wallahu a’lam.

  29. Wa’alaykumsalam wbt.

    Terimakasih atas maklumbalas terbaru dari Puan Suri dalam respon bil. 24 di atas. Semasa dipanggil ke Mahkamah, Puan Suri mempunyai hak untuk bersetuju atau tidak terhadap permohonan kebenaran berpoligami dari suami. Di mahkamah, sebaiknya suatu keterangan yang benar diberikan walaupun pahit.

    ERAKITA melihat Puan dalam keadaan tertekan ketika memberi keterangan di hadapan hakim. Perkataan Puan “terpaksa bersetuju” jelas menunjukkan bahawa Puan memberi keterangan kepada hakim perkara yang Puan sendiri tidak suka atau setujui. Bagaimanapun, persetujuan Puan sebenarnya bukanlah satu sebab kuat bagi Hakim untuk meluluskan permohonan kebenaran berpoligami. Ini kerana banyak lagi perkara lain yang diambil kira oleh Hakim sebagaimana yang telah ERAKITA terangkan sebelumnya.

    Jika benar suami dan pasangannya bernikah awal sebelum ada keputusan rasmi atau bertulis dari mahkamah, hal tersebut sepatutnya tak berlaku. Ini kerana tindakan bernikah lebih awal adalah mendahului keputusan mahkamah. Selagi mahkamah belum membuat keputusan, selagi itulah kebenaran berpoligami belum wujud. Jika diteruskan juga pernikahan, bermakna suami dan pasangannya telah melanggar undang-undang keluarga Islam. Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bernikah berpoligami tanpa kebenaran dari mahkamah. Suami boleh didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala isteri kedua boleh didakwa atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar pernikahan.

    Jelas bahawa pernikahan telah dilaksanankan sebelum proses mahkamah syariah selesai. Andaikata kebenaran berpoligami diberikan oleh Mahkamah selepas berlakunya pernikahan tersebut, suami tetap tidak terlepas dari tindakan undang-undang. Pernikahan tersebut akan berhadapan dengan masalah di mana Pendaftar Pernikahan tidak akan mendaftarkan pernikahan, tidak akan dikeluarkan sijil nikah sehinggalah pendakwaan dilakukan ke atas suami.

    Seksyen 23 Enakmen Undang_undang Keluarga Islam jelas memperuntukkan perkara ini. Cuba lihat kandungan seksyen tersebut untuk lebih lanjut:

    Seksyen 23. Poligami

    (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

    (2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

    (3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Sabah seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Sabah dan perkahwinan di luar Negeri Sabah seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Sabah.

    (4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

    (5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

    (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

    (b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

    (c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

    (d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
    (6) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

    (7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal 2004.

    (8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

    (9) Acara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Sabah di bawah Enakmen ini.

    (10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan-

    (a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

    (b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

    Pendakwaan ke atas suami yang berpoligami tanpa kebenaran pula adalah berdasarkan kepada Seksyen 124 enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Seksyen berkenaan menyatakan sebagaimana berikut:

    Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

    Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu

    Untuk makluman Puan, segala proses pendakwaan dan penggantungan dari pendaftaran pernikahan yang baru itu tertakluk kepada adanya suatu aduan kepada pihak Pendaftar Perkahwinan dan juga Penguatkuasa Agama di jabatan agama Islam Negeri. Puan sebagai orang yang mengetahui hal tersebut berhak untuk melaporkan hal pernikahan kedua tersebut untuk mendapatkan keadilan.

    Terserahlah kepada Puan untuk bertindak. Paling baik, dapatkan pandangan dari mana-mana peguam syarie atau terus saja mendapatkan pandangan lebih awal dari pihak Pendaftar Pernikahan di Negeri Puan.

    Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada Puan. wallahu a’lam.

    • Terima kasih yang tidak terhingga di atas penerangan lengkap yang diberikan. Saya amat menghargainya.

      Saya sedia maklum dengan tindakan yang bakal diterima oleh suami saya dan perempuan itu akibat bernikah lebih awal sebelum kebenaran diberikan oleh mahkamah. Mereka bernikah pada 18 Februari. Kebenaran mahkamah bertarikh 5 April. Namun saya mengambil keputusan untuk tidak melaporkan atau membuat aduan kerana memikirkan impaknya kepada kerjaya suami (kakitangan kerajaan). Sudah pasti dia akan dikenakan tindakan tatatertib oleh majikan dan akhirnya menjejaskan pekerjaannya dan secara tidak langsung ‘aib’ bagi keluarga. Sudah tidak bererti bagi saya kerana mereka sudah pun bernikah. dan perempuan itu akan bersalin pada bulan Jun ini. (antara alasan suami mengapa mereka menikah cepat…hanya mereka yang mengetahuinya).Adakah saya telah membuat tindakan yang bodoh? Terlalu banyak perkara yang perlu timbang terutama perasaan anak2….Biarlah ayah mereka sahaja yang mementingkan diri sendiri.

      Biarlah mereka dengan penipuan mereka. Mereka sekarang sedang dalam proses mendaftarkan pernikahan mereka itu. Saya yakin dan percaya yang mereka ini samada kurang mengetahui (jahil) undang-undang atau akan menipu lagi dengan mengubah tarikh pernikahan mereka…. Wallahu a’lam

      Saya yakin dan percaya akan ada pembalasan dari Allah SWT akibat penganiayaan yang mereka lakukan terhadap saya. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui…. Amin

      • Syukur kepada Allah kerana Puan memahami peruntukan undang-undang yang ada. Justeru, suami seharusnya memahami pengorbanan besar yang telah Puan lakukan sehingga menutup keaiban suami dan pasangannya.

        Mohonlah banyak-banyak kepada Allah agar memberikan hidayah kepada suami dan pasangannya jika apa yang telah berlaku berlawanan dengan hukum agama. Mohon agar meraka diberi kesedaran bahawa masih ada insan yang sanggup menutup keaiban yang telah dilakukan.

        Dunia adalah medan ujian yang penuh beronak dan berduri. Ujian ada kalanya dalam bentuk musibah dan ada kalanya juga dalam bentuk nikmat. Keadilan di dunia ada kalanya tidak diperolehi kerana kebijaksanaan manusia untuk melepaskan diri. Namun, keadilan Allah pada hari akhirat siapa yang mampu menahan? Sudah tentu tiada yang mampu menahan kehendak dan kuasa Allah.

        Semoga usaha suami Puan untuk mendaftarkan pernikahannya yang baru itu dilakukan dengan telus dan tanpa sebarang penipuan. Jangan sampai melakukan kesalahan baru kerana yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.

        Wallahu a’lam

      • Terima kasih ERAKITA di atas saranan, nasihat dan motivasi yang diberikan.

        Saya amat yakin dan percaya bahawa “Keadilan di dunia ada kalanya tidak diperolehi kerana kebijaksanaan manusia untuk melepaskan diri. Namun, keadilan Allah pada hari akhirat siapa yang mampu menahan? Sudah tentu tiada yang mampu menahan kehendak dan kuasa Allah.”

        Allah memberikan manusia akal dan fikiran. Setiap sesuatu yang berlaku sememangnya dari Allah namun akal dan fikiran yang dikurniakan Allah itu sepatutnya digunakan untuk menimbang kesan samada baik atau buruk dan bukannya menyerah lantas mengatakan semua adalah takdir tanpa ada usaha ke arah kesan yang baik walhal punca utama adalah nafsu yang serakah.

        Wallahu’alam……….

  30. salam..maafkan saya ingin bertanya, saya tinggal di perak dan ingin berpoligami. calon saya adalah orang kedah..soalan saya, adakah saya perlu mendapatkan surat kebenaran dari mahkamah syariah kedah atau perak ini kerana kami bercadang untuk bernikah di kedah. terima kasih kerana membantu.

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Menurut undang-undang Keluarga Islam, suatu kebenaran untuk berkahwin itu perlu diperolehi dari pihak berkuasa agama di tempat dan negeri di mana seseorang itu bermastautin atau lazimnya tinggal. JIka tinggal bermastautin seperti bekerja di Perak, maka sepatutnya kebenaran berkahwin itu didiperolehi dari pihak berkuasa agama di Perak.

      Bagi perkahwinan berpoligami, hanya Mahkamah Syariah Negeri saja yang boleh memberikan kebenaran. Mahkamah akan memanggil pihak-pihak yang berkenaan untuk hadir di mahkamah bagi siasatan atau pertanyaan mengenai kelayakan atau kemampuan si suami untuk berpoligami.

      Sudah tentu yang lebih mudahnya bagi mendapatkan kehadiran dan keterangan saksi-saksi bagi melihat kemampuan suami berpoligami adalah di Perak. Justeru, ada baiknya dapatkan dulu kepastian dari Jabatan Hal Ehawa Agama Islam Perak dan juga pandangan dari Pendaftar Mahkamah Syariah jika anda berhasrat untuk bernikah di Kedah. Jika anda diminta untuk mendapatkan kebenaran berpoligami di Kedah, anda bolehlah menfailkan permohonan di Mahkamah Syariah Kedah. Bagaimanapun, ada kebarangkalian yang tinggi bahawa anda akan dinasihatkan untuk menfailkan saja permohonan tersebut di Perak.

      Dalam hal ini, ada kalanya hal seperti ini sedikit menyusahkan. Tetapi bersabar saja. Apa yang disuruh, cuba ikuti dan patuhilah prosedur dan undang-undang yang terpakai. Semoga urusan saudara dipermudahkan Allah.

  31. Helo… saya mpunyai teman lelaki yg telah Berpisah dengan isterinya hampir 10thn.tetapi belum menyelesaikan pceraian mereka secara sah. Menurut teman saya, isterinya melarikan diri dengan lelaki lain Dan menghina teman saya bahawa (org Miskin) Ada laporan polis bertulis jg.apakah cara yg sebaik2nya untuk menyelesaikan situation ini,memandangkan kami merancang utk mgambil Langkah yg Lebih serious dlm hubungan kami..adakh teman saya Perlu menyara isterinya yg melarikan diri ini atau sebaliknya Selepas perceraian?

    • Salam. Jika benar isteri lelaki berkenaan telah melarikan diri meninggalkan si suami, ada baiknya si suami failkan permohonan kebenaran bercerai di Mahkamah Syariah di mana si suami bermastautin. Tidak ada gunanya meneruskan perkahwinan yang telah pecah belah dan banyak merugikan kedua pasangan. Selagi status berkahwin itu belum selesai, selagi itulah hak dan tanggungjawap antara suami isteri berjalan. Si isteri khususnya tidak boleh bernikah dengan orang lain selagi belum bercerai secara sah dengan suaminya.

      Dalam situasi saudari, si suami masih boleh berkahwin dengan saudari tanpa beliau menceraikan isterinya. Namun, suami berkenaan perlu mendapatkan kebenaran berkahwin secara berpoligami di Mahkamah Syariah. Permohonan kebenaran berpoligami tidak perlu dibuat sekiranya pasangan suami isteri berkenaan telah sah bercerai. Justeru, terserahlah kepada saudari berdua samada berkahwin dengan cara berpoligami atau sebaliknya.

      Jika tidak ingin berpoligami, ERAKITA nasihatkan agar si suami failkan permohonan kebenaran menceraikan isterinya di Mahkamah secepat mungkin jika diyakini perkahwinannya yang sekarang tidak dapat dipertahankan lagi. Mahkamah tetap akan meneruskan pendengaran kes berkenaan walaupun isteri sedia ada tidak mahu menhadirkan diri di Mahkamah. Jika Mahkamah dapati bahawa segala usaha menyerah dan menyampaikan saman atau notis permohonan telah dilakukan kepada isteri, dan tidak berjaya, maka mahkamah boleh memerintahkan penyampaian dilakukan secara gantian seperti menampalkan saman atau notis permohonan tersebut di papan kenyataan Mahkamah, atau rumah kediaman terakhir isteri atau juga dengan jalan mengiklankannya di surat khabar tempatan.

      Jika semuanya telah dijalankan dan isteri tidak juga hadir, mahkamah akan meneruskan pendengaran kes berkenaan. Dalam amalan biasa, si suami akan diminta melafazkan sumpah yang dinamakan yamin istizhar atau yamin istizhar bagi menyatakan kebenaran permohonan atau tuntutan si suami. Hal ini dilakukan dalam keadaan pihak yang satu lagi tidak hadir di mahkamah.

      Setelah proses itu dilaksanakan, baharulah mahkamah membuat keputusan. Lazimnya dalam keadaan di mana isteri tidak hadir dalam keadaan seperti ini, mahkamah akan memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkan cerai ke isterinya dengan talaq 1 di hadapan hakim syarie. Hanya setelah perintah mengenai perceraian dikeluarkan Mahkamah dan setelah Pendaftar Perkahwinan Cerai dan Rujuk mendaftarkan perceraian tersebut di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, baharulah saudari pasangan anda diberi kebenaran berkahwin. Jika semua diikuti, ERAKITA percaya, anda tidak menhgadapi kelambatan atau kelewatan untuk mencapai hajat saudari.

      Semoga Allah mudahkan urusan saudari. Elakkan dari kahwin lari. Ikutilah peraturan dan undang-undang yang ada. Selamat menempuh perkahwinan dan semoga berbahagia dunia dan akhirat.

      Wallahu A’lam.

  32. Assalamualaikum….saya ingin bertanya mengenai suami sahabat saya yang telah berpoligami dengan seorang janda selama lebih 2 tahun & mempunyai anak1 tahun tanpa pengetahuannya
    SoalAn saya,
    1. Adakan pernikahan melalui sendiket ini sah klu semuanya mengikut hukum syarak wlupun juru nikah tidak bertauliah
    2. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama kerana suaminya tidak berkemampuan dr segi kewangan
    3. Adakah isteri pertama perlu hadir di pejabat agama bagi mendaftar nikah mereka,kerna mereka tidak mempunyai surat nikah.
    4. Apakah tindakan undang2 yang akan diambil oleh pejabat agama kepada mereka berdua.
    5. Adakah anak itu sah tarafnya kerana suaminya tidak berlaku adil dengan isterinya.isteri di johor suaminya tinggal di kl dgn janda itu,dan hanya pulang sebulan sekali itu pn sabtu dan ahad sahaja.

    Mohon jawapan….
    Terimakasih..

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Mengenai pertanyaan di atas, pernikahan tersebut perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah samada ia dilakukan secara sendikit atau tidak. Pada akhirnya, mereka tidak boleh terus menerus merasiahkan pernikahan tersebut kerana di samping tertakluk kepada undang-undang jenayah seperti tindakan jenayah berkhalwat, anak yang lahir juga perlu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negera. Anak tersebut perlu sijil lahir. Jika tidak ada sijil nikah, status nama bapa anak tersebut dalam rekod JPN adalah berbin atau berbintikan Abdullah. Hal ini sudah tentu menyusahkan pasangan berkenaan. Mahu tak mahu, kena iystihar juga perkahwinan mereka kepada pihak berkuas agama. Apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah dengan datang ke pejabat Pegawai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama Islam. Terus terang saja. Tak perlu sembunyi-sembunyi. Inshaa Allah, ini adalah jalan permulaan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda hidup pasangan tersebut. Tidak boleh terus menerus membiarkan perkara ini tanpa penyelesaian. Jika dibiarkan, ia menjadi bebanan dalam fikiran dan menjejaskan motivasi bekerja dan semangat mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga.

      Mengenai pertanyaan kedua, samada isteri mengetahui akan perkahwinan kedua itu atau tidak, ia tidak akan menjejaskan hukum samad apernikahan tersebut sah atau tidak. Untuk menentukan pengesahan perkahwinan, perlu kepada penyempurnaan rukun pernikahan dan syarat-syarat kepada rukun pernikahan itu sendiri. Keizinan atau pengetahuan isteri sedia ada tidak akan menjejaskan kesahihan perkahwinan tersebut.

      Bagaimanapun, menurut undang-undnag keluarga Islam yang berkuatkuasa di setiap negeri ketika ini, seorang suami yang nak berpoligami mestilah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Mahkamah Syariah. Isteri sedia ada, bakal isteri dan wali kepada bakal isteri mesti dipanggil ke Mahkamah bagi memberi maklumat berkaitan kepada Mahkamah. Bagi isteri, kehadirannya perlu bagi memberi penjelasan kepada mahkamah mengenai responnya mengenai permohonan poligami berkenaan, begitu juga perlu memberi tahu mengenai tahap kemampuan si suami khususnya dalam soal pemberian nafkah zahir dan bathin. Sebab itu, apabila notis panggilan ke Mahkamah dikeluarkan kepada isteri, jangan sekali-kali isteri lepaskan peluang ini. hadirlah ke Mahkamah dan beritahulah apa isi hati isteri dan nyatakan tahap kemampuan sebenar suami. Ini semuanya dapat membantu hakim syarie untuk menentukan samada si suami layak atau tidak untuk berpoligami. nasihat ERAKITA kepada para isteri, jika anda dipanggil hadir ke Mahkamah dalam kes permohonan berpoligami oleh suami anda, HADIRLAH, HADIRLAH, HADIRLAH! Jangan tak hadir kerana ini peluang untuk anda mendapatkan keadilan. Boleh jadi kehadiran anda membuahkan hasil yang jauh lebih baik dan diluar jangkaan.

      Menjadi satu kesilapan jika si isteri enggan hadir ke mahkamah dengan harapan kes berkenaan tidak diteruskan tanpa kehadirannya. Tindakan seperti ini merupakan satu kerugian kepada isteri. Kes berkenaan boleh diteruskan tanpa kehadiran isteri setelah notis panggilan telah dikeluarkan dan disampaiakn kepada isteri. Bukan saja isteri dapat menyatakan responnya terhadap permohonan itu samada setuju atau tidak, isteri juga dapat menyuarakan haknya untuk ditetapkan nafkah bulanan bagi dirinya dan anaknya jika ia bersetuju dengan permohonan tersebut. Harta sepencarian bersama juga dapat ditetapkan pembahagianya melalui perintah mahkamah syariah semasa prosiding kes poligami. Bukankah ini jauh lebih baik berbanding tak hadir? Jika tak hadir, semuanya boleh terlepas! Tikdahlah semestinya jika isteri bersetuju maka hakim berkenaan akan meluluskan poligami itu. Ia tergantung kepada keperluan dan kemampuan si suami juga.

      Bagi soalan ketiga, isteri pertama tidak perlu hadir di Pejabat Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama Islam. Cukuplah si suami dan isteri kedua yang hadir mendaftarkan perkahwinan poligami tersebut jika ianya dibenarkan oleh Mahkamah. Dalam keadaan kes seperti dialami oleh Puan di atas, is suami tidak perlu lagi mohon berpoligami kerana ia telahpun bernikah secara sembunyi. ERAKITA percaya bahawa ianya dilakukan secara rahsia dan tidak melalui Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Syariah. Oleh itu, setelah disahkan di Mahkamah Syariah, maka pernikahan tersebut akan diperintahkan didaftarkan di Jabatan Agama jika sah. Namun, sebelum pendaftaran dilaksanakan, pasangan berkenaan lazimnya terlebih dahulu didakwa atas kesalahan jenayah syariah kerana berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah.

      Jika perkahwinan tersebut tidak sah, Mahkamah akan menfaraqkan pernikahan tersebut. Jika ada anak yang dilahirkan dalam pernikahan yang difaraqkan itu, Mahkamah boleh saja mengesahkan dalam kes berkenaan mengenai status nasab anak tersebut samada sah taraf atau tak sah taraf.

      Mengenai soalan keempat, ERAKITA telahpun menjawap dalam persoalan ketiga di atas.

      Mengenai soalan kelima, samada anak tersebut sah taraf atau tidak akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah. Pendekatan dalam menentukan taraf nasab anak tersebut oleh Mahkamah syariah adalah tertakluk kepada peraturan dan amalan biasa di mahkamah si seluruh negara. Kadang-kadang, ada juga perbezaannya. Ada mahkamah yang mendengar dan membuat sabitan mengenai saha tau tidak nasab anak dalam perkahwinan tersebut dalam kes permohonan pengesahan nikah tersebut. Ada juga Mahkamah yang tidak akan membuat keputusan mengenai status nasab atau keturunan anak tersebut ketika itu. Sebaliknya, pihak-pihak yang terlibat diminta untuk menfailkan permohonan khusus di mahkamah untuk menentukan sah taraf anak tersebut. Terserahlah kepada amalan kebiasaan di mahkamah berkenaan.

      Nasihat ERAKITA ialah, pertama sekali dan terpenting ialah pihak suami dan wanita yang dinikahi (kedua) perlu datang dengan lapang dada di hadapan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama Negeri. Terus terang. Jangan sembunyikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal tersebut. Berilah kerjasama kepada pegawai berkenaan. Akui saja kelemahan dan kekurangan yang telah berlaku. Ikuti saja apa nasihat perundangan yang diberikan. Yang penting, kes ini akan selesai pada akhirnya. Soal terdedah kepada pendakwaan jenayah syarie kerana berpoligami tanpa kebenaran tak perlulah difikir sangat. Berani buat berani tanggung risiko. Yang penting status perkahwinan kedua itu dapat diselesaikan. Yang penting jika sah, perkahwinan kedua itu dapat didaftarkan. Yang penting, status anak hasil perkahwinan tersebut dapat diketahui samada sah atau tidak.

      Semoga penjelasan ini dapat membantu mengurangkan kebuntuan Puan dan pasangan Puan. Wallahu a’lam.

  33. assalamulaikum… saya ingin bertanya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin tapi kami ingin menggunakan wali hakim kerana kami ingin merahsiekan perkahwinan kami dahulu… kami merancang untuk memberitahu keluarga kami bila sudah sampai masa yang sesuai… adakah kami dibenarkan untuk berbuad demikian?? adakah permohonan kami untuk menggunakan wali hakim akan diluluskan???

    • Wa’alayklumussalam wbt.

      Saudara Haikal… Hasrat anda untuk bernikah secara sah dan menurut undang-undang yang ada adalah murni. Amalan ini adalah tuntutan agama dan merupakan sunnah Nabi s.a.w. ERAKITA sukacita nak jelaskan bahawa soal perwalian dalam pernikahan adalah persoalan besar yang tidak boleh dipandang ringan. Penggunaan wali hakim adalah khusus pada kes-kes yang terpencil. Selagi belum cukup syaratnya, selagi itulah penggunakan wali hakim tidak diharuskan. Selagi wali nasab kepada bakal isteri masih wujud, selagi itulah pernikahan tersebut mestilah menggunakan wali nasab, bukan wali hakim. Bagaimanapun, jika wali nasab tersebut sedang dalam ihram haji atau umrah, wali nasab tersebut terhalang menjadi wali nikah. Perwalian harus berpindah kepada wali hakim.

      Begitu juga jika sekiranya wali nasab tidak diketehui di mana berada sedangkan pernikahan hendaklah dijalankan pada ketika itu. Maka penggunaan wali hakim adalah harus. Demikian juga jika berlaku keengganan dari pihak wali. Dalam hal ini, si wanita boleh menggunakan wali hakim. Demikian juga jika wali nasab berada di tempat jauh melebihi 2 marhalah dan tidak memungkinkan si wali hadir dalam majlis nikah tersebut. Perwakilan wali juga tidak dapat dijalankan ketika itu. Maka baharulah wali hakim terpakai. Maknanya bukan semua keadaan boleh mewajarkan pengggunaan wali hakim.

      Jika anda menyembunyikan hal perkahwinan, hal tersebut ada baiknya dielakkan. Perkahwinan harus dizahirkan kepada umum bagi mengelak fitnah dan tohmahan orang ramai. Ini sesuai ingatan Nabi s.a.w yang menyeru agar pernikahan diumumkan. Jikapun anda ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan kebenaran berwali hakim, pihak mahkamah akan meminta pula agar keluarga terdekat hadir di Mahkamah untuk memberikan gambaran atau keterangan sebenar.

      Jika hal sebenar disembunyikan dari pengetahuan hakim syarie di Mahkamah, ada kebarngkalian besar bahawa pernikahan tersebut akan bermasalah pada suatu hari nanti. Jika ada keluarga atau pihak berkepentingan membuat aduan mengenai keterangan palsu an da di Mahkamah, siasatan akan dijalankan dan anda mungkin akan diheret di Mahkamah Syariah untuk didakwa atau kesalahan jenayah

      Justeru, zahirkanlah pernikahan tersebut. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Terimakasih Saudara..

  34. Salam.. Saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin dengan suaminya pada Disember 2008 di selatan Thailand. Mereka mengambil keputusan utk berkahwin di selatan Thailand kerana pihak keluarga si isteri tidak merestui hubungan mereka. Pelbagai pendekatan yg telah si suami ambil utk memikat restu dari keluarga si isteri termasuklah dengan menghadiahkan kereta dan barangan kemas kepada kedua-dua ibu bapa si isteri namun usaha beliau masih gagal. Justeru, demi cinta mereka yg terlalu mendalam, maka mereka telah mengambil alternatif utk berkahwin di selatan Thailand tanpa pengetahuan keluarga. Saya dapati hidup mereka sangat bahagia sehingga hari ini walaupun perkahwinan mereka didirikan tanpa restu keluarga. Namun, mereka menghadapi kesukaran setelah puteri mereka selamat di lahirkan pada April 2011 yang lalu kerana urusan pendaftaran pernikahan mereka masih belum selesai sehingga ke hari ini. Ketika menemani mereka mendaftarkan bayi mereka di JPN, pegawai yang bertugas enggan meletakkan nama puteri mereka dengan ‘binti’ si bapa dengan alasan status perkahwinan mereka diragui kerana sehingga tempoh tersebut, mereka masih belum memiliki kad perakuan nikah daripada Majlis Agama Islam. Pada sijil kelahiran puteri mereka, saya dapati pada ruangan ‘Bapa’, pegawai tersebut mengisi maklumat si bapa seadanya walaupun nama bayi tersebut ‘binti’ Abdullah. Persoalan saya, adakah mereka masih boleh menggantikan kembali ‘binti’ puteri mereka dengan nama si bapa setelah urusan pendaftaran pernikahan mereka selesai walaupun kini puteri mereka sudah berusia 1 tahun 3 bulan?

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Dari jalan cerita Saudari Ainina di atas, dapat difahami bahawa sepupu saudari telah mengambil keputusan kahwin lari ke Thailand setelah hasratnya untuk berkawin dengan lelaki pilihannya tidak direstui oleh keluarganya. Bersyukur juga kerana pasangan tersebut sangat bahagia setelah urusan pernikahan mereka selesai di Thailand. Elok sekali kita mengambil iktibar dari perjalanan hidup pasangan berkenaan yang terpaksa mengharungi cabaran getir dengan keluarga tersayang untuk berkahwin dengan insan yang dicintainya. Manusia mempunyai naluri dan kecenderungan untuk melakukan apa saja asalkan hasratnya tercapai. Tidak hairan jika kita sering mendengar orang mengatakan “jika cinta sudah melekat, lautan api sanggup direnangi”. Ungkapan ini ada kebenarannya dalam banyak perkara.

      Sebagaimana ditetapkan oleh Undang_undang Keluarga Islam, pasangan tersebut dikehendaki untuk mendaftarkan pernikahan mereka di hadapan Pegawai Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kembalinya mereka ke negeri asal mereka. Dokumen seperti sijil atau perakuan nikah dari pihak berkuasa agama di Thailand mesti dibawa bersama. Pasangan berkenaan perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai Pendaftar Perkahwinan.

      Jika didapati pernikahan tersebut teratur, sah dan menurut undang-undang yang berkuatkuasa di negeri berkenaan, maka Pendaftar Pernikahan akan mendaftarkan nikah tersebut. Sijil perakuan nikah akan dikeluarkan. Pada ketika itu, sijil berkenaan perlu dikemukakan kepada Pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai bukti pernikahan. Ini penting untuk menetapkan bapa kandung sebenar anak berkenaan. Jika sebelum ini anak tersebut berbintikan Abdullah, maka dengan adanya sijil nikah dari Pendaftar Pernikahan di Negeri pasangan, status dan nama bapa si anak bolehlah ditukar oleh JPN.

      Apa yang paling penting di sini adalah sijil pernikahan sebagai bukti perkahwinan ibubapa si anak tersebut. Selagi tiada dikemukakan sijil nikah dari pihak berkuasa agama, selagi itulah JPN akan mengekalkan status anak tersebut dengan berbintikan Abdullah.

      Sebenarnya, jika sekiranya seorang anak berstatus anak tak sah taraf, pihak berkenaan boleh meminta JPN agar meletakkan nama sebagai bin atau binti kepada anak tersebut selain dari Abdullah. Terdapat sebanyak 99 nama Allah. Mana-mana daripada 99 nama tersebut boleh dipilih untuk dibin atau dibintikan kepada anak tersebut. Contohnya adalah Abdul Rahim, Abdul Qohhar, Abdul Wahhab, Abdul Syukur, Abdul Karim dan banyak lagi. Tidak lah semestinya bin atau binti Abdullah.

      Sekali lagi dinasihatkan kepada pasangan berkenaan agar berterus terang dengan pihak berkuasa agama di negeri mereka. Nyatakan apa yang berlaku dengan jujur. Ikutilah apa saja arahan dari pegawai berkenaan selagi ianya dalam landasan pematuhan undang-undang. Ini termasuklah mendapatkan pengesahan pernikahan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah jika perlu. Yang penting, sijil nikah dapat dikeluarka dan status bin atau binti si anak dapat diselesaikan menurut undang-undang dan hukum syarak.

      Wallau a’lam

  35. Salam..
    sekira saya bernikah di luar negara perlukah saya meminta kebenaran di konsulat malaysia di negara tersebut dan kemudian baru melangsungkan pernikahan.Atau bernikah dahulu dan kemudian mendaftarkan nikah di konsulat malaysia di negara tersebut.. ?

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Jika saudara hendak bernikah di luar negara, pastikan anda telah mendapat kebenaran untuk bernikah dari pendaftar perkahwinan di negeri asal atau tempat saudara bermastautin. Ini jika dapat dilakukan dan ianya bergantung kepada kedudukan seseorang. Ada pihak yang tidak dapat pulang ke negeri asal kerana kekangan cabaran masa, kesempatan dan kewangan. Dalam hal ini, pastikan saudara mendapat kebenaran pernikahan dari Kedutaan atau konsulat Malaysia di negara berkenaan. Pastikan saudara datang ke pejabat Kedutaan atau Konsulat dan maklumkan hasrat saudara untuk berkahwin. Saudara akan dilayan dan diberi khidmat nasihat apa yang saudara perlu lakukan. Ini jalan selamat memandangkan konsulat atau kedutaan merupakan tempat mana-mana warganegara Malaysia membuat rujukan, aduan atau makluman jika berlaku sebarang kejadian.

      Bagaimanapun, setelah bernikah di negara luar, pastikan saudara mendaftarkan pernikahan tersebut di hadapan Pendaftar Pernikahan di negeri asal atau tempat saudara bermatautin dalam tempoh 6 bulan sekembalinya saudar ke Malaysia.Suadara akan diberikan sijil perakuan nikah sebaik nikah tersebut didaftarkan di jabatan agama sekiranya nikah tersebut sah di sisi hukum syarak.

      Elakkan dari bernikah dahulu kemudian baharulah merujuk ke Konsulat. Ini tindakan yang salah dan saudara akan bermasalah di kemudian hari. Yang betul adalah dapatkan kebenaran bernikah terlebih dahulu kemudian baharulah nikah. Selamat bernikah. Wallahu a’lam.

  36. Asalamualaikum…
    saya azzah nak tanyer apa2 syarat menikah dengan warga negara asing
    Bakal suami saya orang Jordan sekarang be kerja di Saudi Arabia…
    saya berasal Dari Indonesia tetapi bertukar warga negara Singapore…..
    apa syarat2 bila nak menikah dengan bakal suami saya…
    dan berapa lama process nya..
    sekian dan terima kasih
    wasalam

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan saudari Azzah di atas. Bernikah dengan warga asing, warga Saudi Arabia sebagai contohnya hendaklah melihat kepada tempat di mana pernikahan itu dilaksanakan. Walaupun pernikahan itu dilaksanakan oleh orang asing, tetapi dibuat di Malaysia, maka undang-undang yang terpakai adalah undang-undang Malaysia. Jika pernikahan itu hendak dijalankan di Selangor, maka undang-undang yang terpakai adalah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor.

      Pernikahan itu nanti mestilah mendapat kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Selangor. Di samping itu, suatu surat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa agama negara asal pemohon adalah diperlukan. Nasihat Erakita kepada Saudari Azzah ialah datang bejumpa dengan pegawai pendaftar perkahwinan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di negeri di mana perkahwinan tersebut hendak dilangsungkan. Jika nak langsungkan pernikahan itu di Singapore, Saudari datanglah minta khidmat nasihat terlebih dahulu di hadapan Pendaftar perkahwinan di Singapore.

      Semoga usaha Saudari Azzah dimudahkan Allah. Wallahu a’lam.

      Terimakasih & Wassalam

  37. Minta diperjelaskan,boleh ke anak luar nikah di binkan dengan nama bapa yg menyebabkan dia lahir selepas umurnya 2 tahun dengan akad sumpah di mahkamah?saya melahirkan dia 5 bulan 23 hari selepas nikah..harap dapat dijelaskan semuanya…sy menyesal di atas ape yg berlaku.

    • Assalamu ‘alaykum wbt.

      Tidak ada manusia yang sempurna dan terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang hayatnya. Sebab itu, Allah sentiasa akan mendatangkan ujian kepada manusia dalam pelbagai bentuk. Hidup dan mati itu juga merupakan ujian Allah bagi menguji siapakah di kalangan manusia itu yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Sebab itu juga Allah telah turunkan satu surah khas untuk memberi motivasi kepada manusia yang melakukan kesalahan iaitu Surah at Taubah. Allah tau benar bahawa semua manusia melakukan kesilapan. Surah al Zumar jelas menyatakan bahawa semua dosa itu diampunkan oleh Allah asalkan kita memohon ampun dan menyesal apa yang kita telah lakukan. Sehingga dalam ayat tersebut Allah memberikan harapan agar manusia ini jangan berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun dan maha Pengasihan.

      Mengenai anak yang dilahirkan hasil persetubuhan luar nikah (zina), ia tidak boleh dibin atau bintikan kepada lelaki pelaku zina tersebut. Lahir kurang dari 6 bulan qamariah selepas tarikh pernikahan akan menafikan nasab atau keturunan anak tersebut kepada lelaki yang telah menyebabkan kelahirannya. Dari segi hukumnya, anak tersebut tidak boleh dibin atau dibintikan kepadanya. Anak itu bagaimanapun bolehlah dibin atau dibintikan kepada mana-mana nama Allah yang 99 itu dengan menggunakan Abdu di hadapan nama itu sebagai menggambarkan hamba kepada Allah. Contohnya Abdullah, Abdul Rahim, Abdul Rahman, Abdul Razzak dan lain-lain lagi.

      Tahniah kerana ada penyesalan dan semoga taubat Puan diterima Allah. Syukurlah kerana ada penyesalan tersebut dan Puan adalah orang yang beruntung kerana tidak terlewat untuk melakukan taubat kepada Allah.

      Terimakasih dan wassalam.

      Wallahu a’lam

  38. Assalamualaikum…

    Tuan.

    mohon pandangan dan nasihat.. saya merupakan warga negara malaysia dan berkahwin dgn warganegara malaysia.

    Saya telah berkahwin dangan A.. setalah beberapa tahun.. kemudian saya berkahwin lagi dengan B.. dan sehingga kini perkahwinan dengan B ini masih dirahsiakan dan tidak diketahui oleh A mahupun keluarga saya. A awal-awal lagi tidak mengizinkan saya berkahwin.

    Saya menjalankan pernikahan ini dalam negeri (rumah) berwalikan bapa kandung B serta dinikahkan oleh Iman(ustaz) serta 2 saksi dihadapan semua keluarga B. Keluarga B telah sedia maklum bahawa saya telah berkahwin dangan A. ( penikahan lebih dikenali “kahwin kampung”).

    Saya tidak mendapat sebarang bantahan kerana saya adalah pilihan hati B dan Keluarga B bersetuju bagi mengelakan berlaku perbuatan yang tidak baik serta bagi menghalalkan perhubungan antara saya dengan B. Keluarga B risau kerana sebelum ini B telah banyak kali gagal dalam bercinta disamping faktor usia B yang semakin meningkat tambahan pula B merupakan orang Borneo dan mempunyai kerjaya di KL serta tinggal bersendirian dan saya adalah orang semenanjung.

    Pernikahan tersebut berjalan lancar juga seperti mana proses akad nikah yang biasa dimalaysia. bezanya saya tidak mendapat surat kebenaran bernikah oleh pihak berkuasa.

    Kini saya ingin mendaftarkan pernikahan saya agar sah disisi undang-undang. sebelum perkahwinan ini dijalankan saya telah sedia maklum dan mengkaji undang undang syariah di malaysia. Banyak prosidur yang perlu kami lalui disamping denda yang akan dikenakan.

    Bagaimana cara yang terbaik perlu saya lakukan samada membuat pengakuan dimahkamah tentang perkara ini atau saya membuat permohonan semula untuk memohon kebenaran untuk berpoligami dan menjalankan pernikahan semula.

    Untuk pengetahuan Tuan keluarga B telah minta saya agar tidak melibatkan mereka yang terlibat dalam pernikahan tersebut bagi sebarang urusan @ dakwaan. mereka hanya menjalankan tanggujawab dari segi hukum agama. ini bermakna saya diminta menjalankan proses permohonan berpoligami mengikut prosidur biasa yang diperuntukan undang2.

    Saya sedang berusaha kearah membuat permohonan tersebut dan kami telah selesai sama-sama mengikuti kursus pra perkahwinan dan borang-borang telah saya perolehi cuma menunggu masa untuk berhadapan dengan keluarga saya dan pihak A.

    Namun ketika ini.. B didapati mengandung (bulan pertama tidak haid).. Alhamdulillah Tuhan bagi rezki.. tp yang menjadi masalah pada saya bagaimana saya hendak menyelesaikan pendaftaran perkahwinan saya dengan B. Yang pasti prosidur permohonan kebenaran berpoligami akan mengambil masa. Si B dan saya tidak mahu anak yang bakal lahir tidak sah taraf.

    Saya sedia bertanggungjawab keatas perkara ini dan sedia menempuh apa jua rintangan yang bakal tiba. cuma bila memikirkan keluarga B tidak mahu dilibatkan dalam perkara ini agak merunsingkan saya. Sedia maklum mereka berada diseberang laut sudah tentu akan melibatkan banyak kos apabila perbicaraan ini dijalankan. Manakala kandangan B akan terus membesar sedangkan pernikahan ini masih dirahsiakan.

    Apekah tindakan yang perlu saya lakukan sekarang.. Anak yang dikandung B merupkan anak pertama saya.

    Terima kasih. wassalam.

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas soalan Saudara Dani di atas. Berdasarkan kenyataan di atas, Saudara Dani telah menikah dengan 2 orang wanita. Pertamanya, adalah dengan isteri pertama mengikut saluran undang-undang dan telah mendapat sijil pernikahan. Maknanya ia adalah pernikahan yang berdaftar.

      Persoalannya, bagaimana dengan isteri kedua kerana ia melibatkan soal poligami? Isunya sekarang ialah, Saudara Dani telahpun menikah dengan wanita kedua dan kini sedang mengandungkan anak pertama dari pernikahan tersebut. Menurut undang-undang keluarga Islam di negara ini, adalah menjadi kesalahan ke atas suami jika ia berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu. Untuk membolehkan Saudara Dani menyelesaikan hal ini, eloklah berterus terang saja. Hadirlah berjumpa Pendaftar Perkahwinan di negeri di mana saudara bermastautin. Maklumkan perkara sebenar. Tak payah lagi berselindung kerana menyembunyikan fakta sebenar akan menyulitkan lagi perjalanan hidup saudara.

      Dalam hal ini, Erakita berpendapat bahawa saudara tak perlu memohon kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah. Ini kerana saudara telahpun menikah. Tidak ada manfaatnya menyembunyikan hal perkahwinan kedua itu. Ini kerana, nikah telahpun berlaku dan kedudukan anak yang sedang dikandung itu perlu ditentukan nasab atau keturunannya. Andai kata saudara menyembunyikan fakta sebenar pernikahan tersebut, dikuatiri mahkamah akan menetapkan bahawa anak tersebut adalah anak di luar pernikahan dan tidak boleh dibin atau dibintikan dengan saudara. Ini akan menyalahi hukum syarak dan merugikan saudara dan seluruh keluarga. Oleh itu terus terang sahaja biar pahit. Yang penting kekusutan dapat dileraikan.

      Sudah tentu pihak yang akan lebih tertekan adalah isteri pertama. Ia akan terkejut dan mungkin bertindak agresif. Bagaimanapun, pendekatan berterus terang dan penuh berhikmah amat diperlukan dalam hal ini. Mengaku salah depan isteri dan meminta maaf dengan setulus hati amat diperlukan dalam hal ini. Barangkali juga saudara terpaksa berkorban masa untuk menenangkan isteri pertama. Ada ketikanya isteri akan sanggup meminta diceraikan dari terpaksa menghadapi suasana seperti ini. Keadaan seperti ini memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran yang tinggi. Orang ketiga yang dipercayai boleh digunakan untuk berunding dan berbincang.

      Untuk itu, saudara perlulah mendaftarkan perkahwinan yang kedua di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Bagi tujuan ini, saudara perlu pula berhadapan dengan cabaran dan ujian iaitu terpaksa menghadapi pendakwaan atas kesalahan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Tak mengapa kerana ini adalah suatu pengorbanan. Berani buat berani tanggung. Undang-undang tetap undang-undang. Kita perlu hormati dan patuhi kerana ia adalah untuk manfaat manusia juga.

      Semasa siasatan mengenai kesalahan berpoligami tersebut, ahli keluarga isteri yang terlibat seperti wali, saksi dan pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai pernikahan tersebut lazimnya akan dipanggil ke Jabatan Agama untuk melengkapkan siasatan. Tidak mustahil wali dan saksi serta jurunikah juga akan didakwa di Mahkamah kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut. Satu contoh kes yang jelas adalah sebagaimana apa yang berlaku ke atas Ahli Perlimen, YB Datuk Bung Mokthar dari Parlimen Kinabatangan, Sabah dengan seorang artis terkenal. Bukan saja beliau didakwa, keluarga yang terlibat juga turut didakwa dan disabitkan salah. Namun tak perlu risau sangat kerana Mahkamah juga lazminya akan hanya mengenakan denda bagi kesalahan pertama. Ini adalah budbicara mahkamah juga.

      Semoga saudara mendapat manfaat atas pandangan ini. Biarlah kita gunakan prinsip, “berani kerana benar, takut kerana salah” dan “katakan yang benar walaupun pahit” atau juga ungkapan “berani buat berani tanggung”. Apa yang penting adalah perkahwinan tersebut didaftarkan dan anak dalam kandungan dapat ditentukan kesahihan nasabnya.

      Wallahu a’lam.

      Terimakasih & wassalam

  39. saya nak tanya,saya nak nikah thun depan.tapi ayah saya xdapat cari..jadi yang akan jadi wali saya adalah abang kandung saya..Pejabat agama suruh saya ke mahkamah untuk buat 1 surat??surat apa tu?adakah masa nak buat surat tu abang saya yang jadi wali tu kena hadir sama?

    • Assalamu ‘alaykum wbt.

      Dalam kes ini, saudari perlu mendapatkan kebenaran untuk bernikah menggunakan wali hakim. Surat tersebut adalah surat kebenaran berwali hakim. Ini kerana, tidak ada bukti menyatakan bahawa ayah kandung saudari telah meninggal dunia. Dalam hal ini, wali belum lagi berpindah kepada wali nasab yang lain seperti abang kandung. Wali yang akan digunakan adalah wali hakim. Permohonan mendapatkan kebenaran berwali hakim perlu dibuat di Mahkamah Syariah. Bawalah saudara atau keluarga terdekat seperti ibu kandung jika masih ada, saudara kandung atau pakcik, makcik atau orang yang mengetahui kedudukan bahawa ayah saudara sukar dicari. Keterangan mereka dapat membantu memudahkan urusan di mahkamah. Hal ini tidak memerlukan masa yang panjang. Prosesnya agak mudah, inshaa Allah. tak perlu risau.

      Semoga perkahwinan yang saudari bakal tempuh diberkati dan dimudahkan Allah s.w.w.

      Wallahu a’lam.
      Terimakasih dan wassalam

  40. saya nak tanya,saya nak nikah thun depan.tapi ayah saya xdapat cari..jadi yang akan jadi wali saya adalah abang kandung saya..Pejabat agama suruh saya ke mahkamah untuk buat 1 surat??surat apa tu?adakah masa nak buat surat tu abang saya yang jadi wali tu kena hadir sama?.

  41. salam..
    saya ingin mengetahui adakah mungkin bagi seorg suami mendapatkan kebenaran berpoligami dari mahkamah tanpa perlunya kehadiran isteri pertama.?dlm erti kata lain tanpa pengetahuan isteri pertama..kes yg berlaku pada saya adalah saya berhajat melangsungkan perkahwinan dlm tempoh sebulan dengan bakal isteri kedua saya.
    Mungkin pihak luar akn berfikiran bahawa saya berniat untuk menipu isteri pertama saya. ini tidak benar. setelah melayari rumah tangga selama 18 tahun, sy bersabar dengan segala dugaan yg telah diberikanNya. terlalu melayani isteri sehingga isteri berani ambik kesempatan pada kelemahan saya. hanya dengan alasan tidak ingin bergaduh, sy menuruti segala permintaaan isteri sehingga terjadinya queen control.
    bertahun2 makan hati, di tuduh suami dayus tp demi menjaga hubungan dan anak2 saya mengalah..agar kemarahan isteri tidak dilepaskan pada anak2…pernah sya cuba bertegas tp keadaan menjadi makin keruh sehinnga pernah di minta saya melepaskannya.
    isteri saya terlalu emotional. bkn tidak pernah di ajak berbincang tetapi semua yg keluar dr nya adalah pemikiran negatif. bagaimana boleh kami mencapai kata sepakat. saya mengenali bakal isteri lebihkurang 5 tahun sebelum sya membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai isteri yg sah..status saya tidak di maklumkan oleh beliau kepada keluarga bg mengelakkan hal menjadi rumit. namun dlm tempoh sebulan kami agak buntu mencari cara penyelesaian.
    Memikirkan tindakan yg tidak wajar yg bakal dilakukan oleh isteri saya, maka sya ingin memohon kebenaran dari mahkamah agar membenarkan sya untuk berkahwin dengan bakal isteri saya secara sah dan mengikut perundangan.setelah memikirkan apa yg bakal terjadi kepada anak2(anak kandung berumaur 17thn dan 2 anak angkat berumur 7 dan 8 thun) sekiranya saya bersalah melanggar undang2 berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, setelah berbincang kami bersetuju untuk bernikah dahulu tanpa majlis kerana masih bnyk perkara yg kami perlu selesaikan. kami akan berterus terang selepas akad nikah nnt dan bersedia dgn segalanya kerana tahu beliau akan meninggalkan anak2 kepada kami. itulah ayat yg selalu dikeluarkannya bila dia marahkan saya.
    sya dan bakal isteri menunggu hingga tempoh 5 tahun bagi memastikan anak sy satu2 nya menduduki peperiksaan spm tanpa sebarang masalah melibatkan ibubapa. kami masih memikirkan orang sekeliling dan bukannya mementingkan diri. setelah 5 tahun, sewajarnya kami bernikah secara sah bagi mengelakkan maksiat dan menjatuhkan maruah keluarga bakal isteri. saya selalu berkata pada diri sendiri, salah saya agaknya kerana terlalu manjakan isteri sehingga tidak pernah menunaikan solat walaupun setelah di suruh malah selalu melawan ckp suami dan meninggikan suara kepada suami adalah perkara biasa.
    adakah salah saya sekiranya berlaku penceraian setelah 18 tahun sya bertahan?

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Dalam kes saudara, jalan terbaik adalah membuat permohonan untuk kebenaran berkahwin berpoligami di Mahkamah Syariah. Beranikan diri saudara jika benar saudara serius dalam hubungan dengan bakal isteri. 5 tahun adalah tempoh yang lama dalam suatu hubungan cinta antara lelaki dan wanita.

      Lelaki adalah ketua keluarga. Saudara tidak perlu takut kepada isteri kerana di sisi Allah, isteri wajib taat kepada suami selagi suami menyuruh perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah. Isteri sepatutnya takut jika ia berlaku engkar perintah suami kerana dosanya besar di sisi Allah.

      Jangan sampai isteri yang control suami. Suami yang sepatutnya jaga dan kawal isteri dengan cara yang maaruf. Jika disuruh solatpun isteri engkar, itu satu perbuatan yang terang-terangan engkar perintah suami. Ia boleh jatuh kepada nusyuz. Bagaimanapun, untuk bercerai, ada baiknya fikirkan hal ini masak-masak. Isteri pertama perlu dibawa dekat kepada agama. Usaha perlu dilakukan menurut pelbagai kaedah dan cara. Boleh jadi tindakan saudara berpoligami akan menyedarkannya isteri agar menilai semula apa yang telah ia lakukan ke atas suami selama 18 tahun. Doa kepada Allah amat penting.

      Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha memperbaiki atau memulihkan telah dilaksanakan. Jika perceraian terpaksa ditempuh, pastikan ia dilakukan di mahkamah syariah, bukannya di kereta atau di rumah atau di pejabat atau di jalan raya. Menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan. Ia akan menyusahkan saudara dan keluarga.

      Jika benar nak berkahwin lagi, tak perlu disembunyikan lagi. Kita harus melihat jangka masa panjang, bukan hanya pada hari ini. Berkahwin tanpa kebenaran juga adalah satu kesalahan. Oleh itu, berterus terang adalah jalan terbaik. Ia menepati syarak dan undang-undang. Hadapilah isteri di mahkamah nanti apabila dipanggil untuk memberikan keterangan. Jangan takut jika kita berada di pihak yang benar. Dalam masa yang sama, pujukan dan penghargaan buat isteri adalah mahal harganya dan ia perlu diwujudkan dalam sebuah rumahtangga.

      Semoga ada manfaatnya pandangan ini.

      Wallahu a’lam dan terimakasih.

      Wassalam

  42. Khatijah Malcolm

    Assalamualaikum warahmatullah. Saya ingin bertanya,pada bulan Jan ini saya akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang warganegara asing(Britain) dan dia perlu mendapatkan kebenaran dari kedutaan. Mereka meminta bakal suami untuk menyediakan surat akuan berkanun(statutory declaration),bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin, Untuk mendapatkan surat akuan berkanun,bakal suami mesti berada di Malaysia. saya ingin bertanya,bolehkah saya membuat permohonan untuk surat akuan berkanun bagi pihak bakal suami kerana dia tidak dapat berada di Malaysia pd masa tersebut?

  43. ada persoalan .

    kalau lelaki ingin berkahwin dengan gadis bawah umur , mempunyai anak ( anak luar nikah ) bagaimana proses perkahwinan mereka ?

    • Salam.

      Bagi si lelaki, jika ia bujang, ia hanya perlu membuat permohonan di pejabat agama untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dari pendaftar perkahwinan. Jika ia sudah berkahwin, ia perlu mendapatkan kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah.

      Bagi bakal isteri, oleh kerana ia masih di bawah umur (16 tahun ke bawah), wanita berkenaan perlu mendapatkan kebenaran berkahwin bawah umur dari mahkamah syariah. Lazimnya si bapa atau penjaganya atau walinya yang akan membuat permohonan tersebut.

      Mengenai anak luar nikah hasil hubungan lelaki dan wanita tersebut, ianya bukanlah satu halangan kepada pernikahan tersebut. Terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menangani hal tersebut. Pasangan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu melakukan persetubuhan haram termasuk hamil luar nikah di bawah akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, tindakan pendakwaan ke atas pasangan tersebut hanya akan dibuat jika ada aduan terlebih dahulu dibuat kepada pegawai penguatkuasa agama di jabatan agama Islam.

      Wallahu a’lam

  44. siti nazira mohamad

    a’kum..sye nk tny,ayh sye msih hdup tp ayh sye enggan m’jdi wali sye..sye sdh nikah di thailand tp x ckup duit untk buat p’dftrn di malaysia so sye nk akad nikah di malaysia skali lg..sblm nikah di thailand,sye seorg janda..perlu ke sye m’gunakn wali hakim???

  45. Assalamu’alaikum,

    Saya warganegara Singapore. Permohonan saya untuk berpoligami dengan seorang warga Malaysia dari Terengganu telah ditolak oleh Pendaftar Penikahan Untuk Orang2 Islam di Singapore. Saya maklum bahawa akta AMLA tentang kekeluargaan di Singapore banyak yang mengikut Women’s Charter yang ada tak bersesuaian dengan agama Islam. Saya juga telah dinasihatkan oleh peguam saya bahawa jika saya ingin ajukan rayuan pada Lembaga Rayuan di Singapore, kemungkinan besar usaha saya akan sesia.

    Saya inginkan cara alternatif yang dapat saya usahakan agar saya masih tetap dapat bernikah dengan calon isteri saya yang kedua di Terengganu secara sah. Bolehkah saya membuat permohonan berpoligami dengan Mahkamah Tinggi Syariah di K Terengganu agar niat saya untuk bernikah dapat tercapai. Mampukah mahkamah di Terengganu memberi kelonggaran untuk kes saya?

    Islam is a simple religion but the rules created by people make it complicated.

    Terimakasih dan wassalam.

  46. salam, saya nak tanya….ayah saya memang jadi wali saya nikah…tapi mungkin ayah saya tidak dapt hadir semasa akad nikah saya itu….adakah boleh ayah saya mewakilkan kepada abang saya semasa akad nikah saya itu????

    • Salam.

      JIka ayah masih hidup, ayah kandunglah yang layak untuk menjadi wali dalam pernikahan tersebut. Jika ia setuju jadi wali namun tak dapat hadir dalam majlis pernikahan, ayah boleh wakilkan kepada orang lain untuk menjalankan akad nikah kepada anaknya. Lazimnya, di negara kita, si ayah akan mewakilkan kepada jurunikah yang bertauliah untuk mengakadnikahkan anak perempuannya.

      Erakita nasihatkan agar saudari hadir bertemu dengan Pendaftar Pernikahan Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama Islam di negeri di mana saudari bermastautin bagi mendapatkan nasihat. Inshaa Allah, saudari akan mendapat maklumat yang diperlukan. Semoga urusan dipermudahkan Allah.

      Wassalam.

  47. Salam. Adakah isteri pertama berhak menuntut nafkah untuknya dan anak-anak sekiranya die mendapat tahu suaminya baru bernikah di Siam tanpa kebenaran darinya? Terima Kasih

    • Salam.

      Terimakasih atas pertanyaan di atas. Begini jawapan erakita. Samada suami bernikah lagi atau tidak, si isteri adalah berhak untuk menuntut pembayaran nafkah semasa bagi isteri dan anak-anaknya pada bila-bila masa. Kewajaran membuat tuntutan di mahkamah berlaku apabila suami gagal atau cuai tidak memberikan belanja kepada isteri dan anak-anak.

      Justeru, terserah kepada si isteri untuk melakukan tindakan undang-undang pada bila-bila masa. Perintah pembayaran nafkah diperlukan bagi membolehkan satu jumlah atau kadar tertentu ditetapkan oleh mahkamah ke atas suami untuk membayar nafkah semasa setiap bulan kepada isteri dan anak-anak. Mahkamah lazimnya akan mengambilkiran kepada kemampuan semasa suami dalam menetapkan kadar nafkah.

      Wallahu a’lam

  48. Assalaamualaikum,,

    sya pelajar tingkatan 6 drpd jurusn syariah
    pada penggl ini
    pelajar2 form 6 trutama nya jurusn syariah d’wjibkan utk m’buat suatu pnyelidikn
    dn sya amat b’mint utk mgkji bkaitan kesn perkhwinan tnpa kebenran mahkamh
    boleh kn saudri erakita m’bntu m’beri informsi bkaitan pkra tsebut
    bntuan saudari amat sya perlu kn
    terima kasih

  49. Salam,

    Mohon pandangan dan nasihat dari pihak tuan…saya berasal dari Kelantan, bekerja di Selangor dan bakal suami warga Singapura dan menetap di Singapura…insyaAllah ingin melangsungkan pernikahan pada tahun ini. Majlis pernikahan akan diadakan di Kelantan.

    Bakal suami telahpun mempunyai isteri. Keluarga pihak saya telah mengetahui statusnya dan telah bersetuju dengan pilihan saya. Keluarga pihak lelaki pula hanya mengetahui niatnya untuk berpoligami tetapi belum lagi memperkenalkan saya sebagai bakal isteri barunya kepada keluarganya.

    Apakah syarat2 dan prosedur yang diperlukan untuk pernikahan kami…

    Terima kasih.
    wasalam

    • Bakal suami puan perlu memohon utk berpoligami di pejabat pernikahan orang2 islam di singapore (ROMM). Dia, isterinya sekarang dan puan sendiri akan menjalani proses temuduga. Kemudian pendaftar pernikahan akan membuat keputusannya. Setahu saya proses poligami di singapore sangat ketat. Nasihatkan bakal suami agar mencari alasan yang kukuh dan munasabah kalau tidak mahu menghadapi kegagalan sebagaimana saya sedang lalui sekarang. 😦 Selamat mencuba. Saya doakan agar puan dan bakal suami selamat bernikah. Ameen.

  50. Salam,

    saya nak tanya.. cara -cara utk mendaftarkan nikah di malaysia,
    Jiran saya (di Kedah).. pasangan suami isteri ni…suami mualaf, isteri memang islam tapi nikah di Thailand dlm thn 2010 kerana keluarga tidak merestui mereka, Mrk dikurniakan seorang anak perempuan.
    Pasangan suami isteri baru2 ni hendak daftarkan pernikahan mereka di Kedah dan tanya pendapat saya.
    Jadi boleh tak tunjuk ajar macamana nak daftarkan pernikahan mereka ni dan macamana prosedur yang dikehendaki untuk mendaftarkan nikah mereka di pej agama di Kedah..

    Terima kasih

  51. Salam,,saya nak bertanyakan pasal kawan saya ni…kawan saya ni sudah berkahwin,,,tapi dia buat hubungan sulit dengan perempuan lain sehinggakan perempuan tu mengandung,,,masalah sekarang kawan saya ni tidak tahu caranya untuk proses untuk poligami,,,isteri pertama nya mengizinkan si suami bertanggungjawap pada perempuan itu,,,maksud kata lain,,si isteri mengizinkan si suami berkahwin..

    Tolong jelaskan..

    • Salam.

      Erakita nasihatkan agar suami berkenaan membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah. Ikuti segala peraturan dan undang-undang yang ada. Lengkapkan borang bersama senarai dokumen yang dikehendaki oleh mahkamah. Selepas didaftarkan, satu tarikh untuk pendengaran kes ditetapkan.

      Hadirlah ke mahkamah pada tarikh berkenaan. Termasuk yang akan dipanggil hadir oleh mahkamah ialah isteri, bakal isteri dan wali kepada bakal isteri. Selepas memberikan segala keterangan yang diminta oleh mahkamah, terserahlah kepada mahkamah untuk memutuskan samada membenarkan kawan saudara itu berpoligami atau tidak. Jika tidak diberi kebenaran, si suami itu masih boleh merayu kesnya di mahkamah rayuan syariah.

      Wallauhu a’lam

  52. .berkahwin lebih dari satu….tak perlu meminta izin pada isteri pertama betul ke???

    • Salam.

      Seseorang suami yang nak berpoligami samada nak berkahwin 2 atau 3 atau 4, persetujuan dari isteri bukanlah satu syarat bagi mendapatkan kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah. Apa yang penting ialah suami berkenaan memohon kebenaran berpoligami dari mahkamah syariah. Biarlah mahkamah tentukan samada suami layak atau tidak berpoligami. Banyak aspek yang perlu ditimbang dan diambil kira oleh mahkamah sebelum memutuskan samada suami layak atau tidak berpoligami. Keizinan dari isteri bukanlah lesen untuk suami dapat berpoligami. Banyak lagi aspek lain yang mahkamah akan lihat dan pertimbangkan.

      Bagaimanapun, keizinan atau persetujuan dari isteri yang sedia ada tidak dinafikan menjadi salah satu aspek yang diambil kira oleh mahkamah. Wallahu a’lam.

  53. Mohon pandangan pihak tuan,

    Saya telah berpisah dgn suami sy 7 thn yg lepas dan mempunyai 2 org ank. Walaupun kami berpisah, beliau bertanggungjawab terhdp anak2 dan kami tidak pernah terputus hubungan sehingga kini dimana keluarga bekas suami juga sering membantu menjaga anak2 sy semasa kecil dan mengambil berat hal anak2 kami sehingga kini, pada setiap hari raya dan urusan penting ank2 juga sering melibatkan keluarga pihak bekas suami sy…kami sering berkongsi masalah dan pendapat sehingga kini.

    Bekas suami berkahwin lain 3 thn yg lepas, tetapi kini dia berhasrat untuk mengambil sy semula sebagai isterinya demi untuk anak2 kami, memandangkan anak2 sudah besar serta untuk menebus semula kesalahan kami kepada anak2 kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dahulu.

    Perkahwinan bekas suami sy dgn isterinya adalah lebih kepada terpaksa memandangkan beliau tersepit, ini kerana beliau mengenali isterinya itu hanya dalam waktu sebulan dan keluarga pihak isterinya telah menganggap bahawa dia serius dan keluarganya amat berharap beliau mengambilnya sebagai isteri dan mereka mengaturkan segala urusan perkahwinan.

    Walaupun ini hanya kisah disebelah pihak bekas suami saya, saya juga berkesempatan mengenali dan berbaik dgn isterinya tetapi akhirnya isterinya membenci saya kerana dia cemburu bila mendapati bekas suami sy tetap menyayangi sy dan anak2 kami lebih2 lagi apabila dia mengetahui perceraian kami berlaku kerana sy yang meninggalkan bekas suami dahulu…iaterinya juga sering cemburu dgn anak2 kami wpun suami sy jarang berjumpa anak2 kami memandangkan jarak kami yg jauh (8 jam perjalanan..)

    Keadaan bekas suami sy sekrg amat tertekan dan sering tidak sihat, kerana isterinya itu…oleh kerana itu, sy sanggup utk meneruskan hubungan ini dgn menjadi isteri keduanya walaupun sy sebenarnya selesa hidup bersendirian bersama anak2…kerana sy bekerja tetap dan mampu menyara diri sendiri.

    Utk pengetahuan tuan, isterinya lebih berumur dari saya dan tidak berapa sempurna kesan dari kemalangan dan penyakit lampau menyebabkan beliau tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai isteri dgn sempurna seperti menggosok baju dan memasak, namun mereka dikurniakan seorang ank yg comel berusia 2 thn.

    Sy tidak pasti adakah sy sepatutnya bersetuju menjadi isteri keduanya demi masa depan anak2 kami dan bagaimana ini dapat dilakukan tanpa kebenaran isterinya.Saya kini semakin menyayangi bekas suami sy, dan apabila beliau sakit kebelakangan ini, sy yang banyak membantunya dan memberi motivasi memandangkan isterinya selalu tidak mengambil berat dan berburuk sangka (walaupun suami sy menjalankan tanggungjwab memberi nafkah zahir … yang batin sy tidak bertanya) sehingga kini mereka jarang berkomunikasi dan tidak mengambil tahu urusan masing2.

    Diharap pihak tuan dapat membantu sy bagaimana sy menghadapi situasi ini, dan patutkah sy menjadi isteri kedua nya demi anak2 kami.

  54. bagi mualaf berwarga asing(perempuan >wali hakim), ingin bernikah dikampung .. bolehkah dia dapat kebenaran dari makhamah untuk bernikah?

  55. Nur Hazira adila

    As slm…sy nk minta pndpt..ade dikalangn spupu sy tlh ditangkap oleh Maj. Agama Islam selangor krana bduaan2 msing2 dibwh umur dn didenda 1k tiap sorang..bru2 ni kami dpt taw psangn trsebut suda trlanjur..dn kemarin mreka mmberitahu akn bkhwin..dgn mnggunakn abg kpd c prmpuan..krana bapa nya xmahu jd wali..adekah procedure prkhwinan mreka perlu ke mhkamah?atau dimudahkn nikah mcm orglain?krana c prmpuan msh brusia 16thn..mohon pnjelasan.t.kasih

  56. as salam.. sy nk minta pendapat…ada seorang kwn sy khwin ngn warga asing [pakistan]tp mereka khwin kt thailand
    sudah 2 tahun,belum di kurnia kan ank…ttp baru2 nie ada 1 tangkapan terhadap suami nya.pernikahan mereka sah
    dr hukum syarak….cuma sekarang dlm proses perdaftaran di malaysia….dan kini suami msh dalam tangkapan mereka….
    menurut anda apa yg teman sy kena…hrap blh bg perjelasan mengenau ini….??

  57. Salam..saye nak bertanye..ba

  58. Salam..saya nak berkahwin dgn wanita pilihan saya tetapi saya telah mempunyai isteri orang Indonesia disini di mana pernikahan itu di dilakukan di sini..adakah saya perlu memohon perintah mahkamah juga..dan untuk makluman tuan..isteri saya tidak menetap di Malaysia..apakah prosedur yg perlu saya lalu..isteri saya warga indonesia

    • Walaikumussalam wbt.

      Sebagai orang yang bermastautin di Malaysia, lebih baiklah jika Tuan membuat permohonan kebenaran berpoligami di malaysia di negeri di mana Tuan berasal atau bermastautin. Pernikahan tuan yang pertama juga adalah di malaysia walaupun isteri pertama itu adalah warganegara Indonesia. Tuan pula orang warganegara Malaysia. Justeru, perlu akur dengan undang-undang di malaysia. Ini kerana, jika tuan bernikah di luar negarapun, tuan masih perlu mendaftarkan pernikahan berkenaan di pejabat pendaftar pernikahan di jabatan agama Islam dalam tempoh 6 bulan setelah tuan kembali ke Malaysia.

      Dalam masa yang sama, sekiranya tuan hendak melangsungkan perkahwinan di Indonesia, tuan perlu akur dengan peraturan dan undang-undang berkaitan poligami di negara berkenaan. Setelah itu, tuan masih perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut di jabatan agama Islam dalam tempoh 6 bulan sekembali tuan ke Malaysia.

      Erakita menasihatkan agar tuan hadir dan dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu dari pebdaftar perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia sebelum meneruskan pernikahan kali kedua itu.

      Wallahu a’lam

  59. Salam,….saya ingin bertanya tentang masalah saya ini. Suami saya telah berkawhin tanpa izin saya. Saya mula mengesannya pabila sorg rakan saya memberitahu saya dan saya dan ank2 merasa amat kecewa kerana perkahwinan itu. Untuk makluman tuan, suami saya telah disihirkan kerana saya cuba mengubatinya seara perubatan islam. Semua ustaz mengatakan yang sama, tapi sayang kesedarannya telah terlewat pabila dia telah berkawin di golok. Persoalannya sekarang ini ialah saksinya yang berada di Golok tidak akan hadir ke mahkamah tinggi, adakah dia akan disahkan juga tanpa kehadiran saksi, kedua permpuan ini saya dengar telah mengandung, sekiranya perkahwinannya tidak sah, bagaimana kedudukannya, Perempuan ini telah menyatakan kepada saya dia akan kawin dgn apa cara sekalipun. Saya pernah bertanya kepadanya kenapa kawin dgn suami gunakan cara yang kotor? jawabnya pada saya NO KOMEN. Alangkah sakitnya hati saya dan anak2. Saya telah membuat keputusan sekiranya dia disahkan saya akan berundur menjadi isteri suami saya. Saya bertindak begini kerana saya tak mahu lagi ditipu dan sakitkan hati saya lagi. Suami saya pernah berpesan kepada saya bahawa jangan tinggalkan dia dan minta saya mengubati dia dengan cara apa sekalipun sehingga dia bercerai walaupun dia telah menikah 2 hari. Saya telah berusaha mengubatinya…. dia kini melahirkan rasa menyesal dan mengaku bersalah. Soalannya lagi berdosakah dia andainya dia menginggalkan perempuan itu
    ?

    • Walaikumussalam wbt.

      Pernikahan kedua suami puan dengan wanita di thailand itu perlu disahkan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah. Jika sah, ia akan didaftarkan di jabatan Agama Islam dan sijil nikah akan dikeluarkan. lazimnya, jika pernikahan itu bertentangan dengan udang-undang, pasangan lazimnya didakwa dahulu atas kesalahan nikah tanpa kebenaran dari mahkamah.

      Jika tidak sah, mahkamah akan menfarakkan pernikahan tersebut. Jika difarakkan, tidak timbul soal suami nak bercerai dengan isteri kedua itu.

      Jika benar ada pernikahan dan ianya disahkan oleh mahkamah, maka terserahlah kepada puan selepas itu samada hendak menfailkan tuntutan perceraian dengan suami atau sebaliknya. Soal suami berdosa bercerai dengan isteri kedua itu atau tidak, hanya Allah yang dapat memutuskannya. Ini kerana, jika ada alasan kukuh untuk bercerai, hukum syarak juga menharuskannya bagi tujuan menghindarkan mudarat kepada pihak-pihak. Contohnya, suami atau isteri bertindak melakukan perkara-perkara terlarang dalam agama seperti zina, arak, dadah, ganas dalam rumahtangga dan banyak lagi perlanggaran agama. Atau juga barangkali pasangan itu telah dijangkiti penyakit kronik seperti aids akibat hubungan kelamin dengan orang yang bukan isteri atau suaminya.

      Erakita nasihatkan agar puan bersabar dan tidak bertindak terburu-buru. Biarlahlah mahkamah menentukan kedudukan perkahwinan tersebut terlebih dahulu samada sah atau tidak. Selepas itu, bertindaklah secara berhemah dan suci hati. Mohon khidmat nasihat kepada mana-mana pegawai agama khususnya di unit kaunseling atau pegawai di unit pendaftaran perkahwinan. tidak salah juga jika sekiranya puan mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari mana-mana peguam syarie yang bertauliah.

      Wallahu a’lam

  60. Sy bkhwin duda ank 2, soaln sy, blhkah suami rjuk blk dgn bekas istrinya yg tlh cerai taklik., tnpa pngthuan sy. Perlukah minta izin sy.

    • Salam Puan Ima.

      Sukacita sekiranya Puan Ima dapat memperincikan soalan Puan agar erakita dapat memahaminya. Soalan tersebut nampaknya terlalu ringkas dan kurang jelas pada erakita. Semoga dengan soalan yang lebih terang dan jelas, erakita dapat memberikan pandangan dan nasihat.

      Terimakasih dan wassalam

  61. Assalamualaikum. Permasalahan saya ialah, saya sudah bertunang dengan seorang saudara baru dan kami akan berkahwin tidak lama lagi. Tetapi tunang saya sudah berumah tangga sebelum memeluk islam dan tidak melakukan proses perceraian kerana mereka terus hidup berasingan selepas terjadi konflik dalam rumah tangga mereka dan tunang saya memeluk islam selepas itu. Jadi soalan saya, apabila kami akad nikah atau melakukan proses permohonan nikah, adakah tunang saya perlu memberi tahu tentang perkahwinannya yang sebelum ini dan macam mana nak selesaikan masalah ini. Tunang saya memeluk islam tanpa pengetahuan keluarganya dan kalau boleh dia tidak mahu keluarganya tahu mengenai perkahwinan kami

    • Walaikumussalam wbt.

      Apa yang perlu dilakukan oleh tunang saudari Siti itu ialah beliau perlu memohon di mahkamah syariah bagi membubarkan perkahwinan terdahulunya dengan isterinya yang dilangsungkan semasa mereka masih lagi bukan Islam. Lazimnya Mahkamah akan memanggil isteri yang sedia ada ke mahkamah syariah untuk memberikan respon terhadap permohonan si suami melalui notis panggilan mahkamah.

      Mahkamah akan tentukan samada perkawinan terdahulu perlu dibubarkan akibat pemelukan suami ke dalam Islam. Isteri sedia ada akan ditanya samada beliau mengetahui samada beliau mengetahui mengenai pengislaman suaminya. Isteri juga perlu ditanya samada beliau pernah diajak oleh suami untuk memeluk Islam. Termasuk yang ditanya samada isteri pernah diberi peluang oleh pihak suami mahupun Pegawai Agama untuk mengikuti suami memeluk Islam.

      Pembubaan perkahwinan terdahulu hanya akan dibuat apabila mahkamah berpuashati bahawa isteri telah dimaklumkan mengenai pengislaman dan telah diajak tetapi menolak untuk memeluk Islam. Termasuk yang diambil kira adalah habisnya tempoh eddah isteri akibat pemelukan Islam oleh suami.

      Mengenai perkahwinan saudari dengan lelaki saudara baru itu, statusnya samada bujang atau duda atau mana-mana yang berkaitan hendaklah dinyatakan dalam borang yang disediakan. Hal ini perlu dinyatakan bagi mengelak masalah pada masa akan datang.

      Oleh yang demikian, sekali lagi dimaklumkan bahawa tunang saudari itu perlu memohon bagi pembubaran perkahwinan akibat pertukaran agama di mahkamah syariah di bawah seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

      Terimakasih dan wassalam

  62. slm..sy mau thu sekiranya bpa perempuan yg menyuruh anknya membuat permohonan wali hkim untuk berkahwin,sah ke perkahwinan itu

    • Salam.

      Permohonan kebenaran berwali hakim boleh difailkan pada bila-bila masa sebelum suatu perkahwinan itu dilangsungkan. Permohonan tersebut perlu disokong dengan Affidavit yang menyatakan alasan mengapa perkahwinan wanita berkenaan memerlukan penggunaan wali hakim. Semasa pendengaran permohonan berkenaan, pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas mengapa ia perlu menggunakan wali hakim. Jika sekiranya bapa kandung wanita berkenaan masih hidup, bapa berkenaan akan dipanggil ke mahkamah bagi mendapatkan penjelasan mengapa anak perempuannya perlu menggunakan wali hakim.

      Jika tiada alasan kukuh yang diiktiraf oleh hukum syarak bagi menggunakan wali hakim seperti anak tak taraf dan lain-lain sebagaimana yang dinyatakan dalam artikel di atas, maka mahkamah lazimnya akan meminta si bapa tadi untuk menjadi wali dalam perkahwinan tersebut. Lazimnya si bapa tersebut akan diberikan tempoh tertentu untuk berbuat demikian.

      Sekiranya berlaku keengkaran bapa untuk menjadi wali dalam perkahwinan anaknya, maka baharulah mahkamah akan membuat keputusan samada pernikahan tersebut dilangsungkan menggunakan wali hakim. Sebarang keputusan mengenai penggunaan wali hakim hanya akan diputuskan oleh mahkamah setelah semua keterangan dari pihak pemohon dan bapanya dipeolehi dan diperhalusi.

      Justeru, tidak timbul isu samada sah atau tidak pernikahan tersebut pada peringkat ini. Jika telah ada keputusan mahkamah nanti, pihak-pihak berkaitan hendaklah mematuhinya. Wallahu a’lam.

  63. angleaquarius

    salam

    saya seorang perempuan warganegara malaysia dan ingin berkahwin dengan lelaki warganegara indonesia. namun hasrat kami untuk berkahwin tidak dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. jika kami ingin juga berkahwin tanpa persetujuan keluarga apa yang perlu kami lakukan? bagaimana cara untuk kami berkahwin? jika ada cadangan dan nasihat yang boleh diberikan?

    mohon jawapan.. terima kasih

    • Salam.

      Sebagai warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, saudari bolehlah hadir di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di tempat di mana saudara bermastautin. Berjumpalah dengan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk. Maklumkan situasi saudari sebenarnya. Apa yang saudara perlu lakukan ialah hadirilah kursus perkahwinan, isi borang kebenaran berkahwin yang boleh diperolehi di Jabatan Agama Islam dan juga borang-borang berkaitan termasuklah borang untuk diisi wali nikah. Jika wali tidak bersetuju untuk pernikahan saudari, tak perlu bimbang kerana masih ada jalan yang diberikan oleh undang-undang dan hukum syarak.

      Jika berlaku keengganan wali untuk menikahkan saudara, saudara hanya perlu mendapatkan kebenaran bernikah menggunakan wali hakim atau raja di Mahkamah Syariah. Alasan yang digunakan ialah wali nasab enggan mewalikan pernikahan saudari. Mahkamah akan memanggil saudari termauk wali tersebut dan wali akan diminta memberikan alasan yang kukuh mengapa engan menjadi wali. Jika keengganan itu tidak munasabah, mahkamah lazimnya akan memberi tempoh tertentu barang seminggu atau 2 minggu atau mana-mana tempoh yang munasabah kepada wali berkenaan untuk menikahkan si wanita tersebut.

      Jika dalam tempoh tersebut si wali masih enggan menjadi wali, mahkamah lazimnya akan memutuskan bagi memberi kebenaran kepada wanita berkenaan untuk bernikah menggunakan wali hakim. Justeru, saudari tidak perlu bimbang. Jika semua undang-undang dipatuhi, inshaa Allah, saudari akan dapat bernikah juga akhirnya. Soal keluarga kedua pihak tidak setuju, hal tersebut usah dijadikan sebagai batu penghalang untuk meneruskan perkahwinan dengan pasangan dari Indonesia itu. Yang penting, saudari yakin dan pasti bahawa lelaki itu adalah lelaki yang baik dan sesuai untuk menjadi suami saudari.

      Bakal suami dari Indonesia itu pula perlu mendapat kebenaran berkahwin luar negara dari kedutaan atau pejabat konsulat Indonesia yang terdekat untuk tujuan perkahwinan dengan saudari. Pendek kata, elakkan dari kahwin lari atau bernikah dengan menggunakan mana-mana sindekit perkahwinan atau jurunikah tak bertauliah. Elakkan juga dari bernikah di sempadan tanah air yang tidak melalui proses undang-undang bagi mengelak keadaan akan menjadi semakin rumit.

      Selamat berusaha dan semoga urusan saudari dipermudahkan Allah

      Terimakasih dan wassalam

  64. As salam…bgmana pula dgn kes tngkap khalwat..perlukah berkahwin terus jika bersetuju tanpa wali dan mggunakan wali hakim di mahkamah shja??

    • Walaikumussalam wbt.

      Samada ditangkap kerana bersekedudukan tanpa ikatan pernikahan yang sah atau khalwat, pasangan lelaki dan wanita yang terbabit perlu mematuhi undang-undang. Mereka perlu mengikuti semua peraturan yang ada sebagaimana pasangan biasa. Tertangkap berkhalwat bukan satu lesen untuk bernikah secara sembrono atau tergesa-gesa dengan mengenepikan peraturan dan undang-undang.

      Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Agama Islam. Isi borang bagi pasangan yang nak berkahwin, saksi termasuk wali nikah. Jika nak bernikah di daerah lain atau negeri lain, perlu dapatkan kebenaran berkahwin luar daerah atau negeri dari pendaftar pernikahan dari daerah asal pasangan berkenaan.

      Perlu diingatkan bahawa menjadi satu keperluan untuk pasangan yang nak bernikah itu untuk mengikuti kursus pernikahan terlebih dahulu daripada mana-mana pengendali kursus yang dilantik atau ditauliahkan oleh pihak berkuasa agama. Sijil kursus perkahwinan perlu dikemukakan kepada pendaftar perkahwinan semasa mengemukakan borang permohonan perkahwinan.

      Mengenai wali, sudah pastilah ia satu perkara penting dalam perkahwinan. Ia adalah rukun nikah yang wajib dipenuhi. Perkahwinan tergesa-gesa dengan menggunakan wali hakim bukanlah cara yang betul. Ini kerana, wali nasab seperti ayah kandung mesti dijadikan sebagai wali nikah bagi si wanita itu dalam pernikahannya. Lainlah keadaannya sekiranya memang sudah tidak ada wali nasab dalam semua peringkat. Jika sudah tidak ada wali nasab dalam semua peringkat, baharulah wali hakim atau wali raja terpakai.

      Sayugia diingatkan bahawa penggunaan wali hakim atau raja tidak boleh diputus atau ditentukan oleh Pendaftar Perkahwinan. Dalam undang-undang keluarga Islam, hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh memutuskan samada seseorang wanita itu perlu menggunakan wali hakim atau wali raja. Bagi menentukan hal tersebut, si wanita perlu membuat permohonan terlebih dahulu kepada mahkamah syariah untuk memohon kebenaran bernikah menggunakan wali hakim. Kes tersebut perlu didaftar dan dijadualkan pada tarikh yang ditetapkan. lazimnya, pendengaran permohonan adalah dibuat di hadapan hakim syarie. Pemohon pula perlu bersedia dengan saksi-saksi yang benar-benar mengetahui kedudukan wanita berkenaan bahawa ia sudah tidak mempunyai sesiapa dalam semua peringkat wali nasab yang boleh menjadi wali dalam pernikahannya.

      Justeru, dalam kes yang saudari Sarah kemukakan di atas, erakita menasihatkan agar pasangan berkenaan mengelak dari mencari jalan pintas. Hal yang mengaibkan sudah terjadi. Lambat laun ahli keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai akan mengetahui juga. Adalah lebih baik kedua pihak bersemuka terus dengan ahli keluarga masing-masing dan mengakui kekurangan dan kesilapan yang telah berlaku. Ingatlah bahawa tidak ada manusia yang sempurna dari melakukan salah dan silap. Pasti ada saja kelebihan dan kekurangannnya. Mohon maaf kepada keluarga kedua belah pihak. Nyatakan hasrat untuk bernikah secara baik. Dekatkan diri kepada Allah. Mohon ampun kepada Allah atas apa yang telah berlaku. Erakita percaya bahawa lambat laun, keluarga juga boleh menerima kekurangan dan kesilapan yang telah berlaku. Ikutilah peraturan dan undang-undang yang ada.

      Semoga pandangan ini ada manfaatnya untuk pasangan berkenaan. Wallahu a’lam.

      • Bgmana jika sudah menikah mggunakn wali hakim shja disebabkn wanita itu bersetuju?? Adakah sah?? Dn kes pula dibawa ke mahkamah syariah dn wali hakim perlu hadir juga

      • Salam.

        Tidak ada masalah dengan pernikahan yang menggunakan wali hakim asalkan pernikahan tersebut telah melalui proses undang-undang sepertimana yang erakita jelas di atas. Jika sudahpun bernikah dengan menggunakan wali hakim, hal tersebut adalah dikira telah menepati undang-undang dan hukum syarak. Cuma erakita perlu tegaskan di sini bahawa wali hakim yang dimaksudkan adalah wali yang telah dilantik khas oleh pemerintah sesebuah negeri. Jika negeri itu ada raja atau sultan, maka perlantikan itu adalah dari sultan atau raja memandangkan raja atau sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri berkenaan.

        Wali hakim adalah wali yang khusus. Ia bukan seperti jurunikah biasa yang mendapat lantikan dari Majlis Agama Islam atau pihak berkuasa agama. Jumlah wali hakim juga adalah terhad. Jurunikah biasa yang tidak ditauliahkan sebagai wali hakim oleh pemerintah tidak boleh menikahkan pasangan yang tidak ada wali.

        Justeru, jika telah bernikah menggunakan wali hakim, saudari perlu memastikan bahawa wali hakim yang saudari maksudkan itu adalah wali hakim yang benar-benar dilantik oleh pemerintah. Seterusnya, perlu ditekankan lagi bahawa kebenaran bernikah menggunakan wali hakim itu benar-benar dikeluarkan oleh mahkamah syariah, bukannya dari individu atau agensi atau mana-mana pihak yang tidak diketahui statusnya.

        Pendek kata, apabila telah melalui proses di mahkamah syariah, pendengaran kes telah disempurnakan, keputusan hakim sudah dibuat bagi membenarkan penggunaan wali hakim, maka tidak perlu timbul kerisauan atau masalah. Ini kerana mahkamah syariah tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya melainkan setelah meneliti dan mengambilkira semua keadaan yang ada berdasarkan undang-undang dan hukum syarak.

        Wallahu a’lam. Terimakasih.

  65. Assalamualaikum…
    Saya warga Singapura tapi bakal suami saya berasal dari Klang seorang duda. Pernikahan ini akan dilaksanakan di Singapura, InsyaAllah tahun depan bulan April.
    Dokumen apa yang perlu dia bawa selain
    mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin luar negeri dari Pendaftar Perkahwinan dari Kariah atau tempat asal bakal suami saya di Klang. Dokumen itu diperlukan untuk membolehkan suatu perkahwinan dapat dilangsungkan di luar daerah atau Negeri oleh Pendaftar Perkahwinan di daerah atau Negeri berkenaan. Berapa lama kah jangka masanya..?
    Dan dokumen apakah saya perlu bawa jikalau kita bernikah di Pahang, dirumah ibu bapa bakal suami saya..? Adakah prosesnya rumit dan susah..?
    Semoga tuan boleh menasihati saya.
    Terima kasih.

    • Maaf saya seorang janda..

      • Walaikumussalam wbt.

        Dalam situasi Saudari Khemmy di atas, ERAKITA menyarankan agar saudari membuat keputusan mulai dari sekarang samada nak melangsungkan pernikahan tersebut di SIngapore atau di Pahang. Singapore ada undang-undang perkahwinan tersendiri yang mesti dipatuhi jika perkahwinan itu dilangsungkan di Singapore.

        Andaikata pernikahan itu dilangsungkan di Pahang, apa yang penting saudari kemukakan sebagai warganegara Singapore adalah passport, pengesahan status sebagai bujang atau janda. Jika janda, bersedialah dengan dokumen perceraian terdahulu seperti sijil cerai atau perintah perceraian daripada mahkamah. Satu lagi dokumen penting yang saudari perlu kemukakan kepada pendaftar pernikahan di Jabatan Agama Islam Pahang ialah Surat Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa agama di Singapore atau dari kedutaan singapore jika sekiranya kebenaran tersebut tidak dapat diperolehi dari pihak berkuasa agama di SIngapore.

        Bagi bakal suami pula, sudah tentu antara dokumen penting yang mesti disediakan adalah pengenalan dirinya, sijil kursus perkahwinan (ada sesetengah negeri yang tidak memerlukan duda itu mengemukakan sijil kursus kahwin), sijil cerai dari perkawhinan terdahulu dan lain-lain dokumen yang berkaitan sekiranya diminta oleh Pendaftar Pernikahan di Pahang.

        Samada pasangan yang hendak berkahwin itu berstatus bujang atau duda atau janda, prosedur nikahnya sama saja. Tak susah dan tak rumit. Perkara penting terawal yang perlu dilakukan adalah dengan hadir sendiri ke pejabat pendaftar pernikahan di Pahang dan minta penjelasan apakah dokumen yang diperlukan dan prosedur yang perlu dilalui.

        Secara umumnya, prosedur perkahwinan di semua negeri di Malaysia adalah serupa. Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada saudari. Terimakasih dan wassalam.

  66. Salam.. Saya nak tanya..saya ingin berpoligami..sudah pon meminta keizinan mahkamah tinggi syariah dan sudah dibenarkan..saya dah settle part pengantin lelaki dan sudah memberi kepada perempuan (saya org selangor)
    Bakal isteri kedua saya sudah pon proceed dan sudah mendapat surat kebenaran kahwin..

    Tetapi masalahnya surat kebenaran kahwin itu di bahagian pihak lelaki just dikosongkan sahaja..sepatutnya ditulis nama mahkamah tinggi dan no rujukan kes.. Tunang saya tidah mahu pergi pejabat agama utk betolkan semula.. Tetapi surat kebenaran tu mmg ada dokumen sokongan semua yg lengkap.. Saya rasa masalah pegawai agama pon terlepas pandang… Adakah ia akn ada masalah nnti???? Sbb bg saya pon ianya adalah surat kebenaran khwin shj..bukan nikah..harap tuan dpt jawab

    • Walaikumussalam wbt.

      Apa yang diperlukan oleh undang-undang telahpun saudara penuhi. Kebenaran berpoligami telah diberikan oleh Mahkamah. Dengan dokumen itu, tidak ada masalah lagi bagi pernikahan ini untuk dilangsungkan. Mengenai surat kebenaran yang telah dikosongkan itu, sebaiknya rujuklah seberapa segera ke pejabat pendaftar perkahwinan di Selangor. Jika perlu dilengkapkan, lengkapkan segera. Dikuatiri nanti berlaku perkara yang tidak dijangka dan akan menyebabkan penangguhan majlis pernikahan itu.

      Bersegeralah menghubungi pejabat pendaftar perkahwinan dan dapatkan maklumat yang perlu. Elakkan bertangguh dan melakukannya pada saat akhir. Semoga urusan dipermudahkan Allah.

  67. I go to see day-to-day a few web pages and websites to read articles, however this webpage provides feature based content.

  68. askum wbt

    saya ayu dari johor.saya ada berapa soalan ingin dan sering merungsingkan pemikiran saya sejak kebelakangan ini.saya akan melangsungkan pernikahan pada november ini.dan saya telah pun menghantar pemohonan wali hakim di mahkamah syariah.saya merupakan anak dari hasil ibu terlanjur bersama bekas teman lelakinya dahulu.saya ialah anak tunggal ibu.dan kini menetap bersama adik ketiga ibu saya….memandang ibu saya seorang oku dan sedang menghadapi rawatan dialysis.saya bimbang akan risiko ibu di mahkamah nanti.adakah ibu ditahan ataupun tidak?kerana didalam sijil kelahiran dan ic saya dibinti kan teman lelakinya dan sekarang lelaki itu pun telah melarikan diri dan meninggalkan ibu saya tanpa pernikahan selama 20 tahun.soalan yang merungsingkan saya adalah:-

    *adakah ibu saya ditahan di mahkamah akibat keterlanjurannya?
    *berapakah denda yang dikenakan?
    *apakah patut saya membatalkan pernikahan saya bersama pasangan untuk selamatkan ibu saya?
    *adakah saya dibenarkan guna wali hakim dan ibu bebas dari hukuman?

    saya memohon puan dapat membantu saya untuk saya mendapat jawapan yang jelas.
    terima kasih

    • Walaikumussalam wbt.

      Situasi yang dihadapi Cik Nurul Hidayu cukup menyentuh perasaan. Terimakasih atas pertanyaan di atas. Cik Nurul tidak perlu risau mengenai hasrat untuk bernikah pada bulan November ini. Teruskan permohonan kebenaran berwali hakim itu di Mahkamah. Tindakan yang Cik Nurul lakukan itu adalah betul.

      Dalam situasi Cik Nurul, sekiranya benar Cik Nurul anak hasil dari kerlanjuran ibu bersama teman lelakinya satu ketika dulu, Cik Nurul adalah layak untuk bernikah menggunakan wali hakim. Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang berkuasa untuk memberi kebenaran kepada wanita yang hendak berkahwin dengan menggunakan wali hakim.

      Mengenai kerungsingan Cik Nurul terhadap ibu yang sedang sakit dan dikuatiri akan ditahan di Mahkamah apabila kes ini didengar nanti, hal itu tidak perlu dirisaukan. Hadirlah ke Mahkamah apabila dipanggil. Beri kerjasama sepenuhnya. Dalam hal ini, keterangan ibu memang perlu dan penting di Mahkamah. Jika mampu, ibu perlu hadir memberi keterangan sebenar mengenai status Cik Nurul agar mahkamah dapat membuat keputusan yang betul.

      Mahkamah tidak akan menahan ibu Cik Nurul. Kehadiran ibu ke mahkamah adalah atas sifatnya sebagai saksi penting, bukan sebagai penjenayah. Selagi tidak ada aduan dan tiada pendakwaan atas kesalahan melakukan persetubuhan haram terhadap ibu, selagi itulah Mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa ke atas ibu. Lebih-lebih lagi ibu dalam keadaan kritikal dengan rawatan dialisisnya. Islam adalah agama yang adil.

      Justeru, teruskan permohonan bagi mendapatkan kebenaran berwali hakim di Mahkamah. Tidak timbul sama sekali tindakan untuk membatalkan perkahwinan yang bakal dilangsungkan tak lama lagi. Dalam keadaan Cik Nurul sekarang, Cik Nurul adalah layak bernikah menggunakan wali hakim.

      Semoga pencerahan ini dapat meringankan kekusutan fikiran Cik Nurul. Wallahu a’lam.

      • Salam ustaz,sy nak tnya.ibu sy dah lama bercerai dgn ayah kandung sy.dan skrg dia tinggal di k.lumpur dan .sy nak kahwin 15.1.2014 nie..tetapi sy call msg bnyk sngt kat ayah sy dia x rply dan block call sy..klau sy nak berwalikan hakim.biasenye makan masa brapa lame? Mohon ustaz bgtahu…

  69. salam…saya berasal dari kelantan. bakal suami saya orang singapore. apa dokumen yang perlu dia prepare untuk berkahwin di malaysia?

    • Walaikumussalam wbt.

      Pertama sekali, Tuan dinasihatkan agar datang ke Pejabat Agama Islam di Kelantan di mana Tuan akan melangsungkan perkahwinan. Dapatkan nasihat dari Pendaftar Perkahwinan mengenai prosedur perkahwinan dan dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan untuk tujuan perkahwinan. Biasanya pejabat pendaftar perkahwinan menyediakan senerai semak atau check list mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pasangan yang hendak berkahwin.

      IDalam kes ini, bakal pasangan Tuan itu adalah dari Negara luar. Ada kalanya pasangan dari Luar Negara diminta untuk mengemukakan kebenaran bernikah di Malaysia dari pejabat konsulat atau kedutaan negaranya. Ada juga situasi di mana kebenaran perkahwinan luar negara diperlukan dari Pendaftar Perkahwinan orang-orang Islam di negara asal pasangan berkenaan. Jelaskan kepada pendaftar perkahwinan di Kelantan itu mengenai kedudukan pasangan Tuan.

      Selain kebenaran bertulis dari pihak berkuasa agama atau konsulat atau kedutaan pasangan Tuan, lain-lain dokumen asas yang diperlukan sudah tentulah dokumen perjalanan yang sah seperti pasport dan pengesahan status perkahwinan samada masih bujang atau janda.

  70. Assalamualaikum..

    Saya Muhammad dari Johor. Saya sekarang berada di luar negara dan tidak dapat untuk menguruskan urusan perkahwinan saya dan hanya akan balik penghujung tahun ini. Saya ada dua persoalan mengenai poligami. Saya telah memohon kebenaran untuk berpoligami di mahkamah tetapi belum lagi diluluskan. Dijangka akan diluluskan 3 hari sebelum hari perkahwinan saya berlangsung. Persoalan saya, pertama, bolehkah pihak perempuan meneruskan permohonan kebenaran berkahwin walau surat kebenaran berpoligami belum lagi dikeluarkan? Kedua, bolehkah pihak peguam keluarkan apa2 surat iringan untuk disertakan bagi meyokong permohonan kebenaran berkahwin tersebut sebelum surat kebenaran poligami dikeluarkan oleh mahkamah?

    Mohon penjelasan dari pihak tuan mengenai masalah saya dia atas.
    Terima kasih. Wassalam.

    • Walaikumussalam wabt.

      Terimakasih atas kedua-dua persoalan di atas. Menurut undang-undang keluarga Islam bagi setiap negeri di Malaysia, samada seseorang lelaki yang hendak berpoligami itu sedang berada di luar negara atau berada dalam negara atau negeri, kebenaran berpoligami wajib diperolehi terlebih dahulu dari mahkamah tinggi syariah.

      Sebarang dokumen sokongan dari mana-mana pihak samada dari orang-orang kenamaan, VVIP, menteri, mufti, peguam dan sebagainya adalah tidak boleh digunakan sebagai satu kebenaran untuk berpoligami. Hanya kebenaran dari Mahkamah Syariah sahaja yang sah dan boleh digunakan untuk perkahwinan tersebut.

      Justeru, tidak ada jalan lain melainkan Tuan perlulah mengikuti segala peraturan dan undang-undang yang telah termaktub dan sedang berkuat kuasa ketika itu. Jika ada kemahuan, pastinya Tuan akan melakukan usaha lebih dan bersungguh-sungguh termasuk meminta pelepasan cuti dari majikan mahupun tempat belajar untuk membolehkan Tuan mengurus perkara ini. Semoga urusan Tuan di permudahkan Allah.

      Wallahu a’lam

  71. krna sy ank jdi mangsa..jgan la kwin lari,sy menyesal sngat2…

  72. slm…sya nk tahu apa yg ptot sya buat skrang ny.mslh sy mcm ni..bpa sy xnk jd wali sy di sbbkn bpa tunang sy adalah musuh dia…n sya pulak bermslh mengenai i.c n surat beranak.. i.c sya mcm nyh NURULSYAFINA ZAKARIA tp zakaria bkn bpa kandung sya..bpa kandung sya SYAFIEE dan surat beranak sya pula xdak…ada ini akan menjadi mslh untk proses nikah??

    • Walaikumussalam wbt.

      Perlu diingat bahawa wali adalah salah satu rukun dalam pernikahan. Dalam mazhab syafie, wali adalah perlu untuk membolehkan suatu nikah itu sah. Jika saudari nak bernikah, pastikan bahawa wali yang digunakan dalam pernikahan nanti adalah bapa kandung sebenar. Jika dalam situasi saudari sekarang, Syafiee itulah yang menjadi wali nikah sekiranya dia benar-benar bapa kandung saudari dan bukannya Zakaria.

      Mengenai keengganan menjadi wali, saudara tidak perlu bimbang. Buatlah permohonan mendapatkan kebenaran berwali hakim di Mahkamah syariah jika bapa kandung saudari itu ternyata tidak mahu sama sekali nak jadi wali. Biarlah Mahkamah yang tentukan walinya. Perlu diingat bahawa keengganan wali untuk menjadi wali nikah tanpa sebab kukuh merupakan satu sebab atau alasan wali berpindah kepada wali hakim.

      Mengenai kedudukan saudari yang berbintikan orang lain (Zakaria) sebagaimana tercatat dalam kad pengenalan, hal tersebut bukanlah satu masalah dalam pernikahan saudari. Buat saja surat akuan (surat sumpah) mengenainya yang menyatakan kedudukan sebenar bapa kandung. Maklumkan hal ini kepada Pendaftar Perkahwinan semasa hendak membuat permohonan kebenaran bernikah.

      Saudari juga boleh membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memperbetulkan nama bapa kandung sebenar dalam kad pengenalan tersebut. Jika diminta oleh JPN untuk mendapatkan pengesahan mengenai nasab atau bin di Mahkamah Syariah, saudari perlu akur dan buatlah permohonan pengesahan nasab di Mahkamah Syariah nanti.

      Mengenai ketiadaan surat beranak, hal tersebut lazimnya bukanlah satu halangan untuk pernikahan dilaksanakan. Jika telah ada kad pengenalan, kad tersebut sudah memadai kerana ia juga merupakan pengenalan diri. Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang kemungkinan pada masa hadapan, ada baiknya datang dan berjumpa dengan pegawai JPN. Dapatkan pandangan dan nasihat yang perlu mengenai apa yang perlu dilakukan. Inshaa Allah, lambat laun, segalanya akan selesai berkat kesabaran dan keikhlasan saudari untuk menerima apa juga ujian daripada Allah.

      Wallahu a’lam

  73. salam, saya ada masalah berkaitan ibubapa saya.kedua2 telah meninggal. saya akan berkahwin tidak lama lagi. tetapi surat nikah ibubapa saya tidak ditemui. apabila saya pergi ke pejabat agama bertanya baru saya ketahui bahawa ketika bapa saya bernikah dengan ibu dia telah berkahwin sebelum ini dan tidak mendapat kebenaran isteri pertama serta perintah mahkamah. jua ibu menikah di luar daerah iaitu di KL padahal dia berasal di perak .tetapi ibu bekerja di KL ketika itu. persoalan saya bagaimana saya ingin mendapatkan sijil nikah mereka dan adakah sah perkahwinan mereka? harap dapat membantu saya yang dalam kesulitan ini.

    • Walaikumussalam wbt.

      Situasi yang saudari Kira hadapi ini memang merumitkan, lebih-lebih ianya berlaku di saat saudari Kira hendak mendirikan rumahtangga. Memang diakui bahawa wali merupakan salah satu rukun kepada pernikahan dalam Islam. urutan atau ketertiban wali juga mestilah diambil kira sebelum akad nikah dilangsungkan.

      Melihat kepada situasi saudari Kira, status nasab saudari Kira perlu diketahui terlebih dahulu. Ini kerana, pernikahan ibubapa saudari Kira tidak pernah didaftarkan di Jabatan Agama Islam. Maknyanya, tidak ada dokumen atau bukti hitam putih mengenai pernikahan ibu bapa saudari Kira. Dengan ketiadaan dokumen atau bukti pernikahan ibubapa saudari Kira, itu merupakan satu cabaran tersendiri saudari dalam pernikahan ini. Isu di sini adalah isu perwalian.

      Jika kedua ibubapa itu masih hidup, maka mereka perlu memohon pengesahan status pernikahan mereka di Mahkamah terlebih dahulu. Jika sah, maka nikah itu boleh didaftarkan di Jabatan Agama bagi tujuan pengeluaran sijil nikah. Nasab atau keturunan anak (saudari Kira) juga dapat diketahui samada sah taraf atau tidak dengan suami kepada ibu tersebut ketika kes itu diputuskan.

      Jika nikah ibubapa saudari tidak sah, nasab anak juga mesti diputuskan samada sah atau tidak oleh Mahkamah sebagaimana arahan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka dalam salah satu kes rayuan pada tahun tahun 2012. Pengesahan nasab anak perlu bagi menentukan statusnya dan ini sekaligus memudahkan urusan penentuan wali nikah kepada anak perempuan pasangan pada satu masa nanti. Soal pewarisan juga dapat diketahui dengan adanya pengesahan status nasab.

      Masalah yang berlaku adalah kedua ibubapa saudari telah meninggal dunia. Dalam situasi ini, antara tindakan yang boleh dilakukan oleh saudari ialah:

      1. Membuat permohonan bagi pengesahan pernikahan antara ibu dan bapa saudari di mahkamah syariah di mana mereka tinggal atau bermastautin. Saudari boleh bertindak sebagai pemohon kerana saudari ada kepentingan yang tinggi dalam kes ini. Nyatakan dalam affidavit sokongan kepada permohonan ini mengenai hubungan saudari dengan ibu dan bapa serta alasan mengapa pengesahan perkahwinan tersebut adalah perlu pada saat ini. Nyatakan bahawa pengesahan nikah itu perlu bagi menentukan nasab saudari samada boleh dibin atau dibintikan kepada si bapa, keperluan menentukan status sebagai waris dalam soal perwarisan harta pusaka dan yang terpenting sekali, bagi menentukan wali dalam pernikahan saudari.

      2. Saudari amat dianjurkan untuk mendapatkan khidmat peguam syarie dalam menangani permohonan ini. Ini kerana, ia memerlukan orang yang mahir dalam soal undang-undang dan hukum syarak. namun, tidaklah salah jika saudari tidak menggunakan khidmat peguam syarie andai saudari boleh bertindak sendirian dan memahami selok belok isu ini.

      3. Saudari perlu bersedia untuk mengemukakan mana-mana orang termasuk ahli keluarga sendiri yang mempunyai pengetahuan mengenai pernikahan ibu dan bapa saudari itu. Ini satu persediaan untuk hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan sebagai saksi kepada pernikahan tersebut. Itu perlu dibuat jika dikehendaki oleh Mahkamah. Bagaimanapun terserahlah kepada mahkamah samada hendak memanggil maan-mana orang untuk memberi kesaksian atau tidak mengenai pernikahan berkenaan.

      4. Di penghujung kes, Mahkamah akan membuat keputusan samada nikah tersebut sah atau tidak sah. Jika sah, maka perintah pendaftaran nikah ibubapa saudari akan dikeluarkan. Jika tidak sah, maka nikah tersebut akan difarak atau dibubarkan oleh mahkamah.

      5. Status nasab saudari sebagai anak hasil dari pernikahan tersebut akan ditentukan oleh mahkamah samada sah taraf atau tidak. Jika disabitkan sebagai sah taraf, maka saudari hendaklah bernikah menggunakan wali nasab. Dalam situasi bapa saudari sudah meninggal dunia, maka datuk atau bapa kepada bapa saudari adalah orang yang layak diambil sebagai wali nikah. Jika datuk tersebut telah meninggal dunia, wali yang digunakan adalah saudar kandung seibu dan sebapa dengan saudari. Jika tidak saudara seibu dan sebapa dengan saudari, maka hendaklah digunakan wali saudara lelaki sebapa. Jika tidak ada juga, maka hendaklah digunakan wali dari saudar kandung seibu sebapa kepada bapa saudari dan begitulah seterusnya menurut ketertiban wali.

      6. Jika saudari sudah tidak ada sesiapa dari kalangan wali nasab tersebut, maka wali yang digunakan adalah wali hakim. Namun, permohonan bagi mendapatkan kebenaran berwali hakim mestilah terlebih dahulu dibuat di mahkamah syariah.

      7. Jika sekiranya mahkamah syariah memutuskan bahawa status nasab saudari adalah tidak sah taraf, maka pernikahan saudari adalah menggunakan wali hakim. Kebenaran berwali hakim perlu diperolehi di mahkamah syariah sebagaimana diterangkan di atas. Salah satu sebab yang boleh menyebabkan anak itu di sabitkan sebagai anak tak sah taraf ialah apabila anak itu lahir di lura daripada pernikahan. Contohnya, anak itu telah dilahirkan sebelum pasangan itu bernikah. Ataupun, anak itu telah ada dalam jelas ada dalam kandungan si ibu ketika pernikahan dilaksanakan di samping terdapat pengakuan mengenai hal itu dari si ibu.

      8. Sebaik diketahui status nasab saudari, maka mudahlah bagi melaksanakan pernikahan tersebut. Ini kerana, penggunaan wali nikah saudari dapat dipastikan sebelum pernikahan.

      Erakita mengharapkan agar saudari banyak-banyak bersabar dan memohon kepada Allah agar urusan ini dipermudahkan Allah. Keadaan ini merupakan salah satu ujian Allah ke atas saudari. Namun, percayalah bahawa pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Biarlah lambat asalkan selamat.

      Ini hanyalah pandangan erakita. Bagaimanapun, adalah disarankan agar saudari datang sendiri ke pejabat agama. Bertemulah dengan pendaftar pernikahan dan dapatkan nasihat dan pandangan dari mereka. Boleh jadi ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan mudah berbanding dengan apa yang dinyatakan oleh erakita di atas.

      Wallahu a’lam.

      • Assalamualaikum, saya ingin bertanya..saya ingin berkahwin tidak lama lagi, tetapi saya mempunyai masalah wali. Ayah saya sudah meninggal, saya mempunyai abang kandung, dan juga bapa saudara sebelah bapa yang masih hidup (paksu). Jika wali utama iaitu bapa sudah tiada, abang la yang berhak menjadi wali, tetapi malangnya ada pergaduhan antara abang dengan saya dan juga keluarga, semenjak itu kami tidak penah lagi berjumpa. Abang dan keluarga saya memang tidak penah tinggal bersama dari kecil, abang dijaga oleh bapa saudara (abang kepada ayah saya) dari bayi. Abang turut berdendam tentang hal itu, oleh itu wali adalah masalah utama disini. Persoalan saya, jika abang enggan berunding, enggan menjadi wali, apakah yang perlu saya lakukan? Saya berasa putus asa utk berkahwin, kerana begitu rumit, abang jenis orang yang tidak boleh dibawa berbincang, (nak bagi padan muka je). Saya ada terbaca yang wali enggan, akan dipanggil mahkamah untuk beritahu sebab, tetapi sudah tentu la dia tidak akan peduli utk hadirkan diri utk perbicaraan, bolehkah sy terus menggunakan bapa saudara saya atau terus menggunakan wali hakim? Terima kasih.

  74. Assalamualaikum, saya ingin bertanya..saya ingin berkahwin tidak lama lagi, tetapi saya mempunyai masalah wali. Ayah saya sudah meninggal, saya mempunyai abang kandung, dan juga bapa saudara sebelah bapa yang masih hidup (paksu). Jika wali utama iaitu bapa sudah tiada, abang la yang berhak menjadi wali, tetapi malangnya ada pergaduhan antara abang dengan saya dan juga keluarga, semenjak itu kami tidak penah lagi berjumpa. Abang dan keluarga saya memang tidak penah tinggal bersama dari kecil, abang dijaga oleh bapa saudara (abang kepada ayah saya) dari bayi. Abang turut berdendam tentang hal itu, oleh itu wali adalah masalah utama disini. Persoalan saya, jika abang enggan berunding, enggan menjadi wali, apakah yang perlu saya lakukan? Saya berasa putus asa utk berkahwin, kerana begitu rumit, abang jenis orang yang tidak boleh dibawa berbincang, (nak bagi padan muka je). Saya ada terbaca yang wali enggan, akan dipanggil mahkamah untuk beritahu sebab, tetapi sudah tentu la dia tidak akan peduli utk hadirkan diri utk perbicaraan, bolehkah sy terus menggunakan bapa saudara saya atau terus menggunakan wali hakim? Terima kasih.

    • Walaikumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan di atas. Dalam situasi saudari Nana, sekiranya ternyata abang kandung enggan untuk menjadi wali dalam pernikahan saudari nanti, jalan terbaik dan tepat adalah memohon untuk mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim di mahkamah syariah. Tidak ada masalah bagi mahkamah untuk meneruskan pendengaran kes tersebut asalkan notis panggilan ke mahkamah telah diserahkan secara sempurna menurut undang-undang kepada abang kandung saudari. Penghantar notis mahkamah yang biasanya akan melaksanakan tugas menyerahkan ke diri notis berkenaan kepada si wali. Di mahkamah, kes seperti ini dikenali sebagai kes wali engkar atau wali enggan.

      Jika abang kandung tidak diketahui di mana berada, atau sukar dijejaki samada ia memang sengaja melarikan atau menghilangkan diri atau memang tidak dapat dihubungi atau diketahui di mana berada, maka kes di mahkamah masih tetap boleh diteruskan pendengarannya. Dalam keadaan seperti ini, mahkamah akan mengeluarkan satu perintah agar penyapaian notis panggilan kepada abang kandung berkenaan dibuat secara penyampaian gantian. Caranya adalah melalui tampalan notis di papan kenyataan mahkamah, atau di premis di mana abang kandung tersebut kali terakhir tinggal, atau juga melalui iklan di surat khabar tempatan.

      Jika semuanya dilaksanakan, mahkamah akan meneruskan pendengaran kes tersebut. Jika mahkamah berpuas hati, kebenaran boleh diberi kepada saudari untuk bernikah menggunakan wali hakim. Perlu diingat bahawa dalam apa jua situasi yang dihadapi, jangan panik, jangan risau atau bimbang. Pada akhirnya, jika saudari ikut apa yang undang-undang telah peruntukkan, maka saudari tetap akan dapat berkahwin juga, inshaa Allah.

      Doalah banyak-banyak kepada Allah agar Allah lembutkan hati abang kandung saudari itu untuk hadir bagi menjadi wali dalam pernikahan saudari nanti.

      Wallahu a’lam

  75. Assalamualaikum..

    Saya Norazizi..Saya Nak tanya Jika Di Kelantan, Jika Suami Mahu Poligami..Tapi borang kahwin suami isi dia sebagai bujang..Sistem pendaftaran dapat kesan atau tidak status suami yang sebenar?jika suami bekerja di Kuala Lumpur tapi buat mastautin di Kelantan?
    Apa kesalah suami saya buat?Apa tindakan yang perlu saya ambil untuk cegah dr perkahwinan itu berlaku??

    Harap dapat beri pencerahan.

    Terima Kasih.

    • Walaikumussalam wbt.

      Pertamanya, di manapun perkahwinan itu dilakukan, pastikan bahawa tidak ada keterangan palsu dibuat. Ianya satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang. Perkahwinan adalah bagi mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup, bukannya mencari masalah baru dan menambahkan bebanan sedia ada. Jika nak berkahwin lagi, ikutilah undang-undang. Nak tambah untuk isteri kedua atau ketiga atau keempat, mestilah dengan kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah. Jika nak iystiharkan status bujang dalam borang kebenaran berkahwin, ianya jelas salah di sisi undang-undang.

      Seseorang yang memberi kenyataan palsu boleh didakwa dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-dua sekali. Ini termaktub dalam Seksyen 30 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan. Peruntukan sama juga ada dalam negeri-negeri lain.

      Mengenai data perkahwinan seseorang di Malaysia dapat diperolehi di mana-mana negeri, hal tersebut adalah di luar pengetahuan erakita. Namun, usaha ke arah memantapkan lagi sistem pengumpulan data perkahwinan umat Islam di negara ini sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa. Jika tidak ada data tersebut, elakkan dari membuat penyataan palsu mengenai status pekahwinan tersebut. lambat laun, akan diketahui juga. Ia akan membawa satu lagi masalah kepada pasangan berkenaan pada masa hadapan.

      Tindakan yang perlu Puan lakukan adalah memberitahu suami akan peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi. Tidak ada jalan untuk suami melepaskan diri dari undang-undang. Selicik manapun, inshaa Allah, pasti akan diketahui juga. Puan juga boleh menghubungi atau mendapatkan sendiri maklumat dari Jabatan Agama Islam di Kelantan mengenai permohonan suami Puan untuk perkahwinannya di sana. Jika ada, maklumkan kedudukan sebenar bahawa suami telahpun berstatus kahwin. Jika maklumat ini diketahui, pegawai pendaftar perkahwinan bolehlah bertindak untuk meminta suami Puan untuk mendapatkan kebenaran berpoligami terlebih dahulu di Mahkamah Syariah.

      Semoga ada manfaatnya. Wallahu a’lam

  76. sy ada mslh dah lama sakit pedam hati dg suami smp kena.murung dimana tmpt sy mgadu sy tkt lama2 sy sakit jiea at jd gila .sy mah syg rmhtgga sygkn ank2-. xnk smp keluarga taw d mau ms dpn ank2-terjejas dimana harus sy luahkn . at mgadu tmpt kaunseling

    • Salam.

      Erakita nasihatkan Puan agar datang ke pejabat agama Islam. Dapatkan khidmat nasihat dari pegawai agama di bahagian kauseling rumahtangga. Jika masih tiada penyelesaian, dapatkanlah khidmat nasihat dari mana-mana peguam syarie. Siapa tahu, hasil nasihat berkenaan, Puan mendapat satu kekuatan dan ilham akan apa yang perlu Puan lakukan seterusnya. Tak usah diam-dia dan pendamkan perasaan itu. Takut, jika dipendam lama-lama, jiwa Puan akan terseksa dan menderita sehingga menjejaskan kesihatan dan fikiran. Puan masih banyak ruang untuk membuat apa yang terbaik dalam hidup Puan.

      Wallahu a’lam

  77. Salam . Saya akan bernikah hujung tahun ni . Setelah berbincang dengan family . Abah saya tak merestui . Dan tak akan jadi wali saya sekira nya saya berkahwin dengan pasangan saya sekarang ni . Selain dari bapa saya boleh tak orang lain menjadi wali saya seperti abg atau bapa sedara saya . Atau saya boleh terus memohon wali hakim . Mohon pencerahan . Teeima kasih .

    • Salam.

      JIka benar bapa kandung saudari Syifa berkeras untuk tidak mahu menjadi wali dalam pernikahan saudari, perpindahan wali kepada abang atau mana-mana keluarga terdekat tidak boleh dilakukan. Apabila enggan saja si bapa tadi, perkara pertama yang saudari perlu lakukan adalah datang ke mahkamah syariah. Failkanlah permohonan mendapatkan kebenaran berwali hakim atas alasan wali nasab enggan menjadi wali dalam pernikahan saudari.

      Inshaa Allah, ada jalannya. Namun erakita masih berharap agar saudari melipatkali gandakan usaha untuk memujuk bapa saudari, termasuk menggunakan khidmat orang ketiga yang dihormati dan diyakini mempunyai pengalaman serta kebijaksanaan dalam soal perbincangan dan perundingan. Semoga Allah temukan jalannya untuk saudari.

      Wallahu a’lam

  78. As-slm ..sya nak tanya.kalau nikah mengaku bujang padahal dia sudah ada isteri..sahkah pernikahan ini.

    • Walaikumussalam wbt.

      Suatu pernikahan itu dikatakan sah apabila segala rukun nikah dipenuhi. Rukunnya meliputi wujudnya pasangan pengantin lelaki dan wanita, wali, ijab qabul dan 2 orang saksi lelaki. Jika segala syarat kepada rukun-rukun nikah ini dipenuhi, maka pernikahan itu sudah dikira sah di sisi hukum syarak.

      Persoalan si suami mengaku masih bujang ketika bernikah sedangkan ia sudahpun berkahwin tidak akan menjejaskan kesahihan pernikahan tersebut. Ia tidak berkaitan dengan perlanggaran mana-mana rukun nikah di atas. Bagaimanapun, perbuatan berbohong mengenai status perkahwinannya itu kita serahkan kepada Allah s.w.t. Berbohong jika bukan disebabkan oleh keadaan yang dibenarkan oleh syarak seperti darurat, tentunya suatu perbuatan yang salah dan berdosa.

      Jika berlaku pembohongan mengenai status ketika bernikah tanpa sebab syarie, kita doakan semoga si suami itu bertaubat kepada Allah dan memohon kemaafan kepada pihak-pihak yang telah ia bohongi. Ini kerana, jika tidak bertaubat, dikuatiri perbuatan tersebut akan menjejaskan keharmonian rumahtangganya di samping boleh menggugat suasana harmoni di kalangan kedua-dua ahli keluarganya (sebelah suami dan isteri).

      Wallahu a’lam

  79. Saya beragama bukan muslim.umur 25.sudah bertunang.sebelum bertunang terlalu banyak konflik berlaku antara saya dan ibu saya.tanpa saya tahu apa punca sebenar, ibu saya menghalau saya dari rumah.meskipun begitu, dia tidak mengaku berbuat demikian di hadapan ayah saya.semua pun semua ikut kemahuan ibu saya.malah tempoh dan harga hantaran pun amatlah tidak berpatutan.
    sebenarnya saya ingin bertunang dlm hujung tahun ni tapi ibu saya langsung tidak faham keadaan kami di sebabkan alasan yang munasabah.dengan keadaan kelam kabut pertunangan dipercepatkan.
    perbincangan pada mulanya, ibu saya menekankan wang hantaran sebanyak 19k dengan tempoh 6 bln sahaja.
    adakah wajar tindakannya??
    oleh kerana saya hanya bekerja yang biasa2 sahaja, dalam tempoh begitu mana mungkin tunang saya dan saya dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam masa yang singkat.jadi tunang saya membuat keputusan utk bekerja di luar negara.
    saya juga ingin membuat keputusan yg sama.ayah saya setuju.kecuali ibu saya.
    adakah saya tidak layak membuat keputusan sendiri?
    Saya tinggal di rumah bersama ibu bapa.
    Hidup saya juga sangatlah tertekan kerana ibu saya dan kawannya sejiran sentiasa memburukkan dan mengata tentang saya.sehingga orang sekampung memandang hina .
    segala nasihat dan bimbingan amat saya perlukan.
    tq.

    • Terimakasih atas perkongsian rasa di atas.

      Keadaan diri Cik Confuse sememangnya menyedihkan. Terperangkap antara membuat keputusan sendiri dan menurut kemahuan ibu. Saudari sebenarnya masih beruntung kerana mempunyai ayah dan tunang yang amat memahami keadaan saudari. Dalam hal ini, saudari perlu melihat bahawa sokongan ayah dan tunang saudari merupakan satu kekuatan untuk saudari. Justeru, selalulah berdamping dengan mereka dan berbincang dari masa ke semasa untuk mencari jalan keluar dari keadaan yang menekan ini. Tindakan yang diambil jangan sampai memutuskan hubungan saudari dengan ibu sendiri. Tindakan yang diambil biarlah harmoni. Ia umpama menarik rambut dalam tepung, jangan sampai berserakan dan bertaburan tepung itu.

      Carilah sesiapa jua dari kalangan keluarga ibu ataupun rakan-rakan ibu yang paling akrab dan dipercayai serta didengar cakapnya oleh ibu. Biasanya, nasihat dari ahli keluarga tidak menjadi. Namun, nasihat dari orang lain pula menjadi. Justeru, dalam hal ini, jika dapat, elakkan dulu mencari kerja di luar negara selagi ada upaya di negeri sendiri. Kita tidak tahu hasil dan kesudahan apabila kita ke luar negara. Pelbagai cabaran pastinya bakal ditempuh.

      Jika wang hantaran menjadi masalahnya, carilah jalan untuk memujuk ibu mengurangkannya melalui ahli keluarga terdekat atau rakan terdekat yang paling rapat dan dipercayainya. Jika sukar dikurangkan, carilah jalan lain seperti membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi di Bank. Elakkan membuat pinjaman dari ALONG kerana ia akan menggigit si peminjam di belakang hari jika silap langkahnya. banyak masalah baru akan timbul pula.

      Carilah rakan-rakan untuk sama-sama membantu. Beritahu masalah yang dihadapi. Tidak mustahil, rakan-rakan terdekat juga boleh membantu apabila mereka memahami keadaan saudari. Mereka mungkin boleh meminjamkan saudari wang atau menolong menjadi penjamin untuk saudari atau tunang saudari untuk membuat pinjaman atau pembiayaan kewangan di bank.

      Dalam masa yang sama, usahakan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik. Atau, mungkin juga saudari memilih untuk membuka perniagaan walau secara kecil-kecilan dahulu.

      Dalam masa yang sama, selalulah berdamping dengan ibu. Jika hubungan sebelum ini tidak rapat, usahakan sedaya upaya untuk merapatkan hubungan dengan ibu. Restu ibu amat penting dalam rumahtangga. Ini kerana, ibu adalah insan paling hampir dengan kita. Dengan hubungan yang erat, semoga nanti hati ibu akan lunak dan akan membuat apa saja yang terbaik untuk anaknya.

      Selamat mencuba dan semoga berjaya!

  80. salam..sy nk tnya..sy ingin berkahwin bln jan 2016..tp skrg ni msih lg beristeri..isteri sy tidak bersetuju utk sy berpoligami dan mohon utk menceraikn beliau..mslh di sini proses utk perceraian memakan masa dan sy khuatir tidak selesai sblom mjlis perkhwinan sy..sy bercadang utk berpoligami dahulu dan bercerai setelah selesai mjlis itu..masalah disini bakal isteri sy bersetuju tapi pihak keluarga bakal isteri sy tidak mengetahui status sy skrg..kami khuatir keluarga bakal isteri tidak dpt menerima perkahwinn kami..setakat ini kami belom bersedia utk memberitahu pihak keluarga perempuan lgi..ada tak cara2 utk penyelesaian masalah kami?mohon bantuan..

    • en amir ….boleh hubungi sy x sy pun mengadapi masalah yang sma

    • Walaikumussalam wbt.

      Anda beruntung dan harus bersyukur kerana telahpun berumahtangga. Tindakan isteri tidak bersetuju dengan hasrat anda untuk berpoligami merupakan satu qarinah atau tanda bahawa isteri saudara sayangkan anda. Dalam hal ini, perceraian adalah jalan terakhir sekali andai anda meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan wanita kedua.

      Sedapat mungkin perceraian hendaklah dielakkan. Ini kerana, ia akan menimbulkan banyak implikasi hukum dan undang-undang. Bagaimanapun, jika perceraian itu dibuat bagi mengelakkan dharar atau mudarat besar dan kedua pihak pula sepakat untuk bercerai secara baik, hal tersebut adalah lebih aula dan utama dilakukan.

      Jika boleh dipertahankan rumahtangga yang sedia ada, pertahankanlah jika tidak ada alasan kukuh untuk bercerai. Jika terpaksa memohon kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah, memohonlah menurut undang-undang yang ada. Terserah kepada Mahkamah samada memberi kebenaran atau sebaliknya. Semua berlandaskan kepada perlu atau tidaknya perkahwinan itu nanti dan juga berdasarkan alasan-alasan lain.

      Jika suami dan isteri ada persetujuan bercerai secara baik, kes berkenaan lazimnya dapat diselesaikan segera. Bagi sesetengah negeri, perceraian dapat diselesaikan pada hari yang sama ianya difailkan di Mahkamah. Ini terjadi bila kedua-dua suami dan isteri sepakat bercerai secara aman di samping isteri tidak berada dalam keadaan yang ditegah untuk bercerai seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

      Tidak timbul soal nak berpoligami jika perceraian telah berlaku melalui proses mahkamah.

      Semoga ada manfaatnya. Walalhu a/lam

    • Salam. Untuk berpoligami, hanya satu cara menurut undang undang keluarga Islam iaitu dengan memohon kebenaran berpoligami di mahkamah tinggi syariah. Tidak kira samada isteri setuju atau tidak. Erakita nasihatkan agar saudara Azmir ikuti kehendak undang undang. Fikirkan kesan jangkamasa panjang. Berterus teranglah dengan keluarga bakal isteri dengan status berkahwin anda. Tak perlu berbohong. Bayangkanlah apa akan jadi dengan hubungan anda dengan keluarga bakal isteri andai saudara kahwin lagi tanpa menzahirkan status sebenar anda. Tentunya akan wujud persepsi tak baik pada anda.

      Usah risau dengan proses poligami di mahkamah. Soal lulus atau tidak, itu urusan mahkamah. Jika tak berjaya, anda boleh merayu keputusan itu ke mahkamah rayuan syariah. Justeru, bertindaklah dengan bijaksana dan jujur kerana mencari redha Allah. Sedapat mungkin, selamatkan rumahtangga sedia ada dan fikirkan kebajikan anak ansk. Semoga urusan anda dipermudahkan Allah.

  81. assalamualaikum sy keliru utk teruskan perkahwinan ni atau mcm mane…sy bernikah dgn suami sy narathiwat thailand 6 bulan lepas..awal perkenalan dgn suami sy dia mengaku duda..semasa akad nikah utk isi borang dia ckp sy isteri nombor dua..tp hari kedua perkahwinan sy..sy baru tahu sy merupakan isteri nombor 3….hari kedua perkahwinan sy dh kne pukul n terajang oleh suami sy krn sy salah urut kaki atau sy tye knp tipu sy..sy terus sabar dgn suami sy..beberapa hari kemudian sy mendapati handphone suami sy sentiasa berbunyi..sy tye suami sy sape cl n msg.
    dia ckp kawan n pelanggan kedai cl utk oder barang..tiap kali tye mesti sy kne pukul..kebetulan handphone suami sy tertinggal kt rumah..sy baca mendapati seorang perempuan msg n cl dia..sy tye suami sy..suami sy terus marah n maki hamun sy..dia ckp tu isteri dia kt PD..salah ker aku nk berhubung dgn dia..aku ada hak terhadap dia..sejak hari tu suami sy sentiasa bandingkan sy dgn isteri dia yg PD tu mengenai buat kerja..sy keliru sedangkan suami sy ckp isteri dia tu pemalas..dia sanggup cerita kt kawan dia n jiran..selepas beberapa hari baru sy thu yg suami sy pernah bernikah 5 kali..dia dh ceraikan 2 org isteri dia yg lain..jd ade 3 isteri yg sah lg termasuk sy..dh 6 bulan sy nikah..sy baru sy thu yg perempuan tu bukan isteri dia..tetapi gf dia kt melaka..sy cl n tye akak tu..berderau jantung hati sy apabila tahu yg dia gf suami sy bukan isteri..akak tu bg thu yg suami sy tipu duit dia rm100 ribu n mengaku bujang..bukan tu saje..bekas isteri dia bg thu sy yg suami sy berhutang duit dgn semua isteri dia n pakse buat personal loan setiap isteri dari 5k ~ 100k ..sy keliru halal kah mkan minum sy selama ni sebab suami sy sanggup tipu orang n tak bertanggungjawab terhadap terhadap isteri n ank yg lain..cuma ank bekas isteri perkahwinan pertama je dia nk bertanggungjawab..suami sy selalu haramkn makan minum n pukul sy..tiap kali dia nk marah sy walaupun perkara kecil..keluarga sy suruh sy keluar rumah suami sy memandangkan perkahwinan ni belum dftr lg kt malaysia..boleh kah sy keluar rumah ni n meminta cerai kt thailand..sy keliru nk buat keputusan sebb sy masih isteri suami sy..berdosa ker sy utk buat keputusan keluar rumah suami sy ni..

    • Walaikumussalam wbt.

      Terimakasih atas persoalan yang Puan timbulkan di atas. Di sisi undang-undang, Puan dan lelaki berkenaan belum lagi sah sebagai suami isteri. Menurut undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia, semua pernikahan mesti didaftarkan. Jika pernikahan dibuat di luar negara, pasangan tersebut wajib hadir dan membuat laporan untuk tujuan pendaftaran pernikahan tersebut di negeri asalnya dalam tempoh 6 bulan selepas kembali ke Malaysia. Jika pernikahan itu dilangsungkan di Thailand, pasangan berkenaan mesti hadir di hadapan Pendaftar perkahwinan di negeri di mana ia berasal atau ia bermastautin. Dalam keadaan yang Puan hadapi sekarang, Puan dan pasangan Puan mesti hadir depan Pegawai Pendaftar Perkahwinan. Jika telah berlalu 6 bulan selepas sekembali ke Malaysia, tak mengapa. Hadirkan saja diri tu dan maklumkan mengenai pernikahan tersebut. Soal telah berlaku perlanggaran undang-undang kerana tak melapor dalam tempoh 6 bulan tu, tak mengapalah. Jika nanti didakwa di Mahkamah atas kesalahan lewat daftar, patuhi sahaja kehendak pihak berkuasa tu.

      Jika pasangan Puan itu tidak mahu kerjasama, contohnya tak nak hadir, maka Puan hadir sahajalah berseorangan. Ikut saja arahan dan peraturan-peraturan yang pihak berkuasa agama tetapkan. Ini penting kerana, tidak ada kepastian pada saat ini samada nikah Puan tersebut benar-benar sah atau tidak. Jika pada ketika ini, ada laporan dibuat kepada Penguatkuasa Agama, Puan dan pasangan Puan terdedah kepada tindakan undang-undang iaitu boleh didakwa bersekedudukan tanpa nikah yang sah. Ini kerana, tidak ada bukti menunjukkan pernikahan itu wujud. Justeru, perlulah didaftar dahulu nikah tersebut. Lazimnya, pihak Pendaftar Pernikahan akan meminta pasangan tersebut untuk membuat permohonan pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah. Jika itu keadaannya, pasangan itu kenalah buat permohonan bagi mendapatkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah. Jika pasangan Puan tak beri kerjasama, tak mengapa. Puan teruskan saja permohonan tersebut. Biar Mahkamah tentukan samada nikah itu sah atau tidak. Jika sah, pasangan itu akan diperintahkan untuk mendaftarkan nikah itu di Pejabat Pendaftar Pernikahan. Jika tak sah, nikah itu akan difaraq atau dibubarkan oleh mahkamah. Jika telah ada anak hasil pernikahan tersebut, Mahkamah lazimnya akan menentu sahkan status nasab anak itu samada anak sah taraf atau tidak.

      Puan jangan berlengah dalam hal ini. Elakkan dari berdiam diri sahaja tanpa berbuat sesuatu. Soal lelaki berkenaan telahpun beristeri 2 atau 3, jangan peduli. Hal itu adalah di luar dari kemampuan Puan untuk mengetahui hal sebenarnya. Itu adalah tanggungjawap sepenuhnya lelaki berkenaan. Lagipun, lelaki berkenaan menafikan hal tersebut ketika ditanya oleh Puan. Malah, pertanyaan Puan dibalas pula dengan pukulan demi pukulan ke atas tubuh badan Puan. Apa yang penting sekali adalah diri Puan pada ketika ini. Bersegeralah untuk hadir di Jabatan Agama dan berjumpalah dengan Pendaftar Pernikahan. Bawa apa saja dokumen yang berkaitan seperti dokumen nikah, jika ada dan juga pengenalan diri.

      Jika Puan merasa sukar untuk berurusan sendiri, apa salahnya jika Puan mengambil khidmat guaman syarie untuk mewakili Puan dalam hal ini. Ia mungkin sedikit memerlukan kos guaman. Namun, dalam kebanyakan hal, banyak persoalan dan tindakan dapat dipermudahkan dengan adanya peguam yang boleh membantu dan mewakili Puan.

      Dalam masa yang sama, jika berterusan tindakan ganas lelaki berkenaan kepada Puan, tak perlu risau. Datang saja ke Balai Polis dan buatlah laporan untuk tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) atas kesalahan mencederakan tubuh badan dan lain-lain yang berkaitan. Biar Polis membuat siasatan mengenainya. Puan mesti berani bertindak dalam hal ini. Datangilah juga mana-mana NGO berkaitan yang dapat membantu Puan untuk membekalkan nasihat perundangan atau kaunseling yang perlu.

      Dari segi undang-undang, dalam keadaan tidak diketahui samada pernikahan Puan dengan lelaki itu sah atau tidak, sebaiknya Puan tak tinggal bersama dengan lelaki berkenaan sehinggalah benar-benar dapat dipastikan kesahihan pernikahan itu. Ini bagi mengelak dari berlakunya hubungan kelamin yang akhirnya menyebabkan kehamilan Puan sedangkan pernikahan tersebut sebenarnya tidak sah di sisi hukum syarak. Justeru, bersegeralah untuk mendapatkan pengesahan nikah itu terlebih dahulu di Mahkamah Syariah.

      Semoga pandangan ini bermanfaat untuk Puan. Wallahu a’lam

  82. assalammualaikum saya ingin bertanya kan sedikit berkenaan perkahwinan di mahkamah ini.. saya berusia 20 tahun.. adakah buleh saya bernikah di mahkahmah dengan menggunakan wali hakim?? ini kerana sya mendapat tentangan keluarga utk melangsungkan perkahwinan..

    • Walaikumussalam wbt.

      Saudari Wawa. Ini soalan yang amat baik dan penting. Sekiranya hasrat Wawa untuk bernikah itu mendapat tentangan dari keluarga khususnya dari wali Wawa sendiri, contohnya bapa kandung, maka tak perlu panik atau bimbang. Apa yang boleh dilakukan adalah membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim di Mahkamah Syariah di mana Wawa bermastautin.

      Di Mahkamah nanti, wali nikah Wawa (bapa) akan dipanggil dan diminta memberikan alasan yang menasabah dari segi hukum syarak, mengapa wali tidak bersetuju atau enggan menjadi wali dalam pernikahan Wawa. Alasan yang diberikan mestilah yang dibenar dan diterima oleh Hukum Syarak.

      Lazimnya Mahkamah akan nasihatkan wali untuk menikahkan pasangan itu. Namun, setelah tempoh yang diberikan untuk menikahkan itu tidak dilaksanakan, maka lazimnya Mahkamah akan memberi kebenaran kepada si bakal pengantin wanita itu untuk berkahwin dengan menggunakan wali hakim atau wali raja. Wali hakim atau wali raja akan digunakan oleh wanita berkenaan atas sebab adanya keengganan wali nasab untuk menjadi wali dalam pernikahan si wanita tadi.

      Tempoh yang diambil juga tidaklah lama untuk penyelesaian. Tak perlu fikir atau merancang untuk kahwin lari ke Thailand. Datang saja ke Mahkamah Syariah dan mohonlah kebenaran berwali hakim. Inilah jalan yang selamat dan menurut undang-undang. Namun, sebelum ke Mahkamah syariah, berbincanglah secara baik-baik dari hati ke hati dengan ahli keluarga dan khususnya kepada wali saudari Wawa agar pernikahan dapat dijalankan menggunakan wali nasab. Ini yang lebih afdhal sebelum mengambil tindakan membawa urusan ini ke Mahkamah Syariah.

      Semoga penjelasan ini bermanfaat. Wallahu a’lam.

  83. Assalammualaikum.. saya mo tanya kalau dah dapat surat perintah/kebenaran dr mahkamah syariah. Wali hakim tu dpt dr mana? Sngt xfaham.. proses tu lama x tuk dapt kn tok kadi ? (Kota kinabalu sabah)

  84. Walaikumussalam wbt.

    Kebenaran bernikah menggunakan wali hakim hanya boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sahaja. ia diperolehi melalui suatu pemohonan khusus di Mahkamah Syariah. P akan dipanggil untuk memberikan keterangan mengapa perlu berwali hakim. Lazimnya, saksi yang mengetahui akan kedudukan keadaan atau perihal pemohon akan dipanggil juga memberi keterangan. Prosesnya agak cepat dan ringkas. Yang penting dokumen semuanya lengkap. Ada check list disediakan bersama borang permohonan dari kaunter mahkamah. Ada ketikanya, permohonan itu didengar dan diputuskan pada hari yang sama ianya difailkan di mahkamah. Ianya bergantung kepada ruang masa yang ada khususnya oleh hakim dan keterdesakan sesuatu kes. Sebaik mendapat perintah kebenaran berwali hakim, saudari boleh juga bernikah terus pada hari yang sama samada nak buat di Pejabat Jabatan Agama atau di masjid yang akan dikendalikan oleh Wali Hakim yang dilantik oleh kerajaan. Semoga bermanfaat.

  85. salam tuan,soalan saya,gemulah seorang penjawat awam dan telah berkahwin / poligami dalam tempoh perkhidmatannya,dan bernikah di thailand,mereka hanya mempunyai surat pengesahan nikah dari konsulat malaysia di songkhla tetapi belum berdaftar dgn mahkamah syariah malaysia, adakah isteri keduanya itu layak menerima graduti dan pencen gemulah?

    • Salam. Dalam situasi tersebut, pengesahan nikah dari konsulat Malaysia tidak memadai. Nikah tersebut wajib didaftarkan di pejabat pendaftar nikah cerai dan rujuk di tempat pasangan itu bermastautin. Nikah tersebut akan dirujukkan ke mahkamah syariah untuk pengesahan nikah tersebih dahulu. Jika sah, perintah pendaftaran akan dibuat mahkamah. Jika tak sah, nikah itu akan difaraq atau dibubarkan.

      Untuk melayakkan mendapat pencen, sijil nikah yang sah dan dikeluarkan olrh pendaftar nikah adalah satu keperluan. Justeru, bertindaklah segera bagi mengelak masalah masalah lain timbul pada masa hadapan. Balu balu simati juga layak untuk mendapat faedah pencen tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai pencen, sila rujuk web di http://www.jpapencen.gov.my/pencen_terbitan.html.

      Semoga ada manfaatnya perkongsian ini.

  86. Assalamualaikum Tuan, soalan saya, suami telah berkahwin dengan warga Negara Filipina dan hanya didaftarkan di Filipina. Saya hanya mengetahuinya setelah empat tahun mereka berkahwin. Perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Negara asal suami iaitu Singapore. Suami telah melepaskan talak terhadap isterinya di Filipina Akan tetapi suami diugut oleh isteri kedua untuk melaporkan kejabatan suami bekerja atas berkahwin tanpa membuat permohonan untuk berpoligami jika Dia diceraikan. Jika sabit kesalahan suami Akan diambil tindakan undangx2 dan di buang kerja. Saya berasa terseksa dengan tindakan suami Saya Yang selama ini telah menipu Saya. Bukan sekali tetapi banyak kali dengan ramai perempuan. Dulu Saya boleh maafkan sekarang saya tidak tahan lagi. Apakah patut Saya buat kerana suami tidak mahu melepaskan Saya. Dan Saya tidak setuju dengan berpoligamy memandangkan selama ini pernikahan suami tidak didaftarkan di Negara asal Suami.

    • Walaikumussalam.

      Sukacita sekiranya Puan dapat memberitahu kewargangeraan Puan. Maklumat ini penting bagi menjelaskan tindakan apa yang sewajarnya diambil bagi menangani perihal rumahtangga Puan. Tentunya, terdapat perbezaan peruntukan undang undang keluarga antara negara. Syukran dan wassalam

  87. Jika segala usaha telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan rumatangga dan tidak berjaya, di samping adanya perbuatan aniaya dari suami mepada Puan sebagai isteri secara berterusan, erakita sarankan Puan berjumpa dengan mana mana Peguam Syarie di Brunei. Nyatakan kedudukan sebenar dan ambil tindakan undang undang. Jika Puan telah nekad dan punya alasan kukuh, Puan bole memilih mana mana bentuk pembubaran perkahwinan atau perceraian di mahkamah syariah.

    Bantahan dari suami tidak akan menjejaskan tubtutan Puan jika Puan mempunyai alasan kukuh untuk bercerai.Wallahu a’lam

  88. Sya nak berkahwin dgn suami org yg tinggal bersama ibu bapa nya..hbgn isteri dia x baik dgn ibu bapa suami..perkahwinan kami mmng di alu alukan
    .mcm mana nak bt

  89. Salam, saya ada masalah yang telah lama dibiarkan,dan harap dapat temui jalan penyelesaian melalui ruangan ini. Saya mualaf sejak sepuluh tahun yang lalu, saya telah lama berpisah dari suami sebelum memeluk islam. Saya tidak mempunyai berita langsung daripada dia dan tidak bercerai. Perkara ini telah banyak kali menyukarkan saya tapi saya biarkan sehingga sekarang dan mahu selesaikannya.saya diberitahu yang saya perlu menunjukkan surat cerai dari suami untuk buktikan bahawa saya seorang ibu tunggal.saya juga tidak boleh nikah tanpa surat cerai. Apakah yang harus saya lakukan sekarang,apakah prosedurnya.bolehkah saya dapatkan surat cerai tanpa kehadiran suami saya itu, dia seorang yang tidak boleh dibawa bicara dan akan bertindak ganas. Saya bimbang dengan keselamatan saya dan keluarga. Apakah yang boleh saya lakukan. Saya sangat mengharapkan nasihat dan tunjuk ajar. Terima kasih.

  90. Sy dan suami telah berkahwin di majlis agama islam songkhla dan telah mendpt sijil nikah di konsulat malaysia. Perkahwinan kami bru 2 bulan. Sy adalah isteri ketiga… dr segi nafkah zahir. Mmg suami sy mampu.. isteri kedua duduk berjauhan dr suami tapi suami sy tetap balik 3 mgu sekali selama 4 hari utk berjumpanya. Perkahwinan kami telah diketahui isteri kedua dan dia melarang habis habisan dan mmbuatkan keluarga sy tahu juga tentang kahwin lari ini… sy tidak penah meminta izin dr wali sy utk berkwin kerana saya masih belajar di IPTA. Sy sudah tahu perkhwinan ini akan dilarang.. jd abang kandung sy telah menumbuk suami sy di khalayak ramai di depan masjid..abg sy mendakwa suami sy pkai ilmu penunduk walhal itu adalah suatu fitnah yg nyata… suami dan sy telah dibawa pulang ke rumah dan sy telah dibelasah habis habisan oleh ayah sy.. kami dipaksa cerai tapi suami enggan.suami meminta untuk diberi masa utk istikharah tapi mereka mencemuh dan menghina dia.. ayah sy telah menghubungi isteri kedua suami utk dtg pada keesokan harinya bg menjadi saksi penceraian kami.. ayah sy telah mengugut suami sy akan menjatuhkan kerjayanya sbg pensyarah dan akan menghumban dia dlm penjara atau gaung..sy yakin ayah boleh melakukannya kerana dia org kuat politik. Jd suami telah lafaz talak 1 dirumah sy tnpa niat menceraikan sy… adakah talak kami jatuh.. sy yakin perkahwinan kami adalah sah kerana tempah kami berkahwin adalah tempat yg sama suami sy berkahwin dgn isteri kedua..kami telah lebih marhalah.. setelah membuat keputusan begitu..sy menjadi murung dan ayah sy beri masa sy sebulan utk fikirkan semula tentang ini dan akan menerima apa jua keputusan sy..kerana dia sudah tahu matlamat sy berkahwin..dia menyesal krna telah memukul sy.. saya dan suami masih ingin bersama.. apa yg kami perlu buat.. suami masih memujuk isteri kedua utk trima sy.. isteri kedua telah mengutuk suaminya sndiri kerana tidak berlaku adil..isterinya ingin suaminya balik ke seremban setiap minggu.. itu agak mustahil kerana suami bekerja di penang dan adakala suami jgk bekerja pada hujung minggu..kahwin di thailand adalah kerelaan sy sndiri.. apakah yg harus sy lakukan.. adakah talak yg disebut jatuh.. apakah dakwaaan yg akan dikenakan atas kami dan juga atas ayah sy yg telah pksa cerai.

  91. Assalamu’alaikum,suami poligami dengan warga indonesia,2 hari sblm jalan barula menyuarakn utk minta izin kawin,dia hanya minta izin dgn kata2 sahaja tanpa sebarang dokumen,adakah dia(suami)sudah mendapatkn kebenaran mahkamah syariah atau belum?,2 hari itu seperti meminta izin secara paksa bg sy,.bagaimanakah sy menuntut hak sy tanpa menyakiti org lain dan seperti apakah hak yg sy dapat?mohon penjelasan terima kasih

  92. Assamualaikum saya ingin bertanya saya anak tidak sah taraf saya akan berkhawin pada bulan 9 ini ..Borang nikah lelaki dah online . dah dapat kebenaran nikah . Apa patut saya buat pergi makhamah guna wali hakim ke ? Proses nya berapa lama . Harap dapat menbantu terima kasih .

  93. Assalamualaikum…saya dari selangor…saya nak tanya…saya ini anak tak sah taraf dan pernah berkahwin dan bercerai…dulu saya menggunakan wali hakim…dan sekarang ini saya ingin berkahwin semula…adakah saya akan melalui naik turun mahkamah lagi..untuk menggunakan wali hakim..terima kasih..

  94. Jumasni atika

    Assalamualaikum .. Sy perkenal kam diri saya , nama saya eiyka . disini saya ingin berkongsi dan minta pendapat kepade ustaz , ustazah atau semuanya lahh . ermm , yg pertama sekali saya mempunyai kekasih yg bernam ali(bukan nma sbenar) saya dengan dia telah bercinta sekian lama . orang nya sngat bagus , rupantu boleh tahan lah . hehe . then , dah macam2 rintangan saya dan dia telah tempuh bersama dan bermacam perngai telah lalui . mula2 saya kenal ali(bkn nma sbenar) di sebuah tmpat kerja saya bertapak di sebuah kedai di sky jeans .. Saya mengenali dia adalah dia seorang yg sanga berketeria yg baik kerana dia seorang yg berkejaya dia seorang yg penyanyang , baik . tetapi satu saja dianseorang yg panas baran .. Ermm setelah bercinta2 sehingga kami telah terlanjur beberapa kalinya dan lupa diri yg sebenar . dlam perkenalan kitorang , dia selalu berjanji untuk menikahi diri saya . saya pun tumpang gembiralah kan bila dapat rahu seseorang hendak menghalalkan saya 😊 . . sehinggalah Pada 16.10 iaitu hari lahir saya dia telah berjanji untuk menikahi saya , namun saya rasa sangat kecewa kerana dia menunda dan mmberi seribu alasan sehingga alasan yg dibeeikan juga sngat tidak masuk akal . hmm saya beraa sngat sedih , kecewa melanda diri saya .. Takpelah , saya kuat dan sabar . dia berjanji lagi pada tahun hadapan dalam bulan 2,3 dia hendak menikahi saya . saya cuba ikut kata dia , dan saya cuba untuk bersabar . semasa perkenalan kitorabg saya selalu tnya psal dia dan ingin sngat hendak berjumpa ibu bapa dia .. Namun dia sering bagi alsan mulalah saya banyak berfikiran macam2 . yelah , saya lupa hendak bagitahu semsa saya kenal dgannya . Dia sering bermain prempuan belakang saya tpi saya sabar dan saya cuba juga untuk ubah dirinya .. berbalik pada pernikahan yg hendak dilakukan di bulan 2 itu , dia telah melewatkan nya lagi dan mcm biase bagi alasan … sehingan bulan sererusnya saya serinf mengajak dia menikahi saya m dia mahu sangat menikahi saya tpi sy sndiri pn tk thu apa msalah dia yg selalu melambatkan perkawinan kitorang . dan bermacam kata2 kesat saya selalu lemparkan kepada dia , kitoeabg seeinf bergaduh atas peengai dan sikap dia . namun alhamdulillah sehingga sekrang kitorang masih stay dan bersama tapi bukan dengan ikatan yg sah . eemm , yg saya sangat sedih saya dah ambil keputusan dan ambilntindakan kepade dia . saya suruh dia menikahi saya atau saya akan tinggalkan dirinya . eemn tp dia kata dia tak snggup kehilangan diri saya , namun tibalah masanya dia memberitahu hal sebanar dan hendak berjjma dengan saya dia mhu berkata jujur dengan saya . oke , kitorang pun berjupalah duduk berdua di OLD TOWN ..Kitorang makan , dan selepas itut kitorang berbincang . sebeljm memulakan peebincngan dia telah pn berkata dianresho dan paseah samaada dia hilabg diri saya atau saya masih bersama dengannya . saya pun jadi pelik dan hendak tahu apa sbenarnya . tkme tu , aaya fikirndia nk tinggalkan saya , dia hendak bgtahu die dah berbini dan mcm2 lagi dalam kepale otak saya yg bermain di minda . eemmm ,, okeyy dia bermula berkata twntang dirinya sebenar . yg pertama , sebenarnya dia seorang anak angkat kiranya anak pungut lah , dia telah diangkatboleh seorang dato Dan dia dibesarkan dirinya dgn kemewahan dan segalanya yg dia mahu dia dapat . sehinggalah , pada tahun 2001 x slah saya dia bergaduh dengan anak kandung tersebut smpai si dianmenikam peut snggup membunuh namun alhamdulillah angah tidak apa2 dan masih selamat. dia pun berjanji tidak berbuat perkara yg sedemikian kepada papa dan mamanya . Namun , pada tahu berikutnya dia pn bergaduh sekali lagi , sehingga berbuat perkara yg sama lagi , tpi alhamdulillah jugak dia selamat juga . Namun kali ini , papa dia sangat marah kepada dirinya dan akhirnya dia mengangkat sumpah dan menarik semua harta dan kemewahan yg ada pada dirinya trmasuklah papa dia memadam semua tentang data peeiadi tentang dirinya . maka disinj , dia hilang segalanya namun mama nya sngat syg kan kepada dirinya . apa2 masalah dia selalu mengadu kepade mamanya dan mama selalu mmberi semangat dan suruh ali untuk rerus bersama .. Sehingga pada tahun ke tahun ali sering merayundan berbuat baik kepada papanya .. Sehingga pada suatu hari dia hampir berjaya namun dia gagal anak kandung papa menghasut papanya . dan papa ya tetetap berkeras … Sehingga tahun 2017 ini , di betul2 nekad hendak menikahi saya , dan saya minta pendapat semua . bagaimana saya hendak meneruskan pernikahan jika semua maklumatbdirinya telah tiada namun bila di cek rekod nama dan num kad pengenalan wujud … Tetapi sehingga sekarang dia tidak mmpunyain apa2 . sedangkan jika hendak menikah mula2 pasti dia akan minta kad pengenalan diri dan apa langkah sterusnya perlu saya buat . hmmm , dia kami betul2 hendak merasa bahgia dan hendak hidup bersama buat selamanya . eemm adakah saya boleh berkawin tnpa ad dokjmen yg lengkap

  95. Jumasni atika

    Assalamualaikum .. Sy perkenal kan diri saya , nama saya eiyka . disini saya ingin berkongsi dan minta pendapat kepade ustaz , ustazah atau semuanya lahh . ermm , yg pertama sekali saya mempunyai kekasih yg bernama ali(bukan nma sbenar) saya dengan dia telah bercinta sekian lama . orang nya sngat bagus , rupanya boleh tahan lah . hehe . then , dah macam2 rintangan saya dan dia telah tempuh bersama dan bermacam perngai telah lalui . mula2 saya kenal ali(bkn nma sbenar) di sebuah tmpat kerja saya bertapak di sebuah kedai di sky jeans .. Saya mengenali dia adalah dia seorang yg sanga berketeria yg baik kerana dia seorang yg berkerjaya dia seorang yg penyanyang , baik . tetapi satu saja dia seorang yg panas baran .. Ermm setelah bercinta2 sehingga kami telah terlanjur beberapa kalinya dan lupa diri yg sebenar . dlam perkenalan kitorang , dia selalu berjanji untuk menikahi diri saya . saya pun tumpang gembiralah kan bila dapat tahu seseorang hendak menghalalkan saya 😊 . . sehinggalah Pada 16.10 iaitu hari lahir saya dia telah berjanji untuk menikahi saya , namun saya rasa sangat kecewa kerana dia menunda dan mmberi seribu alasan sehingga alasan yg dibeeikan juga sngat tidak masuk akal . hmm saya berasa sngat sedih , kecewa melanda diri saya .. Takpelah , saya kuat dan sabar . dia berjanji lagi pada tahun hadapan dalam bulan 2,3 dia hendak menikahi saya . saya cuba ikut kata dia , dan saya cuba untuk bersabar . semasa perkenalan kitorang saya selalu tnya psal dia dan ingin sngat hendak berjumpa ibu bapa dia .. Namun dia sering bagi alsan mulalah saya banyak berfikiran macam2 . yelah , saya lupa hendak bagitahu semsa saya kenal dgannya . Dia sering bermain prempuan belakang saya tpi saya sabar dan saya cuba juga untuk ubah dirinya .. berbalik pada pernikahan yg hendak dilakukan di bulan 2 itu , dia telah melewatkan nya lagi dan mcm biase bagi alasan … sehingan bulan sererusnya saya sering mengajak dia menikahi saya m dia mahu sangat menikahi saya tpi sy sndiri pn tk thu apa msalah dia yg selalu melambatkan perkawinan kitorang . dan bermacam kata2 kesat saya selalu lemparkan kepada dia , kitorang seringg bergaduh atas perangai dan sikap dia . namun alhamdulillah dia telah berubah sikit2 sehingga sekrang kitorang masih stay dan bersama tapi bukan dengan ikatan yg sah . eemm , yg saya sangat sedih saya dah ambil keputusan dan ambil tndakan kepade dia . saya suruh dia menikahi saya atau saya akan tinggalkan dirinya . eemn tp dia kata dia tak snggup kehilangan diri saya , namun tibalah masanya dia memberitahu hal sebanar dan hendak berjmpa dengan saya dia mhu berkata jujur dengan saya . oke , kitorang pun berjupalah duduk berdua di OLD TOWN ..Kitorang makan , dan selepas itut kitorang berbincang . sebelum memulakan peebincngan dia telah pn berkata dianresdo dan pasrah samaada dia hilang diri saya atau saya masih bersama dengannya . saya pun jadi pelik dan hendak tahu apa sbenarnya . tkme tu , aaya fikir dia nk tinggalkan saya , dia hendak bgtahu die dah berbini dan mcm2 lagi dalam kepale otak saya yg bermain di minda . eemmm ,, okeyy dia bermula berkata tentang dirinya sebenar . yg pertama , sebenarnya dia seorang anak angkat kiranya anak pungut lah , dia telah diangkat oleh seorang dato Dan dia dibesarkan dirinya dgn kemewahan dan segalanya yg dia mahu dia dapat . sehinggalah , pada tahun 2001 x slah saya dia bergaduh dengan anak kandung tersebut smpai si dia menikam perut snggup membunuh namun alhamdulillah angah tidak apa2 dan masih selamat. dia pun berjanji tidak berbuat perkara yg sedemikian kepada papa dan mamanya . Namun , pada tahu berikutnya dia pn bergaduh sekali lagi , sehingga berbuat perkara yg sama lagi , tpi alhamdulillah jugak dia selamat juga . Namun kali ini , papa dia sangat marah kepada dirinya dan akhirnya dia mengangkat sumpah dan menarik semua harta dan kemewahan yg ada pada dirinya trmasuklah papa dia memadam semua tentang data peribadi tentang dirinya . maka disinj , dia hilang segalanya namun mama nya sngat syg kan kepada dirinya . apa2 masalah dia selalu mengadu kepade mamanya dan mama selalu mmberi semangat dan suruh ali untuk terus bersama .. Sehingga pada tahun ke tahun ali sering merayu dan berbuat baik kepada papanya .. Sehingga pada suatu hari dia hampir berjaya namun dia gagal anak kandung papa menghasut papanya . dan papa ya tetetap berkeras … Sehingga tahun 2017 ini , di betul2 nekad hendak menikahi saya , dan saya minta pendapat semua . bagaimana saya hendak meneruskan pernikahan jika semua maklumat dirinya telah tiada namun bila di cek rekod nama dan num kad pengenalan wujud … Tetapi sehingga sekarang dia tidak mmpunyain apa2 . sedangkan jika hendak menikah mula2 pasti dia akan minta kad pengenalan diri dan apa langkah sterusnya perlu saya buat . hmmm , dia kami betul2 hendak merasa bahgia dan hendak hidup bersama buat selamanya . eemm adalah kami boleh bernikah tanpa ada dokumen yg lengkap

  96. Assalamualaikum saya nak bertanya anak luar nikah,bila mahu berkahwin perlu ke wali hakim

Tinggalkan Jawapan kepada RINDIANI Batal balasan